Disclaimer :-Cikliah berceloteh lagi....
Sayugia dimaklumkan entry kali ini sangat panjang. Lebih panjang dari yang sebelumnya. Jika sudi, jemputlah membaca tapi jika anda tidak bermaksud untuk memeningkan kepala dengan karangan SPM saya pada kali ini, anda dijemput menatap gambar di akhir entry di bawah. Sekian dimaklumkan.... ;)
Entry kali ini saya menyambung kembali menulis mengenai tempat menarik semasa Cuti-cuti Malaysia sekitar Mei, 2008 yang lalu. Harap dapat memberi info , manfaat dan idea kepada sesiapa yang bercadang hendak bercuti ke sekitar utara Perak.
Saya skip tempat-tempat menarik sekitar Kota Bahru dan Pangkalan Kubor kerana rasanya telah banyak info berkaitan negeri Che Siti Wan Kembang ini.
Pada petang/malam satu Malaysia havoc dengan kenaikan mendadak petrol dari RM1.92 ke RM2.70 kami dalam perjalanan dari KB ke Pulau Banding melalui Jalan Raya Timur Barat-Jeli. Nasib baik KIA Prego sedia diberi "minum" diesel tengahari itu. Sepanjang jalan di mana-mana saja ada stesen minyak, penuh jalan sesak.
Sempat berehat sebentar di RnR Jeli sebelum meneruskan perjalanan. Kami sampai di Belum Rainforest Resort tatkala jarum jam menganjak ke angka 12 pada malam itu dalam keadaan hujan renyai dan kadangkala lebat. Alhamdulillah perjalanan waktu malam merentasi Jalan Raya Timur Barat yang agak mencuakkan berakhir dengan baik. Risau juga sekiranya tiba-tiba bertembung dengan kumpulan gajah yang melintas.
Pada mulanya kami tidak bercadang untuk membuat apa-apa aktiviti di sini kerana hasrat awal hanya untuk merehatkan badan kemudian meneruskan perjalanan ke Kroh/Pangkalan Hulu. Tapi apabila melihat ada crew program 3H2M berada di sekitar resort, pastinya ada sesuatu yang menarik di sana.
Pagi esoknya selepas sarapan En Berlingo bertanya kepada pihak resort sekiranya ada aktiviti yang menarik sekitar Pulau Banding dan Tasik Temengor tersebut. Mereka memberitahu ada pakej menjelajah sekitar tasik dengan menaiki bot dan jika mahu, boleh juga menjejaki raflesia!
Sekiranya ada pas kebenaran, boleh menjelajah sehingga ke Royal Belum. Pas perlu dipohon sebulan lebih awal dan perjalanan adalah lebih adventurous. Jadi untuk rombongan keluarga seperti ini, kami cukup berpuashati jika dapat bersiar-siar sekitar tasik dan melihat raflesia dari dekat.
Pemandu pelancong kami (saya lupa namanya) di samping memandu bot menerangkan asal usul Tasik Temenggor. Menurut beliau jika kawasan berair itu adalah tasik buatan yang diempang dengan 2 tujuan. Pertama kawasan simpanan air dan yang kedua untuk memusnahkan sarang komunis dahulu. Menurut beliau kawasan air sepatutnya, disebut Tasik Temengor dan daratan itu dipanggil Pulau Banding. Ramai yang keliru dengan panggilan Tasik Banding.
Beliau bercerita lagi sepanjang pembinaan lebuhraya timur barat banyak berlaku serang hendap dari pihak komunis yang bukan sahaja memusnahkan pembangunan yang cuba dibangunkan bahkan peralatan seperti jentera berat turut dibom. Lebih mendukacitakan beratus-ratus nyawa pekerja dan tentera terkorban semasa pembinaan sehinggakan didirikan satu tugu peringatan di tepi jalan raya tersebut.
Melihat Tasik Banding yang tenang dan bersih, saya bertanya tentang batang-batang pokok yang berceracak dalam Tasik Banding yang saya dapat saksikan sekitar tahun 1989-1992. Menurut En Pemandu Pelancong, balak2 tersebut telah ditebang menerusi aktiviti pembalakan bawah air. Kayu-kayu yang terendam dalam air bertahun-tahun lamanya ini sangat kuat dan bagus sekali. Pembalakan bawah air ini hanya dapat dibuat oleh mereka dari luar negeri sahaja. Orang Malaysia sendiri tidak sanggup untuk menyelam dan menebang balak dari dalam air. Dan pastinya pembalakan bawah air ini menelan belanja yang banyak utk bekalan oksigen dan sebagainya. Namun hasilnya tentulah lumayan juga kerana kayu-kayu ini sangat bernilai tinggi.
Dalam tahun 1980-an saya pernah membaca satu novel berkaitan pembinaan Tasik Temenggor ini. Bagaimana penduduk dipindahkan dan kontroversi mengenai nasib binatang di sekitar kawasan ini. Menurut En Pemandu Pelancong, penduduk kampung yang terbabit telah dipindahkan ke suatu kawasan di daerah Lenggong yang diberi nama Kampung Belum Baru. Dusun, kebun dan sawah padi mereka masih ada di Belum. Namun untuk sampai ke sana ketika ini, ianya memerlukan permit dari pihak berwajib dan perlu diiringi oleh tentera.
Sebenarnya resort ini baru saja dibangunkan semula. Menurut staff yang melayan pertanyaan saya ketika "merisik" akan resort ini, part of Pulau Banding ini diambilalih oleh Emkay Land untuk dibaikpulih. Ketika saya mencari info berkaitan Pulau Banding ini di internet, hanya inilah satu-satunya resort yang ada maklumat. Satu lagi Aman Chalet. Malangnya contact number tiada.
Ketika kami menginap, resort itu baru saja siap dibaikpulih dan kami ditawarkan pakej harga yang sangat menarik ketika itu. Dengan kemudahan yang disediakan, memang sangat berbaloi. Aktiviti baikpulih juga sedang giat dijalankan. Ada jambatan kayu yang sedang dibina dari resort ke petempatan Orang Asli yang sangat kukuh (pastinya menggunakan batang-batang kayu balak dari dalam air) untuk tujuan trekking dengan menggunakan basikal atau berjalan kaki. Katanya kekuatan jambatan tersebut, kereta pun boleh lalu.
Menerusi blog Datin Seri Fatimah, barulah saya tahu Belum Rainforest Resort ini baru saja dirasmikan oleh Sultan Perak pada 9 Julai 2008 yang lalu.
Selepas membersihkan diri kami bersiap untuk check out dan meneruskan perjalanan kami ke Lenggong pula selepas itu. InsyaAllah, jika ada kesempatan pada lain ketika, saya ingin kembali ke sini dan merasai percutian berkonsepkan ecotourism ini lagi.
#~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~#
Mohon maaf... masih menjadi karangan terpanjang abad ini. Kali ni MimieJibam nak bagi A1++ ke? :D.
Bagi yang tidak mahu membaca bebelan ku di atas sana, mari layan gambar saja ya....
Suasana dalam bilik penginapan...
Tasik Banding yang tenang dan damai...
Suasana sekitar resort ...

C GaLoi yang sungguh ceria dalam perjalanan menuju ke jeti...
Bergambar kenangan sebelum memulakan pengembaraan...
Melewati bawah Jalan Raya Timur Barat
Menyusuri Tasik Banding dengan aman damai...
Bot makin laju menuju destinasi ...

Menghampiri kawasan reflesia bersemayam ...
Disambut dengan larangan ini ...

Tak expect perjalanan quite adventurous. Pakai selipar begini, susah sikit nak mendaki ke kawasan tersebut ...

Raflesia yang sedang mekar, tapi jauh la pulak...

Kudup bunga pakma atau reflesia di akar atas tanah ...

Ouchhh... yang ini terkopak sedikit kelopaknya...

Kudup pakma di atas batang pokok
Banyak kudup di atas pokok yang biasa tak kembang terus mereput. Hanya kudup di atas tanah saja yang biasa survive dan berkembang...
Bunga reflesia atau pakma ini walaupun busuk baunya tapi mempunyai khasiat perubatan terutama sekali bagi wanita selepas bersalin.
#~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~#
7 comments:
Ramai yg pergi bercuti. Ouch pilunya. Dah 2 tahun tak ke mana-mana. Oops, ada sekali gi Cherating after election. That's it.
Sabar je lah....
wah,nice la kak...tapi nape pakai selipar je dlm hutan?bahaya tau..hehe
besok ke Penang..hehe
hehehe... nih pemeriksa kertas SPM dah mai... tahniah anda mendpt A1++ seperti dijangkakan...
mak oi berpinau mato den membaco...
tp syok ek dpt tgk bunga raflesia tu dr dekat... takde seludup brg seketoi ke?
ketika ayah masih bertugas.....ada Markas Taktikal (Pulau Banding)untuk Rejimen Artileri yang berpengkalan di sana dengan penempatan aset-aset meriam di sepanjang Lebuh Raya tersebut....(malah 1 Bateri Meriam Medan masih ditempatkan di Hutan Royal Belum untuk fire support)
....ikan kaloi dan tioman byk le....setiap kali selepas tamat operasi, ayah saya akan menyuruh anak buah membawak balik ikan kaloi yg bubuh dlm tong peluru meriam utk diletakkan di dlm akuarium berek bujang di Kamunting...
nk tanya skit...ada tak resort baru yg dlm proses pembinaan kat tasek banding ni...mmber sy kata ada projek besar kat situ..dier mintak quotation so sy bg lor..dier ckp prjk resort kat tasek banding tp sy x tau resort tu wujud ke x...nmpk mcm x wujud je...resort yg dah mmg ada..ada la...yg tgh wat rasanya x da kan
En Apai...
Pakcik pemandu pelancong tu ada bagitau pasal ikan toman sebesar peha orang dewasa banyak dulu2. Tapi la nie dah makin pupus. Dalam kolam dekat resort tu ada la depa bela, banyak ekor jugak la.
En Pejal5A2001,
Saya tak pasti ada resort lain ke tidak. Tapi Belum Rainforest Resort ni pun masih banyak yang sedang dibangunkan. Cuba tanya dia apa nama resort tuh...
salamms, me plan nak gi temenggor.. mcm menarik
Post a Comment