Monday, June 22, 2009

Urut

Cikliah berceloteh lagi....

Belum pernah dalam sejarah hidup, saya di'kerabu'kan sedemikian rupa oleh tukang urut. Kali ini medak isi guwe dikerjakan dek makcik tukang urut tuh.

Setiap kali musim cuti sekolah berakhir, saya selalu dilanda sakit urat. Ada lah part tertentu yang diserang. Kalau nasib pinggang yang tak baik, pinggang lah yang menerima akibat. Sekali tu, kena sakit pinggang gara-gara mengangkat beban baju basah balik dari Pulau Kapas. Siksa betul menanggung sakit terhentak-hentak sepanjang perjalanan dari jeti Pulau Kapas ke KL.

Saya berjumpa doktor terlebih dulu (to get an MC ;) dan doktor sarankan saya makan ubat. Sekiranya masih sakit, barulah pergi berurut. Sakit berkurangan dan saya melupakah hasrat untuk berurut. Namun bila sakit tersebut menular ke bahagian lain, barulah saya ada gut serah diri kepada tukang urut. Masa tu walaupun agak sakit tapi okaylah. Side effect tidaklah obvious sangat dan Alhamdulillah sakit tu lega.

Pagi Isnin mula sekolah yang baru minggu lepas, saya tiba-tiba sakit leher teramat. Susah betul nak menoleh kiri kanan. Saya fikir mungkin 'salah parking' dan cuba petua seperti menjemur bantal dan memukul tengkuk dengan bantal tersebut. Kak Ida, jiran saya menyarankan makan sejenis painkiller khas untuk sakit sendi. Tak tahulah yang mana satu mujarab, rasa seperti sedikit kurang.

Pagi sabtu, saya called makcik tukang urut yang belum pernah saya cuba perkhidmatannya sebelum ini. Makcik tukang urut datang ke rumah pada petang hari tersebut. Start mengurut makcik tukang urut komplen kata badan saya keras. Macam dejavu jek ayat-ayat tu... huhuhu..

Makcik kata lagi seeloknya kena balas urutan ini. Maksudnya kena buat 2 kali. Kali pertama untuk memecahkan angin. Kali kedua, barulah boleh mengurut untuk membetulkan urat. Tak boleh dibuat berturut hari kena badan dijangkakan akan bentan 2 hingga 3 hari. Jadi, sewajarnya minggu depan diurut lagi selepas bentan surut. Demikian penerangan rawatan yang akan diberikan.

Tempoh mengurut selama 2 jam terasa amat menyiksakan tapi saya tak berani komplen sakit, kunon macholah sebab saya sendiri yang menyerahdiri. Tapi mulut berdesip-desip, muka berkeriut-keriut jugak menahan sakit. Makcik bertanya jugak jika terlalu sakit. Saya kata boleh tahan. Padahalnya saya rasa sungguh sakit sehingga 'rasa macam nak pukul balik'... hahaha...

Bahagian tengkuk dan tumit yang sakit, diulitnya habis-habisan. Segala urut kecik besar, seolah-olah digerudi dan ditarik keluar. Di tempat-tempat yang katanya ada angin dipicit-picit. Sakitnya hanya Allah sahajalah yang tahu. Saya macam kena pukau, redha walaupun sebenarnya amat sengsara.

Akibatnya, lebam-lebam kaki, tangan dan badan saya. Huwaaaaaa...

Thursday, June 04, 2009

Tahniah !

Cikliah berceloteh lagi....

Cuti sekolah datang lagi
Musim orang membuat kenduri
Sempena anak-anak masuk jawi
Kenduri menerima menantu
Kenduri masuk rumah baru
Kenduri kendara di sana sini



Tahniah kepada Puan Ina aka Azellica yang telah melangsungkan perkahwinan pada 30 Mei 2009 yang lalu. Seolah mini reunion dalam majlis tersebut, sempat bertemu dengan ex-officemates yang sudah lama tidak bersua muka seperti Kak Aizan dan Kak Sti.




Juga tahniah kepada En Bebe dan Puan Nora yang juga telah menaiki pelamin pada tarikh yang sama di sebelah perempuan dan di sebelah lelaki sehari kemudian. Peluang bertemu kaum keluarga sebelah husband di Melaka yang sudah lama tidak ditemui.

Semoga kedua-dua mempelai berbahagia dalam menempuhi bahtera perkahwinan dan dikurniakan anakanda yang soleh dan solehah dan memperoleh rahmat dari Ilahi.
Aminnnnnn....

Wednesday, June 03, 2009

Apa yang penting ?

Cikliah berceloteh lagi....

KERJASAMA....

C Ganal, Adda, C Haloi

Cuti sekolah muncul lagi. C Ganal and C Haloi nak bagi Auntie Sue rehat. So again Mak Long Kakak, comes to the rescue. Kalau Maklong perlu ke sekolah, maklong akan bawak bebudak bertiga :- C Ganal, C Haloi and Adda (maklong's daughter) ke sekolah. Seronok la dorang ikut maklong pegi school. Adalah modal nak bercerita dengan kawan-kawan nanti akan aktiviti masa cuti sekolah. Adapun C Ganal pernah merungut kenapa saya tidak jadi cikgu seperi mak kawan baik dia; Maria. Reason :- nak pergi sekolah seperti Maria pergi ke sekolah mak dia masa cuti sekolah. Hmmm...

Alhamdulillah, so far bebudak bertiga nie memang ngam walaupun kadang-kadang ada gado gak la sesikit. Standard bebudak. Tatak Ela (panggilan Adda kepada C Haloi) pun dapatlah merasa jaga adik. Tolong mandikan Adda (kunonnyer lah). Since ada sorang jek budak kecik, kadang-kadang C Haloi berebut dengan C Ganal nak 'jaga'kan Adda. Cuma lately bila C Ganal dah melekat dengan hobi baru - bercinta dengan novel, so dia tak kisah sangat hak penjagaan itu lagi.

Semalam MakLong ada kelas Kumon waktu petang starting 5 pm. Since toktih yang selalunya jaga Adda belum balik dari kampung lagi, so I have to take turn shift petang look after bebudaks. So semalam kunon balik awal sikit which is 8 minutes earlier. For today's arrangement, maklong masuk pukul 6. So sempatlah kot balik sharp 5.30 on the dot.

Selalunya kalau TokTih ada, before pegi Kumon, MakLong akan hantar bebudak bertiga ke rumah TokTih di Kuang. Then Mak Ngah Awa (saya le tu) akan jemput bebudak bawak balik ke SU. Adda kemudiannya akan dijemput MakLong di rumah selepas Kumon selesai lebih kurang pukul 10 malam.

Nasib baik ada maklong yang duduk di taman sebelah. Bolehlah mengadu nasib terkejut tergempar jika ada masalah.

Next week, InsyaAllah akan berkelana ke Kelana Jaya pulak. Ganggu ketenteraman tokwan dan orang-orang di sana pulak. ;)