Wednesday, May 21, 2008

BBQ atas bumbung

Cikliah berceloteh lagi....

Best betul dapat main bakar-bakar kat atas bumbung rumah ayah last saturday. Memang tak plan langsung. Tetiba En Berlingo tanya pendapat nak buat bbq kat rumah ayah malam sabtu tu. Ingatkan memula nak ziarah sekejap ajer. But since semua balik, so jadi la jugak aktiviti bakar membakar malam tuh.

Since dah ruyup(lewat) sangat, beli jek marinated chicken kat Giant, pari 2 ekor, sotong 5 ekor dan udang entah berapa gm. Kebetulan pulak hari tu ada offer bagus untuk udang size XL. Aper lagik rambang mata la. Kemain lagik aku menapau... Balik rumah, cuci ikan, udang, sotong then campak je apa-apa bahan dalam situ.

CuMa and En Berlingo kemain excited lagi menghidupkan api, sampaikan tah berapa bijik starter depa guna. Terkejut besor den naik tengok... perghhhh... bara mengalahkan nak panggang ayam 10 ekor ! hahahahaha... just kidding... tapi seriyes... besau gilers... so akibatnya, pakat-pakat la makan ayam berperisa carbon ek ?
Sibbaik MakNgah bagi idea pakai aluminium foil to reduce the heat. Dok letak daun pisang, asyik terbakor ajer. Kalau camgini, mau habis daun pisang tokwan sepokok. Koh... koh... koh....
Zahirah and her friend Farhana pulak buatkan air asam. Che tak sempat rasa. Lupa....

Thanks semua kerana menjayakan acara bbq atas bumbung dengan selingan acara berbalas teka-teki, sampaikan PakCik Yeye log on to internet untuk cari tekateki bagi menghiburkan kaki-kaki bakar yang sibuk membakar. Patut kena compile semua teka-teki tuh untuk diulang siarannya kelak. Ahaksss....

Next projek, since ayah bagitau arwah mak ada beli periuk khas utk steamboat, marilah kita realisasikan impian mak dulu. Bebila, moh ler kita buat steamboat pulak. Tapi harapnya tidaklah bidan terjun cam hari tu. Hehehehe... Should be well planned and be prepared supaya tak kelamkelibut. Macam hari tu pun in hurry jugak sebab lepas tu berkejar ke Sungai Pelong pulak untuk collect kek coklat kukus dari Kak Sal untuk dibawa ke Family Day Kariah Surau Alhidayah keesokan harinya. Pukul 1 pagi dok ketuk pintu rumah kak Sal nak amik kuih.... huhuhuhu...


*tgh tunggu gambor dari PakNgah*


~~~~~~~~~~~~~

For my own note :-

-2 ekor anak pari sebesar 2 tapak tangan dibelah 4 is enough
-no additional fish is required (bebudak nie tak pandai makan ikan murahan ni rupanya :P)
What about terubuk ? Terubuk is nice tapi tulang banyak. Sure kena sumpah jek nanti.
-cuttlefish 5 ekor ganal. Just nice tapi mungkin boleh ditambah.
-prawn- next time beli yang size besar sahaja. XL. Patut ikut katahati, goreng saja. Bakar ada tendency overcooked sampai melekat kulit.
-tambahan jagung sure menarik
-ayam seekor marinate sendiri dari pagi... baru best !

3 comments:

Sue.Aleen said...

tengok gambo kat blog JS tu kemain eikkk... bbq set tu saya ada... lamanya kita orang tak buat bbq kat kampung. selalu tu yang menekongnya bukan orang puang tapi kaum adam.. kami ni menempek makan je...

lain kali nak wat bbq bleh order ikan segala dari adik ipar saya yang keje kat pasar borong selayang. dapat fresh & harga pun murah...

cikliah said...

Oraittt... next time nak wat kat SU lagi, bleh order kat adik komer ek. Boleh ajak kaum kerabat both side main bakar-bakar. Last time buat kat SU, keluarga dari Melaka pun ada sama.
Kengkadang benda alah nie main terjah-terjah jek baru nak menjadi.... :D

Jingga Studies said...

kak awa memang tekong besar la!! kalau takde kak awa memang tak jalan..makan arang je laaaaaaa!