Pagi tadi lebih kurang pukul 11.44, C Haloi menelefon saya di pejabat. Ketika itu dia baru balik dari KIDAS. Suaranya kedengaran biasa sahaja pada mulanya.
Dia bertanya macammana nak on tv. Saya tanya kenapa dengan tv ? Dia kata tak keluar gambar. Then saya consult dia ala-ala customer service yang sungguh prihatin. Saya suruh dia on off semua switch. Dan start all over again. Pelik juga sebab biasanya tv memang on stand by mode. Jarang sekali shut down completely.
Asked her to tekan button AV... etc..etc..bla..bla.... then tak jadi jugak.
Okay... kita cuba sekali lagi. Lagi dan lagi sampai lah dia fed up dan start menangis. Makcik kecik ni kalau start meradang selamat... wa pun tatak faham dia cakap apa. Mintak dia berenti menangis dan cakap baik-baik, saya tak faham. Dah la dua tiga hari ni, suara saya ala-ala penyanyi rock... Sakit tekakku ini menerangkan satu persatu tapi masih tidak berjaya. Hairan juga ya, bukannya dia tak biasa on/off TV dan decoder tu.
Malas nak bertekak over the phone, saya nasihatkan dia untuk makan, mandi dan bersiap tunggu Cik Hani datang jemput dia untuk hantar dia ke sekolah pulak. Dia masih mahu menonton tv. Tak tahu program apa yang dia hendak sangat tengok masa tu.
Lastly, saya kata decoder tu rosak dan balik nanti saya akan check. Then baru la dia beralah dan letak telefon tanpa mengucap salam. Marah bebenor le tu ye..
~~~
Bila sampai ke rumah petang tadi saya mengadap tv dan decoder tu. Cari apa salahnya dan cuba on off segala. Tapi masih failed. Try connection to DVD player; okay.. tak ada masalah. Encik Berlingo menuduh saya tidak membayar bill Astro. Sebab itu decoder tidak berfungsi. Sedangkan saya sangat yakin dan pasti bayaran telah pun diselesaikan.
Akhirnya saya menelefon Customer Service Astro untuk mengadu masalah. Setelah menunggu hampir 10 minit sambil mendengar iklan dan permohonan maaf berkali-kali barulah panggilan saya disambungkan kepada staff bertugas.
Cik Customer Service meminta saya on off semua switch dan tekan button tertentu tapi skrin tv masih biru. Saya bertanya andainya ini berpunca service terminated temporarily sebab tak bayar bil or what. Cik CS memberitahu, tiada kaitan. Skrin biru bermakna something wrong with the cable. Nombor channel masih terpamer dan boleh ditukar-tukar; bermaksud decoder masih berfungsi. Cik CS bertanya andainya saya mahu technical staff datang ke rumah untuk buat pemeriksaan dengan caj sebanyak RM50. Wahhh... mahal jugak tu.
Kemudian, beliau memberi saya pilihan untuk membawa sendiri decoder dan cable ke pusat service yang sah untuk diperiksa. Setelah mengambil details about the dealer, saya mengakhiri perbualan dengan mengatakan saya akan usaha sendiri terlebih dahulu, sekiranya tidak berjaya akan memohon bantuan technical.
Pernyataan cik CS tentang kemungkinan cable yang rosak mengingatkan saya tentang suatu perkara. Benarlah telahan saya! Apabila saya memeriksa lebih teliti dengan unplugged cable yang menyambungkan tv dan decoder, saya dapati salah satu wayarnya telah putus kesan digerit ! Saya menepuk dahi.
Selama ini, tidak ada seekor tikus pun yang cuba untuk menggerit wayar tersebut. Yang ada di rumah saya hanyalah seekor arnab yang perasankan dirinya tikus !!!

GRRRRRrrrrr.... saya memang tahu UtihKutih the white rabbit selalu menggerit dan menggigit benda-benda termasuk wayar. Tangan kita pun selalu kena gigit. Tapi saya tidak pernah menjangka yang Kutih akan berjaya menggerit wayar tersebut sehingga putus dan mendatangkan kemaslahatan yang agak besar !
Bila mana saya memeriksa wayar lain, nyata sekali dia telah berjaya mengunggis pelbagai jenis wayar termasuk penyambung bateri ke telefon, cable tv ke receiver dan wayar penyambung ke soket turut digeritnya. Ada yang telah hampir putus tidak kurang juga yang sudah separuh putus.
Kutihhhhhh.... kutihhhhh.... rasa nak cepuk-cepuk jer. Tapi bila tengok wajahnya; walaupun sudah tidak berapa cute kerana bulu badannya telah banyak membentuk hair balls, rasa sayang tetap melimpah ruah.
Bila difikir-fikirkan, ini bukan salah dia. Dia hanya seekor arnab yang merasakan dia dari kumpulan omnivor bukan herbivor. Semua benda dianggapnya makanan !
Muka macam tikus, hidung gerak-gerakAdakah saya patut memberikan dia pasangan hidup , supaya dia boleh memikirkan selain dari benda untuk dikudap-kudap ??? Hmmm...

5 comments:
arnab makan macam-macam la, kak awa. saya tak rasa dia herbivor. satu masalah renab ni kan... suka nak mengunyah macam kambing (dah nama pun haiwan ruminan). mesti dia boring tak de mende nak kunyah tu..
lama plak riwayat yang seikung ni. mesti jarang bagi mandi.
carikanlah dia teman.. sian kat dia... hair balls tu camne rupanya? rasa macam tak pernah jadi kat renab kami pun...
by nature dia adalah herbivor... cuma kesilapan terbagi dia nasi dan ikan menyebabkan dia menjadi ganas dan menukar tabiat dia suka menyelongkar ala-ala tikus. Rupa dah la macam tikus sikit-sikit. Hidung gerak-gerak...
Bagi gak mandi sikutih ni.. kalau tidak tak lalu nak angkat peluk shiom. hihihi.. .tapi dia nie ganal saikit dari yang dua ikong mati tuh... so dia nyer daya tahan agak kuat.
Hair balls tu bulu dia bergumpal2 mcm biri2... sungguh tak lawa... jadi hair balls nie sebab dia dari spesies berbulu panjang. Tak bersikat.. so dah start jadi hairballs nie susah nak buang.
Tapi last week trim sampai ada yang nampak kulit pink. Buruk nau rupanya la nie... Harap tumbuh bulu lain cepat sket & kena pi groom kat kedai... rata sket kot depa tolong trim... itupun kalau ada kewangan lebih laaa... or paling senang kita gulaikan ajer dia... hohohohohoho.....
Kak awa selalu angkat dia timang-timang & cakap kat dia... buat gulai buleh dah nie... dah berat dah... heheheheh....
hehe....dia memang suka traesure sume benda kak....dah la kawasan dia takde terhad...anyway..saya sokong bab2 meramaikan umat nih...
tererr ahh arnab kak awa nih.. cari la partner dia kak.. pastu bile dah jadi ramai2,bleh semelih wat bisness arnab panggang.. huhu... btw, secucuk sate renab rega dia RM 1.20 kak.. bayangkan kalau banyak2 cucuk..... :D
iza and azell...
itulah kak awa terfikir jugak nak cari partner utk dia sejak che tam mati hari tu... tapi musti nak cari yang sebaya dengan dia which is lebih mahal harganyer... hohoho..
sebab rasanya kutih nie memang menggatal tahap gaban dan nie..
Ada ke kucing kecik yang diletakkan bersama-sama dia kena lenjan. Sian kitten tu kena geget t*st*s dia... perghhh.. gatal teramat la kutih nie...
Cumanya risau gak kalau terbiak berganda2 end up tatau nak buat apa. Nak sembelih kalu, musti rasa sayang banget. Itu yang asyik tertunda jek nak carikkan dia pakwe..hehehehe...
Post a Comment