Monday, December 26, 2011

Capital Repayment?

Cikliah berceloteh lagi....


Balik dari 'back to school' shopping semalam, pegi jengah postbox. Ada sorat berlogokan Cimpeng untukku. Memula ingatkan statement of account. Kalau just SOA, lempaq jer dalam box, malas nak nengok. Lagi best monitor account secara on line. Tepat dan semasa ;)

Tapi font receiver & address tu unfamiliar... so mungkin bukan SOA. Bukak tengok... wah ada cheque la pulak... tengok2 ada logo PLUS... Alhamdulillah, dividen la tuh... tapi bila belek2 lagi amount dia, teruja dan tetiba cuak. Apsal macam banyak sangat... sokmo2 tak sampai ratus2 pun. Cuma sekali jer dapat more than a hundred. Ada tulis situ capital repayment instead oh dividend. Ehhh... dorang nak beli balik share dorang secara paksarela ke? Tak der la pernah dapat notice kata depa nak amik balik atau aku yang overlooked ? Dapat surat, lempaq... Kut2 la depa nak beli balik share anak2 bilis cam che ni.. ada la dok simpan share depa satu lot.

Dapat beli tu pon sebab benefit kerja ngan anak syarikat UEM ketika tu. TIME masa tu under UEM. UEM pak kepada PLUS. So adik beradik PLUS dapatla tempias bila depa listed to BSKL. Tapi bukan ESOS or EES, tapi pink form. Harga sama macam public jugak. So kena beli dulu dan buatla apa nak buat lepas tu. Masa UEM listed pon dapat EES jer. Walaupun tak dapat ESOS, tapi okay la juga arrangement EES tu. Bila nak buat transaction tidak melibatkan duit. Hanya collect untung atas angin saja. Tapi ada tempohnya ie 3 tahun jer. Lebih dari tempoh tu, unutilise lot kena pulangkan tanpa apa2 keuntungan/kerugian boleh dituntut.

Back to share PLUS tu, allocation tu berdasarkan grade che yang masa tu executive biasa jer. So walaupun nampak PLUS mcm berpotensi besar, tp hanya boleh beli satu lot. Hat tu la dok simpan pon. Alhamdulillah, so far share PLUS mmg tak mengecewakan. Walaupun tak la naik banyak setiap tahun, tapi dividennya memberangsangkan.

Tanya gak pakcik google. Tapi tak paham sangat la pon penerangannya sebab tak tahu apa benefit capital repayment ni kepada shareholder. Called Kak Datin yang keje ngan sebuah company yang deal dengan share2 ni. Tapi dia pon unfamiliar dengan hal tu. Dia kata kena cari balik apa benda alah tu.

Kalau bank in gak cheque tu consider terima terms and conditions ke? Kalau duit tu keuntungan bukan amount pokok, bleh la shoping2 sikit ;)

Wednesday, December 21, 2011

Redhakah anda jika ...

Cikliah berceloteh lagi....

















...pada tahun 2020, beginilah nasib anda... segala yang anda ada boleh di'trace' by other party(ies)... Anda redha ?

Tengah rasa macam nak pecah kepala, dada etc etc sebab nak siapkan term paper untuk subject Advanced Information and Network Security, terjumpa ilustrasi ini yang memang logic akan berlaku in near future... All these are possible with the emerging technology in RFID (Radio Frequency IDentification).

Privasi anda semakin tergugat... mau kah ?

Tuesday, December 20, 2011

Istiqamah

Cikliah berceloteh lagi....


Baru masuk 2 hari cuba amalkan amik B-young... Walaupun agak perit harap dapat teruskan sampai habis sekotak ni. Sebelum ni kalau amik supplement sekerat jalan jer. Hari tu kunon nak buat detox dengan bantuan Juvanex, baru sebungkus dah surrender. Memang tak tahan after taste dia tuh.. akhirnya tersadai begitu saja.  Sapa mau Juvanex? Sila angkat tangan. Masih elok lagi.

Hmmmm... moga lebih istiqamah kali ini... :)

Sunday, November 20, 2011

20112011

Cikliah berceloteh lagi....
aiseh... guano plak lupo nak abadi satu lagi tarikh cantik dalam tahun ni
kebetulan la pulak sama dengan tarikh birthday che'.... so cam ada sikit kembanglah.. ;)

Hari tu ramai la kot kenduri kawen termasuk Alina Munirah...almaklom la cuti skolah... tak kurang jugak yang sambut anniversary... cam kak nita, achik, sofu...wahhh...ramainyer yang kawen bulan Nov ni... standard la tuh... coti kat Malaysia oh tanahair tercentaku ini...

On the day, aku meng'grounded'kan diriku sendiri meskipun hatiku teringin juga menyertai kemeriahan kenduri kendara Alina kat Melaka. Tu la.. patut ikut jer.. end up tak siap gak keje2 aku nie. Aku pon heran la apsal la block sangat mental ku ini. Seolah2 tak berfungsi. Seolah2 dah tak menarik apa yang aku buat ni. Asal hadap journal jer, aku bersanding sensorang dengan mata terpejam (dibaca : TIDUR!)
Hai laaa.... awat dok jadi lagu ni... Ada lagi 2 subject term papers woooo... Hat tu blom due lagi, tak pa la...

Awat ek ? Tak minat dah ka?

Wednesday, November 16, 2011

Ucen bin Urap

Cikliah berceloteh lagi....

#gambar internet

I feel so guilty right now... Ya Allah... Ampuni daku...ampuni kesalahanku...
Ucen bin Urap... maafkan daku... aku sungguh hilang pertimbangan ketika 'menguis'mu.... kuat sangatkah kuisanku itu... apakah ianya boleh dianggap 'pukulan'?

Oh Tuhanku...aku tidak percaya aku merasa sebegini berdosa...

Ucen bin Urap... kembalilah... akan kuubatimu bila aku selesai dengan tugasanku ini.. aku sangat sibuk ketika ini... tidak sempat membawamu utk diubati lagi... maafkan daku...

Ya Allah... hanya kepadaMU tempat kubermohon... kurangkanlah rasa bersalah ini Ya Allah... munculkan dia di depan mataku... kelibatnya walaupun sedikit bisa meleraikan rasa sugul ini Ya Allah... Aku akan berlaku baik dan lembut padanya...
Bantulah daku Ya Allah.... Ya Rahman... Ya Rahim...

Amin Ya Rabbbb.....

Friday, November 11, 2011

satu satu satu satu satu satu ~ 11.11.11

Cikliah berceloteh lagi....

Nice number... nice date. 11 Nov 2011 --> 11.11.11

kalau dalam asas 2(binari) --> 111111 = 63 dalam asas 10
ON ON ON ON ON ON

iiiskkk... apa la dok merepek meraban malam2 buta ni?

Sambung wat keje, baca journal... baca journal... cuti mid term dah nak habis, term paper tak siap2 gak...

Adios...

Thursday, November 10, 2011

Pelembab

Cikliah berceloteh lagi....

Salam all... lama tak ke udara...

Anakandaku berdua itu diketuai yang sulung sedang mabuk mencantikkan blog deme. Almaklomla dah merdeka sempena habis UPSR itu hari, so banyaklah masa terluang. Asik la dengan internet... salah aku jugak kot... sebab hari tu sebelum UPSR dok peringat kat dia, lupakan dulu internet menet sumer nie... lepas abis peksa esok, haaa... ko hadap la situ sampai buntang bijik mater... hmmm... memang mengadap sungguh pon...sampai lupa makan minum... geramnyer la hai..

Dah tengok suka sangat la si kakak tu explore sana sini... tanya sana sini,soh la dia hiaskan blog ni... udah jadi lembab la pulok. Adoiyaiii...guwe udah la spesis tokleh tolerate ngan kepelembaban internet ni...harus nak kena buang apa2 yang mepelembabkan downloading process nie....

Hmmmm... 

Sunday, June 26, 2011

Dilema pokok

Cikliah berceloteh lagi....

Lama betul tak bersiaran tup2 hari ni muncul dengan citer pokok pulak. Almaklumlah bak kata tuanpunya Kedai Jom Kahwin , saya ni pokotic (pokok fanatic) ;)

Ada sebatang pokok krismas or sebetulnya satu spesies pokok pine di halaman rumah yang telah berusia lebih 10 tahun. 10 tahun yang lalu, saya tanam dalam tin susu jer. Beli  dengan harga RM12 di nurseri Sungai Buloh semasa dok ulang-alik dari Pandan Indah ke SU melawat rumah yang ketika itu dalam pembinaan. Dok dalam tin susu 2 kg tu memang kecik cenonet jer lah...
Bila dah pindah ke sini, pokok tu dipindahkan ke atas tanah dan sekarang dah besar panjang melepasi pergola. Kenapa pokok pine? Sebab saya memang minat dengan pokok pine ni dan maintain pon tak susah.. tak payah sapu daun gugur bagai.

Baru-baru ni my mom melahirkan rasa tidak senangnya dengan pokok pine tuh dan dia soh saya tebang pokok tu. Ada orang bagitau dia, tak elok tanam pokok tu di halaman rumah; jadi teduhan syaitan dan iblis.

Saya tak pasti pasal perkara tu tp saya berpendapat tiada salahnya pokok pine tu, sama seperti pokok2 yang dikatakan tidak elok ditanam di hadapan rumah seperti pokok ciku, pisang, buluh kuning dan kelapa gading, melainkan sekiranya mendatangkan kemaslahatan dari segi keselamatan. Contohnya pokok buluh dekat dengan rumah mungkin mengundang ular membuat sarang. Saya pernah tanam pokok pisang emas depan rumah, malangnya mati begitu sahaja. Rasanya bukan faktor hantu syaitan tapi sebab jarak yang terlalu dekat dengan pokok sukun menyebabkan tidak cukup nutrien utk both pokok.

Sekiranya dikatakan sekian-sekian pokok tidak boleh ditanam di halaman rumah adalah berkaitan dengan hantu syaitan, saya berpandangan ini tidak benar. So far saya tidak pernah berjumpa nas atau hadis yang melarang penanaman pokok pine ni. Saya bagitau my mom mengenai pandangan saya tu dan saya bagitau akan cari hukum mengenai perkara ni. Hari ni tergerak hati nak cari info pasal tu dan saya temuinya di sini.

Petikan mengenai perkara tersebut disertakan di sini

Keempat : HUKUM BERKAITAN POKOK / POHON KRISMAS ITU :

“ Pokok Krismas “ itu asalnya ialah Pokok Pain. Bezanya dengan Pokok Pain ialah pokok pain tidak mempunyai sebarang lampu kelip-kelap dan kad-kad ucapan serta tidak pula disucikan untuk beribadah. Manakala pokok Krismas pula ialah pokok pain yang dihiasi dengan lampu kelip-kelap , kad-kad ucapan dan dipercayai pula mempunyai kuasa dan semangat yang dikaitkan dengan kepercayaan ( Aqidah ) masyarakat Kristian .

Oleh itu , jika seseorang itu menanam ataupun menghiasi rumahnya dengan pokok itu ( Pokok Pain ) , sama ada dengan tujuan sebagai pohon hiasan ataupun pohon pelindung ( daripada cuaca yang panas ataupun angin yang kuat ) , maka TIDAKLAH MENGAPA ( tidaklah berdosa ) .

Jika ianya dijadikan sebagai satu ritual ibadah ( Pokok Krismas ) , ataupun dipercayai ianya mempunyai kuasa untuk menghalau hantu dan mambang , maka kepercayaan ini ->TIDAKLAH BERASAL DARI ISLAM , MALAHAN IANYA ADALAH SATU KHURAFAT KAUM KRISTIAN YANG BERASAL DARIPADA JERMAN KUNO !.

Jika ianya sengaja dihiasi oleh umat Islam itu sendiri di dalam rumah-rumah mereka dengan lampu kelip-kelap ataupun dengan kad-kad ucapan, tanpa adanya sebarang niat untuk meniru-niru tatacara ibadah kaum Kristian -> MAKA PERBUATAN ITU TIDAKLAH SEPATUTNYA DILAKUKAN . Bukankah masih banyak cara untuk menghiasi rumah selain daripada meniru-niru cara masyarakat Kristian itu !? .

Seseorang isteri yang kerap-kali menghiasi rumahnya , khasnya ruang dalaman rumah ( interior ) , tentu akan mendapati bahawa bukannya senang untuk menghiasi rumah dan mengemasnya agar sesuai dengan cita-rasa ahli-ahli rumah itu , khasnya suaminya. Lantaran itu, bukanlah sedikit masa yang diperlukan oleh seseorang itu untuk mencari ide dan melaksanakannya. ( Dan masa untuk itu tentu akan semakin tidak ada bagi wanita-wanita moden yang sibuk berkerja walhal si suami sendiri mampu menanggung kos hidup dengan mewah ! ) . Walaupun begitu, bukankah lebih baik agar tidak kita terikut-ikut dengan gaya masyarakat Kristian di dalam hal mengemas rumah sehingga perlu kita bertaqlid 100% dengan cara mereka dan sampaikan pokok Krismas pun mahu kita jadikan hiasan rumah !? .

Menghiasi rumah memanglah satu tuntutan agar jiwa para penghuninya aman dan tenteram . Dan ianya pula merupakan salah-satu kewajipan si isteri sebagai salah-cara mengekalkan kerukunan rumah-tangga dan menambat hati si suami. Namun , itu bukanlah alasan untuk dibolehkan sebarang hiasan yang ada kaitannya dengan agama-agama selain Islam sbg mana halnya Pokok Krismas itu.

Kalau hendak ditanam juga, tanam sahajalah pokok Pain itu di luar rumah ataupun di dalam rumah. Tapi , jangan pula ianya dihiasi dengan hiasan-hiasan yang biasa digunakan oleh masyarakat Kristian. Kita bimbang, tujuan asal untuk hiasan itu boleh bertukar pula dengan perasaan bermegah-megah dengan tatacara kehidupan Kaum Kristian.

Wallahualam...

Selamat ngko pokok pine.... ;)
~Cikliah suka bau 'pine'...

Friday, March 25, 2011

Turun naik

Cikliah berceloteh lagi....
Selamat bertemu kembali...

sudah lama tidak menulis di sini... alasan lazim, tak ada idea... :P
Dan lagi rasa bersalah jika menulis santai di sini dengan rajin dan tekunnya, tiba-tiba sangat malas dan tidak beridea untuk menyiapkan tugasan especially on writing part..
Sangat susah menulis an academic paper. Sesusah 'membaca'nya...;)


Ya Allah, permudahkanlah bagiku segala sesuatu yang susah.. kerana memudahkan yang susah itu adalah mudah bagiMU....
Amin...

Sunday, January 02, 2011

Semester baru

Cikliah berceloteh lagi....

Anak-anak kembali ke sekolah lagi 2 hari. So do I. Baru jer tengok jadual which is mungkin dah lama ada kat dalam student portal. Cumanya daku yang ignorant ini jer yang baru nak ambik tahu. Almaklom lah dah berbelas tahun tinggalkan bangku sekolah. Sekarang ni sangat mudah dengan teknologi baru dan kemudahan internet. Semuanya online. ilearn la.. icress laaa..

SMS June tanya how to re-register. June kata tak payah. Just datang kelas on Monday terus. Jadual dah boleh check kat icress. Check punya check... alamak... semua kelas start pukul 8.30 pagi... and the most hectic day will be on Tuesday. 2 kelas bersambung dari 8.30 am - 11.20 am then satu kelas lagi 11.30 am - 2 pm. Hanya ada break 10 mins. Kalau ikut last sem ade je lecturer tak habiskan 3 jam lecture tu. Just utilize about 1 1/2 hour then class dismissed. Kalau subject yang best dan lecturer pon best, rasa sayang la pulak masa kelas dipendekkan sebegitu rupa. Since tuesday ada 2 kelas, so hanya 3 hari je dalam seminggu ada kelas. Jimat sket duit minyak... ;)