Dah lama 'menternak' bunga ni :- Kemboja cina atau nama botaninya Adenium, baru sekali ni berbuah setelah berkali-kali berbunga. Kali ini kita layan gambar jer ye..

Buahnya mula pecah

Sedar-sedar dah jadi gini

Rupa-rupanya dah merata2 dia terbang. Melihat rupanya cara penyebarannya adalah dengan bantuan angin.

Yang sempat di'kejar' letak dalam besen
Agak-agak apa akan jadi pada yang dah sempat melarikan diri ?
Adakah dia akan jadi seperti ruella yang telah mengkoloni hampir semua pasu dan merata-rata tempat yang sesuai dia membiak? Oleh sebab terlalu senang dia membiak saya gelarkan dia pokok "meloat" sebab saya dah meluat nak membuang dia dari menumpang pasu pokok lain.

Seingat saya adenium yang berbuah ini adalah yang disemai dari biji benihnya juga yang dipos oleh seorang sahabat cyber dari Sungai Petani. Yang saya semai dari keratan pokok dirembat dari rumah tok di Sungai Baru tidak pula berbuah walaupun sudah berbunga berkali-kali.
Menurut rakan-rakan di TamanFlora juga, adenium yang ditanam daripada biji benih(yang rupa parasnya seperti tooth pick yang dipatah-patahkan - eliminate the bulus) sahaja yang boleh mem'bengkak' pangkalnya. Dan perlulah ditanam di dalam pasu rendah dah lebar untuk mendapatkan effect terbaik.
So far saya hanya ada satu pasu rendah dan lebar. Tapi bonggol adenium tu belom ketara lagi. Dan rasanya saya tak ciwi pun pasal bonggol tu.
Saya just suka bunga-bunganya. Dan jadi macam satu kepuasan jika tanam dari biji benih, hidup, berbunga dan berbuah ! Lepas tu mungkin dan jadi boring pulak.....kalau2 dia termasuk dalam list "pokok meloat".
4 comments:
cantik la pokok tu...saya pun suka pokok.. tapi saya suka pokok tak banyak songeh yg easily maintained..pokok ngada2.. saya cepat meloat jugak...
sy tak pandai tanam pokok... pokok beli pon suma mati...yg hidup subur cuma rumput..itu pun sebab dpt baja asli dari sang koceng...
Iza,
yang banyak songeh memang tak larat nak layan. Udah le masa bukannya banyak mana sangat pon kan.. tapi kalau minat tu, malam2 pon seronok membelai pokok... hehehe
MimieJ,
Pandai gak tuh... subur rumput2 tu ha... hihihi
lawa eh bunga pokok ni kak?
Post a Comment