Tuesday, May 06, 2008

Cerita kakak

Cikliah berceloteh lagi....

Belum sampai ke pagar rumah lagi, kakak tiba-tiba muncul dari rumah kawannya dan menahan keretaku. Dia masuk ke dalam kereta dan terus bercerita,
"Ibu, tadi kawan kakak F___ tu kena pukul dengan ayah dia kat sekolah."
Wah ! Ini sudah luar biasa. Bagaimana mungkin parents menghukum anak di sekolah ?
Dan kakak terus bercerita sehinggalah aku siap memakirkan kereta dalam kawasan rumah. Sebelum ini kakak pernah juga bercerita pasal kawan sekelasnya ini.

Kami tidak terus turun bahkan menyambung perbualan tentang kawannya yang kena rotan itu. Aku tambah berminat manakala dia pulak seakan takut dan ngeri bila mengenangkan peristiwa itu dan memintaku untuk tidak bertanya lanjut. Namun dia tetap bercerita bila aku sambung bertanya. Kata kakak lagi, ayah F memukulnya dengan rotan di luar kelas sehingga terkena kaca tingkap kelas Nurani pecah. Kakak kata mata ayah F merah. Aku kira mungkin dia menangis terlalu marah atau kecewa dengan F. Sebab musabab kenapa ayah F datang dan memukul F di sekolah tidaklah diketahui dengan tepat. Kakak ada menyebutnya secara sipi-sipi sahaja tapi itu hanyalah andaian rakan sekelas mereka sahaja.

Sebenarnya ramai rakan yang telah menjadi mangsa kenakalannya. Kakak sendiri pernah ditendang di tangan sehingga terkopek kulit. Walaupun diarahkan oleh guru kelas untuk bermaafan, F sedikit pun tidak mengaku salah. 'Lebih mencemaskan' ada ibubapa yang sanggup memberi F duit, seolah-olah memberi wang perlindungan dan memohon F tidak membuli atau mengenakan anak mereka lagi. I think this is too much. Pandangan peribadiku, ini tak sepatutnya berlaku kerana ini akan mendorong F memeras ugut! F hanyalah seorang kanak-kanak yang baru menginjak usia 9 tahun.

Aku tidak menafikan yang kami sebagai ibubapa pernah sependapat untuk bersemuka dengan F dan ayah telah pun berjumpa dengan F semasa Temasya Sukaneka tempohari. Namun ayah tidaklah memarahi F sebaliknya cuma menegur dan memberi nasihat supaya dia tidak membuli kakak dan kawan-kawannya lagi serta memintanya berkawan dengan baik.

Sebenarnya aku kasihan pada F yang dikatakan terlebih nakal itu. Mungkin F tergolong dalam kelompok kanak-kanak hyperaktif dan perlu diberi rawatan. Aku pernah bertanya berkaitan kanak-kanak hyperaktif ini kepada Dr Heliza Shafie, seorang pakar kanak-kanak di APSH. Menurut Dr Heliza , anak-anak ini perlu dipastikan tahap "keaktifan"nya dan jika perlu, dia harus diberi suntikan bagi menenangkannya Ini adalah untuk mengurangkan rasa 'jelak' dan 'benci' orang kepadanya yang later on akan memberi impact kepada perkembangan rohani dan jasmani seseorang kanak-kanak tersebut.

Nasihat tersebut juga telah dikongsikan oleh Dr Harlina Siraj ketika kunjungannya ke Surau Alhidah tempohari kepada seorang ibu telah bertanyakan masalah menangani anaknya yang juga "aktif". Menurutnya, telah kering air mata dan beliau kini buntu dalam membentuk anaknya itu. Nasihat, teguran bahkan pukulan sudah tidak memberi bekas lagi.

Berbalik kepada cerita kakak tadi, F seolah-olah insaf dan kembali memberi penumpuan dalam kelas selepas peristiwa itu. Walaupun begitu hatinya "tetap kering" dan dengan selambanya memberitahu kepada kawan-kawannya yang dia tidak merasa sakit pun dirotan ayahnya.

Mendengar cerita kakak ini, aku terasa ingin sangat mengenali F dengan lebih dekat lagi. Tapi menurut ayah yang telah bersemuka dengannya, memang F seorang yang sangat menjengkelkan. Aku telah berberapa kali mendengar cerita tentang kanak-kanak hiperaktif ini tapi belum pernah mengalami atau melihat dengan mata kepala sendiri.
Mungkinkah ada sinar bahagia buat mereka ?

7 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum cikliah.. first time kaktuya menjenguk kesini kerana ada link blog ini kat su.net.... (sblm ni akak dah fobia nak jenguk blog orang lagi...sob,sob)... tapi kisah si F ni sungguh menyayat hati.

Ringkas cerita, ada kes anak yang begini suatu masa dulu.... setelah menggunakan berbagai cara, at last si anak boleh 'sembuh' bila si ibu mengambil pendekatan 'membelai' si anak dia atas 'ribaan'nya sama ada sambil bercakap-cakap atau berdiam diri sahaja, selama sekurang2nya 10 minit dalam sehari (masa tu anak tu berumur 8 atau 9 tahun jugalah).

Memang benar kajian yang mengatakan anak akan menjadi nakal dan susah dikawal kerana tidak wujudnya hubungan yang rapat dengan ibu bapa. Mereka ingin 'dibelai' sebenarnya...

Err... cikliah...pegi la jumpa mak si F tu... kesian nasib anak tu.

Ohya, nice blog, teruskan menulis dari hati....

Wassalam. KakTuya.

Makcik Runner said...

akak pun setuju la ngan pendapat kak tuya kita tu...hehehe. mungkin anak ni kurang kasih sayang dan belai dibelai dr mak bapak dia...mana la tahu kan? kenkadang budak2 ni ada hidden grudge ngan adik beradik sendiri yg jadik favorite mak bapak dia. sebab itu kita tak digalakkan memberi favoritism kat seseorang anak...tu sebab dia terlebih nakal. setahu akak la budak hyperaktif ni tak kacau orang, tak buli orang, dia buat hal sendiri je. apa2 pun better la dapatkan pendapat pakar yg arif bab2 budak nakal ni...

KUDIN.. said...

Cik Liah...perangai budak2 ni susah nak predict....macam anak saya Y...masa kat rumah dan depan bapanya yg mithali....pendiam yang amat..tapi bila borak dengan gurunya....masa kat kelas boleh tahan jugak....anak saya A tu satu lagi...masa kat rumah malas betul..nak angkat pinggan/gelas pun tak nak...tapi kat sekolah...gurunya kata si A ni rajin pulak...isk2....saya pun musykil dengan anak2 saya ni...

yang benar...
Bapa Anak 4

cikliah said...

Salam semua...

Thanks for dropping by di blog SS(syok sendiri) saya ni. Harap dapat memberi manfaat dan menjadi satu lagi wadah bertukar-tukar pendapat.

Kak Tuya,
Musykil kenapa fobia dengan blog? Ada cerita yang saya missed ? Nanti bebila jumpa kita story mory the morning glory ya?
Nampak macam tak ada cara utk berkenlan dengan mak F nie. Now, saya just minta anak saya cakap baik-baik dengan F dan buat dia sebagai "kawan".

Kak KC,
Good input - Isu diskriminasi anak-anak. It could be one of the factor. Thanks for the advice.

Kudin,
Ada orang cakap, character anak kita terbalik antara di rumah atau di sekolah. My doters pulak bising kat rumah tapi kat sekolah diam pulak dan jarang sangat nak participate in class. Tapi mungkin like mother like daughter la kot. Saya pun malu nak interframe di mana-mana pun. :P

Sue.Aleen said...

saya dulu pun bukan main lasak di rumah, tapi lasak gak di sekolah.. camne tu? lasak kat sekolah tu dari segi aktif la.. hehe

neway, saya tag akak lagi... jangan nak cikelat...

Lan Rambai said...

aku nak join blogger su jugak lah tinggal komen kat blog hang ni.

sekian.

cikliah said...

SueA, komer tu aktip segala-gala.. la ni aktip mengetag orang...huhuhuhu


LanR, tq sudi mai rumah aku. Tag merah bila nak buat wei ? Buat laaaa...