Wednesday, July 30, 2008

Gatal tangan 2

Cikliah berceloteh lagi....

Sekali lagi gatal tangan. Akibatnya shoutbox hilang, counter hilang, feedjt gone with the wind. A few gambars turut menghilangkan diri.

Itulah... memandai sangat.. click here click there... tadaaaaaaaaaaaaaa...

Surprise.. semua hilang... fav links pon ilang... kena reconstruct... cehhhhh

It is Opah's birthday

Cikliah berceloteh lagi....


Semoga Opah beroleh kebahagian, ketenangan, keberkatan dan keredhaan Allah SWT senantiasa.

Tuesday, July 29, 2008

BULATS Test

Cikliah berceloteh lagi....

Yesterday afternoon, my colleagues and I were sent for a pre-course exam at Taman Tun by my company. This exam is to determine our English listening and writing skill level. After this we will place into different classes according to our achievement in the exam. There are 50 questions on listening and another 60 questions on writing and knowledge. There were 15 of us sitting for this exam during that session.

First time in my life, I slept during an exam. Perghhhh… and it was on the listening part! The last two conversations were so bored, made me fell so sleepy. Sedar-sedar dah next question. Sabar jek la… So, aper lagi.. tenyeh jer… Nasib baik soalan objektif. Kalau tidak sah2 hantar empty answer sheet. :P

Questions from Cambridge University pulak tu. Dengan slang English bergulung-gulung.
Saya anak melayu sejati, tengok filem omputeh aci baca subtitle, memang hampeh on listening.
Confirm masuk kelas novice. Which is better. Nanti tak lah segan sangat duduk dalam kumpulan mereka yang terrorist itu. Huhuhuhu…..

Duduk kat company GLC yang majority Malays ni memang tak mengasah lidah nak spekong. Compared to masa buat praktikal di company cha ya nun alif. Sah2 kena spekong berabuk sampai kena perli bila balik rumah sewa. After grad, join one Malay company pun kena kutuk kow-kow. Dok kat sini pun boss cina bantai cakap Melayu jek, so lagi la malas nak praktik lama-lama rusty. Hmmmm…..

Bacalah dengan nama Tuhanmu...

Cikliah berceloteh lagi....

Bermula semalam, saya pindahkan tanggungjawab untuk mengajar anak-anak mengaji Al Quran kepada seorang ustaz yang dijemput datang ke rumah. Saya akur dengan tuntutan masa dan bebanan kerja seharian yang menyebabkan pengajaran tidak konsisten dan akhirnya menjejaskan proses pembelajaran.

Kadangkala saya balik dengan penuh semangat untuk mengajar tapi mereka pulak ada kerja sekolah, mengantuk dan sebagainya. Kerapkali juga, mereka penuh semangat tapi saya pulang dengan longlai dan kepenatan.

Teringin sekali untuk menjadi seperti Opah. Opah mengajar kami adik beradik sehingga khatam Al-Quran. Dan pada masa yang sama, Opah juga perlu ke sawah. Tapi opah mampu mendisiplinkan kami untuk mengaji 2 kali sehari pada hari persekolahan dan 3 kali sehari sewaktu cuti.

Walaupun penuh dengan tangis sendu dan insiden-insiden tertentu, kami akur. Opah memang garang sewaktu mengajar. Garang Opah lebih ketara pada kami kakak-kakak compared to 2 orang adik yang dibawah. Kalau diungkit perkara ini, kata Opah mungkin dulu, opah masih muda dan darah pun darah muda. Hahahaha... walau apa pun bagus juga garang opah ni. Kalau tidak, mungkin saya pun tak jadi 'orang' ;).

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Opah a.k.a Bonda Hajjah Sarifah binti Haji Sambri yang akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 58, esok 30 Julai 2008.

Saturday, July 26, 2008

Cerita ceriti tembaga tiga kati

Cikliah berceloteh lagi....


Hari ini tercatat satu lagi sejarah dalam hidup Aleeya a.k.a. C Haloi. Pertama kali bertemu dentist untuk dikerjakan giginya. Sebelum ini dia hanya menyibuk akan janjitemu orang lain ie C Ganal atau Bibik Ummi. Kali ini dia pulak yang merasa pengalaman 'dikerjakan' dentist.

Sebenarnya sudah berminggu memujuk dia untuk pergi dentist.Gigi kacip sebelah bawahnya telah longgar. Dia suruh saya cabutkan saya. Saya tidak mahu kerana takut mendatangkan trauma kepada dia kerana ketiadaan alat yang sesuai. Ding dong ding dong.. akhirnya gigi kekal pun memunculkan dirinya di belakang gigi kacip yang telah longgar itu. Pun dia masih refuse untuk dibawa ke dentist.

Saya tanya dia nak gigi cantik atau berlapis-lapis? Still ambil masa yang lama untuk dipertimbangkan. Akhirnya dia bersetuju untuk ke dentist memandangkan gigi baru telah naik dengan galaknya dan dia juga sebenarnya mengalami kesakitan akibat gigi longgar itu. Bila menggigit makanan terasa sakit.

Mereka pulak ada sekolah ganti hari ini. Kalau boleh hendak pergi seawal mungkin kerana sekiranya ada pendarahan yang teruk, sempat kering sebelum ke sekolah sesi petang nanti. Selepas mandi, dia menyuruh saya mendengar denyut jantung dia yang sememangnya laju kerana katanya dia nervous.

Sementara saya bersiap, ayahnya menjalankan sesi motivasi supaya kurang rasa gentarnya itu. Rupanya dia deal dengan ayah supaya belanja sekolahnya pada hari ini dinaikkan RM1. Meski pun begitu ayah is not allowed to go together. Tidak cukup dengan itu, dia menggesa saya menambahkan RM2 kerana kesanggupannya untuk berjumpa dentist. Ewahhhh....

Saya mengajak dia untuk bersarapan terlebih dahulu kerana takut nanti dia tak boleh makan selepas operasi dental. Tapi dia menolak dengan mengatakan masih kenyang kerana malam sebelumnya 'melantak' sakan di Restoran Rumah Thai. Dia nampaknya ingin segera menyelesaikan perkara tersebut.

Apabila sampai di Klinik Linda, rupanya klinik belum dibuka lagi. Setelah 'confirm'kan yang klinik hanya akan dibuka pada pukul 10 nanti dan saya belum membuat temujanji, saya mengajak C Haloi untuk breakfast dahulu. Mula-mula dia tak mahu, tetapi bila saya sebut D' Melody Cafe, terus saja setuju. Saya tak tahu apa yang menarik minat mereka di cafe ini. Setahu saya cafe ini hanya akan dibuka pada pukul 2 petang. Tapi memang rezeki dia kerana rupa-rupanya cafe itu telah mula beroperasi untuk sarapan pagi. Terdapat banner di situ yang mempromosikan hidangan sarapan pagi setiap sabtu dan ahad dari 8 pagi - 11.30 pagi.

Dia yang memang 'hantu' nasi impit dan kuah kacang telah memilih juadah tersebut sementara saya teruja dengan pulut kuning dan rendang daging. Rezeki saya bertemu jodoh dengan pulut. Semalam, di RRT walaupun dalam menunya menyatakan ada pulut mangga tapi rupanya tiada kerana juadah itu hanya dihidangkan di HQ sahaja. Saya dengan pulut memang tak dapat dipisahkan walaupun ada yang mengatakan pesakit asthma tidak boleh terlalu bergembira dengan pulut. Kadang-kadang ada la jugak mendapat kesannya. Tapi biasanya, saya buat-buat alpa... ;)

Setelah siap bersarapan kami kembali ke klinik dan menjadi tetamu pertama. Rasanya tak sampai 10 minit kami di sana, sudahpun selesai segalanya. Kerana gigi itu sudah longgar, doktor tidak menyuntik ubat bius pun. Hanya menyapu sedikit ubat bius dan kraqq.... sudah selesai. C Haloi pun tidak mengaduh kesakitan walaupun wajahnya membayangkan kesakitan. Saya sebenarnya risau kalau-kalau kesakitan itu akan menyebabkan dia terus fobia untuk ke sini lagi.

Cuma dia tidak pandai menelan liur kerana disangka darah dan dia mengajak ke sinki untuk berludah dan berkumur. Rupanya itu tidak digalakkan kerana akan menyebabkan perdarahan berterusan. Dia sepatutnya hanya menggigit kapas itu sehingga darah kering. Nurse juga menasihatkan dia diberi aiskrim yang akan menyejukkan dan seterusnya mengecutkan rongga yang terbuka itu.

Saya sempat bertanya kepada dentist mengenai gigi susunya yang masih kukuh walaupun sudah berusia 7 tahun. Dentist berkata tidak mengapa. Tunggu sahaja sehingga longgar baru dicabut. Kakaknya dulu, sebelum umur 6 tahun sudah mula gugur giginya. Apakah ini kerana C Haloi mendapat bekalan kalsium yang berlebihan? Malah terlampau la pulak kerana dia hanya berhenti breastfeeding semasa berumur 5 tahun! C Ganal pula umur 7 bulan sudahpun berhenti menyusu badan kerana terlalu berminat dengan 'thumb sucking'nya.

Temujanji pertama kakak dan dentist tidak berjaya kerana dia sangat ketakutan melihat miscellaneous dental gadgets. Hanya selepas beberapa hari kemudiannya barulah berjaya misi tersebut dengan bantuan 'gambar Mawi'(menurut cerita ayah). Saya dilarang ikut kerana dikatakan saya tidak pandai bermain diplomasi dan daya memujuk saya 'Z'.

Lega rasanya beban ini telah berakhir dan bila sampai di depan 7E, darah sudahpun berhenti mengalir. Walaubagaimana pun Slurpee tetap kena beli bagi membeli jiwanya.... ;)

Friday, July 25, 2008

Rindu 3

Cikliah berceloteh lagi....

Rindu bertandang lagi.
Rindu ini sukar untuk diubati
Aku rindu kenangan masa lalu
Kenangan sewaktu zaman kecilku
Aku rindukan suasana kampung...
Suasana biasa petang hari bila musim menuai tiba...




Aku terbayangkan diriku melompat dari satu guni padi ke guni padi yang lain. Pak Ngah Kotai (nama sebenarnya Mokhtar) orang tengah kepada Taukeh Cina, sibuk menimbang padi menggunakan penimpang yang ada tiang untuk dikandar. Untuk menimbang padi seperti ini memerlukan dua orang yang mempunyai ketinggian lebih kurang sama. Kemudian PakNgah Kotai akan mencatat jumlah berat padi di guni dengan kapur. Seguni padi yang baik boleh mencapat berat 90 kilogram lebih.

Kadang-kadang aku turut menyibuk membacakan timbangan. Kiranya counter check bagi pihak penjual terutamanya padi bapaku. Taukeh Cina pulak menyalin semula catatan timbangan ke dalam resit untuk diberikan kepada penjual/pesawah. Resit akan disimpan dan digunakan semasa menuntut bayaran dari PakNgah Kotai kemudian nanti. Kiranya PakNgah Kotai seperti bank pada masa itu. Duit akan dituntut sedikit demi sedikit bergantung kepada keperluan.

Jika lori padi bertanda LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang), mesti ada acara tebuk menebuk guni padi bagi menggredkan padi untuk mendapat persetujuan jualbeli antara pesawah dan LPP. Masa itu aku kurang pasti kenapa mesti tebuk2 guni padi begitu, kerana selepas itu padi-padi akan terkeluar dari guninya. Rasa macam membazir saja.

Guni-guni berisi padi kemudiannya diangkut menaiki lori dengan cara menanggung di atas belakang. Seterusnya buntil-buntil pagi disusun dengan baik di dalam lori untuk dibawa ke kilang.

Dulu, padi yang telah masak dituai dengan cara mengerat sehingga meninggalkan tunggul setinggi sejengkal sahaja. Kemudiannya padi dibanting di dalam tong. Padi yang telah lerai dari jeraminya dikaut dan diisi di dalam guni.

Jika musim menuai telah tamat, anak padi naik kembali, dihujung minggu atau cuti sekolah, aku bersama kakak dan sepupu akan mengetam padi pula. Padi yang diketam atau istilah biasa di kampungku 'kerat tengkok', akan dikumpulkan dua tiga hari atau sehingga habis diketam semuanya, akan diirik. Irik adalah perbuatan menceraikan padi dari tangkai dengan cara memijaknya dan dikesat-kesat antara satu sama lain. Bila dapat seguni beras atau seguni baja, kami jual kepada Pak Ngah Kotai. Dapat lah kami seringgit dua dari usaha kami tersebut.
Dahulu, bolehlah dibuat sebegini kerana musim padi terlalu panjang. 8 bulan setiap musim bergantung kepada cuaca dan hujan; membolehkan anak padi sempat tumbuh semula dan boleh dituai secara santai sekali lagi.

Berbanding dengan masa sekarang, mesin penuai terus masuk kedalam bendang untuk menuai dan setelah siap satu petak bendang, mesin akan memuntahkan padi yang telah lerai ke dalam lori yang telah sedia menunggu di tepi jalan. Tiada lagi acara menimbang dan menebuk guni padi seperti dulu.


Langgar sana...


Langgar sini...



Bila siap, padi terus dituangkan ke dalam lori




Bendang telah siap 'dilanda' mesin penuai.

Mak kata, dulu-dulu sewaktu jalan parit dan terusan masih kecil yang tidak memungkinkan lori masuk, padi dibawa keluar dari kampung dengan sampan atau basikal atau motorsikal. Tapi motorsikal sangat kurang pada masa tersebut. Lagipun beban yang boleh dibawa oleh basikal/motorsikal kecil berbanding dengan sampan untuk satu perjalanan. Sampan ditolak denga buluh dari atas tebing. Mengayuh sampan di terusan/parit yang sudah cetek bukannya senang. Pemandangan ini aku ingat-ingat lupa sebab aku masih teramat kecil. Tahun 1970-an.

Bila aku sudah mula memasuki alam persekolahan, barulah jalan kampung diperbesarkan. Terusan ditambak dengan tanah merah yang banyak supaya jalan menjadi lebar bagi memungkinkan lori dan jentera pertanian masuk ke kampung.
Bila hujan turun, debu tanah menjadi selut. Mengingatkan perkara ini jiwa sedikit terusik, kerana pernah sekali dalam perjalanan ke sekolah, lumpur pekat telah memenuhi roda basikal dan menyendatkan ruang antara tayar dan 'kung' menyebabkan basikal tersekat dan tidak mampu berjalan. Sedangkan di belakangku, sebuah lori besar yang mengangkut tanah ingin lalu. Apa lagi yang mampu aku lakukan... tolak basikal pun tidak bergerak.
Pemandu lori pulak menghon bertalu-talu sehinggalah kelindannya turun dan bertanyakan masalahku. Kuberitahu dia situasi basikalku. Nasib baik dia berhati mulia membantu mengorek keluar tanah lumpur pekat itu sehingga tayar boleh berpusing semula. Fenomena mengorek tanah lumpur dari basikal ini adalah pandangan biasa ketika itu. Pesan dia, "Adik langgar lopak air.. nanti tanah akan jatuh."
Itulah yang kulakukan, bila sampai di sekolah kain biru tua telah bertompok-tompok dengan lumpur merah. Kasut jangan cakaplah. Memang tak ada satu bahagianpun yang berwarna putih.
Kerana keadaan yang susah ketika itu, semangat kami selalu dibakar oleh guru terutamanya seorang yang berasal dari Pulau Pinang bernama Puan Rahilah Darus. Dia selalu menyuntik kata-kata semangat "Bersusah-sudah dahulu, bersenang-senang kemudian.."
Agaknya cikgu pun rimas dengan kami yang datang ke sekolah comot-comot. Kasut tak rupa kasut, kain macam belacan... hahahaha...
Aku kira InsyaAllah... cikgu ikhlas membakar semangat. Dia tidak tinggalkan kampungku walaupun sudah bertukar sekolah dan dia sendiri bertemu jodoh dengan orang kampung di sini.
Aku kira situasi itu mungkin masih terjadi di mana-mana kampung yang sedang menuju pembangunan.
Anak-anakku mungkin terselamat dari mengalami pahit getir seperti masa kecilku dahulu kerana ke sekolah sahaja dihantar dan dijemput menaiki van. Paling tidak kesusahan mereka bila van tiba-tiba pancit di tengah jalan dan mereka terpaksa menunggu kenderaan gantian datang menjemput. Harapanku agar mereka lebih berdaya saing dalam menempuh kehidupan meraka.

Thursday, July 24, 2008

Laman2008 - Ikebana

Cikliah berceloteh lagi....


Meh layan gambor lagi




Menerung (?) & bird nest fern



Kulit telur pun berguna








Tempurung pun boleh




Bunga tayar ? Tayar berbunga ?



Kreatif terlampau

Monday, July 21, 2008

Pandan Indah dan LAMAN2008

Cikliah berceloteh lagi....

Pandan Indah Dalam Kenangan




Ahad lepas, kami sekeluarga menghadiri Majlis Perkahwinan Farah Hannan, anak saudara sepupu kepada sepupu Encik Berlingo. Maka pada majlis tersebut terjadilah small reunion bagi keluarga Encik Berlingo di sebelah Melaka.






Selepas makan dan sesi bersembang, kami bergerak ke Masjid Al-Azim Pandan Indah untuk bersolat zohor dan menyalin pakaian kerana selepas itu hendak meronda sakan di Laman 2008. ;)







Pemandangan dari masjid. Baru sahaja dibina dalam 3 tahun kebelakangan ini.





Pandan Indah memang memberi seribu satu kenangan kepada saya kerana inilah tempat tinggal ke-3 saya sepanjang pemastautinan saya di Kota Lumpur ini selepas Pantai Dalam dan Kampung Berembang, Ampang. Di Pandan Indah yang paling lama sebelum berpindah ke SU.

Pada mulanya, menyewa bersama rakan-rakan bujang di rumah kedai belakang Mid Point. Kemudiah ke Kenari Court kerana lebih dekat dengan stesen STAR Taman Cempaka.

Selepas berkahwin, saya tinggal bersama keluarga mertua sementara suami di Segamat. Selepas suami kembali ke KL, saya kembali ke Pandan Indah dan menyewa di townhouse setentang dengan pintu masuk Granduer Tower.

Saya selalu mengusik C Haloi dengan mengatakan dia orang Pandan Indah kerana alamat dalam surat beranaknya memakai alamat di sana.
Dia membalas, "Habis, adik tak boleh duduk dengan ibu di SU lah.." ;)

Tinggal di sini memang best dan convenience sekali. Segala-galanya dekat. Pergi ke Fajar Supermarket boleh saja berjalan kaki. Tapi saya senang berbasikal ke sana ke mari. Ambil C Ganal dari rumah pengasuh di seberang jalan besar pun menaiki basikal. Pasar ramadhan pula sejalan sahaja dengan rumah.

Sebelum bertolak ke Laman2008, kami menelusuri jalan-jalan kenangan di Pandan Indah dan mengenang kembali peristiwa pahit manis selama berada di sana.

Saya mengungkit kembali betapa C Ganal pada satu ketika seakan menjadi satu kemestian baginya melihat KLCC dari jauh sebelum tidur dan melambai-lambai sambil menyebut "Bye CC ika...bye CC ayah... bye CC opah".

Kalau tak silap saya, dia membuat "perangai" ketika C Haloi baru dilahirkan. Tidurnya lewat sekali. Pukul 3 pagi baru hendak lelap. Sebelum terlelap dibuli ayah untuk membawanya bersiar-siar utk "bye cc". Nasib baiklah kehendak untuk "bye CC" itu tidak dibawanya ke SU. Kalau tidak masakkk...


!~~~~~~~~~~~~~~~~~~~@@@~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~!

Laman 2008

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Taman Tasik Perdana untuk sama-sama memeriahkan acara dwi tahunan Festival Lanskap dan Taman Malaysia atau lebih dikenali dengan Laman 2008.




Malas nak ulas panjang pasal Laman2008. Kita layan gambar ya... :D







Mari... mari... mari....






Buluh yang ditebuk-tebuk menjadi hiasan yang indah








Majlis Daerah Manjung membawa "paya bakau"nya. Agaknya bersesuaian dengan tema Laman2008 ini; Irama Alam.






Buaian idaman







Telaga dan baldi. Cam klasik jek benda nie kan...






Tauk UtihKutih dalam ni kan.. baru dia tau langit tinggi ke rendah... :P






Rumah burung













Pokok payung? Motif?






Akuarium mini ini attached ke wakaf





Laluan pejalan kaki - Keratan batang pokok disusun menegak, menghasilkan corak yang menarik





Kayu bakau disusun selari untuk laluan pejalan kaki









Orang datang ke laman2008 nak tengok pameran. Makcik sorang ni sibuk nakkan belon. Iskkk...






Dah dapat belon sengih sampai ke tinger. Sorang sekor plak tuh... Rabak poket RM16 untuk belon camgitu jek. Tak sampai ke mana udah kempis terkena kayu tajam. Perghhh...






Kreatifkan.. mentol yang didekorasi dengan cawan plastik.





Another one





English Garden





The sketch






Buyung yang dihiasi batu hitam


Water garden. Rumput bendang yang dinaiktarafkan.... ;)








Amboiii... happy ye at last dapat jugak naik buggy




Ada banyak gambar lagi tapi tak larat nak upload. Mungkin anda lebih berpuashati andainya dapat ke sana sendiri memandangkan masih ada waktu sehingga hujung minggu ini.

Meskipun begitu saya rasa Laman2008 kurang menyengat berbanding Laman2006 dan Laman2004. Kawasannya pun kecil sahaja.





Ini antara yang menarik semasa Laman2004.










Masa tu Kedah yang angkut bendangnya ke Laman ;)









Orked.. giler menengoknyer...



Saya try locate gambar Laman2006 but not to avail. Tak ingat la ada ambil gambar ke tidak. Rasa macam masa tu ada problem dengan kamera tapi tak ingat la kenapa dan mengapa.








Friday, July 18, 2008

Kuala Kurau Vs Kuala Gula

Cikliah berceloteh lagi....

Setiap kali saya menyelongkar hardisk mesti kena layan gambar.. ;)

Disebelah kiri Kuala Kurau, di sebelah kanan seberang Kuala Gula. Gambar diambil di atas jambatan yang menghubungkan kedua-dua tanah daratan. Sebelum adanya jambatan, perhubungan adalah melalui feri atau jika mahu menerusi jalan darat, perlu ke Simpang Empat Semanggol terlebih dahulu.






Kuala Gula Bird Sactuary









Pekena ABC di Restoran Terapung