Wednesday, December 10, 2008

My weekend and Aidil Adha 1429H

Cikliah berceloteh lagi....

At first, 3 of us berbincang apa nak buat this weekend. Saya cadangkan buat lawatan ke KL including shopping baju raya. C Ganal came with the idea nak ke Petrosains. Orait jugak tuh. Padahal dalam hati, saya berangan nak cari baju raya kat Ampang Park. Sebab macam dah janji dengan DakNis nak pakai baju raya sedondon, masjid asing-asing pada hari raya nanti.

Since ayah nak melepas tension penat kena torture dengan keje-keje office, he decided to join us. Dulu masa dorang kecik2 dah pergi sekali tapi tak dapat tengok dengan baik sebab ada sorang budak kecik nie yang takutkan T-Rex yang menyambut dalam salah satu segmen pameran mereka. C Haloi la tu. Until last year, dia masih takutkan dinosour di Sunway Lagoon masa Family Day hari tu.

Kali ni saya pastikan betul-betul yang dia tak akan ajak balik lagi kalau ke Petrosains sebab takutkan dinosour tu. Kalau tidak baik tak payah pergi. Buat rugi duit tiket je nanti. Since C Ganal dah pergi sekali lagi dengan rombongan sekolahnya 2 tahun lepas, C Haloi tak mahu ketinggalan. Dia kata kali ni dia dah berani. Orait... here we go.

Parked kereta kat DayaBumi since ayah ada season parking pass there. Then naik tren dari Pasar Seni ke KLCC.


On the way dari DayaBumi ke stesen Putra Pasar Seni


Sila belajar masukkan tiket sendiri ye...


Tren dah sampai

C GaLoi jadi 'drebar' dalam tren sebab kami pilih untuk berdiri di depan sekali. Tapi tak best sangatlah sebab dalam tunnel. Hanya nampak laluan dalam tunnel saja. Since dah booking tickets lebih awal lagi, kami just collect untuk pukul masuk pukul 2.30 pm.

Kat dalam tu, nasib baik tak der drama minggu ini bertajuk "Nak Balik !!!". They really enjoy all the exhibition and experiment shown. Sempat pulak buat face painting kat dalam tu. Cuma tidak dapat naik simulasi heli dan F1 sebab ramai sangat yang menunggu.


Dah boleh bergambar dengan T-Rex kali ni...


C Haloi sedang melalui pengalaman tidur seorang astronaut. Tidur dalam iman daa.....


Conteng-conteng muka


Bermain dengan bayang


Sinopsis


Lagi sinopsis


Sebelum keluar menaiki "cawan" (Perjalanan Sekilas Masa - Dark Ride), sempat menonton 3D show bertajuk "Sea Dragon" kat Teater Ungku Omar. First time tengok. Best jugak rupanya tengok 3D show ni. Nampak macam benda tu semua berada hampir dengan kita dan rasa macam boleh ditangkap. Tapi bila nak tangkap tak dapat pulak.

C Haloi pulak sampai menjerit ketakutan/kegelian sambil tergelak,"Dia nak makan adik....Dia nak makan adik.."
Yang lawak tu, dia sampai bukak spek 3D tu dan mengurut dada. "Nasib baik adik hidup lagi..monster tu jauh rupanya dan tak makan pun"

On the way nak gi solat dan makan, lalu TGV. Wahhh... tergoda la pulak dengan citer Bolt. Ada Bolt 3D jugak. Tapi bila tengok masa, paling awal Bolt 3D pukul 8.45 pm. Tanya ayah if dia masih boleh entertain kami since dia ada bawak balik keje office. Ayah kata boleh lagi. So amik yang biasa saja pukul 7.40 pm. Cepat sikit habisnya. Bolt ini best la jugak and we really enjoy the show.



Sebelum balik ke SU pegi round-round area Bangsar dan Pantai Dalam. Sempat lalu area rumah sewa masa praktikal dulu di Taman Bukit Angkasa kat Pantai Dalam. Dari Pantai Dalam ikut NPE ke Sunway Pyramid. Tengok lampu....



~~~
Pagi Ahad di rumah saja - main masak-masak untuk brunch dan buat laundry. Walaupun sekarang nie ada juga pakai maid tapi waktu siang sahaja untuk menemankan C GaLoi kat rumah, tapi kerja rumah masih banyak yang kena buat juga.

Dalam pada itu saya mengalami kemalangan kecil yang mengakibatkan bengkak dan lebam sekeliling tumit. Saya ter"step on" besi di hujung roda kerusi gara-gara gagal mengimbangi kedudukan ketika itu. Sakit jugak lah dan saya just tuap dengan ais untuk mengurangkan impact.

Petang tu gagah lagi drive ke Carrefour Subang Jaya dengan niat nak ke First Lady since tak sempat ke Ampang Park semalam. Malang sekali tak up to date lah stok baju kat First Lady Subang Jaya tu. Baju sedondon yang dihajati tiada di sana. Hahaha... macam lah tak boleh raya kan kalau tak ada baju tu.

On the way back, nampak orang jual lemang dekat Highway Puncak Alam tu. Berhenti beli kat situ. Memula ingat nak buat pulut romantik (pulut dakap). Tapi hujan-hujan nie malas pulak nak mengait daun pisang. So beli je lemang tuh.

Malam raya tu, rebus ketupat dan masak sambal ikan bilis campur udang. Berdasarkan maklumat yang dirisik oleh C Haloi semasa conference bersama PakNgah@Kuantan, Tokwan-Cuma-PakCik@Kelana Jaya thru Yahoo Messenger, CuMa ada masak rendang. So makan rendang CuMa jek la esok. :P


~~~~
Isnin - Aidil Adha 1429

Pada pagi hari raya hujan rahmat turun dengan lebatnya. Kakiku mulai terasa sengal. Oleh sebab C GaLoi masih enak diulit mimpi sementelah lambat tidur akibat conference semalam, hanya ayah saja yang ke surau untuk menunaikan Solat Sunat Aidil Adha.

Pukul 9.30 pagi, Tokwan called tanya pukul berapa nak datang ke KJ? Kata TokWan datang awal sikit sebab nak menziarahi keluarga sahabat baik TokWan, seorang Penghulu di Teluk Intan yang kembali ke rahmatullah pada subuh hari raya itu.

Tengahari itu sebelum "balik kampung" KJ, kami ke Shah Alam dahulu untuk menziarahi keluarga Allahyarhamah. Tak sangka pula berjumpa Kak KC di sana. Rupa-rupanya Allahyarhamah adalah sepupu kepada Kak KC.

Petang raya, xtvt membina badan. Lepas makan, pakat-pakat kena tembak belaka. TokWan kata nak korbankan ikan keli tapi suasana sepoi-sepoi bahasa ala-ala winter menyebabkan ikan keli terselamat dari disembelih. Kerana buat 'coq bantal' lebih best daripada menyiang ikan keli tersebut. Selamat ko keli....



Bergambar kenangan sempena Aidil Adha 1429



~~~~
Selasa

Semalam, kaki terasa bertambah berat dan sakit. Bengkak sudah naik ke betis anak anjing. Sangat menyakitkan tatkala mendaki tangga. Berjalan pun macam orang tempang. Maka saya cuti sakit semalam. Hari ini Alhamdulillah beransur baik. Harap cepat lah sembuh. Nak balik kampung niii....

6 comments:

Anonymous said...

perghhhh panjangnya posting ni naik penat baca...brapa hari punya cerita ni?

cikliah said...

Mr SS,
Hehehe... Cerita tuk 5 hari tuh. Dah tu habis tak baca? :D

Anonymous said...

uih best nye...kita kat sini terperap kat dalam rumah je..hujanzzz!

Sir Aji said...

hehe,best la kak g jalan2 bwk anak2 ye..aji minggu ni nak ke Penang ade tennis tournament,next week balik kg nak bawak anak2 buah g jalan lg la..

mimiejibam said...

wah...macam karangan utk SPM ...aku kasi markah A1 utk cikliah..

tapi blog cikliah nih dah kasi saya idea nak bwk anak2 gi jenjalan..

semoga kaki cikliah cepat sembuh

cikliah said...

Azlie,

Hujan gak sini. Tu pasal bleh buat indoor xtvt jek.


Sir Aji,
Wahhh... aktif betoi Aji ngan games nie semua. Semoga berjaya.
Bawak bebudak nie kita tumpang enjoy sama. Sian gak dorang asyik terperuk jek kat rumah kan...


MimieJ,
hahhaa... sabau jek la komer.. tah la ek.. cam gila kibod plak. Pantang dapat kibod nak ketik2 panjang lak bercerita. Nanti kelak akan ku ajar jemari agar bercerita pendek2 aja... Kalau dapat kat LanR nie mampos kena kutuk kow-kow... hahahaha

Banyak lagi tempat menarik sekitar KL utk dilawati sebenarnya...