Monday, June 22, 2009

Urut

Cikliah berceloteh lagi....

Belum pernah dalam sejarah hidup, saya di'kerabu'kan sedemikian rupa oleh tukang urut. Kali ini medak isi guwe dikerjakan dek makcik tukang urut tuh.

Setiap kali musim cuti sekolah berakhir, saya selalu dilanda sakit urat. Ada lah part tertentu yang diserang. Kalau nasib pinggang yang tak baik, pinggang lah yang menerima akibat. Sekali tu, kena sakit pinggang gara-gara mengangkat beban baju basah balik dari Pulau Kapas. Siksa betul menanggung sakit terhentak-hentak sepanjang perjalanan dari jeti Pulau Kapas ke KL.

Saya berjumpa doktor terlebih dulu (to get an MC ;) dan doktor sarankan saya makan ubat. Sekiranya masih sakit, barulah pergi berurut. Sakit berkurangan dan saya melupakah hasrat untuk berurut. Namun bila sakit tersebut menular ke bahagian lain, barulah saya ada gut serah diri kepada tukang urut. Masa tu walaupun agak sakit tapi okaylah. Side effect tidaklah obvious sangat dan Alhamdulillah sakit tu lega.

Pagi Isnin mula sekolah yang baru minggu lepas, saya tiba-tiba sakit leher teramat. Susah betul nak menoleh kiri kanan. Saya fikir mungkin 'salah parking' dan cuba petua seperti menjemur bantal dan memukul tengkuk dengan bantal tersebut. Kak Ida, jiran saya menyarankan makan sejenis painkiller khas untuk sakit sendi. Tak tahulah yang mana satu mujarab, rasa seperti sedikit kurang.

Pagi sabtu, saya called makcik tukang urut yang belum pernah saya cuba perkhidmatannya sebelum ini. Makcik tukang urut datang ke rumah pada petang hari tersebut. Start mengurut makcik tukang urut komplen kata badan saya keras. Macam dejavu jek ayat-ayat tu... huhuhu..

Makcik kata lagi seeloknya kena balas urutan ini. Maksudnya kena buat 2 kali. Kali pertama untuk memecahkan angin. Kali kedua, barulah boleh mengurut untuk membetulkan urat. Tak boleh dibuat berturut hari kena badan dijangkakan akan bentan 2 hingga 3 hari. Jadi, sewajarnya minggu depan diurut lagi selepas bentan surut. Demikian penerangan rawatan yang akan diberikan.

Tempoh mengurut selama 2 jam terasa amat menyiksakan tapi saya tak berani komplen sakit, kunon macholah sebab saya sendiri yang menyerahdiri. Tapi mulut berdesip-desip, muka berkeriut-keriut jugak menahan sakit. Makcik bertanya jugak jika terlalu sakit. Saya kata boleh tahan. Padahalnya saya rasa sungguh sakit sehingga 'rasa macam nak pukul balik'... hahaha...

Bahagian tengkuk dan tumit yang sakit, diulitnya habis-habisan. Segala urut kecik besar, seolah-olah digerudi dan ditarik keluar. Di tempat-tempat yang katanya ada angin dipicit-picit. Sakitnya hanya Allah sahajalah yang tahu. Saya macam kena pukau, redha walaupun sebenarnya amat sengsara.

Akibatnya, lebam-lebam kaki, tangan dan badan saya. Huwaaaaaa...

Thursday, June 04, 2009

Tahniah !

Cikliah berceloteh lagi....

Cuti sekolah datang lagi
Musim orang membuat kenduri
Sempena anak-anak masuk jawi
Kenduri menerima menantu
Kenduri masuk rumah baru
Kenduri kendara di sana sini



Tahniah kepada Puan Ina aka Azellica yang telah melangsungkan perkahwinan pada 30 Mei 2009 yang lalu. Seolah mini reunion dalam majlis tersebut, sempat bertemu dengan ex-officemates yang sudah lama tidak bersua muka seperti Kak Aizan dan Kak Sti.




Juga tahniah kepada En Bebe dan Puan Nora yang juga telah menaiki pelamin pada tarikh yang sama di sebelah perempuan dan di sebelah lelaki sehari kemudian. Peluang bertemu kaum keluarga sebelah husband di Melaka yang sudah lama tidak ditemui.

Semoga kedua-dua mempelai berbahagia dalam menempuhi bahtera perkahwinan dan dikurniakan anakanda yang soleh dan solehah dan memperoleh rahmat dari Ilahi.
Aminnnnnn....

Wednesday, June 03, 2009

Apa yang penting ?

Cikliah berceloteh lagi....

KERJASAMA....

C Ganal, Adda, C Haloi

Cuti sekolah muncul lagi. C Ganal and C Haloi nak bagi Auntie Sue rehat. So again Mak Long Kakak, comes to the rescue. Kalau Maklong perlu ke sekolah, maklong akan bawak bebudak bertiga :- C Ganal, C Haloi and Adda (maklong's daughter) ke sekolah. Seronok la dorang ikut maklong pegi school. Adalah modal nak bercerita dengan kawan-kawan nanti akan aktiviti masa cuti sekolah. Adapun C Ganal pernah merungut kenapa saya tidak jadi cikgu seperi mak kawan baik dia; Maria. Reason :- nak pergi sekolah seperti Maria pergi ke sekolah mak dia masa cuti sekolah. Hmmm...

Alhamdulillah, so far bebudak bertiga nie memang ngam walaupun kadang-kadang ada gado gak la sesikit. Standard bebudak. Tatak Ela (panggilan Adda kepada C Haloi) pun dapatlah merasa jaga adik. Tolong mandikan Adda (kunonnyer lah). Since ada sorang jek budak kecik, kadang-kadang C Haloi berebut dengan C Ganal nak 'jaga'kan Adda. Cuma lately bila C Ganal dah melekat dengan hobi baru - bercinta dengan novel, so dia tak kisah sangat hak penjagaan itu lagi.

Semalam MakLong ada kelas Kumon waktu petang starting 5 pm. Since toktih yang selalunya jaga Adda belum balik dari kampung lagi, so I have to take turn shift petang look after bebudaks. So semalam kunon balik awal sikit which is 8 minutes earlier. For today's arrangement, maklong masuk pukul 6. So sempatlah kot balik sharp 5.30 on the dot.

Selalunya kalau TokTih ada, before pegi Kumon, MakLong akan hantar bebudak bertiga ke rumah TokTih di Kuang. Then Mak Ngah Awa (saya le tu) akan jemput bebudak bawak balik ke SU. Adda kemudiannya akan dijemput MakLong di rumah selepas Kumon selesai lebih kurang pukul 10 malam.

Nasib baik ada maklong yang duduk di taman sebelah. Bolehlah mengadu nasib terkejut tergempar jika ada masalah.

Next week, InsyaAllah akan berkelana ke Kelana Jaya pulak. Ganggu ketenteraman tokwan dan orang-orang di sana pulak. ;)

Thursday, May 28, 2009

Musim Panas

Cikliah berceloteh lagi....

Tika dan saat ini, hari telah berganjak ke pukul 1.08 minit pagi. Mata masih segar, tak mahu terlelap pulak. Mungkin kerana sudah tidur petang tadi penangan ubat yang diambil tengahari tadi. Hari ni (actuallynya semalam ie 27/05/2009) aku on medical leave.

Tika dan saat ini juga aku sedang menikmati segarnya udara sejuk dan hujan yang sangat kurindui kebelakangan ini. Pintu jendela ini kukuak seluas mungkin... ahhh.. tempias pula... tutup sikit.. dapatlah udara sejuk mencuri masuk ke dalam rumah. 2 hari lepas waktu pagi hujan lalu sebentar di SU. Alangkah sukanya hatiku... ku biarkan pintu terbuka untuk menikmati suasana sejuk itu.

Pehhh.. bermadah pujangga pulak. Tapi sungguh sekarang panas betul. Pokok-pokok kekeringan. Rumput tak perlu dimesin kerana sudah kekeringan layu. Duduk dalam rumah berpeluh-peluh. Pagi-pagi lagi dah berpeluh sakan. Panas siang tak mampu disejukkan dengan kehadiran waktu malam. Apatah lagi dengan kedudukan rumah yang menghadap matahari jatuh. Semua panas dari tengahari ke petang di'absorb' oleh batu rumah dan akhirnya menjadikan rumah seperti sauna.

Teringat masa mula-mula pindah ke sini. Pokok untuk melindungi rumah masih tak ada. Malam-malam tak boleh tidur di tingkat atas. Anak-anak sampai demam dibuatnya. Lastly bentang 'lembek' pakat-pakat lena kat bawah. Bagi membantu melembapkan kawasan sekitar, gantung baju-baju yang sudah dicuci di bawah kipas. Bangun pagi tengok baju pun dah kering. 2 in 1 gitu.

Begitulah panasnya cuaca ketika itu. Ada bajet sikit, barulah dapat pasang aircond. So sekarang aircond pun kena pasang sampai ke pagi. Selalunya pukul 1 atau 2 pagi dah boleh off, tapi sekarang, off saja ada yang terkuit-kuit kepanasan. Nak bukak tingkap, nyamuk banyak pulak lately.

Hujung minggu kalau dapat pegi berendam kat sungai alangkah bestnya. Tapi mesti ramai orang. Last sekali pegi mandi sungai adalah ke Lata Kinjang tempohari. Tak best sangat sebab tempat kecik, orang ramai pulak.

Seingat saya the best mandi sungai yang pernah saya lalui adalah semasa sehari selepas tamat menduduki peperiksaan SRP iaitu pada tahun 1988 di Trong, Perak. Masa tu saya dan kawan-kawan pergi 'celebrate' lah konon-kononnyer. Semua orang kena kerja dan yang sekolah dah kena kembali semula ke sekolah kecuali kami yang baru merdeka. So apa lagi. Mengubang sakan. Group kami jer ada masa tu. Memang enjoy sungguh. Almaklumlah baru terlepas beban. Nasib baiklah tak jadi apa-apa. Kami ikut petua orang lama. Kalau daun mulai gugur cepat-cepatlah naik dan balik sahaja. Petanda hujan di hulu mungkin akan mengundang bahaya.

Pernah sekali masa saya di Tingkatan Lima, ikut rombongan mentor-menti kepada dua orang cikgu ke Negeri Che Siti Wan Kembang. On the way back, kami singgah di suatu anak sungai. Saya pun dah tak ingat di mana tempatnya tapi dalam perjalanan di Jalanraya Timur-Barat itulah. Malang tidak berbau. Salah seorang rakan saya nyaris lemas dibawa arus kuat. Nasib baiklah ada orang tempatan yang berada di sekitar tolong selamatkan dia. Selepas itu kami semua mengunci mulut agar cerita tersebut tidak terlepas kepada pihak sekolah hatta guru pengiring sekalipun. Cari nahas.. alamat akan ada rules baru selepas itu la jawabnya !

Mandi sungai yang kategori muntah hijau adalah sewaktu Taiping dilanda kemarau. Hampir sebulan, waktu games petang dipenuhi dengan acara mengangkut baju kotor ke sungai di belakang asrama untuk dibasuh ala-ala gadis pingitan zaman dulu-dulu. Mandi lah puas-puas masa tu. Then pagi esoknya hanya sekadar cuci muka dan ambil wuduk saja. Tak ingat pulak ada tak yang berani turun ke sungai pada subuh hari kerana jarak yang agak jauh dan diluar kawasan pagar. Tapi yang kaki fly tu apa ada hal kan? Yang tak bestnya boys mandi di bahagian atas sikit. Girls bawah lagi dekat dengan pintu pagar. Bawah lagi perkampungan mak nyah yang bekerja malam di kawasan sekitar taman tasik. Ngeri jugak kan ?

Dengarnya cuaca panas ini akan berlarutan sehingga bulan September nanti. Harap-harap akan keraplah hujan melintas seperti sekarang ini. Hujan pun sudah mulai reda. Saya nak cuba pujuk mata agar bisa dilelapkan atau mungkinkah saya jadi penjaga masa. Tepat pukul 2.30 am nanti ada orang tu nak qiamullail... errrr... tengok bola... saya tak join... tak reti aku bola-bola nie.... iskkkk

Tata.. titi... tutu... sampai jumpa lagi....

Wednesday, May 27, 2009

asadas

Cikliah berceloteh lagi....