Sunday, August 31, 2008

Hari Kebangsaan Malaysia

Cikliah berceloteh lagi....



Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 51.
Semoga semuanya beroleh sejahtera...

MERDEKA !
MERDEKA !!
MERDEKA !!!

Warisan

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita

Bercambah menjadi warisan
Andai kuterbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harus kubawakan
Kemana harus kusemaikan
Cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Kujejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
.....
....
...
..
.

Thursday, August 28, 2008

TAK DAN !

Cikliah berceloteh lagi....

Keghairahan saya memesan juadah berbuka dari Mangkuk Tingkat mengingatkan saya akan perbualan saya dengan Mak Lang pada ziarah Raya tahun lalu.

Mak Lang bercerita, pagi tersebut beliau hendak ke ladang kelapa sawitnya di Sungai Kerang. Anakcucu masih berkumpul ramai di rumah tapi buah sawit tidak menunggu. Begitu juga kalau padi sudah masak di sawah. Tak kira raya atau tak, Orang Banjar tak beraya lama... ;)

Beliau mengalas perut ala kadar dan bersiap-siap untuk bertolak ke ladang dengan PakLang. MakLang memberitahu anaknya, Kak I yang dia dah nak ke ladang. Pandai-pandailah buat sarapan untuk anak-anak hangpa nanti. Begitu pesannya.

Bila MakLang balik petang tuh, ditanya kepada Kak I masak apa pagi tadi, my cousin menjawab, "Bawak semua orang mengeteh kat kedai mamak di Kuala Kurau !"

MakLang selamba bertanya "Hangpa tak segan ka? Pi sarapan di kedai?" *maksud maklang tu sebab di sana, kalau di sini lain citernye*

Kak I membalas, "Nak segan apa? Duit kami... kami yang bayar....bukannya tak bayar."
Har har har har...

Kak I sebenarnya orang yang sangat rajin memasak. Salah sorang anaknya memang jenis tak makan nasi. Makan kuih jek. Jadi hari-hari dia kena 'lengat' kuih khas untuk anaknya ini.

Dulu-dulu iyalah kot... orang perempuan pingitan tak akan makan di restoran, nak-nak pulak tanpa kehadiran 'orang lelaki' bersama.


Alasan saya---> TAK DAN ! TAK DAN nak masak ! Kalau DAN pun, dah letih bangat... hahahahah.. alasan... alasan...Penyakit TAK DAN kembali menular....huhuhu

Tuesday, August 26, 2008

Lagi cerita balik kampung

Cikliah berceloteh lagi....

Bagi 'membesarkan' lagi hati anak-anak yang 'sudi' ikut balik kampung, mereka telah dibawa berkunjung ke Pantai Merdeka selepas menghadiri Walimatulurus anak saudara PakTam Mud(adik TokWan) di Permatang Tok Brain. Melalui jambatan baru yang menghubungkan Penaga dan Kota Kuala Muda, mudah saja sampai ke Pantai Merdeka. Sebelum itu tersesat sampai ke Pangkalan Ikan di Kuala Muda.


Perahu nelayan


Kuala Muda


Pantai Merdeka


Tanjung Dawai dari kejauhan



C Haloi berkira-kira untuk mandi laut


C Ganal pun sama. Tapi malangnya tak ada persalinan yang sesuai.


Dapat main-main air sikit-sikit jadi lah.



Habis kasut basah...


Habis makan twisties sorang 2 bungkus dan sebungkus keropok ikan, kami bergegas ke Penaga untuk solat asar. Sebelum meneruskan perjalanan pulang, sempat pula mejejak kenangan ke sekolah lama Opah dan TokWan di Kepala Batas.



Opah dan TokWan bergambar kenangan di hadapan sekolah lama mereka, Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah, Kepala Batas. Tokwan menamatkan pengajian sehingga memperolehi 4 thanawi dan MCE. Opah hanya setakat 3 thanawi sahaja. Namun begitu, kerana 'sayang'nya arwah Tok saya kepada anak-anaknya, tokwan tidak dibenarkan bekerja luar dari kampung. Maka jadilah tokwan petani.

Mungkin kerana berkat mengikut nasihat arwah mak TokWan, akhirnya TokWan dan adiknya (PakTam Mud) berjaya juga diterima menjadi guru KAFA setelah bertahun-tahun membanting tulang di sawah. PakTam Mud juga pernah bekerja di ladang kelapa sawit di Sungai Bogak. Setelah beberapa tahun menjadi guru KAFA, PakTam Mud akhirnya menjawat jawatan sebagai Mubaligh di Pejabat Agama Daerah walaupun umur sudah meningkat.





Opah mengimbau kenangan di aspuri beliau. Katanya, Tokwan dulu duduk dekat pondok tepi jalan tapi nampaknya pondok tersebut telah diganti dengan bangunan yang lebih sesuai dijadikan asrama.






Ini sekolah baru


Rumah ayahanda dan bonda PakLah. Opah kata pada malam hujung minggu di sinilah tempat mereka melepak menumpang tengok tv. Makcik Lan sangat baik kepada pelajar aspuri. Opah selalu menumpang sebentar di rumah Makcik Lan jika keseorangan di asrama kerana pulang lebih awal dari pelajar lain. Ayah PakLah ketika itu adalah Mudir sekolah ini.




Ini pula rumah tokwan PakLah, Haji Abdullah Fahim.



Telah dinobatkan sebagai Rumah Sejarah



Kini digunapakaikan sebagai bilik gerakan UMNO


Masjid berhampiran kawasan

On the way back, nak snap 'kedai kenangan' tapi ada orang. Segan la pulak. ;)

Kami hanya sekadar berhenti untuk 'menapau' mee udang di kedai Mee Udang Pak Ngah sebelum masuk ke highway kerana mengejar masa supaya boleh sampai ke rumah sebelum perlawanan akhir badminton LCW dan Lin Dan malam itu.

Saya kerap mendengar mengenai keenakan mee udang Sungai Dua ini tapi tidak tahu lokasi sebenar restoran yang disebut-sebut itu. Menurut PakTam Mud, mee udang yang sedap bukan di tepi highway itu tapi terletak di tepi sungai.
Ermmm... tak mengapalah... tak ada rotan akar pun berguna.... daripada tiada baiklah ada... ;)

Saya memujuk hati dengan berangan-angan esok mungkin boleh ke Kuala Sepetang menjejak Mee Udang Banjir yang pernah SueAleen ceritakan dulu. Namun kita hanya mentadbir, Allah jualah yang mentakdir. Keesokan harinya, hujan turun sepanjang hari membuatkan rasa malas hendak bergerak ke mana-mana.

Friday, August 22, 2008

Aktiviti anak kepada anak kampung di kampung

Cikliah berceloteh lagi....

Dulu, saya selalu berkecil hati bila cadangan balik kampung yang diusulkan dipandang sepi. Saya tidak tahu kenapa CGaLoi tidak suka pulang ke kampung. Namun begitu, lama kelamaan selepas beberapa kali insiden merajuk dan saya kira kerana kematangan mereka bertambah dari hari ke hari, akhirnya balik kampung menjadi satu program yang dinantikan. Tak tahulah saya kalau ini sekadar dibuat-buat sahaja demi menjaga hati saya. ;)

Kawasan rumah saya di kampung kecil sahaja. Tiada halaman yang besar seperti rumah lain atas faktor tanah pusaka yang dibahagi-bahagikan. Tambahan pula tanah yang bersambung dengan tanah sawah di'belah' dengan pembinaan taliair bagi mengalirkan air ke salah. Dihimpit pula dengan parit untuk membuang air dari sawah di hadapan rumah. Beberapa kali Opah dan Tokwan memujuk untuk membeli tanah arwah sepupu TokWan di sebelah rumah untuk membesarkan kawasan. Namun waris sepupu TokWan tidak membenarkan kerana katanya mereka yang akan mendirikan rumah mereka di situ. Alamakkk.. selepas ni tak boleh lah bersembang gelak kuat-kuat macam selalu. :P

Agaknya kerana keterbatasan dari segi keluasan kawasan itu menyebabkan anak-anak saya tidak betah berada di kampung selain dari faktor kekurangan kawan. Saya sendiri ketika kecil menghabiskan masa di rumah atuk saya yang jauhnya hanya suku km dari rumah sendiri. Rumah AtokNenek (Tokwan saya sebelah bapa) dan sekitar rumah jirannya best. Banyak hutan belukar yang boleh dijelajahi. Ada paya nipah untuk mengintai anak sempilai. Ada pelbagai jenis pokok untuk dipanjat-panjat. Ada rumpun buluh untuk ditebang. Ada banyak kawasan untuk dibuat main pondok-pondok.

Kebelakangan ini, CGaLoi telah menemui keseronokan berada di kampung dengan aktiviti sebegini....


Kunonnyer menolong opah membasuh tikar........



Tapi rupa-rupanya nak mengubang dalam taliair.....

*** Credit kepada En Berlingo sebagai photographer separa profesional kerana merakamkan detik-detik 'pengubangan' ini.


Berkebun la kengkunonnyer


C Haloi yang beria-ia tersenyum riang dok dekat dengan pokok kaduk tu, akhirnya menangis meraung terus nak balik SU kerana ternampak pacat yang kekenyangan tengah sedap melayan darah di celah jari kakinya....


Xtvt menumbuk inai


Sorang main kapak... sorang lagi main parang... nasib baik semua gadjet buruk dan tumpul belaka.....

Thursday, August 21, 2008

Balik kampung

Cikliah berceloteh lagi....

Balik kampung owhhhhh balik kampung...
Hari girang...

Rasa lama sungguh tidak balik ke kampung. Kali terakhir sebelum ini adalah ketika PRU12. Masa cuti sekolah 2 minggu hari tu tak balik juga sebab ke Pantai Timur. Last saturday, balik kampung selepas C Haloi habis kelas tutorialnya. Actuallynya lebih lewat. Gebedak gedebuk buat kerja rumah siap itu ini, lastly pukul 2.30 ptg baru on the road.

Tak tahu apa yang letih sangat, sebelum sampai Tanjung Malim pun, saya terus terlelap hingga melepasi Ipoh. Entah apa-apa mimpi yang hadir dalam tidur yang tidaklah begitu nyenyak. C Haloi yang sudah mendapat tenaga selepas nap since dari rumah lagi, riuh berceloteh dengan opah menemani ayah memandu. Seolah tidak terganggu dengan keriuhan itu, saya dan C Ganal terus sahaj mengulit mimpi. Terjaga kerana ada kemalangan membabitkan laluan bertentangan.

Berhenti sebentar di Hentian Bukit Gantang kerana C Haloi memerlukan tandas. Kesempatan itu digunakan oleh saya dan C Ganal utk browse thru. Agaknya selera orang berpuasa, segala macam buah-buahan rasa nak beli. Jambu batu, dokong, honey dew, mangga nam dok mai dan buah-buahan sedia dipotong buat berbuka in case tak sempat sampai rumah.

Jumpa C Haloi dengan opah, dia minta dibelikan jambu madu pulak. C Ganal teruja dengan buah sebesar bola. Saya belikan juga limau bali itu untuk diperkenalkan kepada nya.

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan menuju ke destinasi. Untuk lebih cepat, kami ambil keputusan untuk keluar highway thru exit Bandar Baru. Selalunya kami ikut exit Kamunting saja. Sampai di Parit Buntar singgah sebentar utk solat asar dan membeli juadah berbuka.

Sementara menunggu pizza siap dimasak, saya keluar sebentar mengambil gambar sekeping dua.


Sudah semakin membangun ibu daerah kelahiranku ini. Watson pun dah ada. Restoran KFC ada dua. PizzaHut pun dan ada. MacDonald jek belum ada. Agaknya selari dengan perkembangan TransKerian, MRSM dan pelbagai pusat pendidikan yang lain di kawasan sekitarnya.



Sampai di Simpang Lima, azan maghrib pun kedengaran. Tiba di rumah, suara Pak Tam Mahmud kedengaran mengetuai bacaan Yaasin dari surau berhampiran. Kebiasaan bagi orang-orang kampong mengadakan bacaan Yaasin berjemaah pada malam Nisfu Syaaban ini. Kami di 1F3SU sepakat menyambutnya pada malam sebelumnya.

Perbezaan kalendar menyebabkan ada sedikit pertelingkahan mengenai tarikh sebenar 15 Syaaban. Tak kisahlah tu, memang sewajarnya berpuasa dan membaca Al-Quran menjadi amalan kita sebagai umat Islam.

Tapi menurut kata Opah, malam itu bulan mengambang lebih lewat. Memberi erti ‘kalendar kuda’ mungkin betul. Sementelah kalendar kuda memang mengikut lunar(bulan). Jika malam 15, bulan mengambang sebaik sahaja jatuh matahari.

Teringat pulak sesi sembang skype dengan DakNis dan KakDatin pada pagi Jumaat lalu mengenai bilakah tarikh sebenar Nisfu Syaaban. Saya katakan kepada mereka, kalau rajin malam ini kita tengoklah fizikal bulan bagaimana. Namun, saya rasa tiada seorang pun di antara kami yang sempat menelek bulan pada malam hari tersebut.

Bila check tarikh permulaan puasa nanti, rata-rata kalendar memberikan tarikh yang sama, 1 Ramadhan 1429 adalah bersamaan dengan 1 September 2008. Semoga kita semua berkesempatan menemui Ramadhan pada tahun ini. Amin.

Friday, August 15, 2008

Milik siapakah arnab ini

Cikliah berceloteh lagi....

Update:- tuanpunya rabbit telah pun menuntut rabbit comel ini pada petang Jumaat 15/08/2008



Comelkan?

Malam semalam tatkala saya menyiram pokok-pokok, nampak ada sebuah kereta kia carnival berhenti depan rumah. Kemudian 2 orang budak lelaki, seorang budak perempuan dan seorang wanita dewasa seperti mengejar sesuatu. Saya meninjau apa yang mereka sedang kejarkan. Ternampak seekor arnab dan seekor kucing seperti bermain berkejar-kejaran. Saya assume mereka sedang cuba menangkap arnab mereka yang terlepas.

Saya lantas menegur salah seorang budak lelaki tersebut bertanyakan situasi mereka. Dia memberitahu mereka sedang mengejar arnab ini kerana ditakuti kucing itu akan mengapa-apakan arnab tersebut. Saya tanyakan lagi seandainya mereka mempunyai umpan untuk menangkap arnab tersebut. Dia menjawab tiada. Saya seterusnya menawarkan diri untuk join dalam skuad menyelamatkan arnab tersebut. Saya ada kangkung untuk dijadikan umpan.

Tatkala hendak masuk ke rumah, jiran sebelah menegur dan kami bersembang seketika. Ketika itu saya perasan mereka yang mengejar arnab itu telah masuk ke dalam kereta dan terus berlalu dari situ. Dalam hati saya mengandaikan arnab itu telah berjaya ditangkap. Saya meneruskan kerja menyiram pokok sehingga selesai.

Kemudian, emak saya yang menjenguk dari tingkap memberitahu saya, dia ternampak arnab kecil di depan rumah jiran yang bersetentangan dengan rumah saya. Aikkkk... bukankah mereka telah berjaya menangkapnya tadi? Ketika itu jiran depan rumah saya baru sahaja memparkirkan kereta mereka. Saya pun bercerita mengenai 'skuad penyelemat arnab' yang baru saja berlalu tadi. Saya ingatkan arnab itu telah berjaya ditangkap, rupanya tidak.

Jiran saya menasihatkan agar saya menyimpan arnab ini kerana bimbangkan keselamatannya. Sementelah kucing yang mengekorinya sedari tadi masih tidak beralah. Semasa saya mendekati arnab kecil ini, saya sudah jatuh hati dengan kecomelannya. Matanya bercelak, telinga sedikit hitam dihujung. Yang lain putih bersih. Saya usap kepala dan badannya. Dia hanya mendiamkan diri sambil menikmati rumput di tanah. Dia tidak melarikan diri pun. Bila saya angkat, dia tidak meronta-ronta pun sepertimana saya mengangkat MakUtih atau PakAbu. Lagi lah saya jatuh sayang. Tapi saya akur, dia bukan arnab saya. Saya perlu cari mereka yang cuba menangkapnya tadi kerana saya beranggapan merekalah tuan punya arnab comel tersebut.

Saya mengajak En Berlingo menemani mencari rumah siapa yang mempunyai kereta sekian sekian dan no plat sekian sekian. En Berlingo mempertikaikan kenapa saya tidak minta contact no daripada mereka supaya senang berurusan. Bersembang dengan ibu budak tersebut pun tidak sempat, apatah lagi meminta contact no. Lagipun saya ingatkan arnab tersebut telah berjaya ditangkap.

Namun begitu, beliau membawa saya dan C Haloi mencari kereta tersebut. Alhamdulillah... bila sampai di Flora 2, kereta tersebut kelihatan. Dan budak lelaki 2 orang tersebut ada di dalam kereta tersebut yang diparkir di depan rumah towkey cuppies SU. Saya bertanyakan untuk memastikan mereka orang yang betul yang mencari arnab tadi. Katanya ya. Dengan bersemangatnya saya memberitahu mereka yang saya telah berjaya menyelamatkan arnab tersebut. Saya mohon mereka menunggu saya untuk mengambil arnab tersebut untuk dipulangkan kepada mereka. To my surprise, that boy kata "Tak payahlah".

Eh.. kenapa tak mahu arnab mereka semula ? Katanya lagi arnab tu bukan arnab mereka. Mereka kejar untuk menyelamatkan dia dari dimakan oleh kucing sahaja. Owhhh... begitu rupanya. Mereka ingatkan arnab itu kepunyaan saya. Mungkin berdasarkan maklumat jiran lain di Flora 4 yang mengatakan arnab itu saya punya kerana saya memang mempunyai 2 ekor arnab yang sudah agak besar.

Ahhh... sudahhhh... arnab siapakah sebenarnya ini ?

As of now, saya masih menyimpan arnab tersebut dan telah mewar-warkan kehilangannya di SUdotNet. Saya berharap tuannya lekas datang menuntut sebelum sayang saya makin mendalam. ;)

Tuesday, August 12, 2008

Bibikless

Cikliah berceloteh lagi....

Setelah being pampered and adored dengan maid for 8 months, saya kembali maidless. Hari pertama tanpa bibik, balik kerja collect baju-baju sekolah 4 pasang untuk direndam. Sabun dulu tempat yang kotor sangat dengan sabun cap kapak. Sental sikit then masuk washing machine, basuh dengan mode soak. Putar 3 kali dalam masa 45 baru wash and rinse. Kira ok la kot. Mana nak larat basuh tangan macam bibik buat setiap pagi.

Usai solat maghrib lari sekejap ke Central Mart beli ikan dan sayur. Bebudak nyibuk nak ikut sebab dah siap belajar ngaji dengan Ustaz M. Esok nak periksa lagi ada ati nak ikut orang daaa....

Since C Ganal terkokoh diserang batuk, bagi ubat then suruh dia masuk tidur lebih awal. C Haloi masih berjaga kunonnyer buat revision dengan pemantauan ayah. Ayah yang MC semalam, dah bawak dorang dinner kat Mai Sini, restoran pilihan mereka selain dari D' Melody. Ada nasi lemak 50 sen. Semalam makan western nampaknya, bawak balik spagetti yang tak habis.

C Ganal kata dia terlupa bawa duit ke KIDAS petang semalam, so balik dalam keadaan lapar. Kata opah dia order nasi goreng takmo jagung satu. Tengahari semalam Opah goreng nasi taruk jagung & carrot. Bertuah punya budak. Disuruhnya opah asingkan dulu jagung-jagung tu. Sebijik jagung pun tak boleh kelihatan, bahkan secebis kecil pun dia boleh nampak suruh buang. Sabor jer lah C Ganal nie. Kemudian makan laksa pulak. Laksa lebih jamuan party semalam. But then bila CHaloi balik, dorang pegi lagi makan kat Mai Sini. Dah kenyang, itu pasal spagetti tu tak terhabis agaknya.

Sementara tunggu basuhan siap, buatkan CGanal muffin banana choc chip yang dia tak sempat makan semalam. Basuh tu basuh nie. Buat tu buat ini. Siap semua keje, sidai baju hari dah mengajak ke pukul 12. Cepatnya masa berlalu.

Ikan bulu ayam pun dah siap dibersihkan untuk esok. Nanti Opah tolong gorengkan ajer. Dorang ni dah la tak suka makan ikan. Kalau nak bagi makan ikan, kena buat ala-ala sushi. Nasi kepal macam dalam cerita Ninja Boy tu. Yang pelik-pelik gitu maulah layan. Kalau tidak asyik ayam...ayam... ayam jek... Tapi isi ayam tak suka. Nak yang ada tulang sikit.

Kalau ikan bulu ayam tu layan la jugak. Goreng rangup-rangup makan macam keropok. Makan dorang nie susah jugak benornyer. Memilih bebenor. Kadang-kadang bibik buat udang tempura. Yang dimakan geret-geret(lebihan tepung) aje. Isi tertinggal juga. Ayam pun gitu. Makan kulit luar yang crispy tu jek. CGanal sayur memang tak jalan lah. C Haloi ok gak la.. mau gak makan carrot, timun. Kalau sayur berdaun, alamat bye-bye ler.

Opah pun mati kutu nak layan selera cucu-cucu ni. Rasa macam nak order dari mangkuktingkat ajer. Tapi mahukah mereka menghantar sampai ke SU ni ? Dan yang paling penting mahukah anak-anakku akan hidangan dari mangkuttingkat ittew?

Monday, August 11, 2008

Akhirnya....

Cikliah berceloteh lagi....





Setelah 6 tahun lebih tanam pokok pisang emas ini, akhirnya semalam terperasan ada jantung dan buah yang keluar. Tak perasan langsung masa bila jantungnya start menunjukkan diri. Sedar2 dah ada buah pun.

Selalunya pokok ini naik 2 meter kemudian mati kekeringan begitu saja. Benih pokok pisang emas ini saya ambil dari kampung. Pokok di kampung tak ada masalah. Selalu berbuah.

Saya pernah menuduh pokok pisang ini jantan. Bagi menguji kebetinaan pokok ini, PakTua cuba tanam sepokok kat rumah dia. Berbuah! Dah dapat menikmati hasilnya. Bagi kat seorang kawan pun dah dapat hasil juga.

Agaknya betul kata PakTua kat kawasan tu banyak batu. Saya pun tak pernah korek batu di kawasan tersebut. Dengan khidmatnasihat PakTua, pangkal pokok pisang ini ditambun dengan tanah dan baja-baja termasuk baja special keluaran MakUtih dan PakAbu Enterprise, akhirnya terbukti kebetinaan pokok pisang ini.

Semoga dapatlah merasa hasilnya kali ini.

Warrghahahahahahaha ===> gelak jahat ala nior... :P

Sunday, August 10, 2008

C Haloi Birthday Bash

Cikliah berceloteh lagi....



10.08.08 ---> Genaplah usia CHaloi 7 tahun mengikut tahun Masihi. Bagi meraikan CHaloi, kawan-kawan sekitar kejiranan telah dijemput untuk memeriahkan majlis ulangtahun kelahirannya.

Mengimbas kembali saat-saat kelahirannya yang diawalkan 5 hari melalui ELCS, CHaloi telah dilahirkan pada hari Jumaat; 10.08.2001 pukul 11.25 pagi dengan bantuan dan kepakaran Dr Fauziah Hassan.

Ketika dilahirkan CHaloi seperti alergik. Badannya merah sekali. Bahkan sehari selepas discharge kami kembali mengunjungi Pediatrician kerana pelik sekali dengan keadaan kulitnya yang merah itu. Mungkin kerana dilahirkan lebih awal kulit badannya belum dapat beradaptasi dengan cuaca dan persekitaran. Alhamdulillah, hari demi hari akhirnya tompokan merah di seluruh badannya itu hilang.

C Haloi dikeluarkan from ibu's tummy

Gambar hasil keberanian Encik Berlingo untuk berada dalam Operation Theatre sambil tolong buat lawak bagi menceriakan kakitangan yang sedang membuat kerja. Credit kepada beliau.

C Haloi kini telah pun bersekolah dan hobinya di waktu senggang adalah berlakon menjadi cikgu/ustazah 'garang'. Remember cerita beli rotan. Nasiblah sesapa yang kena jadi anak murid tu kan. Kalau tak dengar cikgu cakap, baik-baik nanti kena rotan. Hahahahaha...

Happy 7th Birthday C Haloi. Semoga menjadi anak soleheh. Jangan marah-marah ya ustazah! ;)

Kek adalah hasil kreativiti Auntie Yatt. Thanks Auntie Yatt.

Friday, August 08, 2008

08.08.08

Cikliah berceloteh lagi....

Apa ada pada nombor 8 ? "ONG" sangatkah nombor ini ?
Kalau ikut keturunan Tiong Hua nombor 8 memang bawa ong. No 4 tak bagus...mati.

Tapi kalau plat no 4 single number tak apa. Pernah mencuba nasib, minta tolong Encik Hamas check availability on "AW4". Menurut Encik Hamas, empunya no idaman kalbu ini adalah seorang warga Tiong Hua yang meletakkannya pada sebuah kereta Mercedes E320. Pergghhh.. sampai mati pun tak mampu kumiliki. Kalaupun ada wang berkepuk pun, mau kah ownernyer let go the number? Kerana menurut firasatnya, nombor ini mempunyai sentimental value pada pemiliknya.

Tak per lah.... saya tunggu sampai Perak keluarkan plat AWA. AWA berapa pun tak kisahlah. Sekarang AG*. Tah bila tahun la nak sampai AWA tu ya. Macam tak sempat jer.

Apa ajalah yang kurepekkan ni ye. Nak sembang pasal nombor 8 atau nombor 4 ?

Mungkin sempena 08.08.08 ini saya boleh kembali membuka blog ini utk tatapan umum selepas hajat di hati tertunai. Simple ajer hajat saya ni. Tapi tak tahulah kenapa blogger seolah-olah tidak menyenangi hasrat saya ini. Setiap kali saya cuba menukar template, saya akan mendapat 'error'. Akhirnya a few things gone dan terpaksa buat balik. Setelah mencuba berkali-kali dan akhirnya berjaya upload the right xml file malam semalam. Dan template yang saya mahukan pun muncul.

Nampak macam tak ada beza. Background color still same. Layout looks same. Bezanya; ada 3 columns instead of 2 columns only. Yang gone terpaksa reconstruct. But this one better. I like it. I still can use many facilities provided by blogger. ;)

Welcome back !

Thursday, August 07, 2008

Saat waktu berhenti... kosong...

Cikliah berceloteh lagi....

Anak itik tok wi
Mandi dalam kolam
Apa sakit tok wi
Sakit sendi tulang



Sakit bebenor tangan kananku ini. Sakit uratkah? Atau sakit sendi tulang ?
Ngilu jek rasanya sehari dua ni. Bila drive, kena tutup atau alihkan corong air-cond supaya tak kena direct ke tangan/lengan. Kat opis nie makin menjadi-jadi sakitnya bila temp makin turun. Propel ni pun satu. Komplen hangat, turunkan suhu sampai tak ingat donia... 24 darjah dah ler.. ini sampai 19.8 nie... mana ada mat saleh dalam sini.. Komplen sejuk sangat kang... depa bagi hangat balik... iskkk...iskkkk...
Mana la che letak glove berlubang hujung jari pemberian kak Ita dulu ek? Cari jap...

Sakit lengan petanda diri semakin tua. Osteoporosiskah ?
Iskkkk... lack of calcium?
uikkkkss.. takutnyer tulang reput sebelum waktunya... takutnyer...takutnyer...
Nak gi belasah Sangobion jap & bancuh anlene la camgini....

Chiowwwwww......

***Insiden gatal tangan part 3 menyebabkan saya menutup blog ini buat tatapan umum buat hari ini. Akan dibuka kembali bila hasrat hati tertunai. ;)

Tuesday, August 05, 2008

Bobidi bobidi boooooo...

Cikliah berceloteh lagi....

[En Berlingo gelakkan saya kerana join anak-anak tengok kartun Cinderella III... tak per... tak per.... ada ubi ada batas...ada hari... bobidi bobidi boooooo.... ]

Cuti pertengahan semester kedua ini, akan tiba seminggu lagi. Next week anak-anak akan berhempas pulas dengan mid sem exam. Saya kembali sibuk menjahit lencana dan tanda nama. Apa daaa... sekolah dah nak habis, still nak jahit lencana lagi?

Bibik will be leaving soon. This coming Sunday will be her last day with us. C Haloi asked her to wait until her birthday on 10 August 2008. She agreed. Towards the end ni macam sedih la pulak bibik nak balik ni. Lepas dia bagitau kata nak balik tu, dia macam baik la pulak. Tak de nak marah-marah lagi. Semalam, bibik belikan putu bambu untuk C GaLoi. Nak bayar balik, dia tak nak. Dia kata saja nak belanja kakak dan adik. End up putu bambu tu saya yang habiskan.

Since belum dapat replacement lagi, I have to be prepared dengan apa-apa kemungkinan. Supporting douments utk permohonan baru PRT baru jek dipos-ekspresskan kepada ejen. Harap new maid ni nak la datang walaupun dalam bulan puasa nanti.

For the time being, Opah for the rescue. Thanks Opah. Opah again ! Uhukss... betapa besar jasa ibunda berikan... dulu membesarkan anak. Kini membantu anak menjaga cucu. Uhukksss... what a bad daughter I am...

But then takkan nak mintak tolong Opah lagi bila sampai Ramadhan nanti. Kesian pulak tokwan bersahur dan berbuka sensorang jek kat kampung nanti. Kalau tokwan dah tak mengajar lagi, tentu TokWan pun kena import sekali ke SU ni. Tapi kalau tak mengajar, tokwan mesti teringatkan sawah bendangnya. Nasib baik tak der ayamitik or lembukerbau. Kalau tidak, bertambah lagi alasan makbapaku hendak pulang ke kampung. Tak betah duduk baring tidur di SU ni katanya. Kalau nak soh dok sini, sila sediakan tanah untuk dikerjakan. Hahahahaha... Mana mau cari ?

If the new maid does not turn out until Hari Raya, I have to think about any other option either "tumpang rumah jiran" or nursery. This time MLK cannot comes into the picture because she already started teaching at a secondary school in Bukit Kiara few months ago.

Tumpang rumah jiran or nursery means kena ada banyak baju in case tak sempat basuh and kering in time. Kalau pembantu kat rumah, sempat je dengan 2 pasang baju sek rendah dan 2 pasang baju sekolah agama. Mana nak iron lagi. That's why ada yang selesa menyediakan 20 pasang untuk tujuan ini. Dapatlah 2 minggu punya stok.

Baju sekolah pun mahal sekarang ni. Kata pekedai tu, nanti nak naik harga lagi. Kedai lain dah start naikkan harga. Since dia kata dia masih jual harga lama, saya beli siap-siap 2 pasang bigger size buat stok tahun depan. Jangan kena gerit dengan lipas dah le.

Nampak gayanya kena polish balik skill menjahit baju kurung. Beli kain, jahit sendiri. Tapi nak menjahit lencana dan tanda nama pun jenuh, apatah lagi nak menjahit baju. Adehhhh....

Saturday, August 02, 2008

Pak Abu in the house

Cikliah berceloteh lagi....

Kelepak kelepuk kelepak kelepuk...

Give way..
Give way...
Pak Abu nak lalu...

Pak Abu? The wedding planner ?
Sapa nak kawin nie? Maya Karin kah ?
.
.
.
Hehehehe...
not that Pak Abu the famous wedding planner/organizer.

Let me introduce our newest member in the house...

Pak Abuuuuuuuuuuuu in da house !!!!

This is Pak Abu. Say Hi to Pak Abu...

Why PakAbu ?
Due to fur color dia yang kelabu coklat itu. ;)

Pak Abu will accompany Mak Utih (new name given to UtihKutih) as a new partner. We bought Pak Abu from a pet shop in BBSB last Sunday for RM50. Double the price while we bought UtihKutih & the gang (late Che Pok & Che Tam) in Paya Jaras.

Pak Abu is quite big and I think his age more than 3 months. May be same batch with Mak Utih. But then his size is smaller and lighter than Mak Utih. It is due to limited food given at the pet shop.

Mak Utih belasah jek makan banyak mana pun. Letak pallet habis, bagi kangkung habis, carrot lagi la suka. Sampai janggut2 jadi oren... hehehehe...
Tak cukup dengan tu, diunggis-unggisnya wayar pulak. Macam la tak cukup makan kan.... Kalau lapar sangat, pallet dah habis, ada paper, paper la yang dibahamnya.

~~~ sayugia diingatkan, entry seterusnya ini berbaur 18sx !~~~

Mula-mula Pak Abu sampai, Mak Utih biasalah dengan gaya tuan rumahnya. Dikejarnya Pak Abu digigit-gigitnya PakAbu. Then PakAbu pun bertindakbalas mempertahankan diri. Digigitnya pulak MakUtih sampai tercabut bulu dan berdarah hidung. Mereka seolah-olah gaduh sungguh. PakAbu dan MakUtih diasingkan. PakAbu dalam cage, MakUtih kat luar. MakUtih tak puas hati, digigit-gigitnya pintu cage dengan harapan akan terbuka.

C Ganal the owner of MakUtih kasihan menengok MakUtih macam tak keruan. Diangkatnya MakUtih, didakapnya MakUtih dan dia memberitahu ada darah di *** MakUtih. Dia sangka MakUtih luka akibat pergaduhan itu. Bila saya check tengok, saya dapati *** MakUtih membengkak.Rupa-rupanya MakUtih horny. Sian MakUtih. Maafkan kami MakUtih lambat carikan pasangan untuk MakUtih. Saya tak tahu nak terangkan pada C Ganal. Saya just kata "MakUtih period" yang mengundang gelak ketawa both of the girls.

Lambat betul Pak Abu nak terima MakUtih. Mungkin PakAbu masih teringatkan awek yang ditinggalkan di pet shop tadi. Walaupun sudah 2 hari PakAbu tinggal di sini, tapi aktiviti kejar mengejar masih berlaku. PakAbu masih melarikan dirinya, manakala MakUtih masih tegar memburu.

Akhirnya pada mereka berbaik juga akhirnya. Dapat juga 'duduk ayam' bersama-sama. Tiada lagi adegan kejar mengejar, cakar mencakar.

PakAbu baik orangnya. Belum pernah menggigit tangan sesiapa pun. Jika kepalanya diusap, dia diam saja. Dia belum pandai untuk mencuri masuk ke dalam rumah. Ruang habitatnya diluar masih enggan ditinggalkannya. Namun begitu, PakAbu masih dalam proses 'toilet training'. Dia masih melepas sesuka hatinya. MakUtih pulak terikut-ikut mengkumuhkan bahan buangan di luar cage.
Iskkk... MakUtih ni.....

Friday, August 01, 2008

Cerita Hari Jumaat

Cikliah berceloteh lagi....



Semalam CikYumm memanjangkan email mengenai Cosway Clearance Sale dekat office dia di BTS. So hari ni pegi BTS lagi. Seminggu dua nie asyik ke BTS jek on Friday. Port terbaru untuk mengular di hati yang Jumaat ini. Reason being sebab ada teman merayau. ;)

Kalau pegi BTS mesti kena jumpa CikYumm sebab ada udang di sebalik mee. Dengan staff card CikYumm, bisa memperoleh diskaun 10% for F&B. Yang tak bestnya, makanan agak mahal.
Last time makan di Kopitiam Old Town White Coffee then hari ni CikYumm ajak try kat Uncle Lim's pulak.

Kenapa ek kopitiam tumbuh mencanak-canak lately? Merata-rata kopitiam dengan pelbagai brands. Siap ada sijil halal lagi. Dorang ni franchais ke apa ek ? Saya pun nak bukak satu kopitiam la kat SU. Agak2 laku tak ? Kopinya bakal diimport khas dari Tok Bunga@Sik. Wahhh.. berangan gitu...

Selepas makan kami bergegas ke dewan di mana jualan itu diadakan. Clearance Sale itu bermula dari 31 Julai sehingga 3 Ogos 2008. Saya memang suka barangan Cosway especially pencucinya. Kalau ada Power Max series of product tu nak hendak juga dibeli 2, 3 botol buat stok.

Malang sekali, baru masuk hari ke dua pencuci toilet idaman hati tu katanya dah habis. Tadi ada la dorang keluarkan empat lima botol, sekejap jek abis. Tak sempat nak sambar. Orang pun ramai. Menurut CikYumm, semalam lagi ramai yang kebanyakannya staff di BTS sebab mereka mendapat info terus dari management. Memang saat yang dinantikan lah kiranya.

Sempat pulak snap gambar kat dalam dewan tu :P

Since pencuci yang dihajati tak ada, benda lain pulak yang saya belek. Harga memang betul-betul boomlah. Container, lingerie, kosmetik, CDs, beg, children's educational toys dan pelbagai barangan lagi. Barangan elektrik pun ada tapi semuanya tak ada warranty kecuali pengering baju.

Dalam pada tak ada yang dihajati, sebesar ini kantung perembatanku. Opss.. Jangan salah sangka, kebanyakannya container yang harganya memang betul durian runtuh. Akhirnya saya pulang seperti seorang santa claus. Lenguh lengan dan bahu memikul hasil rembatan. :P

Oleh kerana ini kali pertama saya memandu sendiri ke BTS, keluar saja dari parking saya jadi keliru, jalan manakah yang perlu diikuti. Ahhh.. redah jerrr.... Ikut signborad. Malang sekali signboard begitu mengelirukan. Saya kira bukan saya sahaja terkeliru apabila melihat laluan dihalang dengna tiang-tiang bollard tetapi ada juga pemandu lain yang nampaknya teragak-gak memilih lorong. Akibat pembinaan SMART di kawasan Bulatan Kampung Pandan yang sudah tidak bulat itu, jalan yang biasa diikuti tidak membawa ke destinasi dan akhirnya ternaik flyover menghala ke Kg Pandan. Ahhh... sudah...

Hendak membuat U-turn tidak berbaloi, maka saya teruskan perjalanan untuk tawaf Kelab Golf Diraja Selangor melalui Desa Pandan, Ampang Hilir, Jalan Pegawai, Jalan U-Thant dan masuk semula ke Jalan Tun Razak.

Sempat pula melalui Jalan Wickham dan mengambil gambar bekas tapak taska C Ganal dan C Haloi dulu. Saya kira sudah hampir 1 tahun setengah kawasan ini ditutup dan dibersihkan tapi apartment yang dijanjikan belum pun bermula pembinaannya. Sayang sekali. Taska ini antara taska yang terbaik fasilitinya di Kota Lumpur ini.

Kawasan ini telah mula ditumbuhi belukar



Pintu utama masih kukuh berdiri



Tempat bermain anak-anak masih ada sisanya


Melihat tapak bekas taska ini terimbas kenangan lalu. Di sinilah C Ganal dan C Haloi mula mendapat pendidikan formal sedari umur mereka 2 tahun. Selama 3 tahun diasuh dan diajar oleh guru-guru yang begitu berdedikasi. Daripada mereka masih menggonggong botol sehinggalah pandai membaca dan menulis. Di sinilah mereka bermukim sementara menunggu ibu dan ayah bekerja. Terbayang wajah mencuka pada pagi hari sewaktu dihantar ke sini tetapi apabila dijemput pulang, wajah begitu ceria bercerita mengenai kelas dan kawan-kawan.
C Haloi merupakan batch terakhir yang 'graduate' di sini.