Tuesday, August 26, 2008

Lagi cerita balik kampung

Cikliah berceloteh lagi....

Bagi 'membesarkan' lagi hati anak-anak yang 'sudi' ikut balik kampung, mereka telah dibawa berkunjung ke Pantai Merdeka selepas menghadiri Walimatulurus anak saudara PakTam Mud(adik TokWan) di Permatang Tok Brain. Melalui jambatan baru yang menghubungkan Penaga dan Kota Kuala Muda, mudah saja sampai ke Pantai Merdeka. Sebelum itu tersesat sampai ke Pangkalan Ikan di Kuala Muda.


Perahu nelayan


Kuala Muda


Pantai Merdeka


Tanjung Dawai dari kejauhan



C Haloi berkira-kira untuk mandi laut


C Ganal pun sama. Tapi malangnya tak ada persalinan yang sesuai.


Dapat main-main air sikit-sikit jadi lah.



Habis kasut basah...


Habis makan twisties sorang 2 bungkus dan sebungkus keropok ikan, kami bergegas ke Penaga untuk solat asar. Sebelum meneruskan perjalanan pulang, sempat pula mejejak kenangan ke sekolah lama Opah dan TokWan di Kepala Batas.



Opah dan TokWan bergambar kenangan di hadapan sekolah lama mereka, Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah, Kepala Batas. Tokwan menamatkan pengajian sehingga memperolehi 4 thanawi dan MCE. Opah hanya setakat 3 thanawi sahaja. Namun begitu, kerana 'sayang'nya arwah Tok saya kepada anak-anaknya, tokwan tidak dibenarkan bekerja luar dari kampung. Maka jadilah tokwan petani.

Mungkin kerana berkat mengikut nasihat arwah mak TokWan, akhirnya TokWan dan adiknya (PakTam Mud) berjaya juga diterima menjadi guru KAFA setelah bertahun-tahun membanting tulang di sawah. PakTam Mud juga pernah bekerja di ladang kelapa sawit di Sungai Bogak. Setelah beberapa tahun menjadi guru KAFA, PakTam Mud akhirnya menjawat jawatan sebagai Mubaligh di Pejabat Agama Daerah walaupun umur sudah meningkat.





Opah mengimbau kenangan di aspuri beliau. Katanya, Tokwan dulu duduk dekat pondok tepi jalan tapi nampaknya pondok tersebut telah diganti dengan bangunan yang lebih sesuai dijadikan asrama.






Ini sekolah baru


Rumah ayahanda dan bonda PakLah. Opah kata pada malam hujung minggu di sinilah tempat mereka melepak menumpang tengok tv. Makcik Lan sangat baik kepada pelajar aspuri. Opah selalu menumpang sebentar di rumah Makcik Lan jika keseorangan di asrama kerana pulang lebih awal dari pelajar lain. Ayah PakLah ketika itu adalah Mudir sekolah ini.




Ini pula rumah tokwan PakLah, Haji Abdullah Fahim.



Telah dinobatkan sebagai Rumah Sejarah



Kini digunapakaikan sebagai bilik gerakan UMNO


Masjid berhampiran kawasan

On the way back, nak snap 'kedai kenangan' tapi ada orang. Segan la pulak. ;)

Kami hanya sekadar berhenti untuk 'menapau' mee udang di kedai Mee Udang Pak Ngah sebelum masuk ke highway kerana mengejar masa supaya boleh sampai ke rumah sebelum perlawanan akhir badminton LCW dan Lin Dan malam itu.

Saya kerap mendengar mengenai keenakan mee udang Sungai Dua ini tapi tidak tahu lokasi sebenar restoran yang disebut-sebut itu. Menurut PakTam Mud, mee udang yang sedap bukan di tepi highway itu tapi terletak di tepi sungai.
Ermmm... tak mengapalah... tak ada rotan akar pun berguna.... daripada tiada baiklah ada... ;)

Saya memujuk hati dengan berangan-angan esok mungkin boleh ke Kuala Sepetang menjejak Mee Udang Banjir yang pernah SueAleen ceritakan dulu. Namun kita hanya mentadbir, Allah jualah yang mentakdir. Keesokan harinya, hujan turun sepanjang hari membuatkan rasa malas hendak bergerak ke mana-mana.

4 comments:

the principal said...

Brp umur Opah & Tok Wan? Sek they all ada lg? Huh! Klasik. Sekolah rendah saya dah berubah sepenuhnya, dah takde kenangan langsung...

Jingga Studies said...

weh kak awa ..asyik jalan2 carik makan je..jeles betul!! merdeka weekends ni pegi mana2 dak..saya balik pj! jom restoran jaringggg!! amacam haha!

Makcik Runner said...

nostalgia mengusik kalbu...

selamat hari merdeka!

cikliah said...

Kak Emy,

My mom 58, my dad 61. Bangunan sekolah lama masih teguh berdiri. Rasanya mungkin early 60-an kot baru dibuat sekolah batu tuh. Pondok-pondok kayu memang dah lenyap semuanya.

JS,
abang azrul kata macam nak balik Melaka minggu nie. Tapi kak awa most probably tak ikut sebab ada plan lain on saturday. Tapi tak taulah kesudahannya cammana. Jemput mai rumah nanti. Boleh berkenalan dengan Pak Abu... ;)

Kak KC,
Selamat Hari Merdeka to you too !