Showing posts with label kakak. Show all posts
Showing posts with label kakak. Show all posts

Wednesday, October 29, 2008

Happy 9th Birthday Ika !!!!

Cikliah berceloteh lagi....



Today is C Ganal's 9th birthday. C Ganal macam excited sikit sebab hari ini hari ulangtahun kelahirannya. Walaupun begitu, dia tetap kena melalui hari ini tanpa apa-apa special occasion dan tetap kena menjalani peperiksaan akhir tahun di KIDAS.

9 tahun yang lalu C Ganal 'terjun tingkap' pada pukul 3.30 am, selepas disahkan tidak dapat dilahirkan secara normal kerana tersangkut bahu. Gyneacologist Dr Delaila of SJMC pada mulanya berhasrat untuk bengkokkan tulang bahunya untuk membantu kelahirannya tapi tak jadi kerana dikhuatiri akan terpatah. Ada juga prosedur sebegini rupanya. Mulanya saya tidak faham apa yang dr cuba buat tapi selepas menonton 'The Fugitive' barulah saya faham keadaannya.

Since dalam kandungan C Ganal dikatakan mewarisi gene ayahandanya ie "berkaki panjang". Setiap kali Dr Delaila scan dan ukur panjang tulang peha, doktor akan mengatakan C Ganal akan menjadi seorang yang tinggi. Mungkin dalam tempoh 2 atau 3 tahun lagi dia akan beat saya.

Kepada anakanda C Ganal, ibu ucapkan "Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke 9. Semoga menjadi anak solehah dan hamba Allah yang bertaqwa. Semoga berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin"

Thursday, October 16, 2008

Batu seremban 2

Cikliah berceloteh lagi....

Kenapa Batu Seremban ek ? Kenapa tak Batu Gajah ke ? Batu Tiga ke? Batu Caves ke? Adakah kerana permainan ini diilhamkan mereka yang tinggal di Seremban ?

Batu seremban mainan orang dulu-dulu ada juga memberi manfaat that is latihan mengira campur dan darab. Tapi yang C Ganal ajar cara main Batu Seremban masa kini lain formatnya.

Bila diajar bermain cara dulu2 ie lambung, timbang --> if 'pakoq' jumlah boleh times two - dia refused. Tak suka nak kena kira-kira nie. Sungguh tak menjana minda.

Dia akan ajar cara permainan masa kini which is pada saya dulu kami menggunakan bola pingpong sebagai alat untuk melambung. Batu seremban as buah adalah 4 biji. So total 5. Itulah permainan batu seremban masa kini dengan level yang dinamakan sebagai batu 1, batu 2, batu 3, batu 4 , batu 5, batu 6 juga disebut batu tukar, batu7 juga disebut batu hujan, batu8, batu9, batu10, batu tunas, batu gol etc etc.

Bila masa pulak hendak menimbang dan pakoq? Non ado.... tak perlu mengira? campur, darab ? Tak der.... Habis tu, macammana nak tentukan sapa menang ? Main je terus. Agaknya sampai boring. Rasa macam tak best langsung...

Wednesday, October 15, 2008

Batu Seremban

Cikliah berceloteh lagi....

C Ganal telefon minta izin nak beli batu seremban kat Kereta Biru lagi. Katanya dia tak ambil duit raya or duit sesiapa. Dia ada simpan duit lebih pagi tadi. Patutlah pagi tadi beria-ia minta masakkan makaroni cheese untuk buat bekal. Orang ada agenda baikkk punya...

Ayoyo...zaman duit betoi la. Batu seremban pun nak kena beli. Orang dulu2 main batu seremban pakai kulit kerang jek tau. FOC. Or pakai batu jalan. Memang la sakit mula-mula tu tapi alah bisa tegal biasa.

Last week dia tanya if saya boleh buatkan dia batu seremban. Tak payah beli lagi. Saya nie nak menjahit lencana pun bercinta. Nak suruh saya jahitkan kain utk dibuat batu seremban???... sweet dream jek laa...

Bibik Seni dulu pernah layan permintaan dorang nie tapi instead of letak kacang hijau, dia letak butiran pasir kasar. Sakit jugak la tangan. So batu seremban yang dijual di Kedai Buku Sekolah lagi mengancam. Beli lagi dan lagi dan lagi.

Apa jadi to the batu seremban ? Hairan betul. Asyik hilang jer. Batu seremban pun ada kaki wooo!

Tuesday, July 29, 2008

Bacalah dengan nama Tuhanmu...

Cikliah berceloteh lagi....

Bermula semalam, saya pindahkan tanggungjawab untuk mengajar anak-anak mengaji Al Quran kepada seorang ustaz yang dijemput datang ke rumah. Saya akur dengan tuntutan masa dan bebanan kerja seharian yang menyebabkan pengajaran tidak konsisten dan akhirnya menjejaskan proses pembelajaran.

Kadangkala saya balik dengan penuh semangat untuk mengajar tapi mereka pulak ada kerja sekolah, mengantuk dan sebagainya. Kerapkali juga, mereka penuh semangat tapi saya pulang dengan longlai dan kepenatan.

Teringin sekali untuk menjadi seperti Opah. Opah mengajar kami adik beradik sehingga khatam Al-Quran. Dan pada masa yang sama, Opah juga perlu ke sawah. Tapi opah mampu mendisiplinkan kami untuk mengaji 2 kali sehari pada hari persekolahan dan 3 kali sehari sewaktu cuti.

Walaupun penuh dengan tangis sendu dan insiden-insiden tertentu, kami akur. Opah memang garang sewaktu mengajar. Garang Opah lebih ketara pada kami kakak-kakak compared to 2 orang adik yang dibawah. Kalau diungkit perkara ini, kata Opah mungkin dulu, opah masih muda dan darah pun darah muda. Hahahaha... walau apa pun bagus juga garang opah ni. Kalau tidak, mungkin saya pun tak jadi 'orang' ;).

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Opah a.k.a Bonda Hajjah Sarifah binti Haji Sambri yang akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 58, esok 30 Julai 2008.

Saturday, July 26, 2008

Cerita ceriti tembaga tiga kati

Cikliah berceloteh lagi....


Hari ini tercatat satu lagi sejarah dalam hidup Aleeya a.k.a. C Haloi. Pertama kali bertemu dentist untuk dikerjakan giginya. Sebelum ini dia hanya menyibuk akan janjitemu orang lain ie C Ganal atau Bibik Ummi. Kali ini dia pulak yang merasa pengalaman 'dikerjakan' dentist.

Sebenarnya sudah berminggu memujuk dia untuk pergi dentist.Gigi kacip sebelah bawahnya telah longgar. Dia suruh saya cabutkan saya. Saya tidak mahu kerana takut mendatangkan trauma kepada dia kerana ketiadaan alat yang sesuai. Ding dong ding dong.. akhirnya gigi kekal pun memunculkan dirinya di belakang gigi kacip yang telah longgar itu. Pun dia masih refuse untuk dibawa ke dentist.

Saya tanya dia nak gigi cantik atau berlapis-lapis? Still ambil masa yang lama untuk dipertimbangkan. Akhirnya dia bersetuju untuk ke dentist memandangkan gigi baru telah naik dengan galaknya dan dia juga sebenarnya mengalami kesakitan akibat gigi longgar itu. Bila menggigit makanan terasa sakit.

Mereka pulak ada sekolah ganti hari ini. Kalau boleh hendak pergi seawal mungkin kerana sekiranya ada pendarahan yang teruk, sempat kering sebelum ke sekolah sesi petang nanti. Selepas mandi, dia menyuruh saya mendengar denyut jantung dia yang sememangnya laju kerana katanya dia nervous.

Sementara saya bersiap, ayahnya menjalankan sesi motivasi supaya kurang rasa gentarnya itu. Rupanya dia deal dengan ayah supaya belanja sekolahnya pada hari ini dinaikkan RM1. Meski pun begitu ayah is not allowed to go together. Tidak cukup dengan itu, dia menggesa saya menambahkan RM2 kerana kesanggupannya untuk berjumpa dentist. Ewahhhh....

Saya mengajak dia untuk bersarapan terlebih dahulu kerana takut nanti dia tak boleh makan selepas operasi dental. Tapi dia menolak dengan mengatakan masih kenyang kerana malam sebelumnya 'melantak' sakan di Restoran Rumah Thai. Dia nampaknya ingin segera menyelesaikan perkara tersebut.

Apabila sampai di Klinik Linda, rupanya klinik belum dibuka lagi. Setelah 'confirm'kan yang klinik hanya akan dibuka pada pukul 10 nanti dan saya belum membuat temujanji, saya mengajak C Haloi untuk breakfast dahulu. Mula-mula dia tak mahu, tetapi bila saya sebut D' Melody Cafe, terus saja setuju. Saya tak tahu apa yang menarik minat mereka di cafe ini. Setahu saya cafe ini hanya akan dibuka pada pukul 2 petang. Tapi memang rezeki dia kerana rupa-rupanya cafe itu telah mula beroperasi untuk sarapan pagi. Terdapat banner di situ yang mempromosikan hidangan sarapan pagi setiap sabtu dan ahad dari 8 pagi - 11.30 pagi.

Dia yang memang 'hantu' nasi impit dan kuah kacang telah memilih juadah tersebut sementara saya teruja dengan pulut kuning dan rendang daging. Rezeki saya bertemu jodoh dengan pulut. Semalam, di RRT walaupun dalam menunya menyatakan ada pulut mangga tapi rupanya tiada kerana juadah itu hanya dihidangkan di HQ sahaja. Saya dengan pulut memang tak dapat dipisahkan walaupun ada yang mengatakan pesakit asthma tidak boleh terlalu bergembira dengan pulut. Kadang-kadang ada la jugak mendapat kesannya. Tapi biasanya, saya buat-buat alpa... ;)

Setelah siap bersarapan kami kembali ke klinik dan menjadi tetamu pertama. Rasanya tak sampai 10 minit kami di sana, sudahpun selesai segalanya. Kerana gigi itu sudah longgar, doktor tidak menyuntik ubat bius pun. Hanya menyapu sedikit ubat bius dan kraqq.... sudah selesai. C Haloi pun tidak mengaduh kesakitan walaupun wajahnya membayangkan kesakitan. Saya sebenarnya risau kalau-kalau kesakitan itu akan menyebabkan dia terus fobia untuk ke sini lagi.

Cuma dia tidak pandai menelan liur kerana disangka darah dan dia mengajak ke sinki untuk berludah dan berkumur. Rupanya itu tidak digalakkan kerana akan menyebabkan perdarahan berterusan. Dia sepatutnya hanya menggigit kapas itu sehingga darah kering. Nurse juga menasihatkan dia diberi aiskrim yang akan menyejukkan dan seterusnya mengecutkan rongga yang terbuka itu.

Saya sempat bertanya kepada dentist mengenai gigi susunya yang masih kukuh walaupun sudah berusia 7 tahun. Dentist berkata tidak mengapa. Tunggu sahaja sehingga longgar baru dicabut. Kakaknya dulu, sebelum umur 6 tahun sudah mula gugur giginya. Apakah ini kerana C Haloi mendapat bekalan kalsium yang berlebihan? Malah terlampau la pulak kerana dia hanya berhenti breastfeeding semasa berumur 5 tahun! C Ganal pula umur 7 bulan sudahpun berhenti menyusu badan kerana terlalu berminat dengan 'thumb sucking'nya.

Temujanji pertama kakak dan dentist tidak berjaya kerana dia sangat ketakutan melihat miscellaneous dental gadgets. Hanya selepas beberapa hari kemudiannya barulah berjaya misi tersebut dengan bantuan 'gambar Mawi'(menurut cerita ayah). Saya dilarang ikut kerana dikatakan saya tidak pandai bermain diplomasi dan daya memujuk saya 'Z'.

Lega rasanya beban ini telah berakhir dan bila sampai di depan 7E, darah sudahpun berhenti mengalir. Walaubagaimana pun Slurpee tetap kena beli bagi membeli jiwanya.... ;)

Monday, July 14, 2008

Musibah


Cikliah berceloteh lagi....

Hari ini hari tension dan sesak lagi menyesakkan. Kenapa mesti ada sekatan jalanraya lagi?
Pagi-pagi hari roadblock di sana sini. Kita nak tumpang lalu ajer. Pun tak boleh. Keluar tol je, selepas kawasan lencongan untuk pembinaan Lebuhraya DUKE (DUTA-KLANG EXPRESSWAY), jalan macam semut. Seperti biasa pintas ikut Bukit Ledang dan masuk ke Mahameru. Rupa-rupanya susur masuk Jalan Parlimen ditutup. Trafics diverted to Lebuhraya Mahameru. Terpaksa lah lalu ikut PWTC dan flyover bulatan Pahang yang genting lagi ramping macam leher botol itu. Aisehmanggggg…. Manyak tensen woooo….

Sebelum tu, sudah kecut perut, kereta macam melayau ke kiri bila brek mengejut. Dua kali kena macam tu. Then bila speeding, dengar macam bising sangat dekat bawah kereta. Mula-mula sahih tak sahih, tapi bila off radio, memang clear bunyi bising tuh. Dalam hati berkira-kira… ini mesti kes ‘daun pisang’ tanggal lagi. Kali ni extra impact sampai macam terbau hangit. Sementara nak tunggu sampai ke RnR Sg Buloh tu jenuh la ‘daun pisang’ tu kena makan dek tayar.

Stop at R&R Sg Buloh to check the impact. Nyata sekali ‘daun pisang’ yang tertanggal itu telah teruk digesel tayar. Sebenarnya semua ini lanjutan dari aksi stunt tak menjadi saya pagi semalam.

Semalam saya dan anak-anak ke BBSB untuk membeli keperluan rumah. En Berlingo ketika itu masih di PD, attending a team building programme organized by his office.

Lepas breakfast di Al-Kauthar, kitaorang pun pegi ke sebuah kedai yang menjual pelbagai alatan rumah dan dapur di BBSB. Saya beli besen dan baldi plastik serta beberapa keperluan lain.

C GaLoi memang dah lama minta dibelikan rotan. Bukan untuk memukul mereka tapi sebagai alat bantuan mengajar mereka ketika berlakon sebagai cikgu/ustazah garang. Ya, bebudak nie memang suka sangat main cikgu-cikgu. Ala-ala main pondok-pondok lah ni. Since kat situ ada dijual rotan, dorang pun beli sorang satu.

Saya cakap kat dorang, lepas nie sapa malas solat… malas mengaji… kena laaa…
“Siyappppp…. Siyapppp….” ---> sound effect rotan hinggap di badan.

Asyik dok sembang-sembang dan melawak dengan dorang sampai la masuk kereta. Untuk keluar dari kawasan kedai tu kena lintas longkang. Jalan tu agak besar juga… tapi mungkin sebab saya leka berbual dengan anak-anak, sedar-sedar tayar depan sebelah pemandu dah duduk dalam longkang. HAH ? Watelahapen ? Tetiba jek zrappp... bunyi kereta mendap dan terhenti... Perghhhh...

Nak buat apa ni ? Nak call sapa? Nak minta tolong sapa ? Gelabah puyuh gak la. Malu pun ada jugak sebenarnya. Yelah… jalan punya besaq, yang dok pi masuk longkang tu apsal kan?

Baru jek nak berkira-kira nak mintak call sapa, seorang orang muda ni (dia sebenarnya on phone masa kejadian tu berlaku) cakap ini boleh naik balik, just reverse jer. Then saya suruh anak-anak keluar dari kereta dan berdiri di tepi sebab saya nak buat satu lagi aksi stunt. Saya tak mahu andainya aksi stunt saya nanti lebih buruk dan melibatkan mereka.

Dengan confidentnye, saya pun cuba la nak reverse tapi tak boleh naik pun. Tayar jek berpusing. Dah sah-sah sebelah tayar tu ala-ala tergantung dalam longkang. Kemudian makin ramai yang datang dan ada yang bagi suggestion untuk tolong angkat dan tolak kebelakang. Dan mereka ramai-ramai tolakkan kereta ke belakang. Alhamdulillah…. Akhirnya dapat jugak naik myviku itu ke atas jalan kembali. Terima kasih banyak-banyak ye incik-incik semua. Jasa anda semua tak dapat saya balas.



Ini lah hadiah ciuman tebing longkang itu kepada myvi. Adehhhhhh…


Kecederaan ini telah membuatkan beberapa clips bumper depan tu jatuh atau tanggal. Dan menyebabkan ‘daun pisang’ terbuai-buai tanpa ikatan. Sekiranya jalan perlahan tidak ada effect. Tapi kalau laju memang kena makan dek tayar.…..

C Haloi kemudianya membebel...
"Itu la ibu nie… Allah Taala bagi mata untuk tengok jalan. Bukan untuk siyapp…siyappp kitaorang….” Aduhhhh bisa… bisa…...
C Ganal pulak mengangkat ibu jari. Tandanya ?
Hmmm...sabor jek la anak-anakku ini.

I think kecedaraan itu can wait. But I’m totally wrong. Pagi ini terimalah akibatnya. Nasib naik saya ada dawai yang digunakan untuk mengemaskan USB cable yang saya selalu bawak ke office. Dengan dawai tu saya ikatkan 'daun pisang' yang tertanggal tu.
Rasanya bolehlah bertahan pergi/balik office hari ni. Saya kira alignment/balancing dah lari teruk dan saya tak berani bawak laju.

Nampaknya esok kena cuti sehari nak rawat kecederaan myvi ini.

~~~~~~~~~~~@@@@@@@@~~~~~~~~~~~~


Selingan, gambar yang bisa menenangkan perasaan. Anak kucing ini asyik bermain dengan keychain yang Aleeya letakkan dekat beg sandangnya.



Cute kan... lenguh tangan kiri... guna tangan kanan pulak

Wednesday, June 25, 2008

Caca marba

Cikliah berceloteh lagi....

Kemana hilangnya entry yang telah siap ditulis tadi. Aduuhhhhh… hilanglah pulak… Hari ni internet connection intermittent la pulak… tensennyer la hai….
Sian che, jenuh tulih banyak-banyak tetiba gone with the wind…. Uhuksss….


Bibik kata dia nak resign. Reason nak balik Surabaya bagi menguruskan tanah pusaka di kampong. Bila tuh? Kalau boleh awal bulan 7. What ? A very short notice one. Mana sempat saya nak cari ganti. Kalau begitu hujung Julai saja. Ok….

Saya redakan aja kepergiaannya. Saya tak faham bahasa kiasan, if dia sebenarnya hendak saya naikkan gaji whatsoever. Nak ditahan-tahan pun saya rasa tiada gunanya. Susah saya nak percayakan mereka lagi semenjak kena tipu hidup-hidup dengan previous maid.

Tapi bibik ni macam pandai sikitlah bermain diplomasi. Katanya, walaupun mulut dia jahat, tapi dia dah jatuh sayang pada budak-budak nie.
Saya wonder dia ikhlas ke tidak sebab kadang-kadang dia tak jaga pun budak-budak ni waktu bermain basikal di luar. Dia lebih senang duduk menonton tv di dalam dalam rumah atau bersidai di tingkap dapur belakang bersembang dengan maid jiran belakang. Walaupun banyak kali diperingatkan mohon tunggu di luar sebab macam-macam boleh jadi. Tapi nampaknya sampai ke sudah, tak memberi bekas. Hanya doa dan kata-kata nasihat kepada anak-anak supaya menjaga diri mereka sendiri yang mampu saya lakukan.

Cumanya bibik ini tidaklah panjang langkahnya seperti previous one. Mungkin faktor usia. Dari segi tu legalah sedikit. Tapi faktor usia jugak la menyebabkan saya tidak boleh senang-senang menegur kesilapannya. Kalau dia nak ikut, dia ikut. Kalau tidak, silap hari bulan saya pula yang kena sembur.

Ermmmm... kena start shopping bibik lagi lah nie.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~@@@~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isnin lepas, Hari Terbuka Sekolah. Hari untuk ambil report card dan berbincang dengan guru mengenai prestasi anak-anak. Both KIDAS dan SKSU buat on the same day. So ambik AL untuk mengejar 4 buah kelas. 2 pagi, 2 petang.

Overall, both sisters are doing well. But then C Ganalnyer Maths agak sadis sikitlah. Ingat tak mahu strict sangat dengan dorang, bagi chance main banyak sikit. Tapi nampak gayanya tak boleh dibiarkan begitu. Nyata syllabus dorang makin susah compared to time saya bersekolah dulu.



C Haloi walaupun ada sedikit ‘pergaduhan’ dengan Ustaz M pada awal persekolah dulu, Alhamdulillah dapat juga Mumtaz untuk Al-Quran dan Hafazan. Ingat tak boleh berbaik langsung dengan Ustaz M. Hari-hari balik berladung air mata bercerita pasal Ustaz. Pagi hari yang ada subject Hafazan, mesti lah menangis beria-ia masa mandi tak mahu ke sekolah. Sampai saya terpaksa ke sekolah untuk berbincang dengan Ustazah kelasnya.
Ustaz M sangat baik dengan kakaknya. Jadi ustaz juga mahu ber’kawan’ dengan dia. Tapi C Haloi bukan begitu orangnya. Kalau dia tak suka, janganlah dipujuk-pujuk. Lagi dia melenting.


Aleeya dalam kelas kabin yang akan menjadi kenangan indah dalam sejarah KIDAS.

Rasa tak percaya pula bila bertemu dengan guru kelas SKSUnya, mengatakan C Haloi ‘terlalu baik’ orangnya. Sehinggakan guru kelas yang juga merupakan jiran kami menegur kawan-kawannya yang menjadikan dia tempat untuk meminjam alatulis. Dia tengok sahaja, tak kata apa-apa.

Patut pun sepanjang semester lepas, sudah 3 kotak pensel warna (24 batang) yang dibelikan untuknya. Rupanya jadi supplier di kelas !
Pernah juga dia merungut di rumah tentang kawan-kawan yang asyik pinjam barang-barang dia, tapi dia tak berani nak menghalang. Katanya dia risau, kalau tak beri, nanti tak ada orang nak kawan dengan dia.

Hari pertama di SKSU



Dari pemerhatian saya semasa menunggu giliran di KIDAS, juga menunjukkan dia seperti senang disuruh-suruh/dibentak-bentak/dibuli. Sebelum ini pernah juga dia minta duit lebih sepuluh sen. Katanya nak bayar to somebody supaya the other friend boleh rehat bersama-sama group tertentu. The other friend tu tak ada duit lebih. Saya kata ini tidak betul. Memeras ugut namanya ! Saya kata tak payah rehat dengan group ini. Rehat je sendiri atau rehat dengan sesapa yang tak minta ‘wang perlindungan’.

Bila tanya pada ustazah kelasnya, ustazah mengatakan dia memang jenis diam dan duduk saja di tempatnya. Participate hanya bila dipanggil nama. Dia pernah dilantik sebagai Penolong Ketua Kelas, tapi tidak lama. Mungkin dia tiada daya kepimpinan dan ketrampilan yang sewajarnya.
Nyata sekali contrast benar perangainya di rumah. Kalau di rumah dia selalu berlakon menjadi cikgu garang kepada kawan-kawan jiran yang lain. Mungkin inilah luahan rasa dia kerana selalu jadi mangsa di sekolah.

Rasanya I have to do something utk membantu dia meningkatkan keyakinan dirinya berhadapan dengan pelbagai karenah kawan-kawan. Saya ingat nak hantar both kids attend kem yang Dr Hassan Ali selalu buat tu. Kalau sesiapa ada info tentang next program, mohon dipanjangkan kepada saya takut-takut saya terlepas pandang. Sebagai permulaan saya nak uji mereka menghadiri Kid's Fun Night Camp 2008 sempena KKP 2008 on this coming Friday night. Kalau lepas ujian ini bolehlah hantar ke summer camp AKRAB itu, InsyaAllah.

Tuesday, May 06, 2008

Cerita kakak

Cikliah berceloteh lagi....

Belum sampai ke pagar rumah lagi, kakak tiba-tiba muncul dari rumah kawannya dan menahan keretaku. Dia masuk ke dalam kereta dan terus bercerita,
"Ibu, tadi kawan kakak F___ tu kena pukul dengan ayah dia kat sekolah."
Wah ! Ini sudah luar biasa. Bagaimana mungkin parents menghukum anak di sekolah ?
Dan kakak terus bercerita sehinggalah aku siap memakirkan kereta dalam kawasan rumah. Sebelum ini kakak pernah juga bercerita pasal kawan sekelasnya ini.

Kami tidak terus turun bahkan menyambung perbualan tentang kawannya yang kena rotan itu. Aku tambah berminat manakala dia pulak seakan takut dan ngeri bila mengenangkan peristiwa itu dan memintaku untuk tidak bertanya lanjut. Namun dia tetap bercerita bila aku sambung bertanya. Kata kakak lagi, ayah F memukulnya dengan rotan di luar kelas sehingga terkena kaca tingkap kelas Nurani pecah. Kakak kata mata ayah F merah. Aku kira mungkin dia menangis terlalu marah atau kecewa dengan F. Sebab musabab kenapa ayah F datang dan memukul F di sekolah tidaklah diketahui dengan tepat. Kakak ada menyebutnya secara sipi-sipi sahaja tapi itu hanyalah andaian rakan sekelas mereka sahaja.

Sebenarnya ramai rakan yang telah menjadi mangsa kenakalannya. Kakak sendiri pernah ditendang di tangan sehingga terkopek kulit. Walaupun diarahkan oleh guru kelas untuk bermaafan, F sedikit pun tidak mengaku salah. 'Lebih mencemaskan' ada ibubapa yang sanggup memberi F duit, seolah-olah memberi wang perlindungan dan memohon F tidak membuli atau mengenakan anak mereka lagi. I think this is too much. Pandangan peribadiku, ini tak sepatutnya berlaku kerana ini akan mendorong F memeras ugut! F hanyalah seorang kanak-kanak yang baru menginjak usia 9 tahun.

Aku tidak menafikan yang kami sebagai ibubapa pernah sependapat untuk bersemuka dengan F dan ayah telah pun berjumpa dengan F semasa Temasya Sukaneka tempohari. Namun ayah tidaklah memarahi F sebaliknya cuma menegur dan memberi nasihat supaya dia tidak membuli kakak dan kawan-kawannya lagi serta memintanya berkawan dengan baik.

Sebenarnya aku kasihan pada F yang dikatakan terlebih nakal itu. Mungkin F tergolong dalam kelompok kanak-kanak hyperaktif dan perlu diberi rawatan. Aku pernah bertanya berkaitan kanak-kanak hyperaktif ini kepada Dr Heliza Shafie, seorang pakar kanak-kanak di APSH. Menurut Dr Heliza , anak-anak ini perlu dipastikan tahap "keaktifan"nya dan jika perlu, dia harus diberi suntikan bagi menenangkannya Ini adalah untuk mengurangkan rasa 'jelak' dan 'benci' orang kepadanya yang later on akan memberi impact kepada perkembangan rohani dan jasmani seseorang kanak-kanak tersebut.

Nasihat tersebut juga telah dikongsikan oleh Dr Harlina Siraj ketika kunjungannya ke Surau Alhidah tempohari kepada seorang ibu telah bertanyakan masalah menangani anaknya yang juga "aktif". Menurutnya, telah kering air mata dan beliau kini buntu dalam membentuk anaknya itu. Nasihat, teguran bahkan pukulan sudah tidak memberi bekas lagi.

Berbalik kepada cerita kakak tadi, F seolah-olah insaf dan kembali memberi penumpuan dalam kelas selepas peristiwa itu. Walaupun begitu hatinya "tetap kering" dan dengan selambanya memberitahu kepada kawan-kawannya yang dia tidak merasa sakit pun dirotan ayahnya.

Mendengar cerita kakak ini, aku terasa ingin sangat mengenali F dengan lebih dekat lagi. Tapi menurut ayah yang telah bersemuka dengannya, memang F seorang yang sangat menjengkelkan. Aku telah berberapa kali mendengar cerita tentang kanak-kanak hiperaktif ini tapi belum pernah mengalami atau melihat dengan mata kepala sendiri.
Mungkinkah ada sinar bahagia buat mereka ?