Thursday, July 10, 2008

Safety first !

Cikliah berceloteh lagi....

Lega hari ni dapat balik lebih awal setelah beberapa hari stay back nak menghabiskan sebanyak mungkin kerja-kerja hakiki di office. Semalam tak dapat temankan kakak beli putu piring di Pasar Malam. Nasib baik Encik Berlingo boleh balik awal dan bawak C GaLoi (Ganal + Haloi) ke Pasar Malam. Thanks to Encik Berlingo sebab tolong handle perkara berkaitan anak-anak untuk beberapa hari ni.

Semalam pun terlupa untuk alihkan kereta ke parking bawah office. Bila sedar akan hal itu, hari pun dah gelap. A few days before ada Mona atau Wilda yang turut sama stayback. Bila dah malam tu ada perasaan gentar sikit nak ke parking lot. Parking lot tu cerah kerana ada flea market kat situ afer office hour tapi jalan menuju ke tapak parking tu kelam sikit. Oleh kerana pernah terjadi kejadian ragut, macam ada rasa cuak sikitlah. Mona pesan kalau nak balik lewat ajak Pak Guard temankan ke parking tapi macam segan la pulak. Sepanjang jalan tu baca la ayat kursi sebanyak mungkin sambil kepit handbag kuat-kuat. Mata pun kena berawas sikit. Alhamdulillah…. Syukur... masuk kereta jek lock cepat-cepat.

~~~~~~~~~~~~~~

Pagi tadi, DakNis bercerita mengenai officematesnya; suami isteri kena langgar lari oleh sebuah van kelmarin. Tak pasti di mana kemalangan itu berlaku tapi suami isteri tu tinggal somewhere dekat BRP. Isteri yang sedang sarat mengandung terseret oleh van yang tidak bertanggungjawab itu. Lebih menyedihkan, bayi dalam kandungannya meninggal. Ibunya pula koma dan mengalami perdarahan yang teruk. Mereka mempunyai dua orang anak yang lain. Pemandu van yang tidak bertanggungjawab itu akhirnya dapat juga dicekup. Marilah kita panjatkan doa agar mangsa kemalangan ini selamat dan cepat sembuh.

On the way balik ke rumah tadi, Jalan Loke Yew sesak sedikit. Dekat area susur masuk dari Jalan Kg Attap, nampak kereta polis dan ada beberapa orang polis seperti menguruskan sesuatu. Ada kereta lain yang berhenti. Ada accident lagikah ? Hati nak menjeling tapi takut nanti lembek lutut pula. Jadi untuk membolehkan pemanduan diteruskan ada baiknya janganlah menjeling.

Sedih juga memikirkan sesetengah orang yang terpaksa menyabung nyawa menaiki motorsikal ke tempat kerja termasuklah my sister. Ada sesetengahnya memilih untuk bermotorsikal ke tempat kerja bagi mengubah gaya hidup seperti yang disarankan oleh pemimpin negara yang hanya tahu bersandar di belakang kereta mewah yang dipandu oleh seorang supir yang mana kereta mewah ini diescort oleh kereta polis dan polis trafik dengan memberi siren dan arahan untuk ke tepi supaya mereka boleh meredah kesesakan jalan tanpa perlu beratur dengan rakyat marhaen yang masih terperangkap dalam kesesakan.

Dalam dok terfikir-fikir pasal kemalangan membabitkan motorsikal nie tup-tup gedegang… myviku pulak yang kena sondol dengan kereta kat belakang. Aduh… kena sondol lagi. Jalan agak sesak ketika itu. Turun check tengok. Nasib baik tak terbarai bumper. Ada garis sikit jek. Nampaknya teruk lagi scratch hasil sondolan reverseku yang mengenai tembok tempat sampah pagi tadi. Nasib kaulah myvi; calar sana sini. Dah tak tersayang-sayang lagi dah. Asalkan dapat bawaku dengan selamat menuju ke destinasi, aku sangat bersyukur. Khidmatmu masih kudambakan.



Kalau kerajaan prihatin dengan membuka lorong khas untuk motorsikal sahaja di semua jalan di Malaysia ini, mungkin saya juga ada keberanian untuk bermotorsikal ke tempat kerja. Seperti yang pernah di buat di Teluk Intan satu masa dulu. Saya tak pasti masih adakah lane khas untuk motorsikal itu di Teluk Intan ketika ini. Jika lorong khas bas dan teksi boleh diwujudkan, kenapa tidak lorong khas motorsikal ? Mungkin dengan cara ini, kadar kemalangan membabitkan motorsikal dapat dikurangkan. Provided bila sudah ada lane khas ini, janganlah pulak bikers ni masuk lorong kenderaan yang bertayar lebih daripada dua !

Untuk semua rakyat malaysia, doa saya untuk anda dan diri saya jua. Semoga selamat semuanya...

No comments: