Cikliah berceloteh lagi....
Ingat nak tulis sesuatu tentang Jalan-jalan Kutip Pengalaman (JJKP) aka Cuti-cuti Malaysia ke Pantai Timur dan Hulu Perak, tapi mood tak mahu datang. Juga bagi menyempurnakan janjiku pada Dr Hisham akan menulis sesuatu tentang Seri Anggeriknya di Kay Bee. Rupa-rupanya empunya Seri Anggerik ini seorang doktor yang membuka kliniknya sendiri di seberang jalan Seri Anggerik.
Aku begitu terkejut dengan kenaikan petrol yang mendadak lagi melampau itu. Naik sebanyak 78 sen daripada RM1.92. Katanya ini belum apa-apa lagi. Bulan kemerdekaan nanti bakal disambut dengan rintihan lagi. RM4 seliter! Rata-rata mengeluh. Aku tak terkecuali; rasa seram sejuk dengan berita ini.
Walaupun mendapat penjelasan sewajarnya dari En Berlingo tentang subsidi minyak dan keuntungan Petronas yang banyak diperkatakan orang, aku tetap berhati walang. Pendapatan sekarang pun hanya cukup sekadarnya saja, bagaimana lagi bisa kuuruskan dengan kenaikan mendadak ini. Cara hidupku jauh daripada mewah. Sekadarnya sahaja.
Petang Rabu ketika pengumuman itu dibuat, kami dalam perjalanan ke Pulau Banding dari Kota Bharu. Jalan sesak sangat di semua stesen minyak. Sehingga tiba di Jeli, kelihatan pak polisi mula mengawasi stesen minyak. Di sebuah stesen minyak kelihatan ada yang mula menyukat komposisi bekalan minyak. Nasib baik Pergio yang disewa itu telah "diberi minum" hingga penuh dari awal lagi. Kalau tidak, dengan kami sekali terpaksa bersesak-sesak queue untuk mengisi minyak.
Oleh sebab kunci MyVi diserahkan kepada sepupuku Kamal, dia telah bermurahhati berusaha untuk beratur bagi mengisi petrol dengan harga RM1.92 per liter. Kita mentadbir, tetapi Allah yang mentakdir. Pukul 12.02 dia called tanya nak isi atau tidak. Aku kata jenuh dia queue, isilah. Katanya dua kereta di hadapannya adalah kereta terakhir yang berpeluang menikmati kadar lama. Satu kereta sebelumnya telahpun dicaj dengan harga baru.
Inilah doa dan harapanku sempena kenaikan harga petrol ini :-
1) Moga cepatlah officeku berpindah ke KL Sentral bagi memudahkan aku menaiki komuter ke tempat kerja.
2) Cepat-cepatlah buka exit ke Kuang dari GCE.
3) Lagi baik kalau office berpindah ke Glenmarie. But I don't think my bosses will like it. Aku rasa aku sorang jek kot akan ketawa gembira kalau ini berlaku.
4) Moga-moga dapat kerja baru di kawasan berhampiran. Kampus UiTM kat belakang ni bila nak buka ya ? Dapat jadi Pegawai Tadbir pun aku rela.... macam Linder.
Hajat di hati nak belajar merempit. Aku boleh bawak motorsikal tapi aku hanya ada lesen D. Tapi beranikah aku merempit ke office ? Aku kira perasaan ini sama seperti sebelum aku boleh memandu kereta dengan yakin. Tapi bak kata Tun ASP Foo dalam laporan trafiknya setiap hari Jumaat di KLFM, sekiranya naik kereta, besi melindungi kita; naik motorsikal, kita melindungi besi. Kecut perut jugak tuh.
Mungkin juga aku boleh memiliki sebuah basikal bagi perjalanan dalam kawasan taman ini. Untuk ke kedai, pasar tani, hantar/jemput C GaLoi di Tutorial Centre. Actuallynya aku memang ada sebuah basikal yang aku gunakan untuk ke kawasan berdekatan semasa tinggal di Pandan Indah dulu. Tapi dah teruk sangat basikal miniku itu. Takut dah tak kuat lagi. Tiba-tiba teringat kisah lama; bapaku tersembam ke jalan akibat basikal yang dinaikinya itu patah dua kerana telah reput. Bibirnya pecah dan terpaksa dijahit. Harus kena beli baru ni.
Jom... pakat-pakat kayuh basikal.
~Balada orang terkejut belum berakhir~
5 comments:
kak awa... berangan la naik kuda macam saya...
sorang orang petronas lagi cakap gini... cuba check...
saya punya stand.. memang boleh dilupuskan tapiii.... kena la ada mekanisme yang sesuai bagi kurang beban. ini tidak.. yang kasi naik dulu wat per? terperanjat ayam dibuatnya. lagi pun banyak benda yang boleh dibuat oleh kerajaan selain daripada menaikkan harga minyak i.e. buang PLKN, tak yah sambut merdeka/tahun baru/segala macam kebudayaan yang mengarut. ada lagi tu... tak dapat pk buat masa ni...
pada hemat kekanda...
bukanlah salah petronas minyak kita naik..petronas telah membayar cukai kepada kerajaan yg banyak..berbilion2..cuma duit itu tidak diuruskan sewajarnya...petronas juga sebuah syarikat dan perlu menyimpan wang utk pembangunan syarikatnya...maka petronas tidak wajar dituding jari kearah nya..jari jamari itu perlulah ditudingkan ke kerajaan sahaja! ..salah satu dari sebab saya yakin bahawa petronas tidak perlu dipersalahkan adalah kerana sahabat handai kekanda yg ditaja dan berkerja dgn petronas adalh mereka yg bijak2 belaka..termasuklah kekanda berlingo dan adinda ciknirah...cuma kaum kerabat pak lah & mahathir agaknya kurang isi kepala hotaknya!
sekian wabillah hitaufik walhidayah .....bla bla bla!
..tambah nilai:
bilakah kekanda ingin memuat naik cerita and gambar2 kenangan pengembaraan kekanda dan kekanda berlingo bersama ayahanda2 dan bonda kekanda ke pantai timur tempoh hari..sebaik sahaja kekanda memuat naik kemasukan mengenai pengembaraan tersebut, akan adinda memuat naik gambar2 kekanda menyinggah di pekan teruntum ini...supaya disegerakan hajat adinda..sekian wa bla bla bla !
Nasib baik nak let go Cik Nuvi tu next year. Kalau this week mmg tak dpt nak nolong...minyak naik & naik minyak!
~tok_mudim
Pn SueA, adinda Dr JS and Dr TokMudim,
Satu pernyataan dari Encik Berlingo yang membuatkan saya berhenti mengomel sepanjang perjalanan dari KayBee ke Pulau Banding, "Kalau mekanisme pemberian subsidi yang terbaik dikenalpasti, adakah hang pasti sangat yang hang akan termasuk dalam golongan yang layak menerima subsidi tersebut?"
Saya tak layak ek ?
Sekian lama orang mempertikaikan cara pemberian subsidi petrol oleh kerajaan yang memerintah ini. Tapi what to do... kesilapan ini diwarisi turun temurun sehingga cara pemberian subsidi petrol ini telah meresapi jiwa rakyat marhaen pelbagai lapisan tak kira miskin atau kaya hingga susah utk diubah.... bla... bla... yada.. yada...
Dr Tok Mudim,
boleh saya buat part time kat klinik anda? Jaga kaunter pun jadik lah.... :D
JS,
Kak awa tulis sikit-sikit... dah start. Check it out! Pinjam gambor, tak der gambor ler....:P
Post a Comment