Wednesday, December 31, 2008

Tahun Baru Hijiri dan Masihi

Cikliah berceloteh lagi....

Salam Maal Hijrah. Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah 1430 akan membawa sinar kecemerlangan lalu meningkatkan ketakwaan dan keimanan kita kepadaNYA.

Dan... hari ini hari terakhir dalam tahun masihi 2008. Saya 'terpaksa' kerja juga memandangkan 2008 Annual Leave + 2007 Carry forward Leave allocation was fully utilised! Tiada baki langsung padahal sakan mengisi carry forward leave form last 2 weeks kunonnyer nak carry forward 3 hari. Hakikatnya non ado.... uhuksssss...

Adehhhh... Paraknya coti guwe next year... kena plan bebaik nie. Mesti kuatkan semangat untuk menapak ke klinik sekiranya sakit. Tahun ni hanya 2 hari Medical Leave yang dipohon. Rugi...rugi...
===> macam azam tahun baru jek bunyinyer...

Esok cuti sempena tahun baru masihi 2009... banyak kerja nak buat memandangkan sekolah akan bermula semula 5 Januari 2009. Cik Hani kata transport hanya akan start pada 6 hb so Isnin kena cuti uruskan hari pertama C GaLoi ke sekolah. Lagipun dah janji dengan C Haloi, first day sekolah nak cuti temankan dia cari kelas. Ewahhhh.... macam la masuk sekolah barukan... tapi tak pe lah... dah niat nak bagi moral support kat dia.

C Ganal kalau nak kena bagi moral support lagi tak tau nak kata la. Dah masuk tahap 2 dah pun. Tapi tetap kena hantar dia ke sekolah juga since transport still tak ada lagi. Tahun nie tak pening kepala lagi nak bayar yuran on the first day since ditangguhkan sehingga Jun. Terima kasihlah Kementerian Pendidikan yang prihatin.

Buku teks dan aktiviti dah dapat sebelum cuti sekolah hari tu. Kunun nak suruh bebudak baca sesiap masa cuti sekolah ni tapi non ado....

Buku tulis dan rampaian esok baru nak beli. Stok lama ada lagi so nak beli loose jek. Tak payah beli by set.

Buku-buku KAFA settled last week. Silap sebab tak sempat nak warning 'tukang beli' utk check stok lama. Masih ada sejengkal lagi buku tulis KAFA yang belum digunakan dan mungkin bakal menerima title "Buku Conteng" sekiranya ditemui oleh individu berkepentingan. Siapa lagi, C GaLoilah tuh...

Kepada semua, Selamat semuanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
Adios...

6 comments:

Anonymous said...

Salam..
Untuk Anak-anak macam tulah..
Anak ku yang haloi sorang saja lagi yang kesekulah.. 2 orang dah kat U yang ketiga nunggu SPM...

Sue.Aleen said...

kak awa,
nak tanya... tokwan kak awa (bapa kepada bapa kak awa) nama siapa? kata nenek wati (kami panggil tokndak), tokwan kak awa dengan moyang saya sepupu. moyang saya namanya bakri. tapak rumah wati sekarang tu bekas tapak rumah dia dulu. kalo beno, kulaan la kita ni... huhu!


anyway, selamat tahun baru hijrah dan masehi...

cikliah said...

Salam manjung mari,
Terima kasih sudi tinggalkan jejak. Anak dah ganal-ganal dah tu lega la dah noo... Hat anak2 kecik2 nie dok berhenbag lagi la ke sana sini..

cikliah said...

SueA,

Tokwan kak awa belah bapak nama Abdullah bin Mansor. Dah sekampung ni harus ada sangkut memana tuh. Tapi yang pasti, adik arwah ayah Wati, kawin dengan adik kepada Pak Anjang Kak Awa. Pak Anjang Kak awa ni suami kepada arwah mak Anjang kak awa yang merupakan adik kepada my father. Hahaha... fening ??? Wa pon pening... by marriage la kulaan kita nie... by blood InsyaAllah pasti ada.... Moyang2 terdahulu ka kan?

Sue.Aleen said...

kak awa,
betoi ler tu... memang benarlah kata tokndak (ibu sepupu mak saya) nama tokwan kak awa tu abdullah. abdullah (tokwan kak awa) + bakri (moyang saya) = sepupu. memang dekat beno kita ni.

moyang bakri ni kawen dengan syarifah (keturunan arab. meninggal pun di arab & dikebumikan di sana). dari perkahwinan ini lahir nenek saya (zainab), lahir pula mak saya (zaleha) & abang dia (said).

anyway, mak wati (anak tokndak) tu sepupu sekali kepada mak. saya dan wati pulak sepupu 2 kali. memang rapatlah juga dedolu masa bujang.

apa kata kita cari orang yang tua² dalam family kita so that kita boleh buat family tree? yang paling tua yang masih ada lagi sampai ke hari ini - moyang hajah nursiah binti hj samad (mak tokndak). umur dia mak cakap dalam 90+ tahun. memori masih bagus!

so kalo tak silap... saya takleh panggil kak awa dengan panggilan akak le ye.. kena panggil makcik.. heheheh...

cikliah said...

Haa... meh buat family tree nie... Baru leh nampak duduk perkara...

Anak sedara... lepas nie panggil Mak Ngah ek ? hahahahaha.... Dulu masa sekolah rendah, cukup anti kena panggey Mak Ngah. Anak menakan pupu nak dekat sama baya... Adehhhh....

La nie tak kesah dah laa... dah tua pon. Cucu pon dah ada kot nie... huhuhuhu...