
Berguru ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi
Kepada semua guru di Malaysia, terutamanya guru-guru yang pernah mengajarku dan semua guru yang pernah/sedang mengajar anak-anakku sedari mereka di taska, tadika sehinggalah di sekolah sekarang ini, diucapkan
"Selamat hari guru
Hanya Allah sajalah yang dapat membalas segala jasa baik cikgu semua.
Sejambak kasih sayang buat cikgu semua."

Special thanks to :-
1) Cikgu Khadijah - guru tadika yang mengenalkan aku cara memegang pensel dengan pelajaran pertamanya menconteng mukasurat 1 buku tulis pertamaku menurut kata hatiku sendiri. Diikuti dengan titik titik yang memenuhi seluruh mukasurat. Itu pun aku boleh dapat A. *wink*
Cikgu Jah juga yang telah membaca dan mengoyakkan surat dari seorang senior yang sekelas dengan sepupuku(kini seorang guru). Ketika itu, membaca pun aku tidak tahu, bagaimana mungkin aku mahu membalasnya ? Cikgu Jah telah mengambil surat itu dari kawanku yang bertindak sebagai posmen, tolong baca secara senyap dan terus mengoyakkan surat tersebut tanpa memberitahu aku apa isinya. Kemudiannya baru kutahu maksud surat itu daripada sepupuku, yang memberitahu, kawan sekelasnya itu mahu menulis surat sekali lagi bagi menyatakan hasratnya menjadikan aku adik angkatnya. Adik angkat yea ??? Thanks cikgu Jah.
2) Cikgu Habsah Hj Omar - guru kesayangan sewaktu di SKSB ini telah memberi kepercayaan kepadaku untuk menggunakan kunci almari yang menyimpan novel remaja dalam perpustakaan yang menurut cikgu tidak sesuai diletakkan dirak. Sampai sekarang aku belum dapat mencari jawapan kenapa cikgu percayakan aku seorang sahaja untuk membaca buku-buku tersebut. Onething for sure, buku-buku tersebut sebenarnya dapat memandu kehidupanku selepas itu. Cikgu Habsah juga telah memberiku RM5 sempena kejayaanku dalam Penilaian Darjah 5.
Thanks cikgu Habsah.
3) Ustaz Abdul Razak - ustaz yang kemudiannya diketahui sepupu kepada sahabat baikku di sekolah menengah yang kini seorang doktor perubatan banyak memberi nasihat dan panduan hidup. Kerapkali menggunakan aku sebagai contoh, "Nanti bila kamu balik dari asrama... dalam perjalanan... bla... bla... bla.....". Nasihat ustaz sangat berbekas dalam hatiku sehingga kini. Sampaikan cara memasak kubis pun diceritakan dalam kelas. Errr... yang ini aku kira patutnya masuk dalam kelas munakahat.
4) Mr Lee, guru bahasa Inggeris yang selalu memberi hadiah seandainya mendapat result yang bagus dalam ujian dan spelling betul semua. Seorang guru yang sangat rajin dan ketika itu sedang melanjutkan pelajaran di USM secara PJJ. Hadiah yang paling best pernah diterima ketika itu set permainan kawada.
4) Cikgu Nazri - guru bahasa Inggeris merangkap guru disiplin yang pernah melantik aku menjadi Head Girl. Tapi Head Girl ini tak boleh pakai dan hampeh. Menurut bapaku, dia pernah bertemu Cikgu Nazri di surau Alhidayah semasa kunjungannya ke rumahku samaada awal tahun ini atau akhir tahun lepas. Kata cikgu Nazri, dia datang berkunjung kerumah anak dia di SU2. Siapa ya ? Kata cikgu lagi, anaknya itu, yang dia bawak datang bersekolah di SKSB dulu. Seingat aku hanya seorang yang cikgu sekolahkan di sana iaitu Nazrin. Ada sesiapa kenal Nazrin bin Nazri yang kini menetap di SU2? Jika anda terbaca blog akak ini, mohon contact akak ye.
5) Cikgu Mail/Ismail - siapa tak kenal cikgu ini di SKSB. Cikgu yang paling lama mengajar di sana dan sangatlah garangnya. Aku pun tidak terkecuali pernah menerima habuan roti panjang di tangan kerana tiba-tiba kecut perut tak berani nak jawap soalan sejarahnya "Bagaimanakah Islam tersebar ke Tanah Melayu? "
6) Cikgu Rahilah dan Cikgu Asma - 2 orang guru yang berasal dari Pulau Pinang ini sangat-sangat berjasa memberikan kelas tusyen percuma di rumah sewa mereka di Jalan Baru. Kemudiannya mempelawa kami ke Balik Pulau - kampung asal cikgu Rahilah. Cikgu Rahilah dan cikgu Asma menjadi warga PB kerana bertemu jodoh dengan orang tempatan di sana.
7) Cikgu Jamil Hassan - guru baru semasa aku dalam darjah 6. Cikgu muda dan baru pula. Anak murid menginjak usia remaja. Ramai yang terpesona. opsss... tidak termasuk saya ye....
~~~~~~~~
8) Cikgu Rashid yang sangat aktif dengan GPMSnya. Menyuntik semangat dan kata dorongan untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mempertahankan bangsa dan negara.
9) Cikgu Sawibatun Islamiyah yang sangat pandai menarik minatku untuk belajar sejarah di tingkatan 3.
10) Cikgu Siti Hajar guru Perdagangan sekaligus merupakan mentor(ibu angkat) ku di ASMDB.
11) Cikgu Maznah - guru Add Maths di tingkatan 4 yang juga merupakan kulaan bau-bau bacang.
12) Cikgu Normah guru SRT merangkap warden asrama, walaupun tidak pernah mengajarku secara formal, tapi telah mengajar kami semua beberapa resepi memasak termasuklah mee laksa yang sangat terkenal di Kuala Kangsar dan Pantai Remis melalui Kelab SRT. Cikgu pernah komplen kami, budak-budak perdagangan ini tak pandai buat kuih badak untuk dijual sempena Hari Kantin Sekolah. Akhirnya kuih yang sepatutnya dijual seketul 20 sen terpaksa dijual 2 ketul tiga puluh sen sebab pada cikgu Normah sizenya terlalu kecil.
owh... owhhh... kenapa nama cikgu lain di SMDB tak lekat difikiranku ya ?
~~~~~~
13) Cikgu Faezah cikgu pertama menyambutku ketika bertukar ke Seratas. Guru kelas 4 kejora ini memohon maaf kerana terpaksa menempatkan aku bukan di kelas super kerana memberi laluan kepada pelajar baru lain yang tidak mahu masuk kelasnya kerana terpandang kawan lama berada dalam kelas itu. Tak kisahlah cikgu. Itu pun sudah cukup memberikan kejutan budaya padaku. Pernah juga berapa kali aku meminjam basikal daripada cikgu untuk keluar ke bandar Taiping bersama kawanku. Yalah, kalau sewa dari sekolah mahal. Pinjam dari cikgu, percuma saja.
14) Ustazah Che Roslah yang juga merupakan penasihat Puteri Islam. Pernah membawaku menaiki Yamaha Passolanya dengan sebungkus besar keropok dari rumahnya di Taman Suria ke sekolah untuk dijual pada hari kantin sekolah. Bayangkan Passola itu kecil sahaja. Tapi bebanannya 2 orang dan bungkusan keropok yang melindungi penumpang belakangnya. Nasib baik keropok aja.
Lain-lain guru di Seratas; Guru ModMaths cikgu Rahim (suami cikgu Faezah) yang kini menetap di Port Dickson. Cikgu Rashid(Add Maths) , Mr Lam (Fizik), Cikgu Abdullah (kimia), Ms Helen (Biology) dan semua guru lain.
Guru-guru di Pusat Matrikulasi Sintok, Puan Sham, Cikgu Zanira Nasrah, Cikgu Zalila, Cikgu Hishamuddin dan lain-lain lagi.
Teristimewa buat guru Al-Quranku, yang sangat kusanjung tinggi tiada galang gantinya; Bonda Hajjah Sarifah binti Haji Sambri. Walaupun garang masa mudanya tapi aku yakin itu semua demi kebaikanku jua. Semangatmu dan pedagogimu masih tidak dapat kuwarisi untuk diterapkan kepada cucunda bonda.
Sengaja kutuliskan semua kenangan ini panjang lebar bagi menguji ingatanku pada guru-guruku ini. Nampaknya kenangan semasa kecilku lebih melekat dalam ingatan.
GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG

1 comment:
bukan takat kak awa je yang tak ingat nama2 cikgu ni... saya pun... amnesia gamaknya...
kena pi neurologist kalo cam gini...
Post a Comment