Showing posts with label adik. Show all posts
Showing posts with label adik. Show all posts

Sunday, August 10, 2008

C Haloi Birthday Bash

Cikliah berceloteh lagi....



10.08.08 ---> Genaplah usia CHaloi 7 tahun mengikut tahun Masihi. Bagi meraikan CHaloi, kawan-kawan sekitar kejiranan telah dijemput untuk memeriahkan majlis ulangtahun kelahirannya.

Mengimbas kembali saat-saat kelahirannya yang diawalkan 5 hari melalui ELCS, CHaloi telah dilahirkan pada hari Jumaat; 10.08.2001 pukul 11.25 pagi dengan bantuan dan kepakaran Dr Fauziah Hassan.

Ketika dilahirkan CHaloi seperti alergik. Badannya merah sekali. Bahkan sehari selepas discharge kami kembali mengunjungi Pediatrician kerana pelik sekali dengan keadaan kulitnya yang merah itu. Mungkin kerana dilahirkan lebih awal kulit badannya belum dapat beradaptasi dengan cuaca dan persekitaran. Alhamdulillah, hari demi hari akhirnya tompokan merah di seluruh badannya itu hilang.

C Haloi dikeluarkan from ibu's tummy

Gambar hasil keberanian Encik Berlingo untuk berada dalam Operation Theatre sambil tolong buat lawak bagi menceriakan kakitangan yang sedang membuat kerja. Credit kepada beliau.

C Haloi kini telah pun bersekolah dan hobinya di waktu senggang adalah berlakon menjadi cikgu/ustazah 'garang'. Remember cerita beli rotan. Nasiblah sesapa yang kena jadi anak murid tu kan. Kalau tak dengar cikgu cakap, baik-baik nanti kena rotan. Hahahahaha...

Happy 7th Birthday C Haloi. Semoga menjadi anak soleheh. Jangan marah-marah ya ustazah! ;)

Kek adalah hasil kreativiti Auntie Yatt. Thanks Auntie Yatt.

Tuesday, July 29, 2008

Bacalah dengan nama Tuhanmu...

Cikliah berceloteh lagi....

Bermula semalam, saya pindahkan tanggungjawab untuk mengajar anak-anak mengaji Al Quran kepada seorang ustaz yang dijemput datang ke rumah. Saya akur dengan tuntutan masa dan bebanan kerja seharian yang menyebabkan pengajaran tidak konsisten dan akhirnya menjejaskan proses pembelajaran.

Kadangkala saya balik dengan penuh semangat untuk mengajar tapi mereka pulak ada kerja sekolah, mengantuk dan sebagainya. Kerapkali juga, mereka penuh semangat tapi saya pulang dengan longlai dan kepenatan.

Teringin sekali untuk menjadi seperti Opah. Opah mengajar kami adik beradik sehingga khatam Al-Quran. Dan pada masa yang sama, Opah juga perlu ke sawah. Tapi opah mampu mendisiplinkan kami untuk mengaji 2 kali sehari pada hari persekolahan dan 3 kali sehari sewaktu cuti.

Walaupun penuh dengan tangis sendu dan insiden-insiden tertentu, kami akur. Opah memang garang sewaktu mengajar. Garang Opah lebih ketara pada kami kakak-kakak compared to 2 orang adik yang dibawah. Kalau diungkit perkara ini, kata Opah mungkin dulu, opah masih muda dan darah pun darah muda. Hahahaha... walau apa pun bagus juga garang opah ni. Kalau tidak, mungkin saya pun tak jadi 'orang' ;).

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Opah a.k.a Bonda Hajjah Sarifah binti Haji Sambri yang akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 58, esok 30 Julai 2008.

Saturday, July 26, 2008

Cerita ceriti tembaga tiga kati

Cikliah berceloteh lagi....


Hari ini tercatat satu lagi sejarah dalam hidup Aleeya a.k.a. C Haloi. Pertama kali bertemu dentist untuk dikerjakan giginya. Sebelum ini dia hanya menyibuk akan janjitemu orang lain ie C Ganal atau Bibik Ummi. Kali ini dia pulak yang merasa pengalaman 'dikerjakan' dentist.

Sebenarnya sudah berminggu memujuk dia untuk pergi dentist.Gigi kacip sebelah bawahnya telah longgar. Dia suruh saya cabutkan saya. Saya tidak mahu kerana takut mendatangkan trauma kepada dia kerana ketiadaan alat yang sesuai. Ding dong ding dong.. akhirnya gigi kekal pun memunculkan dirinya di belakang gigi kacip yang telah longgar itu. Pun dia masih refuse untuk dibawa ke dentist.

Saya tanya dia nak gigi cantik atau berlapis-lapis? Still ambil masa yang lama untuk dipertimbangkan. Akhirnya dia bersetuju untuk ke dentist memandangkan gigi baru telah naik dengan galaknya dan dia juga sebenarnya mengalami kesakitan akibat gigi longgar itu. Bila menggigit makanan terasa sakit.

Mereka pulak ada sekolah ganti hari ini. Kalau boleh hendak pergi seawal mungkin kerana sekiranya ada pendarahan yang teruk, sempat kering sebelum ke sekolah sesi petang nanti. Selepas mandi, dia menyuruh saya mendengar denyut jantung dia yang sememangnya laju kerana katanya dia nervous.

Sementara saya bersiap, ayahnya menjalankan sesi motivasi supaya kurang rasa gentarnya itu. Rupanya dia deal dengan ayah supaya belanja sekolahnya pada hari ini dinaikkan RM1. Meski pun begitu ayah is not allowed to go together. Tidak cukup dengan itu, dia menggesa saya menambahkan RM2 kerana kesanggupannya untuk berjumpa dentist. Ewahhhh....

Saya mengajak dia untuk bersarapan terlebih dahulu kerana takut nanti dia tak boleh makan selepas operasi dental. Tapi dia menolak dengan mengatakan masih kenyang kerana malam sebelumnya 'melantak' sakan di Restoran Rumah Thai. Dia nampaknya ingin segera menyelesaikan perkara tersebut.

Apabila sampai di Klinik Linda, rupanya klinik belum dibuka lagi. Setelah 'confirm'kan yang klinik hanya akan dibuka pada pukul 10 nanti dan saya belum membuat temujanji, saya mengajak C Haloi untuk breakfast dahulu. Mula-mula dia tak mahu, tetapi bila saya sebut D' Melody Cafe, terus saja setuju. Saya tak tahu apa yang menarik minat mereka di cafe ini. Setahu saya cafe ini hanya akan dibuka pada pukul 2 petang. Tapi memang rezeki dia kerana rupa-rupanya cafe itu telah mula beroperasi untuk sarapan pagi. Terdapat banner di situ yang mempromosikan hidangan sarapan pagi setiap sabtu dan ahad dari 8 pagi - 11.30 pagi.

Dia yang memang 'hantu' nasi impit dan kuah kacang telah memilih juadah tersebut sementara saya teruja dengan pulut kuning dan rendang daging. Rezeki saya bertemu jodoh dengan pulut. Semalam, di RRT walaupun dalam menunya menyatakan ada pulut mangga tapi rupanya tiada kerana juadah itu hanya dihidangkan di HQ sahaja. Saya dengan pulut memang tak dapat dipisahkan walaupun ada yang mengatakan pesakit asthma tidak boleh terlalu bergembira dengan pulut. Kadang-kadang ada la jugak mendapat kesannya. Tapi biasanya, saya buat-buat alpa... ;)

Setelah siap bersarapan kami kembali ke klinik dan menjadi tetamu pertama. Rasanya tak sampai 10 minit kami di sana, sudahpun selesai segalanya. Kerana gigi itu sudah longgar, doktor tidak menyuntik ubat bius pun. Hanya menyapu sedikit ubat bius dan kraqq.... sudah selesai. C Haloi pun tidak mengaduh kesakitan walaupun wajahnya membayangkan kesakitan. Saya sebenarnya risau kalau-kalau kesakitan itu akan menyebabkan dia terus fobia untuk ke sini lagi.

Cuma dia tidak pandai menelan liur kerana disangka darah dan dia mengajak ke sinki untuk berludah dan berkumur. Rupanya itu tidak digalakkan kerana akan menyebabkan perdarahan berterusan. Dia sepatutnya hanya menggigit kapas itu sehingga darah kering. Nurse juga menasihatkan dia diberi aiskrim yang akan menyejukkan dan seterusnya mengecutkan rongga yang terbuka itu.

Saya sempat bertanya kepada dentist mengenai gigi susunya yang masih kukuh walaupun sudah berusia 7 tahun. Dentist berkata tidak mengapa. Tunggu sahaja sehingga longgar baru dicabut. Kakaknya dulu, sebelum umur 6 tahun sudah mula gugur giginya. Apakah ini kerana C Haloi mendapat bekalan kalsium yang berlebihan? Malah terlampau la pulak kerana dia hanya berhenti breastfeeding semasa berumur 5 tahun! C Ganal pula umur 7 bulan sudahpun berhenti menyusu badan kerana terlalu berminat dengan 'thumb sucking'nya.

Temujanji pertama kakak dan dentist tidak berjaya kerana dia sangat ketakutan melihat miscellaneous dental gadgets. Hanya selepas beberapa hari kemudiannya barulah berjaya misi tersebut dengan bantuan 'gambar Mawi'(menurut cerita ayah). Saya dilarang ikut kerana dikatakan saya tidak pandai bermain diplomasi dan daya memujuk saya 'Z'.

Lega rasanya beban ini telah berakhir dan bila sampai di depan 7E, darah sudahpun berhenti mengalir. Walaubagaimana pun Slurpee tetap kena beli bagi membeli jiwanya.... ;)

Thursday, July 17, 2008

Laaaaaa usurpadora...

Cikliah berceloteh lagi....

Pagi tadi lebih kurang pukul 11.44, C Haloi menelefon saya di pejabat. Ketika itu dia baru balik dari KIDAS. Suaranya kedengaran biasa sahaja pada mulanya.

Dia bertanya macammana nak on tv. Saya tanya kenapa dengan tv ? Dia kata tak keluar gambar. Then saya consult dia ala-ala customer service yang sungguh prihatin. Saya suruh dia on off semua switch. Dan start all over again. Pelik juga sebab biasanya tv memang on stand by mode. Jarang sekali shut down completely.

Asked her to tekan button AV... etc..etc..bla..bla.... then tak jadi jugak.
Okay... kita cuba sekali lagi. Lagi dan lagi sampai lah dia fed up dan start menangis. Makcik kecik ni kalau start meradang selamat... wa pun tatak faham dia cakap apa. Mintak dia berenti menangis dan cakap baik-baik, saya tak faham. Dah la dua tiga hari ni, suara saya ala-ala penyanyi rock... Sakit tekakku ini menerangkan satu persatu tapi masih tidak berjaya. Hairan juga ya, bukannya dia tak biasa on/off TV dan decoder tu.

Malas nak bertekak over the phone, saya nasihatkan dia untuk makan, mandi dan bersiap tunggu Cik Hani datang jemput dia untuk hantar dia ke sekolah pulak. Dia masih mahu menonton tv. Tak tahu program apa yang dia hendak sangat tengok masa tu.

Lastly, saya kata decoder tu rosak dan balik nanti saya akan check. Then baru la dia beralah dan letak telefon tanpa mengucap salam. Marah bebenor le tu ye..

~~~

Bila sampai ke rumah petang tadi saya mengadap tv dan decoder tu. Cari apa salahnya dan cuba on off segala. Tapi masih failed. Try connection to DVD player; okay.. tak ada masalah. Encik Berlingo menuduh saya tidak membayar bill Astro. Sebab itu decoder tidak berfungsi. Sedangkan saya sangat yakin dan pasti bayaran telah pun diselesaikan.

Akhirnya saya menelefon Customer Service Astro untuk mengadu masalah. Setelah menunggu hampir 10 minit sambil mendengar iklan dan permohonan maaf berkali-kali barulah panggilan saya disambungkan kepada staff bertugas.

Cik Customer Service meminta saya on off semua switch dan tekan button tertentu tapi skrin tv masih biru. Saya bertanya andainya ini berpunca service terminated temporarily sebab tak bayar bil or what. Cik CS memberitahu, tiada kaitan. Skrin biru bermakna something wrong with the cable. Nombor channel masih terpamer dan boleh ditukar-tukar; bermaksud decoder masih berfungsi. Cik CS bertanya andainya saya mahu technical staff datang ke rumah untuk buat pemeriksaan dengan caj sebanyak RM50. Wahhh... mahal jugak tu.

Kemudian, beliau memberi saya pilihan untuk membawa sendiri decoder dan cable ke pusat service yang sah untuk diperiksa. Setelah mengambil details about the dealer, saya mengakhiri perbualan dengan mengatakan saya akan usaha sendiri terlebih dahulu, sekiranya tidak berjaya akan memohon bantuan technical.

Pernyataan cik CS tentang kemungkinan cable yang rosak mengingatkan saya tentang suatu perkara. Benarlah telahan saya! Apabila saya memeriksa lebih teliti dengan unplugged cable yang menyambungkan tv dan decoder, saya dapati salah satu wayarnya telah putus kesan digerit ! Saya menepuk dahi.

Selama ini, tidak ada seekor tikus pun yang cuba untuk menggerit wayar tersebut. Yang ada di rumah saya hanyalah seekor arnab yang perasankan dirinya tikus !!!



Putus !


GRRRRRrrrrr.... saya memang tahu UtihKutih the white rabbit selalu menggerit dan menggigit benda-benda termasuk wayar. Tangan kita pun selalu kena gigit. Tapi saya tidak pernah menjangka yang Kutih akan berjaya menggerit wayar tersebut sehingga putus dan mendatangkan kemaslahatan yang agak besar !


Bila mana saya memeriksa wayar lain, nyata sekali dia telah berjaya mengunggis pelbagai jenis wayar termasuk penyambung bateri ke telefon, cable tv ke receiver dan wayar penyambung ke soket turut digeritnya. Ada yang telah hampir putus tidak kurang juga yang sudah separuh putus.


Turut menjadi mangsa!!!

Kutihhhhhh.... kutihhhhh.... rasa nak cepuk-cepuk jer. Tapi bila tengok wajahnya; walaupun sudah tidak berapa cute kerana bulu badannya telah banyak membentuk hair balls, rasa sayang tetap melimpah ruah.

Bila difikir-fikirkan, ini bukan salah dia. Dia hanya seekor arnab yang merasakan dia dari kumpulan omnivor bukan herbivor. Semua benda dianggapnya makanan !



Muka macam tikus, hidung gerak-gerak

Adakah saya patut memberikan dia pasangan hidup , supaya dia boleh memikirkan selain dari benda untuk dikudap-kudap ??? Hmmm...

Monday, July 14, 2008

Musibah


Cikliah berceloteh lagi....

Hari ini hari tension dan sesak lagi menyesakkan. Kenapa mesti ada sekatan jalanraya lagi?
Pagi-pagi hari roadblock di sana sini. Kita nak tumpang lalu ajer. Pun tak boleh. Keluar tol je, selepas kawasan lencongan untuk pembinaan Lebuhraya DUKE (DUTA-KLANG EXPRESSWAY), jalan macam semut. Seperti biasa pintas ikut Bukit Ledang dan masuk ke Mahameru. Rupa-rupanya susur masuk Jalan Parlimen ditutup. Trafics diverted to Lebuhraya Mahameru. Terpaksa lah lalu ikut PWTC dan flyover bulatan Pahang yang genting lagi ramping macam leher botol itu. Aisehmanggggg…. Manyak tensen woooo….

Sebelum tu, sudah kecut perut, kereta macam melayau ke kiri bila brek mengejut. Dua kali kena macam tu. Then bila speeding, dengar macam bising sangat dekat bawah kereta. Mula-mula sahih tak sahih, tapi bila off radio, memang clear bunyi bising tuh. Dalam hati berkira-kira… ini mesti kes ‘daun pisang’ tanggal lagi. Kali ni extra impact sampai macam terbau hangit. Sementara nak tunggu sampai ke RnR Sg Buloh tu jenuh la ‘daun pisang’ tu kena makan dek tayar.

Stop at R&R Sg Buloh to check the impact. Nyata sekali ‘daun pisang’ yang tertanggal itu telah teruk digesel tayar. Sebenarnya semua ini lanjutan dari aksi stunt tak menjadi saya pagi semalam.

Semalam saya dan anak-anak ke BBSB untuk membeli keperluan rumah. En Berlingo ketika itu masih di PD, attending a team building programme organized by his office.

Lepas breakfast di Al-Kauthar, kitaorang pun pegi ke sebuah kedai yang menjual pelbagai alatan rumah dan dapur di BBSB. Saya beli besen dan baldi plastik serta beberapa keperluan lain.

C GaLoi memang dah lama minta dibelikan rotan. Bukan untuk memukul mereka tapi sebagai alat bantuan mengajar mereka ketika berlakon sebagai cikgu/ustazah garang. Ya, bebudak nie memang suka sangat main cikgu-cikgu. Ala-ala main pondok-pondok lah ni. Since kat situ ada dijual rotan, dorang pun beli sorang satu.

Saya cakap kat dorang, lepas nie sapa malas solat… malas mengaji… kena laaa…
“Siyappppp…. Siyapppp….” ---> sound effect rotan hinggap di badan.

Asyik dok sembang-sembang dan melawak dengan dorang sampai la masuk kereta. Untuk keluar dari kawasan kedai tu kena lintas longkang. Jalan tu agak besar juga… tapi mungkin sebab saya leka berbual dengan anak-anak, sedar-sedar tayar depan sebelah pemandu dah duduk dalam longkang. HAH ? Watelahapen ? Tetiba jek zrappp... bunyi kereta mendap dan terhenti... Perghhhh...

Nak buat apa ni ? Nak call sapa? Nak minta tolong sapa ? Gelabah puyuh gak la. Malu pun ada jugak sebenarnya. Yelah… jalan punya besaq, yang dok pi masuk longkang tu apsal kan?

Baru jek nak berkira-kira nak mintak call sapa, seorang orang muda ni (dia sebenarnya on phone masa kejadian tu berlaku) cakap ini boleh naik balik, just reverse jer. Then saya suruh anak-anak keluar dari kereta dan berdiri di tepi sebab saya nak buat satu lagi aksi stunt. Saya tak mahu andainya aksi stunt saya nanti lebih buruk dan melibatkan mereka.

Dengan confidentnye, saya pun cuba la nak reverse tapi tak boleh naik pun. Tayar jek berpusing. Dah sah-sah sebelah tayar tu ala-ala tergantung dalam longkang. Kemudian makin ramai yang datang dan ada yang bagi suggestion untuk tolong angkat dan tolak kebelakang. Dan mereka ramai-ramai tolakkan kereta ke belakang. Alhamdulillah…. Akhirnya dapat jugak naik myviku itu ke atas jalan kembali. Terima kasih banyak-banyak ye incik-incik semua. Jasa anda semua tak dapat saya balas.



Ini lah hadiah ciuman tebing longkang itu kepada myvi. Adehhhhhh…


Kecederaan ini telah membuatkan beberapa clips bumper depan tu jatuh atau tanggal. Dan menyebabkan ‘daun pisang’ terbuai-buai tanpa ikatan. Sekiranya jalan perlahan tidak ada effect. Tapi kalau laju memang kena makan dek tayar.…..

C Haloi kemudianya membebel...
"Itu la ibu nie… Allah Taala bagi mata untuk tengok jalan. Bukan untuk siyapp…siyappp kitaorang….” Aduhhhh bisa… bisa…...
C Ganal pulak mengangkat ibu jari. Tandanya ?
Hmmm...sabor jek la anak-anakku ini.

I think kecedaraan itu can wait. But I’m totally wrong. Pagi ini terimalah akibatnya. Nasib naik saya ada dawai yang digunakan untuk mengemaskan USB cable yang saya selalu bawak ke office. Dengan dawai tu saya ikatkan 'daun pisang' yang tertanggal tu.
Rasanya bolehlah bertahan pergi/balik office hari ni. Saya kira alignment/balancing dah lari teruk dan saya tak berani bawak laju.

Nampaknya esok kena cuti sehari nak rawat kecederaan myvi ini.

~~~~~~~~~~~@@@@@@@@~~~~~~~~~~~~


Selingan, gambar yang bisa menenangkan perasaan. Anak kucing ini asyik bermain dengan keychain yang Aleeya letakkan dekat beg sandangnya.



Cute kan... lenguh tangan kiri... guna tangan kanan pulak

Wednesday, June 25, 2008

Caca marba

Cikliah berceloteh lagi....

Kemana hilangnya entry yang telah siap ditulis tadi. Aduuhhhhh… hilanglah pulak… Hari ni internet connection intermittent la pulak… tensennyer la hai….
Sian che, jenuh tulih banyak-banyak tetiba gone with the wind…. Uhuksss….


Bibik kata dia nak resign. Reason nak balik Surabaya bagi menguruskan tanah pusaka di kampong. Bila tuh? Kalau boleh awal bulan 7. What ? A very short notice one. Mana sempat saya nak cari ganti. Kalau begitu hujung Julai saja. Ok….

Saya redakan aja kepergiaannya. Saya tak faham bahasa kiasan, if dia sebenarnya hendak saya naikkan gaji whatsoever. Nak ditahan-tahan pun saya rasa tiada gunanya. Susah saya nak percayakan mereka lagi semenjak kena tipu hidup-hidup dengan previous maid.

Tapi bibik ni macam pandai sikitlah bermain diplomasi. Katanya, walaupun mulut dia jahat, tapi dia dah jatuh sayang pada budak-budak nie.
Saya wonder dia ikhlas ke tidak sebab kadang-kadang dia tak jaga pun budak-budak ni waktu bermain basikal di luar. Dia lebih senang duduk menonton tv di dalam dalam rumah atau bersidai di tingkap dapur belakang bersembang dengan maid jiran belakang. Walaupun banyak kali diperingatkan mohon tunggu di luar sebab macam-macam boleh jadi. Tapi nampaknya sampai ke sudah, tak memberi bekas. Hanya doa dan kata-kata nasihat kepada anak-anak supaya menjaga diri mereka sendiri yang mampu saya lakukan.

Cumanya bibik ini tidaklah panjang langkahnya seperti previous one. Mungkin faktor usia. Dari segi tu legalah sedikit. Tapi faktor usia jugak la menyebabkan saya tidak boleh senang-senang menegur kesilapannya. Kalau dia nak ikut, dia ikut. Kalau tidak, silap hari bulan saya pula yang kena sembur.

Ermmmm... kena start shopping bibik lagi lah nie.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~@@@~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isnin lepas, Hari Terbuka Sekolah. Hari untuk ambil report card dan berbincang dengan guru mengenai prestasi anak-anak. Both KIDAS dan SKSU buat on the same day. So ambik AL untuk mengejar 4 buah kelas. 2 pagi, 2 petang.

Overall, both sisters are doing well. But then C Ganalnyer Maths agak sadis sikitlah. Ingat tak mahu strict sangat dengan dorang, bagi chance main banyak sikit. Tapi nampak gayanya tak boleh dibiarkan begitu. Nyata syllabus dorang makin susah compared to time saya bersekolah dulu.



C Haloi walaupun ada sedikit ‘pergaduhan’ dengan Ustaz M pada awal persekolah dulu, Alhamdulillah dapat juga Mumtaz untuk Al-Quran dan Hafazan. Ingat tak boleh berbaik langsung dengan Ustaz M. Hari-hari balik berladung air mata bercerita pasal Ustaz. Pagi hari yang ada subject Hafazan, mesti lah menangis beria-ia masa mandi tak mahu ke sekolah. Sampai saya terpaksa ke sekolah untuk berbincang dengan Ustazah kelasnya.
Ustaz M sangat baik dengan kakaknya. Jadi ustaz juga mahu ber’kawan’ dengan dia. Tapi C Haloi bukan begitu orangnya. Kalau dia tak suka, janganlah dipujuk-pujuk. Lagi dia melenting.


Aleeya dalam kelas kabin yang akan menjadi kenangan indah dalam sejarah KIDAS.

Rasa tak percaya pula bila bertemu dengan guru kelas SKSUnya, mengatakan C Haloi ‘terlalu baik’ orangnya. Sehinggakan guru kelas yang juga merupakan jiran kami menegur kawan-kawannya yang menjadikan dia tempat untuk meminjam alatulis. Dia tengok sahaja, tak kata apa-apa.

Patut pun sepanjang semester lepas, sudah 3 kotak pensel warna (24 batang) yang dibelikan untuknya. Rupanya jadi supplier di kelas !
Pernah juga dia merungut di rumah tentang kawan-kawan yang asyik pinjam barang-barang dia, tapi dia tak berani nak menghalang. Katanya dia risau, kalau tak beri, nanti tak ada orang nak kawan dengan dia.

Hari pertama di SKSU



Dari pemerhatian saya semasa menunggu giliran di KIDAS, juga menunjukkan dia seperti senang disuruh-suruh/dibentak-bentak/dibuli. Sebelum ini pernah juga dia minta duit lebih sepuluh sen. Katanya nak bayar to somebody supaya the other friend boleh rehat bersama-sama group tertentu. The other friend tu tak ada duit lebih. Saya kata ini tidak betul. Memeras ugut namanya ! Saya kata tak payah rehat dengan group ini. Rehat je sendiri atau rehat dengan sesapa yang tak minta ‘wang perlindungan’.

Bila tanya pada ustazah kelasnya, ustazah mengatakan dia memang jenis diam dan duduk saja di tempatnya. Participate hanya bila dipanggil nama. Dia pernah dilantik sebagai Penolong Ketua Kelas, tapi tidak lama. Mungkin dia tiada daya kepimpinan dan ketrampilan yang sewajarnya.
Nyata sekali contrast benar perangainya di rumah. Kalau di rumah dia selalu berlakon menjadi cikgu garang kepada kawan-kawan jiran yang lain. Mungkin inilah luahan rasa dia kerana selalu jadi mangsa di sekolah.

Rasanya I have to do something utk membantu dia meningkatkan keyakinan dirinya berhadapan dengan pelbagai karenah kawan-kawan. Saya ingat nak hantar both kids attend kem yang Dr Hassan Ali selalu buat tu. Kalau sesiapa ada info tentang next program, mohon dipanjangkan kepada saya takut-takut saya terlepas pandang. Sebagai permulaan saya nak uji mereka menghadiri Kid's Fun Night Camp 2008 sempena KKP 2008 on this coming Friday night. Kalau lepas ujian ini bolehlah hantar ke summer camp AKRAB itu, InsyaAllah.

Monday, June 16, 2008

Happy Belated Father's Day

Cikliah berceloteh lagi....

KIDAS bercuti hari ini, sempena perasmian bangunan baru KIDAS semalam. Sepatutnya dirasmikan oleh Dato' Menteri Besar Selangor tapi nampaknya MB tak kunjung tiba semalam. Maka sebagai wakil, MP Kuala Selangor Dr Zul telah menggantikan tempat Dato' MB bagi merasmikan bangunan baru KIDAS yang telah pun diduduki semenjak April, 2008 yang lalu. Syukur sangat. Tak adalah kena belajar dalam kontena lagi.

Maka pagi ini, awal-awal lagi adik telah pergi bersiar-siar sekitar retention pond dengan ayah dan tokwan. Ayah on emergency leave sebab penat dengan majlis perasmian semalam atau kepenatan tengok Euro2008 ?


Adik dan ayah




3 generasi



Bye ibuuuuuuu.......



Untuk my hubby, tokwan kampung (my dearest father), tokwan PJ dan semua ayah/bapa/daddy di seluruh dunia... Happy Father's Day...