Friday, May 30, 2008

Cik Nuvi yang pintar

Cikliah berceloteh lagi....

Lama tak update nie bukan apa... kengkunonnyer sibuk la uruskan accomodation and gather information untuk Cuti-cuti Malaysia sempena cuti sekolah 2 minggu ni. Hari ni tiga entry yang naik. C GaLoi ( ganal & haloi) kat rumah hari-hari ulangtanya "Bila nak pegi Kelantan, bu?"
At first plan nak pegi hari Sabtu 31 Mei, sempatlah tengok Pertandingan Monyet memetik kelapa kat PCB as per advertised dalam kalendar pelancongan Negeri Kelantan on 1 Jun. Teringin juga stay satu malam di KT untuk melihat suasana malam sekitar Masjid Kristal di Pulau Wang Mang. Jangan ada object pelik2 yang muncul dah ler... huhuhu... But then since tak boleh nak dapat van lebih awal dari sabtu malam, maka tertundalah satu hari. Kali ini nak pergi ramai-ramai. InsyaAllah, nak bawak sekali ayah, mak & bapa selain kami anak beranak. Nak ajak MakLongYong juga tapi dia ada bela 2 ekor anak kucing kat rumah. Sapa nak tolong jaga? Lebih mengharukan, kami turut mengirim utihKutih mintak tolong MakLongYong jagakan sekejap. huhuhuhu....

Urusan penginapan dibuat dengan pertolongan pakcik google. Tapi sayangnya banyak website yang outdated. Even peta yang aku print adalah peta lama yang tak berapa complete dan menjadi bahan lawak En Berlingo. Eksen gilerrrr....

Tapi ada jugak yang very updated sampai wikimapia pun ada ditempekkan di situ. Contohnya macam tempat menginap di KB ini, Seri Anggerik. Pelik jugak kenapa masa tanya pakcik google, Seri Anggerik tak muncul dalam listing mereka. Contact no Seri Anggerik hanya diperolehi selepas tak berjaya dapatkan tempat di Villa Sri Purnama. Tuanpunya Villa Sri Purnama memberi contact number Seri Anggerik. Selepas bercakap dengan Tuan punya Seri Anggerik, barulah tau mereka juga ada website sendiri.

Hancur lebur hajat hati nak mencari budget chalet yang terletak di pesisir pantai supaya dapat mandi laut puas-puas. Kebanyakannya telah penuh. Terpaksalah cari alternatif penginapan hala ke darat. Menurut my boss, Thong yang sangat mengkagumi nasi dagang di Kelantan hanya berharga RM2 (dibaca sebagai kerapkali mengunjungi Kelantan), pantai-pantai di Kelantan sudah tidak sebest dulu. Kebanyakannya mengalami hakisan yang teruk sehingga terpaksa diletakkan batu sebagai pemecah ombak. Aduhhh... sama lah dengan Pantai Roboh berkampiran kampung ku. Kali terakhir aku melawat Kelantan adalah pada tahun 1992 ketika masih di Matrikulasi dan ketika itu Pantai Cahaya Bulan masih cantik, putih bersih pasirnya. Thong dengan lawaknya berkata... "Itu zaman S Jibeng punya...." cehhhhh.... mengutuk aku lah tuh....

Pengangkutan dan penginapan dah selesai ditempah. Tunggu hari jadinya sahaja. Semoga menjadilah apa yang dirancangkan ini dan semoga selamatlah semuanya. Doakan ya...

Rupa-rupanya En Berlingo masih tak puas hati dengan map-map yang aku cari dan print ittew. Dia sibuk nak beli GPS pulak. 3 hari cari info dan contact person akhirnya dia berjanji dengan seorang pelajar Indonesia berbangsa Cina yang sedang belajar di Sunway University untuk menguji sejenis GPS receiver ini. Semalam dia mengajak kami bertemu dengan Yu dan selepas menguji dari Sunway ke SJMC dia akhirnya berpuashati dan membeli NuVi GPS Car Navigator itu.

Pagi ini kami uji lagi dari SU menuju ke Daya Bumi. Not bad. Bijak juga Cik Nuvi memberi panduan jalan-jalan menuju ke KL. Kalau tak ikut direction yang dia bagi at first, dia akan cari route yang betul. Cuma kekurangan Cik Nuvi, dia tak dapat mencadangkan the best route, yang tidak jam or the simplest one. Jalan-jalan tikus dia tak tau. Contohnya dari Jalan Duta ke Jalan Parlimen melalui Bukit Ledang. Tapi dia boleh relocate kemana kita pergi sebenarnya.




Cik Nuvi memberi panduan jalan-jalan di SU




Cik Nuvi recalculating bila suggested route tidak dipatuhi.



Okaylah Cik Nuvi.... kami bawak awak ke Terengganu dan Kelantan yea... tapi kalau awak fail di sana.... ermmmm... bungkus lawa-lawa dengan manual semua, kita let go dekat tokmudim... hahahahhaha..... Tak tunggu tahun depan tok mudim, next week jugak wa suruh encik Berlingo let go ini Cik Nuvi.... ;)

6 comments:

Anonymous said...

saya tak pernah beli pun cik nuvi yang pintar. tapi saya ada map yang selalu ada dalam keta. very useful!!

selamat JJCM & JJCTT ke kelantan & terengganu. hari isnin ada ROP check up. so saya tak dapat le join.. bunga pun nak pergi sama kan... saya akan pergi juga tapi tak tahu bila...

kirim budu & keropok keping boleh kot?? hihi...

Jingga Studies said...

woooh..GPS! ..hah nanti senang la carik rumah aku..haha aku takde handphone!!!! ..ha baru la testing GPS hang power ke tak! nanpak canggih !!!

Doc said...

Lepas minggu depan kalau tolak harga dah merundum 50% Cik Nuvi tu..

-tok_mudim

Makcik Runner said...

bukan sebab cik nuri tu tak reti carik jalan alternatif tapi sebab jalan2 kat KL ni berterabur - kejap buat one way, kejap wat two way, kejap tutup pastu bukak balik. kalu camni mana2 GPS pun bleh jadik sewel...hehehe

Anonymous said...

selalu hinggap kak blog kak awa ni.. tapi diam..je..ni tringin nak inroduce diri..salam perkenalan... cik nuvi tu saya pun terliur...

cikliah said...

Sue, daku masih setia dengan buku peta... tapi seriyes... cik nuvi memang melampau best! Alamakkk... lupa kepok keping & budu utk awak. Nanti kiter ganti yang kat Pasar Tani SU boleh ?

JS, tak sure adakah cik nuvi atau cik ayah yang memandu arah ke rumah anda... hahaha..

Tok Mudim, Cik Nuvi is very helpful. Restoran Nasi Ulam Cikgu pun dia boleh tunjukkan jalan ! Tunggu next yearlah baru let go... ;)

Kak KC,
Betul banget, KL memang unpredictable. Tapi Cik Nuvi sungguhlah bagusnya di Kay Bee !

Hi Iza,
Thanks sebab sudi mencoretkan sepatah dua kata di sini. Kita pernah chat di SUDOTNET kan ?
Pasal smart tag tu ya ?
Errr... kak awa sokmo gak singgah your blog tapi lom sempat tinggalkan jejak lagi... huhuhuhu...