Tuesday, July 29, 2008

Bacalah dengan nama Tuhanmu...

Cikliah berceloteh lagi....

Bermula semalam, saya pindahkan tanggungjawab untuk mengajar anak-anak mengaji Al Quran kepada seorang ustaz yang dijemput datang ke rumah. Saya akur dengan tuntutan masa dan bebanan kerja seharian yang menyebabkan pengajaran tidak konsisten dan akhirnya menjejaskan proses pembelajaran.

Kadangkala saya balik dengan penuh semangat untuk mengajar tapi mereka pulak ada kerja sekolah, mengantuk dan sebagainya. Kerapkali juga, mereka penuh semangat tapi saya pulang dengan longlai dan kepenatan.

Teringin sekali untuk menjadi seperti Opah. Opah mengajar kami adik beradik sehingga khatam Al-Quran. Dan pada masa yang sama, Opah juga perlu ke sawah. Tapi opah mampu mendisiplinkan kami untuk mengaji 2 kali sehari pada hari persekolahan dan 3 kali sehari sewaktu cuti.

Walaupun penuh dengan tangis sendu dan insiden-insiden tertentu, kami akur. Opah memang garang sewaktu mengajar. Garang Opah lebih ketara pada kami kakak-kakak compared to 2 orang adik yang dibawah. Kalau diungkit perkara ini, kata Opah mungkin dulu, opah masih muda dan darah pun darah muda. Hahahaha... walau apa pun bagus juga garang opah ni. Kalau tidak, mungkin saya pun tak jadi 'orang' ;).

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Opah a.k.a Bonda Hajjah Sarifah binti Haji Sambri yang akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 58, esok 30 Julai 2008.

4 comments:

Sue.Aleen said...

agaknya orang muda memang cepat panas hati kannn.. macam arwah ayah masa muda dulu. 3 anak yang kat atas jenuh kena marah, malah kekadang kena gak pukoi. kami kat bawah ni kureng sket..

tapi sebenarnya ajaran orang dululah yang menyebabkan kita jadi 'orang' pada hari ini. dalam kegarangan masih ada kelembutan dan kasih-sayang, tak gitu?

cikliah said...

Betul tuh... Garang bertempat la kiranya. Jasa makpak membesarkan kita. Dah la penat bekerja membanting tulang empat kerat di bawah panas mentari atau siraman hujan, tak pernah dihiraukan.

Iskkk.. iskkkk... cam syahdu la pulak....

Doc said...

Mak2 & abah2 sekarang tak garang dan lembut tak bertempat. Anak2 menyanyi & menari ikut Tom Tom Bak diberi pujian. Mak & abah sekarang jarang baca Al-Quran kat rumah. Nauzubillah.

Dulu mak saya bawa ke hulu ke hilir ke rumah Ustazah2 yang mengajar Al-Quran. Sekarang terbalik, ustaz/ustazah datang ke rumah.

cikliah said...

Dear Doc,

Makpak sekarang (dibaca sayalah tuh) selalu rasa bersalah nak garang sesangat dengan anak-anak sebab tinggalkan dorang sehari suntuk untuk bekerja. Tapi errr.. sebenarnya saya ibu yang garang juga... *biggrin*

Yup... hat tu betoi... may be budaya sekarang, terbalik kot. Sebenarnya ada beberapa kemaslahatan yang mungkin berbeza dulu dan sekarang menyebabkan kita kena akur dengan peredaran masa. Wallahu'alam...

Semoga kita dapat sama-sama saling ingat mengingati ke arah keluarga dan komuniti yang lebih utuh, stabil, aman, damai dan beroleh keredhaanNya.... Amin