Sunday, August 23, 2015

New kitten...

Cikliah berceloteh lagi.... 


Mama Churs beranak lagi. Dalam pukul 8.20 dia dah start bleeding. Terus letak dia dalam kotak. Hantar ke belakang. Tutup lampu. Amat Jess ke Amat Muezza tah.. sibuk menjengok dalam kotak. Terus kutip dorang tutup pintu dapur. Jangan dikacau mama dorang nak beranakkan adik baru dorang.


Pukul 10.45 pm jenguk sekali lagi. Dah beranak rupanya. Maybe dah lama kot. Sebab anak-anak dia tengah menyusu. Anak-anak? Pehhh.... Nampak tadi macam 3 ekor. Tah 4 tatau la. Esok kalau Mama Churs bagi tengok. Boleh la kenalpasti berapa ekong samuaan. *grin*

Adeh laaa.... bertambah tanggungjawab... hihihihihi

AmatIja and AmatJess yang memang sudah lama terpinggir. Since Mama Churs pregnant semula :~




Saturday, March 21, 2015

Mama Churs

Cikliah berceloteh lagi....

Binturong a.k.a Churong dah jadi mama. Masa kitaorang tengah tunggu feri nak balik ke Mersing Jeti Kg Tekek, Pulau Tioman, jiran called bagitau Churong terberanak kat rumah dia. Imran, telah menyediakan sebuah kotak untuk Churong melahirkan anak-anak dia.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Kak Ida kerana membenarkan anaknya Imran untuk meng'handle' dan membidankan Churong.... :D