Monday, December 01, 2008

RADHA VS Seratas

Cikliah berceloteh lagi....


Saya baru saja menyudahkan pembacaan sebuah novel kategori remaja ke dewasa ; Relevankah Aku di Hatimu (RADHA) oleh Rnysa yang saya kira agak menarik. Mula tergerak hati untuk memesan novel ini secara online dari Jemari Seni Publishing kerana telah diperkatakan sekurang-kurangnya dua kali dalam egroup alumni SERATAS. Ini adalah kerana latar belakang novel tersebut berkisar tentang SERATAS. Saya tidak ingat samaada penulis novel tersebut benar-benar ex-student atau tidak. Namun tahniah saya ucapkan kepada penulis novel tersebut kerana telah berjaya menjentik rindu saya pada SERATAS.



Seratas dalam suatu kunjungan sekitar tahun 2006

Walaupun hanya pada permulaan novel tersebut yang berlatar belakangkan SERATAS, namun ia mampu membuatkan saya menyusuri jalan-jalan kenangan semasa berada di sana. Saya di SERATAS tidak lama. Hanya 2 tahun kerana saya pelajar yang dimasukkan semasa di tingkatan empat. Oleh itu kesetiaan dan kecintaan saya pada SERATAS mungkin tidak setebal pelajar lain. In fact perasaan itu juga tidak jatuh kemana-mana sekolah yang pernah saya tumpang berteduh. Terlalu banyak sekolah agaknya. Sebulan di SMRLNR, 3 tahun 2 bulan di SMDB, hampir 2 tahun di SERATAS, 3 bulan di SMPBG - Lower 6, perasaan 'murid tua' itu tidak menyerap dalam diri saya berbanding rasa cinta dan tanggungjawab saya pada SKSB.

Menyelusuri kenangan, beberapa bulan terawal di SERATAS saya rasa seperti mengalami kejutan budaya! Saya berhadapan dengan persekitaran yang baru dan menekan. Nasib baik ada seorang rakan yang bersama-sama saya dari sekolah terdahulu. Walaupun kami tak berapa rapat di sekolah lama, hanya kerana saya 'budak hostel' dan dia 'budak luar', namun kami menjadi akrab apabila sama-sama tercampak ke bumi SERATAS. Namun, saya kira dia lebih beruntung kerana dia anak ustaz yang mengajar di SERATAS. Apa-apa hal ayahnya ada di sekolah.






Blok Aspuri - F (my dorm F2-3 and F2-4)

Walaupun sebenarnya saya mempunyai seorang kakak di SERATAS yang sememangnya telah belajar di sana dari Tingkatan Satu lagi, namun kakak saya seolah-olah tidak suka saya turut bersekolah di situ. Dia hanya menerima keberadaan saya di sana ketika dia masuk semula ke SERATAS sebagai pelajar matrikulasi.

Saya yang ketika itu di tingkatan lima dan dianggap 'senior' (walaupun saya baru masuk) ~ tumpang senioriti rakan sebaya :P. Pelajar matrikulasi hanya sebentar saja di sana sebelum dihantar ke Minden pada tahun kedua.

Saya seperti "bengap" semasa di SERATAS. Saya tidak dapat bersaing dengan baik di sana dan akibatnya semua science subjects saya jadi haru biru, walaupun kunun-kununnyer mendapat kelengkapan lab the best in town. Ini lah yang disebut-sebut oleh Guru Penolong Kanan HEA di SMDB dulu ketika saya ragu2 untuk menerima tawaran ke SERATAS dahulu.

Ketika peperiksaan amali berlangsung, barulah kakak saya mahu membantu. Untuk Kimia sudah ada yang sanggup memanjat tingkap mengintai bahan yang disediakan. Hanya perlu teka saja apa yang seharusya dikaji. Ketika itu saya masih kabur dengan jadual kimia apa bala tuh. Satu pun saya tak boleh ingat. Saya tidak mengerti mengapa saya sangat susah untuk memahami formula Kimia yang banyak sangat CCCccccc, OOOOOooo, HHHHHHHH itu.

Menjelang ujian amali Fizik, kakak saya memberi suatu petua dan beberapa nasihat. Katanya whatever it is graf mesti lurus dan perlu mencari tangen. So pandai-pandailah letak koordinat nanti sekiranya masa tidak mencukupi atau ujikaji tidak berjalan dengan baik. Saya tidak ingat apa yang saya dapat untuk ujian tersebut.

The only science subject yang saya boleh berdiri sendiri hanyalah Biologi. But then still tak boleh score dengan baik dalam SPM. Akibatnya saya hanya mampu tercampak untuk meneruskan pengajian dalam bidang social science rather than pure science. Hancur leburlah angan-angan untuk bergelar doktor perubatan seperti yang selalu diisi dalam kad berwarna biru di sekolah rendah itu.

:P :P :P

14 comments:

mimiejibam said...

apesal jalan cerita hidupmu lebih kurang sama cam jln cerita hidupku jua??

Anonymous said...

saya lak.....paling suka time kimia lab....abis buat ujikaji....mulalah buat ujikaji "haram".....sampai pecah tabung uji.....

Anonymous said...

still got chance to become doctor....do you beleive me?

Anonymous said...

oo baru ku tahu ni SERATAS ni aper.. Masa form 4 dulu dapat juga tawaran untuk sekolah ni.. kalu dah tentu kita berjumpa lama dah cik liah... heheheh
~kiss~

cikliah said...

MimieJibam,

Iyakah begitu? Kita ditakdirkan mempunyai banyak persamaan... hahaha..

En Apai,
owhhh...barulah saya tahu kenapa turn kami pakai lab semua benda tak ada.. korang pecahkan rupanya... hehehe

En Samrin,
Jadi doktor falsampah ek ... opss...:P :D

Kak Kiss,
Ye ke? Tak dak jodoh kita bertemu lebih awal nampaknya kan...

Lan Rambai said...

aku penah pi main kriket kat seratas.. tak nampak pun hang hahaha...

masa tu 1988.. hang tak masuk lagi benaqnya.

cikliah said...

Huk alaa.... Kalau 1988 tu ko gi kat SMDB aku ada kat situ... huhuhuhu... ehh.. SMDB tak der kriket ahhh...

the principal said...

cikliah,

kak emy selalu fikir, sesiapa yg terror science subjects tu mmg nerd & membosankan. Tu sebab masa kat kpg mak dah pesan masuk science stream, sampai STF masuk soc scie kerana dlm hati hanya nak jadi lawyer/ mana-mana cabang seni. Yg kedua tu belum kesampaian...

Jingga Studies said...

laaaa kak awa!
saya buat first year matrik kat seratas!!! padan laaaa nama nye very familiar ..apara

as oppose to u, i have sweet memories of seratas...

first of all, our first year results were not going to be counted..so no pressure to study!

then enjoy je laaaa..petang2 main hokey kejap then cabut keluar ke sungai/ waterfall kat belakang tu!! best giler...org pegi semyang maghrib baru kami balik hostel...

then pagi2 weekends kumpul batu..tuju kat babi kecik2 kat luar pagar tu...

malam2 panjat atas surau yg berbentuk masjid..cool view..haha..

semayang jumaat selalu lepak with my koleq mates yg buat a level kat telekom ke TBM something like that ...

keluar bandar kena pakai seluar coklat!!! haha..pastu asyik kena kacau ngan pondan2 kat lake garden...giler seram pondan2 tu..dah la bagak2...oh lake garden tu cun abis !!!

oh penah sekali kena kejar ngan babi hutan!!! babi tunggal yg agak besar...bukan babi kecil2 berkumpulan yg selalu muncul masa pagi weekends..+ kat dalam compound sekolah lagi tu!..gelabah giler..saya elak sikit dia sondol tiang...giler

and the weather there is so cool..winter all through out!

woh seratas is the best!!!! for me laaaaa

cikliah said...

Kak Emy,

Sibbaik saya tercampak ke Soc Sc. Kalau tidak kak emy tak kawan ngan saya kut2 saya jadi nerd... hahahaha... Alasan...

JS,
Wahhhh! That's sounds so interesting ! Ya laa.. compared to koleq... sah2 la seratas the best dari segi surrounding laa... hehehe...

Mandi sungai tu best. Kitaorg lagi memang kena mandi sungai petang2 hari sebab Taiping ketandusan air masa tahun 1990 ! Gilerssss.... setitik air pon tarak at hostel...
Pagi-pagi tumpang tempat pak guard untuk berwuduk jek. Mandi tak yah... Kalau rajin redah le gi sungai tuh... :P Ada dekat sebulan gak ler kena camgitu.

Sebenaqnya banyak gak sweet memories kat sana... tapi saja jer keluarkan yang sadis-sadis... hahaha...

Anonymous said...

SERATAS- sek raja tun azlan shah, SMRLNR - sek men raja lope nor rashid, SMDB - sek men doktor burhanuddin, SKSB - sek keb sungai baru?

cikliah said...

Dear Ms/Mr Anon,

Yup... kecuali SKSB stands for Sekolah Kebangsaan Sungai Burong... ;)

Anonymous said...

oleh yang demikian, secara turutannya ialah: sek keb sg burong-->sek men raja lope nor rashid-->sek men dr burhanuddin-->seratas-->sek men panglima bukit gantang->???

cikliah said...

yes... ms/mr anon...
cam familiar jek sumer tuh ? been there ?