Update:- tuanpunya rabbit telah pun menuntut rabbit comel ini pada petang Jumaat 15/08/2008
Comelkan?
Malam semalam tatkala saya menyiram pokok-pokok, nampak ada sebuah kereta kia carnival berhenti depan rumah. Kemudian 2 orang budak lelaki, seorang budak perempuan dan seorang wanita dewasa seperti mengejar sesuatu. Saya meninjau apa yang mereka sedang kejarkan. Ternampak seekor arnab dan seekor kucing seperti bermain berkejar-kejaran. Saya assume mereka sedang cuba menangkap arnab mereka yang terlepas.
Saya lantas menegur salah seorang budak lelaki tersebut bertanyakan situasi mereka. Dia memberitahu mereka sedang mengejar arnab ini kerana ditakuti kucing itu akan mengapa-apakan arnab tersebut. Saya tanyakan lagi seandainya mereka mempunyai umpan untuk menangkap arnab tersebut. Dia menjawab tiada. Saya seterusnya menawarkan diri untuk join dalam skuad menyelamatkan arnab tersebut. Saya ada kangkung untuk dijadikan umpan.
Tatkala hendak masuk ke rumah, jiran sebelah menegur dan kami bersembang seketika. Ketika itu saya perasan mereka yang mengejar arnab itu telah masuk ke dalam kereta dan terus berlalu dari situ. Dalam hati saya mengandaikan arnab itu telah berjaya ditangkap. Saya meneruskan kerja menyiram pokok sehingga selesai.
Kemudian, emak saya yang menjenguk dari tingkap memberitahu saya, dia ternampak arnab kecil di depan rumah jiran yang bersetentangan dengan rumah saya. Aikkkk... bukankah mereka telah berjaya menangkapnya tadi? Ketika itu jiran depan rumah saya baru sahaja memparkirkan kereta mereka. Saya pun bercerita mengenai 'skuad penyelemat arnab' yang baru saja berlalu tadi. Saya ingatkan arnab itu telah berjaya ditangkap, rupanya tidak.
Jiran saya menasihatkan agar saya menyimpan arnab ini kerana bimbangkan keselamatannya. Sementelah kucing yang mengekorinya sedari tadi masih tidak beralah. Semasa saya mendekati arnab kecil ini, saya sudah jatuh hati dengan kecomelannya. Matanya bercelak, telinga sedikit hitam dihujung. Yang lain putih bersih. Saya usap kepala dan badannya. Dia hanya mendiamkan diri sambil menikmati rumput di tanah. Dia tidak melarikan diri pun. Bila saya angkat, dia tidak meronta-ronta pun sepertimana saya mengangkat MakUtih atau PakAbu. Lagi lah saya jatuh sayang. Tapi saya akur, dia bukan arnab saya. Saya perlu cari mereka yang cuba menangkapnya tadi kerana saya beranggapan merekalah tuan punya arnab comel tersebut.
Saya mengajak En Berlingo menemani mencari rumah siapa yang mempunyai kereta sekian sekian dan no plat sekian sekian. En Berlingo mempertikaikan kenapa saya tidak minta contact no daripada mereka supaya senang berurusan. Bersembang dengan ibu budak tersebut pun tidak sempat, apatah lagi meminta contact no. Lagipun saya ingatkan arnab tersebut telah berjaya ditangkap.
Namun begitu, beliau membawa saya dan C Haloi mencari kereta tersebut. Alhamdulillah... bila sampai di Flora 2, kereta tersebut kelihatan. Dan budak lelaki 2 orang tersebut ada di dalam kereta tersebut yang diparkir di depan rumah towkey cuppies SU. Saya bertanyakan untuk memastikan mereka orang yang betul yang mencari arnab tadi. Katanya ya. Dengan bersemangatnya saya memberitahu mereka yang saya telah berjaya menyelamatkan arnab tersebut. Saya mohon mereka menunggu saya untuk mengambil arnab tersebut untuk dipulangkan kepada mereka. To my surprise, that boy kata "Tak payahlah".
Eh.. kenapa tak mahu arnab mereka semula ? Katanya lagi arnab tu bukan arnab mereka. Mereka kejar untuk menyelamatkan dia dari dimakan oleh kucing sahaja. Owhhh... begitu rupanya. Mereka ingatkan arnab itu kepunyaan saya. Mungkin berdasarkan maklumat jiran lain di Flora 4 yang mengatakan arnab itu saya punya kerana saya memang mempunyai 2 ekor arnab yang sudah agak besar.
Ahhh... sudahhhh... arnab siapakah sebenarnya ini ?
As of now, saya masih menyimpan arnab tersebut dan telah mewar-warkan kehilangannya di SUdotNet. Saya berharap tuannya lekas datang menuntut sebelum sayang saya makin mendalam. ;)
2 comments:
fuyooo...lawalah....lawa sungguh langsir mu ituh...wargahahahahaha
halu~ sila la lawati arnabkiut~ www.arnabkiut.blogspot.com
Post a Comment