Cikliah berceloteh lagi....
Rasa macam baru-baru ini sahaja, berbalas-balas shout pasal “merempit” dengan papafini dan beberapa forummer lain di shoutbox SUdotNet. Malah sempat pula aku memanjat doa agar tak ada speed trap antara exit Rawang Selatan ke Tol Jalan Duta di PLUS highway. Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Sepandai-pandai Cikliah merempit, akhirnya dapat jugak surat cinta dari IPD Gombak(Selayang).
Rupa-rupanya surat berdaftar yang aku ambil di Kaunter Serahan Sg Buloh itu membawa khabar nestapa padaku hari ini. Sebaik saja surat yang bertanda Urusan Seri Paduka Baginda itu dihulurkan oleh kerani Pos ke tanganku, dua orang awam lain yang turut berada di sana, hampir serentak menyebut “Surat Saman ni.”
Aku yang pertama kali melihatnya bertanya, “Ye ke ?” seolah-olah menidakkannya. Nampak gayanya pakcik-pakcik itu sudah biasa benar melihat surat saman sedemikian.
Aku terus mengoyakkan surat tersebut, dan nyatalah kata-kata pakcik yang menyapaku tadi benar belaka. Aduhhhhh … rasa macam batu menghempap dada tak boleh bernafas lagi.
Belek-belek lagi surat itu dengan rasa tak percaya. Aku telah dituduh memandu melebihi hadlaju 110 km/j di KM 454 Lebuhraya Utara Selatan. Betul-betul di kawasan yang disebut oleh papafini hari itu. MasyaAllah…. Agaknya memang aku bersalah pada hari itu kerana telah dikesan memandu pada kadar 124 km/j!.. Perghhh… baru lebih 14 km ! Pernah lebih laju daripada tu, tak kena pulak. Tapi bak kata officemateku, salah tetap salah. Dah laju tu tetap laju namanya. Kalau dah overlimit tuh, 1 km pun dah dikira.
Aku bersalah…. Ralat sangat kerana buat kali pertamanya disaman RM300 kerana memandu melebihi hadlaju.
Mahukah aku berjanji dengan diriku agar tidak mengulanginya lagi. InsyaAllah…. Tapi rasanya aku tak akan merempit jika jalan sesak. Aku tidak berani untuk mencilok ke sana sini pun bagi mencari laluan selesa. Sekiranya jalan lurus, barulah aku tekan minyak extra sedikit.
Sebenarnya sebelum collect surat cinta itu tadi, aku pegi service kereta. Baru saja complain about kereta tak boleh pick up dan dorang dah buat something. Reset apa entah.
Ralat sungguh…. Tanduk baru jek nak tumbuh seinci, nak test kat highway lepas tu, udah sentot balik la bila dapat surat cinta tu. Elok dan baik aje aku drive @ 110 km/j masa datang office tadi.
Hantar email kepada Puan Isteri Polis dengan harapan Tuan Polis dapat tolong kawan yang ditimpa musibah ini. Tapi katanya Speed trap tak dapat tolong. Logik gak la sebab Tuan Polis attached to Keselamatan Dalam Negeri. Hanya kata-kata semangatnya ini, ingin kuabadikan di sini…
“takpela,,it shows that awak tu dah terer driving hihihihi
positive ma.. “
Sabor jek laa… tak ada maknanya….
4 comments:
tu ok tu kat hayaway..
kalo bos dulu kat dalam area rumah dia je.. had laju 40-50 km/j. lebih sekilo je kena saman.. kerap sangat kena.. sian plak rasanya..
~suealeen~
cuba try wat rayuan x bleh ka..kasi kurang sikit :)
apapun..berhati-berhati dijalan raya...pandu cermat jiwa selamat..
::sofu::
Aloo my dear cikliah akak minah rempit
wa kite sekodi la.. gue pun gitu.. suka rempit2 muahahhahah
tapi gue lum pernah kena saman2 ni
masih lagi pemandu berhemah hahhahaha
SueA,
Susah betul nak adjust kaki tekan minyak sekadarnya saja... Rekod dah tercalar nie haaa... adehhh laa..
Sofu,
Tu arrr.. camner nak mintak kurang ek ? Kena mengadap pak polisi kah ?
Nora,
Thanks sudi singgah umah che nie haaa... jangan lupa wat tag merah2 tu ya... update blog le weiii... hahahah... nice to see you here lah.. miss u so much !
Post a Comment