Thursday, May 08, 2008

Check up dan MIHAS

Cikliah berceloteh lagi....


Rabu lepas ambik cuti, pergi buat check up. Rasanya macam dah berapa purnama tak ada buat check up yang sedikit detail. Kalau setakat check blood pressure tu rasanya setiap kali mengadap Dr Ravinder or Dr kat Level M ni sebab asthma attack biasalah. Urine test, pap smear segala, memang dah overdue long time ago.


Kalau perempuan ni InsyaAllah, akan "terbuat" jugaklah check-up ni kalau pregnant. Tapi kalau lelaki ? Rasanya kalau dorang ni nak masuk keje jek kot baru dorang ada inisiatif untuk buat check up. Betul tak lelaki-lelaki di luar sana ?


Aku pernah tertanya kenapa pesakit-pesakit cancer hanya dapat dikesan apabila mereka telah menunjukkan sympton yang sangat teruk dan bila dikesan, mereka telah pun berada dalam third stage. Apakah cancer tidak dapat didetect seawal mungkin ? Jawapannya ada. Melalui pemeriksaan kesihatan. Namun malangnya prosedur untuk check up ini hanya boleh dibuat di hospital bila sympton telah kelihatan. Kalau untuk suka-suka periksa, tak dapat dilayan kerana dikatakan belum menjadi satu keperluan. Alasannya tujuan hospital di Malaysia adalah untuk mengubati.


Itulah point yang telah "dijual" oleh pihak pemasaran HSC bagi memujukku untuk menyertai Executive Health Screening Programme mereka untuk tempoh lima tahun. Sesungguhnya aku memang terbeli dengan momokan mereka itu. Frankly speaking, I agreed to join this programme because I want my other half to be examined properly, as per advised by my late mother in law.



I started with urine test, pap smear, darah, 64 Slice MSCT scan utk mengesan kalsium di jantung, exercise to check pola jantung dan tekanan darah which is required to be on the threadmill for 13 minutes tapi aku kantoi minit keberapa tah sebab dah tak larat dan batuk-batuk sebab asthma tetiba menyerang. Adehhhh....

Ujian mata was excellent. Masih baik lagi mataku ini. Alhamdulillah.

Selepas ambik darah, kena minum banyak-banyak supaya bladder penuh. Bila bladder dah penuh dan rasa nak terkenC sesangat, baru ultra sound utk bahagian abdomen boleh dibuat. Adoiii... siksa betoi masa nie sebab rasa nak pi toilet sesangat. Tau lah kalau ultra sound nie kan. Tauk gel sejuk2 pehtu tekan2... Kena bladder memang rasa macam nak terkenC sesangat. Aku baru tahu rupanya bagi wanita bawah umur 40-an, for breast check up tak pakai mamograms. Only check dengan ultra sound saja.

Segmen kedua terakhir bagiku, jumpa Tabib Cina. Tak faham kenapa ada benda alah nie dalam pakej nie. Hantam sajalah. Mungkin atas kapasiti perubatan alternatif kot. If that so, lain kali aku nak suggest dorang masukkan sekali perubatan Islam ~ Darussyifa dalam pakej ini. Tentu menarikkan ?


After siap semua nie baru lah pegi brunch sebab hari pun dah pukul 12.30. Untuk check up tu, kena berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum bermula. Masa jumpa Dr Consultant tu result semua dah ready kecuali pap smear dan cancer. After having some bok-bek bok-bek dengan Dr Khoo ni, then lebih kurang pukul 2 medical report dah siap dibinding. Impressive about this check up sebab medical reportnya siap dengan CD sekali.


Alhamdulillah, aku sihat walaupun ada sikit tergelincir dalam mengawal kalestrol dalam darah... uhuksss... tapi dr kata aku muda lagi... chewahhh... perasan kejap masih muda. So tak perlu nak makan ubat segala, but then kena jaga makan minum. Namun bila dicompare dengan En Belingo, nampak gayanya aku kalah bab-bab kalestrol baik, tak baik nie... adehhh....

My hemoglobin dan sel darah merah agak rendah. Mana pigi wa punya darah? Once upon a time I was a very good blood donor. Tapi after gave birth, aku tak pernah fit utk menderma darah lagi. Dr tanya if aku ada gasterik yang menyebabkan aku kehilangan darah or keluarga yang mengalami talesemia. As far as I know, memang tak ada. So most probably lack of iron. Solutionnya kena la amik supplement dan buat follow up check up next 6 bulan.

Natural source of iron ? Kalau ikut Ilmu Sains; daging, kerang, bayam, organ dalaman seperti hati lembu, isn't it ? Tapi kalestrol tinggi, macammana nak makan daging ? Kerang ? Aku alergik. Bayam la kot... Organ dalaman ? Heard that ini bukanlah makanan yang baik sebenarnya. Sunnah Rasullullah juga melarang memakan organ dalaman. Confuse...confuse....
So sekarang ni cuba untuk istiqamah makan supplement iron setiap hari. Knowing me, aku rajin membeli supplement, tapi selalunya peti sejuk or laci jek yang tolong makankan... :P


Result untuk pap smear and cancer will come out in two weeks time. Risau gak...tapi mintak-mintak lah tak ada apa-apa yang serius. Amin


!~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setttled kat HSC, petang tu sempat menyinggah ke MIHAS. Satu perkara yang sungguhlah tak teraturnya;- tempat parking. Rasanya dekat 5 kali tawaf Matrade tu, baru la dapat parking. Dah la kena caj RM5. Elok jek masuk dalam dan selesai pendaftaran, hujan turun dengan lebatnya. Daripada nak jalan sekejap-sekejap saja, akhirnya jadi 2 jam lebih! Sebenarnya banyak juga yang menarik tentang MIHAS. Tapi tak dapat lawat semua booth sebab besar sangat kawasan dia, sampai sakit kaki dibuatnya.



Banyak juga negara luar yang menyertai expo kali ini. Sudan , China, Iran, Serbia pun ada.




Oleh kerana ditaja, aku juga sempat mengisi borang keahlian Persatuan Pengguna Islam Malaysia di sana. Lepas nie bolehlah mengundi untuk apa-apa petisyen yang dijalankan oleh PPIM.Encik Berlingo pulak sempat membayangkan kepada Puan petugas PPIM untuk membawa mereka ke SU untuk suatu acara yang akan dijalankan samada oleh MGS, Sutra atau Surau Al-Hidayah pada bulan Ogos nanti.


Ketika masih di MIHAS, kami mendapat khabar gembira; En Berlingo will be transfered back to KLCC sekaligus menamatkan spekulasi tentang kemungkinan dihantar ke Calcutta. Legaaaa....

No comments: