Friday, August 01, 2008

Cerita Hari Jumaat

Cikliah berceloteh lagi....



Semalam CikYumm memanjangkan email mengenai Cosway Clearance Sale dekat office dia di BTS. So hari ni pegi BTS lagi. Seminggu dua nie asyik ke BTS jek on Friday. Port terbaru untuk mengular di hati yang Jumaat ini. Reason being sebab ada teman merayau. ;)

Kalau pegi BTS mesti kena jumpa CikYumm sebab ada udang di sebalik mee. Dengan staff card CikYumm, bisa memperoleh diskaun 10% for F&B. Yang tak bestnya, makanan agak mahal.
Last time makan di Kopitiam Old Town White Coffee then hari ni CikYumm ajak try kat Uncle Lim's pulak.

Kenapa ek kopitiam tumbuh mencanak-canak lately? Merata-rata kopitiam dengan pelbagai brands. Siap ada sijil halal lagi. Dorang ni franchais ke apa ek ? Saya pun nak bukak satu kopitiam la kat SU. Agak2 laku tak ? Kopinya bakal diimport khas dari Tok Bunga@Sik. Wahhh.. berangan gitu...

Selepas makan kami bergegas ke dewan di mana jualan itu diadakan. Clearance Sale itu bermula dari 31 Julai sehingga 3 Ogos 2008. Saya memang suka barangan Cosway especially pencucinya. Kalau ada Power Max series of product tu nak hendak juga dibeli 2, 3 botol buat stok.

Malang sekali, baru masuk hari ke dua pencuci toilet idaman hati tu katanya dah habis. Tadi ada la dorang keluarkan empat lima botol, sekejap jek abis. Tak sempat nak sambar. Orang pun ramai. Menurut CikYumm, semalam lagi ramai yang kebanyakannya staff di BTS sebab mereka mendapat info terus dari management. Memang saat yang dinantikan lah kiranya.

Sempat pulak snap gambar kat dalam dewan tu :P

Since pencuci yang dihajati tak ada, benda lain pulak yang saya belek. Harga memang betul-betul boomlah. Container, lingerie, kosmetik, CDs, beg, children's educational toys dan pelbagai barangan lagi. Barangan elektrik pun ada tapi semuanya tak ada warranty kecuali pengering baju.

Dalam pada tak ada yang dihajati, sebesar ini kantung perembatanku. Opss.. Jangan salah sangka, kebanyakannya container yang harganya memang betul durian runtuh. Akhirnya saya pulang seperti seorang santa claus. Lenguh lengan dan bahu memikul hasil rembatan. :P

Oleh kerana ini kali pertama saya memandu sendiri ke BTS, keluar saja dari parking saya jadi keliru, jalan manakah yang perlu diikuti. Ahhh.. redah jerrr.... Ikut signborad. Malang sekali signboard begitu mengelirukan. Saya kira bukan saya sahaja terkeliru apabila melihat laluan dihalang dengna tiang-tiang bollard tetapi ada juga pemandu lain yang nampaknya teragak-gak memilih lorong. Akibat pembinaan SMART di kawasan Bulatan Kampung Pandan yang sudah tidak bulat itu, jalan yang biasa diikuti tidak membawa ke destinasi dan akhirnya ternaik flyover menghala ke Kg Pandan. Ahhh... sudah...

Hendak membuat U-turn tidak berbaloi, maka saya teruskan perjalanan untuk tawaf Kelab Golf Diraja Selangor melalui Desa Pandan, Ampang Hilir, Jalan Pegawai, Jalan U-Thant dan masuk semula ke Jalan Tun Razak.

Sempat pula melalui Jalan Wickham dan mengambil gambar bekas tapak taska C Ganal dan C Haloi dulu. Saya kira sudah hampir 1 tahun setengah kawasan ini ditutup dan dibersihkan tapi apartment yang dijanjikan belum pun bermula pembinaannya. Sayang sekali. Taska ini antara taska yang terbaik fasilitinya di Kota Lumpur ini.

Kawasan ini telah mula ditumbuhi belukar



Pintu utama masih kukuh berdiri



Tempat bermain anak-anak masih ada sisanya


Melihat tapak bekas taska ini terimbas kenangan lalu. Di sinilah C Ganal dan C Haloi mula mendapat pendidikan formal sedari umur mereka 2 tahun. Selama 3 tahun diasuh dan diajar oleh guru-guru yang begitu berdedikasi. Daripada mereka masih menggonggong botol sehinggalah pandai membaca dan menulis. Di sinilah mereka bermukim sementara menunggu ibu dan ayah bekerja. Terbayang wajah mencuka pada pagi hari sewaktu dihantar ke sini tetapi apabila dijemput pulang, wajah begitu ceria bercerita mengenai kelas dan kawan-kawan.
C Haloi merupakan batch terakhir yang 'graduate' di sini.

No comments: