Wednesday, December 31, 2008

Tahun Baru Hijiri dan Masihi

Cikliah berceloteh lagi....

Salam Maal Hijrah. Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah 1430 akan membawa sinar kecemerlangan lalu meningkatkan ketakwaan dan keimanan kita kepadaNYA.

Dan... hari ini hari terakhir dalam tahun masihi 2008. Saya 'terpaksa' kerja juga memandangkan 2008 Annual Leave + 2007 Carry forward Leave allocation was fully utilised! Tiada baki langsung padahal sakan mengisi carry forward leave form last 2 weeks kunonnyer nak carry forward 3 hari. Hakikatnya non ado.... uhuksssss...

Adehhhh... Paraknya coti guwe next year... kena plan bebaik nie. Mesti kuatkan semangat untuk menapak ke klinik sekiranya sakit. Tahun ni hanya 2 hari Medical Leave yang dipohon. Rugi...rugi...
===> macam azam tahun baru jek bunyinyer...

Esok cuti sempena tahun baru masihi 2009... banyak kerja nak buat memandangkan sekolah akan bermula semula 5 Januari 2009. Cik Hani kata transport hanya akan start pada 6 hb so Isnin kena cuti uruskan hari pertama C GaLoi ke sekolah. Lagipun dah janji dengan C Haloi, first day sekolah nak cuti temankan dia cari kelas. Ewahhhh.... macam la masuk sekolah barukan... tapi tak pe lah... dah niat nak bagi moral support kat dia.

C Ganal kalau nak kena bagi moral support lagi tak tau nak kata la. Dah masuk tahap 2 dah pun. Tapi tetap kena hantar dia ke sekolah juga since transport still tak ada lagi. Tahun nie tak pening kepala lagi nak bayar yuran on the first day since ditangguhkan sehingga Jun. Terima kasihlah Kementerian Pendidikan yang prihatin.

Buku teks dan aktiviti dah dapat sebelum cuti sekolah hari tu. Kunun nak suruh bebudak baca sesiap masa cuti sekolah ni tapi non ado....

Buku tulis dan rampaian esok baru nak beli. Stok lama ada lagi so nak beli loose jek. Tak payah beli by set.

Buku-buku KAFA settled last week. Silap sebab tak sempat nak warning 'tukang beli' utk check stok lama. Masih ada sejengkal lagi buku tulis KAFA yang belum digunakan dan mungkin bakal menerima title "Buku Conteng" sekiranya ditemui oleh individu berkepentingan. Siapa lagi, C GaLoilah tuh...

Kepada semua, Selamat semuanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
Adios...

Wednesday, December 24, 2008

Demimu anakanda

Cikliah berceloteh lagi....

Semalam, C Haloi menangis berjuraian air matanya kerana rindukan ayah. Saya tanya kenapa nangis? C Haloi kata dia rindu ayah.

Sememangnya at first, saya ada sebutkan ayah akan balik malam ni berdasarkan pemahaman saya pada ketika itu. Tapi selepas itu, ayahnya telefon dan memberitahu hanya akan balik keesokan harinya. Dia jadi sebak dan tiba-tiba berjauh hati.

Maka saya SMS ayahnya bertanya seadainya dia boleh balik sekejap. Demimu C Haloi, ayah balik dengan barang-barang dan baju-bajunya sekali. Ayah dah balik, C Haloi malu-malu pulak nak bermanja dengan ayah. Adehhh.....

Tuesday, December 23, 2008

Notis 'kehilangan'

Cikliah berceloteh lagi....

Kebelakangan ini ramai yang bertanya kepada saya, "Mana Berlingo?" "Lama tak nampak Berlingo?" "Berlingo sibuk ke?" dan soalan yang seangkatan dengannya.

Benar... beliau sangat sibuk dengan tuntutan kerja di pejabatnya. Jangan kata orang lain, kami sendiri "kehilangan" dia. Walaubagaimana pun saya dan C GaLoi akur dengan keadaan ini. Walaupun dia masih di KL, saya merasakan dia seolah-olah outstation.

Saya merasakan keadaan ini lebih teruk berbanding ketika dia baru pulang dari Segamat pada tahun 2000 dahulu. Sabtu dan Ahad bukan lagi cuti umum baginya. Oleh kerana beliau terpaksa bekerja lebih dari 12 jam, dan LRT merupakan pengangkutan yang lebih efisyen, beliau memilih untuk bermukim di KJ sahaja buat sementara waktu.

Agaknya inilah harga yang perlu dibayar kerana menolak untuk ditukarkan ke Calcutta atau ke Sungai Udang. Ya Allah... Permudahkanlah baginya....

Saya dan C GaLoi bergilir minggu balik ke SU atau berkampung di KJ. Ini adalah kerana saya sebolehnya tidak mahu membebankan TokWan untuk menjaga 2 orang cucu yang 'boleh tahan' akal mereka. TokWan juga kelihatannya kurang sihat kebelakangan ini. Biarlah Tokwan beristirehat beberapa hari sebelum bercuti ke Bali dengan CuMa pada hari Khamis ini. Terima kasih TokWan kerana sudi menengokkan C GaLoi sepanjang minggu lepas.

Minggu ini giliran MakLongKakak pulak untuk disusahkan. Lusa saya akan pulang ke kampung dengan C GaLoi saja. Minggu berikutnya saya mungkin akan bermukim di KJ lagi sehingga percutian sekolah berakhir. Selepas itu Auntie Bell come to the rescue. Inilah nasib orang tiada pembantu. Dan C GaLoi pula sudah pandai demand itu dan ini. Bukan boleh diatur-atur seperti dulu...

Belasungkawa

Cikliah berceloteh lagi....
Takziah diucapkan kepada keluarga jiran saya Allahyarhamah Kak Ina yang telah kembali ke rahmatullah pada petang semalam 22 Disember 2008 pukul 6.10 petang.

Allahyarhamah telah koma selama 27 hari sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sungai Buloh. Sebelum itu Allahyarhamah telah menjalani pembedahan membuang tumor di kepalanya.

Kali terakhir menemui beliau adalah pada hari sepatutnya beliau menjalani pembedahan pertama tetapi ditangguhkan memandangkan beliau demam. Ketika itu saya baru saja mengetahui yang beliau akan menjalani pembedahan. Saya bertanyakan beliau perkara tersebut dengan lebih lanjut lagi. Di akhir perbualan, saya mengucapkan kata-kata selamat dan memberi perangsang kepada beliau. Beliau menjemput saya ke rumahnya selepas itu.

Namun kita hanya mampu mentadbir, Allah jualah yang mentakdir. Dalam menjalani kemelut kehidupan; saya terlepas pandang bertanyakan khabarnya dan tidak sempat menziarahi beliau sewaktu terlantar di hospital. Padahal dalam tempoh masa tersebut, saya ada ke hospital menziarahi bapa saudara saya yang dirawat di sana.

Saya yang terlewat menerima berita pemergiannya juga tidak sempat menziarahi jenazah di HSB memandangkan kaum keluarga akan membawa jenazah pulang ke Teluk Intan untuk dikembumikan di sana. Saya hanya sempat menemui kaum keluarganya yang sedang berkemas untuk pulang ke Teluk Intan di rumah.

Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.

#Kak Ina adalah pemilik arnab comel yang pernah saya ceritakan dulu.

Thursday, December 18, 2008

Proudly present......

Cikliah berceloteh lagi....

C Haloi with "Two Voices, One Song"



It's so rare to find a friend like you
Somehow when you're around, the sky is always blue
The way we talk, the things you say
The way you make it all ok
And how you know, all of my jokes, but you laugh anyway!

If I could wish for one thing, I'd take the smile that you bring,
Wherever you go in this world I'll come along!
Together we dream the same dream.
Forever I'm here for you, you're here for me.
Oh ooh oh.
Two voices, one song.

And anywhere you are,
you know I'll be around.
And when you call my name,
I'll listen for the sound!

If I could wish for one thing, I'd take the smile that you bring.
Wherever you go in this world, I'll come along!
Together we dream the same dream.
Forever I'm here you,
you're here for me.
Oh ooh oh.
Two voices, one song.
Oh ooh oh.
Two voices, one song!





Connected

I'm blind-folded on this roller coaster they call life.
Keep trying to make it through the next turn
knuckles white and holdin' tight.
So here I go, takin' a curve,
but I know that I'm never alone.
I think of you, I know you'd never let me go.

[chorus] I feel connected, protected.
It's like you're sitting right with me all the time
You hear, you're near me
& everything else's gonna be alright
cause nothin' can break this, nothin' can break this
nothin' can break this time
Connected..
Connected inside.

It's not an accident, the time we spent apart.
But now we're so close, I can always find you right here in my heart.
You've given me somethin' I need, and I don't ever want it to end.
Because of you, I know I've found my strength again.

[ repeat chorus ]

Everytime that I breathe, I can feel the energy.
Preachin' out, flowin' through, you to me and me to you.
Find your dream, walk or stand, you are everywhere I am.
Seperate souls, you to find, touching at the speed of light.

whoa, ah-oh, ah-oh, ah-oh, ah-oh, ah-oh, ah-oh, ah-oh

I feel connected, protected,
it's like you're sitting right with me all the time.
You hear me, you're near me,
and everything else's gonna be alright.
Connected, protected, now you're in my mind, now I'm doin' fine.
You hear me, you're near me, and everything else's gonna be alright.
'Cause nothin' can break this, nothin' can break this
nothin' can break this time.
Connected...connected inside.

Wednesday, December 17, 2008

Pertunangan MakNgah CiYumm

Cikliah berceloteh lagi....

MakNgah CiYumm adalah panggilan C Haloi kepada my cousin yang saya panggil KakCik. Oleh kerana KakCik anak kedua (hidup) maka pangkatnya kepada C GaLoi adalah Mak Ngah.

CiYumm timbul kerana C Haloi tidak dapat menyebut CikYah (KakCik Yah). Panggilan dari C GaLoi kepada KakCik sama seperti mereka address my sister and KakCik's sister ie MakLongYong and MakLongKakak. Sepatutnya MakNgahCikYah. Tapi kerana tak sampai maka yang tinggalkan hanyalah MakNgahCiYumm. Until now sedap pulak panggilan MakNgah CiYumm nie...

Pada 13 Disember yang lalu, KakCik telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya dan majlis berlangsung dengan meriah dan jayanya di Batu 10, Jalan Pantai, Tanjung Piandang.



Cincin disarung tanda diri telah diikat...



15 dulang hantaran dari pihak lelaki dibalas 27 dulang dari pihak perempuan. Bestkan lelaki... banyak dapat makanan... huhuhuhu.. jeles... jelessss....



Dedulu masa bertunang, pengantin lelaki tak dibenarkan datang sekali. La nie... tak kesah...



Lepas majlis pakat2 tolong bukak layah makngah...


Pakat-pakat berlakon la... perasan jadi Princess daaaa...

Tahniah Kak Cik !

Tuesday, December 16, 2008

Musykil

Cikliah berceloteh lagi....

Saya moskel kenapa dalam tandas tren KTM ada peringatan yang berbunyi begini
(saya tak gamak nak ambil gambar)

Janganlah menggunakan tandas ini semasa keretapi berhenti di stesen


Lebih kurang begitu bunyinya....
Adakah ..... ??????.....

Thursday, December 11, 2008

CCM Utara Perak ~ Tasik Temengor/Pulau Banding

Disclaimer :-

Sayugia dimaklumkan entry kali ini sangat panjang. Lebih panjang dari yang sebelumnya. Jika sudi, jemputlah membaca tapi jika anda tidak bermaksud untuk memeningkan kepala dengan karangan SPM saya pada kali ini, anda dijemput menatap gambar di akhir entry di bawah. Sekian dimaklumkan.... ;)
Cikliah berceloteh lagi....

Entry kali ini saya menyambung kembali menulis mengenai tempat menarik semasa Cuti-cuti Malaysia sekitar Mei, 2008 yang lalu. Harap dapat memberi info , manfaat dan idea kepada sesiapa yang bercadang hendak bercuti ke sekitar utara Perak.

Saya skip tempat-tempat menarik sekitar Kota Bahru dan Pangkalan Kubor kerana rasanya telah banyak info berkaitan negeri Che Siti Wan Kembang ini.

Pada petang/malam satu Malaysia havoc dengan kenaikan mendadak petrol dari RM1.92 ke RM2.70 kami dalam perjalanan dari KB ke Pulau Banding melalui Jalan Raya Timur Barat-Jeli. Nasib baik KIA Prego sedia diberi "minum" diesel tengahari itu. Sepanjang jalan di mana-mana saja ada stesen minyak, penuh jalan sesak.

Sempat berehat sebentar di RnR Jeli sebelum meneruskan perjalanan. Kami sampai di Belum Rainforest Resort tatkala jarum jam menganjak ke angka 12 pada malam itu dalam keadaan hujan renyai dan kadangkala lebat. Alhamdulillah perjalanan waktu malam merentasi Jalan Raya Timur Barat yang agak mencuakkan berakhir dengan baik. Risau juga sekiranya tiba-tiba bertembung dengan kumpulan gajah yang melintas.

Pada mulanya kami tidak bercadang untuk membuat apa-apa aktiviti di sini kerana hasrat awal hanya untuk merehatkan badan kemudian meneruskan perjalanan ke Kroh/Pangkalan Hulu. Tapi apabila melihat ada crew program 3H2M berada di sekitar resort, pastinya ada sesuatu yang menarik di sana.

Pagi esoknya selepas sarapan En Berlingo bertanya kepada pihak resort sekiranya ada aktiviti yang menarik sekitar Pulau Banding dan Tasik Temengor tersebut. Mereka memberitahu ada pakej menjelajah sekitar tasik dengan menaiki bot dan jika mahu, boleh juga menjejaki raflesia!

Sekiranya ada pas kebenaran, boleh menjelajah sehingga ke Royal Belum. Pas perlu dipohon sebulan lebih awal dan perjalanan adalah lebih adventurous. Jadi untuk rombongan keluarga seperti ini, kami cukup berpuashati jika dapat bersiar-siar sekitar tasik dan melihat raflesia dari dekat.

Pemandu pelancong kami (saya lupa namanya) di samping memandu bot menerangkan asal usul Tasik Temenggor. Menurut beliau jika kawasan berair itu adalah tasik buatan yang diempang dengan 2 tujuan. Pertama kawasan simpanan air dan yang kedua untuk memusnahkan sarang komunis dahulu. Menurut beliau kawasan air sepatutnya, disebut Tasik Temengor dan daratan itu dipanggil Pulau Banding. Ramai yang keliru dengan panggilan Tasik Banding.

Beliau bercerita lagi sepanjang pembinaan lebuhraya timur barat banyak berlaku serang hendap dari pihak komunis yang bukan sahaja memusnahkan pembangunan yang cuba dibangunkan bahkan peralatan seperti jentera berat turut dibom. Lebih mendukacitakan beratus-ratus nyawa pekerja dan tentera terkorban semasa pembinaan sehinggakan didirikan satu tugu peringatan di tepi jalan raya tersebut.

Melihat Tasik Banding yang tenang dan bersih, saya bertanya tentang batang-batang pokok yang berceracak dalam Tasik Banding yang saya dapat saksikan sekitar tahun 1989-1992. Menurut En Pemandu Pelancong, balak2 tersebut telah ditebang menerusi aktiviti pembalakan bawah air. Kayu-kayu yang terendam dalam air bertahun-tahun lamanya ini sangat kuat dan bagus sekali. Pembalakan bawah air ini hanya dapat dibuat oleh mereka dari luar negeri sahaja. Orang Malaysia sendiri tidak sanggup untuk menyelam dan menebang balak dari dalam air. Dan pastinya pembalakan bawah air ini menelan belanja yang banyak utk bekalan oksigen dan sebagainya. Namun hasilnya tentulah lumayan juga kerana kayu-kayu ini sangat bernilai tinggi.

Dalam tahun 1980-an saya pernah membaca satu novel berkaitan pembinaan Tasik Temenggor ini. Bagaimana penduduk dipindahkan dan kontroversi mengenai nasib binatang di sekitar kawasan ini. Menurut En Pemandu Pelancong, penduduk kampung yang terbabit telah dipindahkan ke suatu kawasan di daerah Lenggong yang diberi nama Kampung Belum Baru. Dusun, kebun dan sawah padi mereka masih ada di Belum. Namun untuk sampai ke sana ketika ini, ianya memerlukan permit dari pihak berwajib dan perlu diiringi oleh tentera.

Sebenarnya resort ini baru saja dibangunkan semula. Menurut staff yang melayan pertanyaan saya ketika "merisik" akan resort ini, part of Pulau Banding ini diambilalih oleh Emkay Land untuk dibaikpulih. Ketika saya mencari info berkaitan Pulau Banding ini di internet, hanya inilah satu-satunya resort yang ada maklumat. Satu lagi Aman Chalet. Malangnya contact number tiada.

Ketika kami menginap, resort itu baru saja siap dibaikpulih dan kami ditawarkan pakej harga yang sangat menarik ketika itu. Dengan kemudahan yang disediakan, memang sangat berbaloi. Aktiviti baikpulih juga sedang giat dijalankan. Ada jambatan kayu yang sedang dibina dari resort ke petempatan Orang Asli yang sangat kukuh (pastinya menggunakan batang-batang kayu balak dari dalam air) untuk tujuan trekking dengan menggunakan basikal atau berjalan kaki. Katanya kekuatan jambatan tersebut, kereta pun boleh lalu.

Menerusi blog Datin Seri Fatimah, barulah saya tahu Belum Rainforest Resort ini baru saja dirasmikan oleh Sultan Perak pada 9 Julai 2008 yang lalu.

Selepas membersihkan diri kami bersiap untuk check out dan meneruskan perjalanan kami ke Lenggong pula selepas itu. InsyaAllah, jika ada kesempatan pada lain ketika, saya ingin kembali ke sini dan merasai percutian berkonsepkan ecotourism ini lagi.


#~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~#

Mohon maaf... masih menjadi karangan terpanjang abad ini. Kali ni MimieJibam nak bagi A1++ ke? :D.
Bagi yang tidak mahu membaca bebelan ku di atas sana, mari layan gambar saja ya....



Suasana dalam bilik penginapan...


Tasik Banding yang tenang dan damai...


Suasana sekitar resort ...


C GaLoi yang sungguh ceria dalam perjalanan menuju ke jeti...


Bergambar kenangan sebelum memulakan pengembaraan...


Melewati bawah Jalan Raya Timur Barat


Menyusuri Tasik Banding dengan aman damai...


Bot makin laju menuju destinasi ...


Menghampiri kawasan reflesia bersemayam ...


Disambut dengan larangan ini ...


Tak expect perjalanan quite adventurous. Pakai selipar begini, susah sikit nak mendaki ke kawasan tersebut ...


Raflesia yang sedang mekar, tapi jauh la pulak...


Kudup bunga pakma atau reflesia di akar atas tanah ...


Ouchhh... yang ini terkopak sedikit kelopaknya...


Kudup pakma di atas batang pokok


Banyak kudup di atas pokok yang biasa tak kembang terus mereput. Hanya kudup di atas tanah saja yang biasa survive dan berkembang...

Bunga reflesia atau pakma ini walaupun busuk baunya tapi mempunyai khasiat perubatan terutama sekali bagi wanita selepas bersalin.

#~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~#

Wednesday, December 10, 2008

My weekend and Aidil Adha 1429H

Cikliah berceloteh lagi....

At first, 3 of us berbincang apa nak buat this weekend. Saya cadangkan buat lawatan ke KL including shopping baju raya. C Ganal came with the idea nak ke Petrosains. Orait jugak tuh. Padahal dalam hati, saya berangan nak cari baju raya kat Ampang Park. Sebab macam dah janji dengan DakNis nak pakai baju raya sedondon, masjid asing-asing pada hari raya nanti.

Since ayah nak melepas tension penat kena torture dengan keje-keje office, he decided to join us. Dulu masa dorang kecik2 dah pergi sekali tapi tak dapat tengok dengan baik sebab ada sorang budak kecik nie yang takutkan T-Rex yang menyambut dalam salah satu segmen pameran mereka. C Haloi la tu. Until last year, dia masih takutkan dinosour di Sunway Lagoon masa Family Day hari tu.

Kali ni saya pastikan betul-betul yang dia tak akan ajak balik lagi kalau ke Petrosains sebab takutkan dinosour tu. Kalau tidak baik tak payah pergi. Buat rugi duit tiket je nanti. Since C Ganal dah pergi sekali lagi dengan rombongan sekolahnya 2 tahun lepas, C Haloi tak mahu ketinggalan. Dia kata kali ni dia dah berani. Orait... here we go.

Parked kereta kat DayaBumi since ayah ada season parking pass there. Then naik tren dari Pasar Seni ke KLCC.


On the way dari DayaBumi ke stesen Putra Pasar Seni


Sila belajar masukkan tiket sendiri ye...


Tren dah sampai

C GaLoi jadi 'drebar' dalam tren sebab kami pilih untuk berdiri di depan sekali. Tapi tak best sangatlah sebab dalam tunnel. Hanya nampak laluan dalam tunnel saja. Since dah booking tickets lebih awal lagi, kami just collect untuk pukul masuk pukul 2.30 pm.

Kat dalam tu, nasib baik tak der drama minggu ini bertajuk "Nak Balik !!!". They really enjoy all the exhibition and experiment shown. Sempat pulak buat face painting kat dalam tu. Cuma tidak dapat naik simulasi heli dan F1 sebab ramai sangat yang menunggu.


Dah boleh bergambar dengan T-Rex kali ni...


C Haloi sedang melalui pengalaman tidur seorang astronaut. Tidur dalam iman daa.....


Conteng-conteng muka


Bermain dengan bayang


Sinopsis


Lagi sinopsis


Sebelum keluar menaiki "cawan" (Perjalanan Sekilas Masa - Dark Ride), sempat menonton 3D show bertajuk "Sea Dragon" kat Teater Ungku Omar. First time tengok. Best jugak rupanya tengok 3D show ni. Nampak macam benda tu semua berada hampir dengan kita dan rasa macam boleh ditangkap. Tapi bila nak tangkap tak dapat pulak.

C Haloi pulak sampai menjerit ketakutan/kegelian sambil tergelak,"Dia nak makan adik....Dia nak makan adik.."
Yang lawak tu, dia sampai bukak spek 3D tu dan mengurut dada. "Nasib baik adik hidup lagi..monster tu jauh rupanya dan tak makan pun"

On the way nak gi solat dan makan, lalu TGV. Wahhh... tergoda la pulak dengan citer Bolt. Ada Bolt 3D jugak. Tapi bila tengok masa, paling awal Bolt 3D pukul 8.45 pm. Tanya ayah if dia masih boleh entertain kami since dia ada bawak balik keje office. Ayah kata boleh lagi. So amik yang biasa saja pukul 7.40 pm. Cepat sikit habisnya. Bolt ini best la jugak and we really enjoy the show.



Sebelum balik ke SU pegi round-round area Bangsar dan Pantai Dalam. Sempat lalu area rumah sewa masa praktikal dulu di Taman Bukit Angkasa kat Pantai Dalam. Dari Pantai Dalam ikut NPE ke Sunway Pyramid. Tengok lampu....



~~~
Pagi Ahad di rumah saja - main masak-masak untuk brunch dan buat laundry. Walaupun sekarang nie ada juga pakai maid tapi waktu siang sahaja untuk menemankan C GaLoi kat rumah, tapi kerja rumah masih banyak yang kena buat juga.

Dalam pada itu saya mengalami kemalangan kecil yang mengakibatkan bengkak dan lebam sekeliling tumit. Saya ter"step on" besi di hujung roda kerusi gara-gara gagal mengimbangi kedudukan ketika itu. Sakit jugak lah dan saya just tuap dengan ais untuk mengurangkan impact.

Petang tu gagah lagi drive ke Carrefour Subang Jaya dengan niat nak ke First Lady since tak sempat ke Ampang Park semalam. Malang sekali tak up to date lah stok baju kat First Lady Subang Jaya tu. Baju sedondon yang dihajati tiada di sana. Hahaha... macam lah tak boleh raya kan kalau tak ada baju tu.

On the way back, nampak orang jual lemang dekat Highway Puncak Alam tu. Berhenti beli kat situ. Memula ingat nak buat pulut romantik (pulut dakap). Tapi hujan-hujan nie malas pulak nak mengait daun pisang. So beli je lemang tuh.

Malam raya tu, rebus ketupat dan masak sambal ikan bilis campur udang. Berdasarkan maklumat yang dirisik oleh C Haloi semasa conference bersama PakNgah@Kuantan, Tokwan-Cuma-PakCik@Kelana Jaya thru Yahoo Messenger, CuMa ada masak rendang. So makan rendang CuMa jek la esok. :P


~~~~
Isnin - Aidil Adha 1429

Pada pagi hari raya hujan rahmat turun dengan lebatnya. Kakiku mulai terasa sengal. Oleh sebab C GaLoi masih enak diulit mimpi sementelah lambat tidur akibat conference semalam, hanya ayah saja yang ke surau untuk menunaikan Solat Sunat Aidil Adha.

Pukul 9.30 pagi, Tokwan called tanya pukul berapa nak datang ke KJ? Kata TokWan datang awal sikit sebab nak menziarahi keluarga sahabat baik TokWan, seorang Penghulu di Teluk Intan yang kembali ke rahmatullah pada subuh hari raya itu.

Tengahari itu sebelum "balik kampung" KJ, kami ke Shah Alam dahulu untuk menziarahi keluarga Allahyarhamah. Tak sangka pula berjumpa Kak KC di sana. Rupa-rupanya Allahyarhamah adalah sepupu kepada Kak KC.

Petang raya, xtvt membina badan. Lepas makan, pakat-pakat kena tembak belaka. TokWan kata nak korbankan ikan keli tapi suasana sepoi-sepoi bahasa ala-ala winter menyebabkan ikan keli terselamat dari disembelih. Kerana buat 'coq bantal' lebih best daripada menyiang ikan keli tersebut. Selamat ko keli....



Bergambar kenangan sempena Aidil Adha 1429



~~~~
Selasa

Semalam, kaki terasa bertambah berat dan sakit. Bengkak sudah naik ke betis anak anjing. Sangat menyakitkan tatkala mendaki tangga. Berjalan pun macam orang tempang. Maka saya cuti sakit semalam. Hari ini Alhamdulillah beransur baik. Harap cepat lah sembuh. Nak balik kampung niii....

Thursday, December 04, 2008

Balik kampung

Cikliah berceloteh lagi....

Balik kampung....
Wohoooo balik kampung...
Hati girang....

Sempena cuti sekolah dan my cousin akan bertunang pada 13 Disember nanti, kitaorang akan balik kampung! InsyaAllah!!!!

Since ayah seperti biasa hujung tahun camgini kena siksa kat office, me and C GaLoi decided nak balik kampung naik train ! Yihaaaaaaaaaaaaaaa....

Semalam saya tanya C Ganal, nak balik kampung by bus or by train ? C Ganal pilih train. Saya kata InsyaAllah akan try book tiket.

So petang ni sementara menunggu En Berlingo, saya browse website Keretapi Tanah Melayu dan mendapati only ada 2seats and it is for ADNFB - Premier Night Standard. Macammana ya kami 3 orang ? Saya pun call KTM untuk bertanyakan if saya boleh share dengan C Haloi may be. Staff yang melayan panggilan saya tu kata boleh. Ambil satu kabin - 2 seats dan another one just bayar travel fare. So saya pun bersetuju untuk seats tersebut dan untuk tujuan ini saya kopak for RM147. Errrkkk... macam sama je expenses untuk balik drive sendiri. Tol, minyak etc. Fikir-fikir balik, okay kot... new experience dan gembirakan hati anak-anak. Bab penat rasanya sama je kot. Cuma bila naik public transport kita boleh la melelapkan mata. Tarikh terakhir untuk collect the tickets is on 11 Dec 2008.



Ok kot kan.... At least merasa jugaklah naik train yang ada berth nie. All this while hanya naik yang biasa saja or even worse pernah naik yang kelas ketiga yang macam sardin dalam tin. Serik dan simpati rasanya menengokkan bebudak melalak sebab tak selesa. Pernah juga sepanjang perjalanan dari KL ke Kuala Kangsar saya berdiri. Nasib baik dapat tempat di celah antara tempat duduk paling belakang dan dinding koc. Kerana kepenatan, saya tertidur juga semasa berdiri tu.


I am really excited and looking forward for it. Mungkin mengalahkan C GaLoi. Just that rasa sayang, C Haloi mungkin akan missed her tutorial class untuk malam perjalanan itu (12/12/2008 @ 8.15-10.15 pm) dan obsolutely on 13/12/2008 itself. Train kami pukul 10.30 malam. Naik di Sungai Buloh. But knowing the lembabun KTM, saya wonder if betul ke 10.30 pm dah ada train ???

Moga-moga dipermudahkanNya. Amin.

My chukanan and nam dok mai

Cikliah berceloteh lagi....
Cerita pasal pokok lagi. Al-maklom lah saya nie pokotik bak kata Sam. Pokotik is an acronym of Pokok Fanatik aka Fanatik Pokok. Terminology yang telah diterimapakai oleh CyberGangku. Ahaks...


Last Sunday, tengah asyik mengemas halaman, datang la seorang jurujual berbangsa Cina yang menawarkan "Treatment pokok !". Saya tanya dia buat apa sebenarnya. Dia kata dia akan rawat pokok2 yang tak berbuah agar berbuah dan berdaya tahan. Buah cantik tak ada ulat, katanya. Wahhhh... ini macam best jek fikir saya. Saya tanya dia berapa RM per pokok? Dia kata RM10. Hmmm... rasa macam nak try jer.


So saya suruh dia treat pokok mangga saya yang saya tanam dari biji benih. Dah lebih 5 tahun tanam. Tapi memang saya tak expect berbuah pun lagi. Sebab biasanya kalau ditanam dari biji benih mau makan masa 7 hingga 8 tahun baru la matang dan berbuah. Tapi kalau treatment ini dapat merangsang pengeluaran buahnya why not give a try.
Sementelah pula dia kata kalau lagi 3 bulan tak keluar bunga, telefon dia.


Garuk-garukkan sekitar pangkal pokok tersebut. Ini pokok mangga nam dok mai.



Simbahkan hormon (tak sempat ambil gambar masa proses menyimbah dijalankan)





Tabur baja di atas tanah.. kaler hijau kebiruan...nampaknya ramai peminat di sekeliling tu...


Now, kita ke dalam kawasan rumah pulak... Kali ini jenis chukanan pulak.


Seperti biasa lukakan kulit pokok. Kikis yang kasar-kasar itu.


Siram hormon pada batang pokok yang telah digaruk... (abaikan yang sepah2 tuh ye... baru sudah baikki paip)


Nah... ini saya kasi awak. Lagi satu bulan kasi baja lagi...

Okeh... kalau awal bulan 3 tahun hadapan, tiada entry pasal buah mangga saya ini telah berbunga, ingatkan saya yea....

Wednesday, December 03, 2008

My adenium

Cikliah berceloteh lagi....

Dah lama 'menternak' bunga ni :- Kemboja cina atau nama botaninya Adenium, baru sekali ni berbuah setelah berkali-kali berbunga. Kali ini kita layan gambar jer ye..


Buahnya mula pecah


Sedar-sedar dah jadi gini


Rupa-rupanya dah merata2 dia terbang. Melihat rupanya cara penyebarannya adalah dengan bantuan angin.



Yang sempat di'kejar' letak dalam besen


Agak-agak apa akan jadi pada yang dah sempat melarikan diri ?


Adakah dia akan jadi seperti ruella yang telah mengkoloni hampir semua pasu dan merata-rata tempat yang sesuai dia membiak? Oleh sebab terlalu senang dia membiak saya gelarkan dia pokok "meloat" sebab saya dah meluat nak membuang dia dari menumpang pasu pokok lain.





Seingat saya adenium yang berbuah ini adalah yang disemai dari biji benihnya juga yang dipos oleh seorang sahabat cyber dari Sungai Petani. Yang saya semai dari keratan pokok dirembat dari rumah tok di Sungai Baru tidak pula berbuah walaupun sudah berbunga berkali-kali.


Menurut rakan-rakan di TamanFlora juga, adenium yang ditanam daripada biji benih(yang rupa parasnya seperti tooth pick yang dipatah-patahkan - eliminate the bulus) sahaja yang boleh mem'bengkak' pangkalnya. Dan perlulah ditanam di dalam pasu rendah dah lebar untuk mendapatkan effect terbaik.

So far saya hanya ada satu pasu rendah dan lebar. Tapi bonggol adenium tu belom ketara lagi. Dan rasanya saya tak ciwi pun pasal bonggol tu.

Saya just suka bunga-bunganya. Dan jadi macam satu kepuasan jika tanam dari biji benih, hidup, berbunga dan berbuah ! Lepas tu mungkin dan jadi boring pulak.....kalau2 dia termasuk dalam list "pokok meloat".

Monday, December 01, 2008

RADHA VS Seratas

Cikliah berceloteh lagi....


Saya baru saja menyudahkan pembacaan sebuah novel kategori remaja ke dewasa ; Relevankah Aku di Hatimu (RADHA) oleh Rnysa yang saya kira agak menarik. Mula tergerak hati untuk memesan novel ini secara online dari Jemari Seni Publishing kerana telah diperkatakan sekurang-kurangnya dua kali dalam egroup alumni SERATAS. Ini adalah kerana latar belakang novel tersebut berkisar tentang SERATAS. Saya tidak ingat samaada penulis novel tersebut benar-benar ex-student atau tidak. Namun tahniah saya ucapkan kepada penulis novel tersebut kerana telah berjaya menjentik rindu saya pada SERATAS.



Seratas dalam suatu kunjungan sekitar tahun 2006

Walaupun hanya pada permulaan novel tersebut yang berlatar belakangkan SERATAS, namun ia mampu membuatkan saya menyusuri jalan-jalan kenangan semasa berada di sana. Saya di SERATAS tidak lama. Hanya 2 tahun kerana saya pelajar yang dimasukkan semasa di tingkatan empat. Oleh itu kesetiaan dan kecintaan saya pada SERATAS mungkin tidak setebal pelajar lain. In fact perasaan itu juga tidak jatuh kemana-mana sekolah yang pernah saya tumpang berteduh. Terlalu banyak sekolah agaknya. Sebulan di SMRLNR, 3 tahun 2 bulan di SMDB, hampir 2 tahun di SERATAS, 3 bulan di SMPBG - Lower 6, perasaan 'murid tua' itu tidak menyerap dalam diri saya berbanding rasa cinta dan tanggungjawab saya pada SKSB.

Menyelusuri kenangan, beberapa bulan terawal di SERATAS saya rasa seperti mengalami kejutan budaya! Saya berhadapan dengan persekitaran yang baru dan menekan. Nasib baik ada seorang rakan yang bersama-sama saya dari sekolah terdahulu. Walaupun kami tak berapa rapat di sekolah lama, hanya kerana saya 'budak hostel' dan dia 'budak luar', namun kami menjadi akrab apabila sama-sama tercampak ke bumi SERATAS. Namun, saya kira dia lebih beruntung kerana dia anak ustaz yang mengajar di SERATAS. Apa-apa hal ayahnya ada di sekolah.






Blok Aspuri - F (my dorm F2-3 and F2-4)

Walaupun sebenarnya saya mempunyai seorang kakak di SERATAS yang sememangnya telah belajar di sana dari Tingkatan Satu lagi, namun kakak saya seolah-olah tidak suka saya turut bersekolah di situ. Dia hanya menerima keberadaan saya di sana ketika dia masuk semula ke SERATAS sebagai pelajar matrikulasi.

Saya yang ketika itu di tingkatan lima dan dianggap 'senior' (walaupun saya baru masuk) ~ tumpang senioriti rakan sebaya :P. Pelajar matrikulasi hanya sebentar saja di sana sebelum dihantar ke Minden pada tahun kedua.

Saya seperti "bengap" semasa di SERATAS. Saya tidak dapat bersaing dengan baik di sana dan akibatnya semua science subjects saya jadi haru biru, walaupun kunun-kununnyer mendapat kelengkapan lab the best in town. Ini lah yang disebut-sebut oleh Guru Penolong Kanan HEA di SMDB dulu ketika saya ragu2 untuk menerima tawaran ke SERATAS dahulu.

Ketika peperiksaan amali berlangsung, barulah kakak saya mahu membantu. Untuk Kimia sudah ada yang sanggup memanjat tingkap mengintai bahan yang disediakan. Hanya perlu teka saja apa yang seharusya dikaji. Ketika itu saya masih kabur dengan jadual kimia apa bala tuh. Satu pun saya tak boleh ingat. Saya tidak mengerti mengapa saya sangat susah untuk memahami formula Kimia yang banyak sangat CCCccccc, OOOOOooo, HHHHHHHH itu.

Menjelang ujian amali Fizik, kakak saya memberi suatu petua dan beberapa nasihat. Katanya whatever it is graf mesti lurus dan perlu mencari tangen. So pandai-pandailah letak koordinat nanti sekiranya masa tidak mencukupi atau ujikaji tidak berjalan dengan baik. Saya tidak ingat apa yang saya dapat untuk ujian tersebut.

The only science subject yang saya boleh berdiri sendiri hanyalah Biologi. But then still tak boleh score dengan baik dalam SPM. Akibatnya saya hanya mampu tercampak untuk meneruskan pengajian dalam bidang social science rather than pure science. Hancur leburlah angan-angan untuk bergelar doktor perubatan seperti yang selalu diisi dalam kad berwarna biru di sekolah rendah itu.

:P :P :P