Cikliah berceloteh lagi....
Belum pernah dalam sejarah hidup, saya di'kerabu'kan sedemikian rupa oleh tukang urut. Kali ini medak isi guwe dikerjakan dek makcik tukang urut tuh.
Setiap kali musim cuti sekolah berakhir, saya selalu dilanda sakit urat. Ada lah part tertentu yang diserang. Kalau nasib pinggang yang tak baik, pinggang lah yang menerima akibat. Sekali tu, kena sakit pinggang gara-gara mengangkat beban baju basah balik dari Pulau Kapas. Siksa betul menanggung sakit terhentak-hentak sepanjang perjalanan dari jeti Pulau Kapas ke KL.
Saya berjumpa doktor terlebih dulu (to get an MC ;) dan doktor sarankan saya makan ubat. Sekiranya masih sakit, barulah pergi berurut. Sakit berkurangan dan saya melupakah hasrat untuk berurut. Namun bila sakit tersebut menular ke bahagian lain, barulah saya ada gut serah diri kepada tukang urut. Masa tu walaupun agak sakit tapi okaylah. Side effect tidaklah obvious sangat dan Alhamdulillah sakit tu lega.
Pagi Isnin mula sekolah yang baru minggu lepas, saya tiba-tiba sakit leher teramat. Susah betul nak menoleh kiri kanan. Saya fikir mungkin 'salah parking' dan cuba petua seperti menjemur bantal dan memukul tengkuk dengan bantal tersebut. Kak Ida, jiran saya menyarankan makan sejenis painkiller khas untuk sakit sendi. Tak tahulah yang mana satu mujarab, rasa seperti sedikit kurang.
Pagi sabtu, saya called makcik tukang urut yang belum pernah saya cuba perkhidmatannya sebelum ini. Makcik tukang urut datang ke rumah pada petang hari tersebut. Start mengurut makcik tukang urut komplen kata badan saya keras. Macam dejavu jek ayat-ayat tu... huhuhu..
Makcik kata lagi seeloknya kena balas urutan ini. Maksudnya kena buat 2 kali. Kali pertama untuk memecahkan angin. Kali kedua, barulah boleh mengurut untuk membetulkan urat. Tak boleh dibuat berturut hari kena badan dijangkakan akan bentan 2 hingga 3 hari. Jadi, sewajarnya minggu depan diurut lagi selepas bentan surut. Demikian penerangan rawatan yang akan diberikan.
Tempoh mengurut selama 2 jam terasa amat menyiksakan tapi saya tak berani komplen sakit, kunon macholah sebab saya sendiri yang menyerahdiri. Tapi mulut berdesip-desip, muka berkeriut-keriut jugak menahan sakit. Makcik bertanya jugak jika terlalu sakit. Saya kata boleh tahan. Padahalnya saya rasa sungguh sakit sehingga 'rasa macam nak pukul balik'... hahaha...
Bahagian tengkuk dan tumit yang sakit, diulitnya habis-habisan. Segala urut kecik besar, seolah-olah digerudi dan ditarik keluar. Di tempat-tempat yang katanya ada angin dipicit-picit. Sakitnya hanya Allah sahajalah yang tahu. Saya macam kena pukau, redha walaupun sebenarnya amat sengsara.
Akibatnya, lebam-lebam kaki, tangan dan badan saya. Huwaaaaaa...
5 comments:
salam awa ...
sabaq no ...nak baik tu yang kena derita dulu ....satgi baikla balik ...
Awa....berurut ke?nini pun dah 2 kali ahad berurut dgn makcik nini yg pandai mengurut.esok sehari lagi.nini ni masalah sakit kaki sbb berdiri lama.memangle pertama kali...sakitnye....nanti ok je...
kak awa, continue 2nd urut? Saya pernah jgk urut style sakit camtu sampai bengkak2 bdn. Then tukar cari tukang urut lain.
memula kena tahan ler sakit. tapi pastu.. sure badan legaaa...
cik ketumbar
hehehe...
baru nak jawab comments.
Rupanya2 dekat hospital pun dah ada disediakan perkhidmatan urut under TCMD (Traditional and Complementary Medicine Division)nie. So far dengarnyer kat Hosp Putrajaya dah ada. 3 kali urut. Free jek. Best kan ?
Post a Comment