Showing posts with label angan-angan. Show all posts
Showing posts with label angan-angan. Show all posts

Monday, July 07, 2008

Sibuk ?

Cikliah berceloteh lagi....

Hajat hati nak menulis sepatah dua tapi kesibukan melanda. Tangan memang gatal jek nak mengetik-ngetik keyboard ni.

A few projects nak kena settle. This Product Manager sangat komited orangnya. He wants this new configuration to be ready in Production Machine sebelum memulakan jualan. Saya wonder product ini akan laku atau tidak kerana ini kali ketiga product ini reconfigured.

First done by Lily dengan nama NEVO(New Voice) tahun berapa saya tak pasti
Second time by me, myself dengan nama ICS awal tahun lepas.
After one and half year, this product will be given a new name B-VO ie Broadband voice.

Saya harap this time ada "ONG". Kalau tak saya ban any products yang akan memakai 6xxx series punya type_id_usg !

Dan kalau saya dapat siapkan this configuration by 11 July, saya akan menuntut janji-janji manisnya untuk belanja saya dan team CBA makan SR kat sebelah nie. Saya akan order the most expansive meal kat situ dan cheese cake yang paling mahal...

Wish me luck !

Sunday, June 08, 2008

Minyak oh minyak !

Cikliah berceloteh lagi....

Ingat nak tulis sesuatu tentang Jalan-jalan Kutip Pengalaman (JJKP) aka Cuti-cuti Malaysia ke Pantai Timur dan Hulu Perak, tapi mood tak mahu datang. Juga bagi menyempurnakan janjiku pada Dr Hisham akan menulis sesuatu tentang Seri Anggeriknya di Kay Bee. Rupa-rupanya empunya Seri Anggerik ini seorang doktor yang membuka kliniknya sendiri di seberang jalan Seri Anggerik.

Aku begitu terkejut dengan kenaikan petrol yang mendadak lagi melampau itu. Naik sebanyak 78 sen daripada RM1.92. Katanya ini belum apa-apa lagi. Bulan kemerdekaan nanti bakal disambut dengan rintihan lagi. RM4 seliter! Rata-rata mengeluh. Aku tak terkecuali; rasa seram sejuk dengan berita ini.

Walaupun mendapat penjelasan sewajarnya dari En Berlingo tentang subsidi minyak dan keuntungan Petronas yang banyak diperkatakan orang, aku tetap berhati walang. Pendapatan sekarang pun hanya cukup sekadarnya saja, bagaimana lagi bisa kuuruskan dengan kenaikan mendadak ini. Cara hidupku jauh daripada mewah. Sekadarnya sahaja.

Petang Rabu ketika pengumuman itu dibuat, kami dalam perjalanan ke Pulau Banding dari Kota Bharu. Jalan sesak sangat di semua stesen minyak. Sehingga tiba di Jeli, kelihatan pak polisi mula mengawasi stesen minyak. Di sebuah stesen minyak kelihatan ada yang mula menyukat komposisi bekalan minyak. Nasib baik Pergio yang disewa itu telah "diberi minum" hingga penuh dari awal lagi. Kalau tidak, dengan kami sekali terpaksa bersesak-sesak queue untuk mengisi minyak.

Oleh sebab kunci MyVi diserahkan kepada sepupuku Kamal, dia telah bermurahhati berusaha untuk beratur bagi mengisi petrol dengan harga RM1.92 per liter. Kita mentadbir, tetapi Allah yang mentakdir. Pukul 12.02 dia called tanya nak isi atau tidak. Aku kata jenuh dia queue, isilah. Katanya dua kereta di hadapannya adalah kereta terakhir yang berpeluang menikmati kadar lama. Satu kereta sebelumnya telahpun dicaj dengan harga baru.

Inilah doa dan harapanku sempena kenaikan harga petrol ini :-

1) Moga cepatlah officeku berpindah ke KL Sentral bagi memudahkan aku menaiki komuter ke tempat kerja.

2) Cepat-cepatlah buka exit ke Kuang dari GCE.

3) Lagi baik kalau office berpindah ke Glenmarie. But I don't think my bosses will like it. Aku rasa aku sorang jek kot akan ketawa gembira kalau ini berlaku.

4) Moga-moga dapat kerja baru di kawasan berhampiran. Kampus UiTM kat belakang ni bila nak buka ya ? Dapat jadi Pegawai Tadbir pun aku rela.... macam Linder.

Hajat di hati nak belajar merempit. Aku boleh bawak motorsikal tapi aku hanya ada lesen D. Tapi beranikah aku merempit ke office ? Aku kira perasaan ini sama seperti sebelum aku boleh memandu kereta dengan yakin. Tapi bak kata Tun ASP Foo dalam laporan trafiknya setiap hari Jumaat di KLFM, sekiranya naik kereta, besi melindungi kita; naik motorsikal, kita melindungi besi. Kecut perut jugak tuh.

Mungkin juga aku boleh memiliki sebuah basikal bagi perjalanan dalam kawasan taman ini. Untuk ke kedai, pasar tani, hantar/jemput C GaLoi di Tutorial Centre. Actuallynya aku memang ada sebuah basikal yang aku gunakan untuk ke kawasan berdekatan semasa tinggal di Pandan Indah dulu. Tapi dah teruk sangat basikal miniku itu. Takut dah tak kuat lagi. Tiba-tiba teringat kisah lama; bapaku tersembam ke jalan akibat basikal yang dinaikinya itu patah dua kerana telah reput. Bibirnya pecah dan terpaksa dijahit. Harus kena beli baru ni.

Jom... pakat-pakat kayuh basikal.

~Balada orang terkejut belum berakhir~

Tuesday, April 29, 2008

BE 2007

Cikliah berceloteh lagi....

Saya sudah menyelesaikan tanggungjawab ini. Bagaimana dengan anda? Cepat... cepat.. hanya tinggal satu hari saja lagi.

Tahun ini LHDN sepatutnya memulangkan semula RM89.35 yang terlebih bayar oleh majikan melalui PCB. Tapi tak tahulah samaada akan dapat atau tidak. Sebab taksiran dibuat di fail lain, manakala bayaran dimasukkan dalam fail lain. Tahun demi tahun terlebih potong, tapi tak pernah dapat refund. Menurut Hezli seorang teman sekampus dulu yang kini bertugas di LHDN, sistem fail ini sepatutnya akan/telah dikemaskini. Ini katanya setahun yang lalu. Tak kira berapa fail yang kita ada, seharusnya telah diconsolidatekan. Tahun lepas pun tak dapat refund. Dengar cerita jiranyang terlebih bayar tahun lepas, telah pun dapat refund. Itulah gunanya LHDN menyediakan kolum nombor akaun bank supaya senang mereka pindahkan semula lebihan itu ke dalam akaun pembayar cukai.

Harapnya tahun ini dapatlah semula lebihan PCB yang rasanya telah mencecah ratusan ringgit, seperti yang telah dikhabarkan Hezli pada tahun lepas. Kalau dapat tu boleh la wangga-wangga pegi holiday.... :D

Friday, September 23, 2005

Lawak antarabangsa

A friend of mine bagi this link http://www.atgig.com/VeNuThOmAs/cn.html

Aku pun try la masuk.
he he he he he......


Hasilnya ---->
YAHOOOOO !!!!!!
HA HA HA HA HA