Wednesday, July 02, 2008

Blog Wanita Pertama Perak

Cikliah berceloteh lagi....

Alhamdulillah, selepas buat water teraphy ni, sakit kepala beransur hilang. Tak perlu telan painkiller lagi. Atas daya ketekunan berulang-alik ke pantry dan kemudian berulang-alik pulak ke ladies, akhirnya denyutan di kepala semakin menghilang. Mungkin benar telahan doktor, sakit kepala ku ini akibat stress. Stress kali ini menanggung sedih kehilangan kak Ita dari pandangan. Hahahahahaha... what say you kak Ita ?


While do blog hopping tadi, saya terpandang satu komen di shoutbox Adun Titi Serong berkenaan blog Perak's First Lady, Datin Seri Hajjah Fatimah. Wahhhh... Datin Seri pun dah start berblog sekarang. Satu perkembangan yang menarik. Mungkin pengaruh dari menantu barunya kot. ;)


Daripada blog Adun Titi Serong (walaupun kampung saya tidak berada dalam DUN beliau, saya gemar melepak di sini, sementelah ADUN yang bertanggungjawab dalam kampung saya ie Kuala Kurau tidak mempunyai blog) saya mendapat tahu setiap ADUN dibekalkan dengan laptop. Satu langkah yang bijak. Biasanya mereka yang dibekalkan laptop ini adalah mereka yang diharapkan dapat membuat kerja lebih dari masa kerja yang ditetapkan. Secara simboliknya, semua ADUN ini diharapkan dapat memperuntukan lebih masa untuk bekerja dan berkhidmat untuk rakyat.


Since dari zaman sekolah-sekolah lagi saya amat teruja dengan isteri Menteri Besar Perak. Tak kiralah isteri siapa pun. Saya selalu teringin untuk mengambiltahu tentang diri mereka. Isteri MB Perak yang pertama saya kenal/sedar tentu sahaja the famous YM Raja Noora Asyikin.

Pertama kali melihatnya dari dekat adalah ketika menemani Dr MakSu (teman rapat semasa di sekolah menengah rendah; sekarang joint venture bersama rakan-rakan doktornya mengusahakan sebuah klinik di Parit Buntar). MakSu ketika itu menggantikan qariah yang uzur sepatutnya mengalunkan ayat suci Al-Quran sempena satu majlis anjuran Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Perak. Maksu memang bersuara lunak dan pernah mewakili sekolah dalam pertandingan Tilawah Quran. YM Raja Noora Ashikin pula merasmikan majlis tersebut. Tahun bila tu yea... dah lama sangat. Mungkin 1986 kot.

Semasa di bangku sekolah saya juga sanggup menghantar kad raya kepada keluarga Menteri Besar Perak pada ketika itu kerana saya pasti sangat yang saya akan mendapat balasan. Hahahaha... fanatiknya saya. Saya juga sering menghantar kat raya kepada Sultan Perak dan Raja Muda ! Pastinya mendapat balasan.

Saya sangat suka bila menerima balasan kad raya dari Menteri Besar ketika itu kerana ada gambar keluarga. Masa tu anak-anak gadisnya masih kecil lagi. Mungkin seusia anak-anak saya ketika ini.

Kemudiannya bila saya bertukar ke sebuah sekolah di kaki Bukit Larut, anakanda YM Raja Noora Asyikin juga bersekolah di sana. Ketika itu, anakanda beliau baru sahaja masuk. Sama saja macam saya cuma lagi saya masuk form four dan anakandanya itu yang sekarang ini suami kepada seorang aktres masuk form one. Saya masih ingat lagi, keberadaan YM di sekolah pada ketika itu adalah untuk menjemput anakanda nya pulang dan tidak akan kembali lagi kerana tidak tahan dengan cobaan tinggal di sekolah asrama. Mana tidaknya, budak lelaki faham sahajalah. Kemudian saya ketahui pelajar senior yang bertanggungjawab adalah pelajar dari kelas saya dan dia telah dikeluarkan dari sekolah. Saya menggantikan tempatnya.

Semasa Dato Seri DiRaja Mohammad Tajol Rosli menjadi Menteri Besar saya sudah pun meninggalkan negeri Perak untuk meneruskan pengajian di utara tanahair. Tidak banyak yang saya ketahui mengenai Perak 1st Lady ketika itu. Namanya juga saya tak tahu. Namun saya mengenali anak Datuk Seri Tajol kerana sama bersekolah di kaki Bukit Larut itu. Ketika itu Datuk Seri belum menjadi Menteri Besar lagi.

Tatkala membelek majalah di kedai runcit level M di bawah office nie, tangan saya cepat mencapai dan membeli majalah iSihat edisi Julai yang sebelum ini tidak pernah saya beli pun. Hanya kerana saya tertarik dengan Datin Seri Hajjah Fatimah, yang menghiasi ruangan Tips Sihat VIP dalam majalah tersebut. Membaca pengalaman dan cara beliau menjaga kesihatan keluarga membuatkan saya sangat kagum padanya.

Harap Datin Seri akan sentiasa mengupdate blognya supaya anak rantau seperti saya dapat mengetahui perkembangan negeri Perak dari kacamata dan perspektif Wanita Pertama Perak.

2 comments:

Anonymous said...

kak awa!!!

semalam kak awakan yang saya namoak di K ROZITA!!! balik buka blog balik memang betull...suami siap beborak ngan suami akaklagi..saya adala senyum kambing kat akak... dari kejauhan... hajat di hati nak tegur.. tapi takut salah owang... haha... kali ni kalau jumpah sahih saya tegur!!

Anonymous said...

Iza,

Andakah itu? So sorry, kak awa tak berapa perhati sekeliling. Tak perasan Iza. Naper tak tegur kak awa ?
Kak awa perasan masa dorang berbual tu. Dorang berkenalan masa jogging kat SU3 lama dulu. Then your hubby bagitau datang bukak stiches.
Next time nampak kak awa tegur tau...