Monday, December 26, 2011

Capital Repayment?

Cikliah berceloteh lagi....


Balik dari 'back to school' shopping semalam, pegi jengah postbox. Ada sorat berlogokan Cimpeng untukku. Memula ingatkan statement of account. Kalau just SOA, lempaq jer dalam box, malas nak nengok. Lagi best monitor account secara on line. Tepat dan semasa ;)

Tapi font receiver & address tu unfamiliar... so mungkin bukan SOA. Bukak tengok... wah ada cheque la pulak... tengok2 ada logo PLUS... Alhamdulillah, dividen la tuh... tapi bila belek2 lagi amount dia, teruja dan tetiba cuak. Apsal macam banyak sangat... sokmo2 tak sampai ratus2 pun. Cuma sekali jer dapat more than a hundred. Ada tulis situ capital repayment instead oh dividend. Ehhh... dorang nak beli balik share dorang secara paksarela ke? Tak der la pernah dapat notice kata depa nak amik balik atau aku yang overlooked ? Dapat surat, lempaq... Kut2 la depa nak beli balik share anak2 bilis cam che ni.. ada la dok simpan share depa satu lot.

Dapat beli tu pon sebab benefit kerja ngan anak syarikat UEM ketika tu. TIME masa tu under UEM. UEM pak kepada PLUS. So adik beradik PLUS dapatla tempias bila depa listed to BSKL. Tapi bukan ESOS or EES, tapi pink form. Harga sama macam public jugak. So kena beli dulu dan buatla apa nak buat lepas tu. Masa UEM listed pon dapat EES jer. Walaupun tak dapat ESOS, tapi okay la juga arrangement EES tu. Bila nak buat transaction tidak melibatkan duit. Hanya collect untung atas angin saja. Tapi ada tempohnya ie 3 tahun jer. Lebih dari tempoh tu, unutilise lot kena pulangkan tanpa apa2 keuntungan/kerugian boleh dituntut.

Back to share PLUS tu, allocation tu berdasarkan grade che yang masa tu executive biasa jer. So walaupun nampak PLUS mcm berpotensi besar, tp hanya boleh beli satu lot. Hat tu la dok simpan pon. Alhamdulillah, so far share PLUS mmg tak mengecewakan. Walaupun tak la naik banyak setiap tahun, tapi dividennya memberangsangkan.

Tanya gak pakcik google. Tapi tak paham sangat la pon penerangannya sebab tak tahu apa benefit capital repayment ni kepada shareholder. Called Kak Datin yang keje ngan sebuah company yang deal dengan share2 ni. Tapi dia pon unfamiliar dengan hal tu. Dia kata kena cari balik apa benda alah tu.

Kalau bank in gak cheque tu consider terima terms and conditions ke? Kalau duit tu keuntungan bukan amount pokok, bleh la shoping2 sikit ;)

1 comment:

PCL said...

pakcik ni lagi taktau pasai share2 bagai..ASB tu ada la sikit...

p/s , cer tanya jiran cmna nk buat ubat batuk guna daun lemuni.