Cikliah berceloteh lagi....
Takziah diucapkan kepada keluarga jiran saya Allahyarhamah Kak Ina yang telah kembali ke rahmatullah pada petang semalam 22 Disember 2008 pukul 6.10 petang.
Allahyarhamah telah koma selama 27 hari sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sungai Buloh. Sebelum itu Allahyarhamah telah menjalani pembedahan membuang tumor di kepalanya.
Kali terakhir menemui beliau adalah pada hari sepatutnya beliau menjalani pembedahan pertama tetapi ditangguhkan memandangkan beliau demam. Ketika itu saya baru saja mengetahui yang beliau akan menjalani pembedahan. Saya bertanyakan beliau perkara tersebut dengan lebih lanjut lagi. Di akhir perbualan, saya mengucapkan kata-kata selamat dan memberi perangsang kepada beliau. Beliau menjemput saya ke rumahnya selepas itu.
Namun kita hanya mampu mentadbir, Allah jualah yang mentakdir. Dalam menjalani kemelut kehidupan; saya terlepas pandang bertanyakan khabarnya dan tidak sempat menziarahi beliau sewaktu terlantar di hospital. Padahal dalam tempoh masa tersebut, saya ada ke hospital menziarahi bapa saudara saya yang dirawat di sana.
Saya yang terlewat menerima berita pemergiannya juga tidak sempat menziarahi jenazah di HSB memandangkan kaum keluarga akan membawa jenazah pulang ke Teluk Intan untuk dikembumikan di sana. Saya hanya sempat menemui kaum keluarganya yang sedang berkemas untuk pulang ke Teluk Intan di rumah.
Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
#Kak Ina adalah pemilik arnab comel yang pernah saya ceritakan dulu.
7 comments:
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Bila baca cerita mcm ni, tertanya-tanya bila pula giliran kita, kan?
Kak Emy,
Betul... entah bagaimanalah bahagian kita nanti. Semoga dapat kesudahan yang baik adanya... Amin
ya Allah.. dekatnya wad Allahyarhamah Kak Ina dengan wad Syafiah. tapi apakan daya.. kami saling tidak mengenali. wad neuro untuk pesakit dewasa adalah di tingkat 7, sementara wad kanak² adalah di tingkat 8. kami pun baru je keluar hsb semalam... lepas admitted 2 minggu
Sue,
Macammana Syafiah ? Kak awa mohon maaf tak sempat menziarahi Syafiah juga...
Rumah arwah yang mana satu? sapa suaminya?
rumahnya sebelah dgn sdr tazul...suaminya??? beliau kurang berinteraksi dgn kita la lan rambai tapi jiran saya amat mengenali arwah sekeluarga kerana suami arwah pernah bekerja dng jiran saya.....
Lan Rambai & Apai,
Yup...Macam Apai kata tu rumah dia antara rumah Tazul & Abg Mus yang bawak bas sekolah tu. Kalau saya bukak pintu belakang memang terus nampak rumah dia. Saya mmg tak sangka dia akan 'pergi' sebab dia kelihatan 'sihat'. Boleh jalan2. Last jumpa dia pun kat CM. Tapi menurut kata keluarga dia, dorang redha sebab dia dah lama menderita. Mungkin dia tak tunjukkan sakitnya tu depan kita walaupun hakikatnya dia sangat menderita. Saya pun tak kenal suami dia. Anak-anaknya pun saya tak kenal. Tengok gitu2 saja. Saya kenal arwahnya saja.
Post a Comment