Cikliah berceloteh lagi....
Kebelakangan ini ramai yang bertanya kepada saya, "Mana Berlingo?" "Lama tak nampak Berlingo?" "Berlingo sibuk ke?" dan soalan yang seangkatan dengannya.
Benar... beliau sangat sibuk dengan tuntutan kerja di pejabatnya. Jangan kata orang lain, kami sendiri "kehilangan" dia. Walaubagaimana pun saya dan C GaLoi akur dengan keadaan ini. Walaupun dia masih di KL, saya merasakan dia seolah-olah outstation.
Saya merasakan keadaan ini lebih teruk berbanding ketika dia baru pulang dari Segamat pada tahun 2000 dahulu. Sabtu dan Ahad bukan lagi cuti umum baginya. Oleh kerana beliau terpaksa bekerja lebih dari 12 jam, dan LRT merupakan pengangkutan yang lebih efisyen, beliau memilih untuk bermukim di KJ sahaja buat sementara waktu.
Agaknya inilah harga yang perlu dibayar kerana menolak untuk ditukarkan ke Calcutta atau ke Sungai Udang. Ya Allah... Permudahkanlah baginya....
Saya dan C GaLoi bergilir minggu balik ke SU atau berkampung di KJ. Ini adalah kerana saya sebolehnya tidak mahu membebankan TokWan untuk menjaga 2 orang cucu yang 'boleh tahan' akal mereka. TokWan juga kelihatannya kurang sihat kebelakangan ini. Biarlah Tokwan beristirehat beberapa hari sebelum bercuti ke Bali dengan CuMa pada hari Khamis ini. Terima kasih TokWan kerana sudi menengokkan C GaLoi sepanjang minggu lepas.
Minggu ini giliran MakLongKakak pulak untuk disusahkan. Lusa saya akan pulang ke kampung dengan C GaLoi saja. Minggu berikutnya saya mungkin akan bermukim di KJ lagi sehingga percutian sekolah berakhir. Selepas itu Auntie Bell come to the rescue. Inilah nasib orang tiada pembantu. Dan C GaLoi pula sudah pandai demand itu dan ini. Bukan boleh diatur-atur seperti dulu...
6 comments:
laaa padanla senyap je en berlingo!!!
saya ingatkan si BM ni dah ada "Cawangan Baru"......heee.....heeee....
jgn mare ye cikliah......
Cikliah, KJ tu apa ye?
Kadang2 saya pun mengalami situasi yg sama. Pengorbanan!!!
Azlie,
Apa nak buat... cari makan lorrr..
En Apai...
hahaha... sabau jek laa...
Fizah,
KJ = Kelana Jaya
la apasal tak terima tawaran kat Culcutta boleh jumpa shah rukh khan selalu.....tp dia ada sms kat aku.
kesiannya sol
sabara jer lah
tuntutan keja...
pun.. untuk isteri dan anak2 kan...
Post a Comment