Cikliah berceloteh lagi....
Tun Che Det isytihar keluar You Em End Ow. Kok kenapa sampai begitu sekali ? Marah sangat Che Det dengan Pak Lah sampai sebegitu syaratnya. Kok kenapa tidak mahu diberi sedikit masa lagi bagi Pak Lah mengotakan janji-janjinya mahu memulihkan You Em End Ow? Apakah ada agenda tersembunyi ?
Siapa sebenarnya yang Tun Che Det mahukan untuk menerajui pimpinan You Em End Ow? Anakanda beliau, Datuk Mukhiz kah?
Kenapa beria-ia benar Tun Che Det mahukan Pak Lah meminggirkan diri sebelum sempat memulihkan You Em End Ow yang benar-benar telah retak ? Seolah-olah tidak seinci pun dia merestui Pak Lah sebagai Presiden you em end ow. Walaupun telah kedengaran desas desus di sana sini, kedudukan Pak Lah akan dicabar oleh "orang-orang muda" pada Persidangan Agung You Em End Ow tidak lama lagi.
Besar sungguh salah Pak Lah sehingga Be End hilang kuasa di empat buah lagi negeri pada PRU 12 yang lalu agaknya. Bagaimana pula tentang kempen (yang boleh juga dibaca sebagai hasutan) Tun Che Det supaya anak-anak muda You Em End Ow memboikot PRU lepas ? Adakah itu salah PakLah juga ?
Tun Musa Hitam pula berkata duri dalam daging sudah terkeluar. Walaupun kenyataannya itu macam happy saja tapi katanya dia sedih dan berdukacita juga. Katanya lagi, Mahathirisme sudah berakhir. Jadi berpijaklah di bumi yang nyata.

4 comments:
bijak juga musa hitam!
che det che det...dah buang tebiat ke orang tua tuh...isy isy
Org bila dah terlalu lama berkuasa bila dah hilang kuasa dan org dah tak dgr ckp dia mulalah nak melatah. Biarkanlah luncai terjun ngan labu-labunya.
JS, kak KC & orked,
Mari kita tengok drama seterusnya nanti sesambil makan popcorn... hehehehe... ntah bila akan berakhir sandiwara ini. Jangan sampai jadi apa-apa dah le...
Nauzubillah....
Post a Comment