*~~~~~
Entry ni sudah lama ditulis tapi tertinggal dalam draf aje. Tak sempat nak siarkan. Sebelum bercuti panjang, kulepaskan saja garapan yang dah nak expired ini. Huhuhuhuhu
*~~~~~
Rasanya hujung minggu lalu, penuh dengan aktivi JJCM dan juga JJCT. :P
Petang Jumaat 23 Mei 2008, hujan lebat sekali seolah-olah mengucapkan kata perpisahan kepada Pedra Branca aka Pulau Batu Puteh. Perjalanan pulang dari office agak sesak memandangkan cuti hujung bulan di mana kakitangan kerajaan dan beberapa syarikat swasta yang lain meraikan hari gaji. Sementelah pula sekolah akan mula bercuti selama 2 minggu.
On saturday, lepas hantar Delia ke SR centre for her Smart English Tutorial Class, serasa ingin mengutip kenangan lama. Maka kami beranak merayau-rayau sekitar Tasik Biru untuk breakfast. Dulu, masa mula-mula pindah, sarapan pagi di Tasik Birulah yang paling digemari. Lepas itu merayap ke nurseri pokok di sekitar Pusat Kusta, Jalan Subang dan juga sekitar Kundang. Dulu, Kundang merupakan pusat jualan pasu 'reject'. Walaupun 'reject' tapi sebenarnya masih baik, defectnya hanya sedikit eg calar, bunga tak sekata. Tapi lama kelamaan, jualan pasu reject juga boleh diperolehi sekitar Merbau Sempak sahaja.
Selepas makan dan bok bek mengenai masa depan SuDotNet, kami ke misi seterusnya mencari Pregio atau Hiace. Kerana kesuntukan masa, misi tersebut dipindahkan ke atas jemala Muthalib Auto.
Kembali semula ke SU untuk mengambil adik seterusnya ke Pastry Station. Dia hanya minum beberapa teguk susu sebelum ke kelas tadi. Misi seterusnya cari tiles bagi menggantikan tiles yang pecah hari tu. Balik semula ke area Sungai Pelong untuk membeli tiles di Yoon Da. Dah siap dengan urusan tiles, En Berlingo mengajak kami ke Rimbun Dahan. Mendengar cerita Azlie mengenai Rimbun Dahan, membuatkan kami teruja untuk turut berkunjung ke sana.
Agak lama di galeri pameran Rimbun Dahan, bukan kerana melihat kawasan sekitar seperti yang PakNgah ceritakan. Tapi kerana menyelesaikan kes suatu binaan yang rosak dikerjakan anak-anak daraku. MasyaAllah..... haa... baru komer tau ek... orang asyik tengok galeri, deme sibuk lari-lari main batu.

Menurut pengurusnya yang ketika itu belum sampai, kerosakan perlu diteliti dan pemilik akan membuat anggaran kerosakan. Sekiranya nasib tidak menyebelahi kami, terpaksalah kami membayar untuk binaan tersebut dengan harga terkini RM7000 !!! Kerana mood sudah tiada, kami mengambil keputusan untuk balik sahaja selepas meninggalkan contact number untuk dihubungi Puan Pengurus kelak, tanpa meneruskan lawatan ke kawasan lain.
Nama binaan ini The Strength seperti yang ditulis dalam nota di bawah.
Rupa-rupanya tidaklah sekuat mana. Berderai jua disentuh dek C Ganal dan C Haloi dengan sedikit tolakan gamaknya.
Ini saja yang pecah sebenarnya. Dah tegak balik diangkat oleh pekerjanya.Owhhh ya... semasa menunggu Dr S sampai, Pengurus Rimbun Dahan telah menghubungi kami dan memberitahu berita gembira. Pemilik/pereka binaan tersebut telah memeriksa kerosakan dan mengesahkan kerosakan tersebut boleh diperbaiki. Syukur sesangat. Actuallynya hati kecil aku berkata-kata, kalau kena bayar memang tak patut, kerana kerosakannya kecil sahaja. Aku rasa aku pun boleh correct it. hehehehe... Bancuh simen jer dan masukkan dalam acuannya. Tapi hati budi orang mana lah kita tahukan. Dibuatnya pemilik tu "datang bulan", harus terbang pitih sebanyak yang disebutkan tadi ! Errrkkkk... dummmm... pengtan...
Oleh kerana hati dah senang, kami keluar semula menghala ke Kepong dengan membawa sebungkus kekroti yang expired. Hajat hati nak cari tasik, nak bagi makan ikan.
Masa tu terbayang nak ke Tasik Biru lagi, tapi pagi tadi dah pergi, so takkan ke sana lagi. Destinasi seterusnya, Taman Metropolitan Kepong, tempat kami main kites dulu. Sampai kat The Store rintik-rintik hujan telah pun turun. Teringat pula tentang hutan simpan di Damansara Damai. Kut-kut hujan berhenti, boleh jugak jungle tracking kat situ. So, sampai simpang ke DD, kami pun masuk. Tapi hujan bertambah lebat memaksa kami terpaksa berpuashati dengan menjengah ke McDonald's drive thru dan menikmati hidangan dalam kereta ditemani curahan air hujan yang sangat lebat sekali. Habis makan, hujan tetap tidak seriat, lalu niat untuk tracking hutan simpan DD terpaksa dibatalkan dan kami terus balik.
Malam Ahad, layan konsert akhir AF6 sambil berforum di Cari. Sempat YM dengan Ina@Bahrin. After habis konsert sambung tengok movie kat TV3. Best jugak citer fiksyen ni. Bebudak lena kepenatan sebab seharian tak der rest. Tak larat nak angkat dorang yang dah berkilo-kilo ni, biar jek dorang tidur kat sofa ingat nak tunggu ayah balik angkatkan. Alih2 kakak terbangun la pulak. Elok pulak time tu, citer tu tengah ada adegan 18sx. Yelah.. dah pukul 12.30 lebih. Adehhh.... tutup tiwi dan tros ajak dorang naik tidur. Terpaksa gak dukung adik yang silamak(dia sendiri ngaku nie :D). Semput 3 menit.
*~~~ Ahad~~~*
Pagi Ahad, En Berlingo bersama-sama ayah Hud aka Cikgu Azhar pergi menyibuk ke tapak penternakan ayam yang sangat menjadi isu di Mukim Ijok ini. TV3 datang membuat liputan sekali lagi. Ini kali kedua liputan ini dibuat oleh TV3. Pertama kali sewaktu rancangan realiti pengacaraan TV3 suatu masa dulu. Lupa pulak nama rancangan tu. Kita tunggu dan lihat lagi apa perkembangan selanjutnya mengenai isu bau-bauan ini. Liputan pada pagi tersebut keluar dalam buletin utama malam itu.
Since Dato MB adalah ADUN Ijok, sewajarnya isu ini dapat ditangani dengan baik sekali. Kasihanilah kami yang terpaksa menanggung masalah ini sekian lama. Dari tahun 2006 lagi, SUTRA (Persatuan Penduduk Saujana Utama) memperjuangkan isu ini sehingga terbitnya satu klip video bertajuk Saujana Utama Menjerit 2.
http://www.youtube.com/watch?v=h3nglANWPmQ
Tengahari tu, JJCM ke d' Melody Cafe di SU3. Belum pernah makan kat sini sini, so okaylah try. Adik and kakak just nak makan kek coklat aja katanya. So beli dulu kat Pastry Station sebelah tu. Macam-macam ada kat SU sekarang nie. Lega.....
Order set lunch aja. Nasi putih + ayam masak merah. Pakej dengan air sirap selaseh. Adik tegur aku ambik air sirap. Sebab sebelum ni aku pernah cakap kat dorang sebolehnya elakkan minum air sirap. Sebabnya, banyak kali email regarding pewarna merah yang diperbuat dari "semut api" ? Apa ke namanya. Dan banyak kali jugak promo rancangan Pengguna dan Anda di Radio24 memainkan isu ini. Nanti rajin aku godek dan baca betul-betul. Tapi apa-apa pun regarding food colouring ni memang tak bagus untuk kesihatan pun kan ?
Kakak yang kononnyer nak makan kek aje, teruja melihat set lunchku dan mintak nak makan sama. Adik pulak terpesona dengan cheese tart yang dijual di situ. Dia memang hantu cheese tart pun. [Oleh kerana kakak sangat teruja, sekali lagi kami mengunjungi de Melody Cafe malam itu. Dia order set itu jugak. Adik sekali lagi makan cheese tart. Confirm hantu tart. Sampai habis tart yang didisplay kat situ dirembatnya.]
Meal set yang menjadi pujaan kakak.
Selepas makan, kitaorang ke SU2 sebab nak hantar tiang buaian ke rumah forumer SUDOTNET yang bernama Faretha Begum. Janji dengan dia nak kasi tiang buaian ni. Cantik rumah dia. Teruja sangat dengan balkoni kayu di sekeliling rumah. Nampak eksklusif.
Since aktiviti memulihara orkid masih terbengkalai kerana kekurangan bahan, kami kemudiaannya menghala ke nurseri pokok di sekitar PKKN. Menurut kata kak Ida jiran sebelah, mungkin ada sale memandangkan mereka kena kosongkan kawasan tu untuk pembinaan kampus Medic UiTM. Sebelum membuat aktiviti jual beli, seperti biasa rounding dulu ke kawasan sekitar. Tah mana ceruk kami masuk. Ada satu tempat berbukit tu cantik sangat, diteres dan ditanam dengan rumput. Terasa macam di Tanah Jawa pulak. hehehehe....
Bila hujan mula merintik baru tergesa-gesa nak beli barang. Sempat rembat serpih kayu 2 pek, 4 warna bianca dan sepohon bauhunia, hujan turun dengan lebatnya. Berpayunglah kami 3 beranak (ayah melayan mata dalam kereta) menyusuri jalan antara nurseri cari tanah. Hajat hati nak beli tanah yang berwarna kuning yang biasanya dorang buat semai pokok, bukan yang ready pack tuh tapi sorang pekerja pun tak nampak rupa dah. Jenuh dok helo... hello... anybody home. Sapa pun tak mau keluar dah. Uhukssss....
Lastly balik jek lah. Sampai kat Jalan Kepong-Sungai Buloh, air dah naik ke jalan. Seronok pulak langgar2 air nie tanpa tahu rupanya ada musibah yang menanti. [ Akibatnya esok paginya on the way ke tempat kerja, "daun pisang" myviku tertanggal dan mengenai tayar. Terpaksa berpatah balik mintak tolong Mutalib Auto buat something ie ikat dengan dawai. Rupanya clip bawah tu dah bertaburan. Sebenarnya banyak kali dah "daun pisang" ni buat hal, semenjak pertama kali aku langgar perdu buluh di kampung]
Otw nak balik lalu ikut PJH-Merbau Sempak, hujan pun seriat, singgah "Tuuuuu dia Pak Tam" kat tempat makan tepian sungai Buloh. Hanya satu gerai yang beroperasi. Bau sup menusuk rasa. Rupa-rupanya bukan sup tapi bau masak kurma daging. Adik yang belum makan nasi mintak nak makan nasi lauk kurma daging. Kami bertiga makan laksa. Laksa pun not bad gak. Baru nak melayan laksa, hujan kembali lebat dengan guruh berdentam dentum, kilat sabung menyabung. Air sungai nampak deras sekali. Kalaulah air sungai itu jernih, terpelihara... mungkin tempat ini akan jadi terkenal suatu hari nanti.
Tunggu hujan seriat sikit, then kami teruskan perjalanan untuk balik ke rumah. Tapi sebelum tu sempat pulak aku singgah MS pasu reject kat Lorong 6 Merbau Sempak. Memikirkan ada 4 jenis bianca yang dah dirembat tadi, teringin pulak nak beli pasu dan tanah hitam. Jenuh gak dok bagi salam, panggil2 penjualnya. Tak adalah pulak. Hati dah mark pasu yang berharga RM1.50 satu untuk diangkut. Nampak gaya tak tercapailah hajat. Teringat pulak dekat kakak yang juga pernah mengusahakan nurseri kampung dan jualan pasu reject di Lorong 7. So bergegas ke sana pulak. Rupa-rupanya projek kakak nie dah terbengkalai. Agaknya lokasi dia tak sestrategik dengan MS pasu reject itu, menyebabkan ketiadaan pembeli yang berkunjung.
Masih tak mengaku kalah, jengah pula ke nurseri sebelah Big Pot... malangnya dah tutup. Terfikir pulak nurseri di Highway Puncak Alam. Tapi fikir punya fikir, tak payah lah. Mesti dah tutup jugak tuh.
Tetiba En Berlingo bagi idea tentang kawan Apai yang menjual anak-anak pokok sayuran di Seri Pristana. Mungkin orang tu ada nurseri dan jual tanah sekali. Call En Apai, mintak address. Dia tak ingat dan bagi no phone kawan dia. Dah sampai area SP, called dia tak angkat. Aisehhhh.. memang tak ada rezeki betullah. Tak ada jodohku dengan tanah gamaknya on that day. Adik pulak mengadu sakit perut due to nature call... so balik gitu jek la kami......
Bila sampai rumah, kawan en Apai return call... tapi aku dah pasrah.... huhuhuhuhu....
kisah aku dan tanah....

3 comments:
uih panjang betul post kali ni....
binaan tumbang lagi artistik ape...
tapi yg paling best is youtube abb azrul tu..saujana menjerit...canggih macam berita...tengok jugak part 1 dia..abg azrul masih muda..cik anis aleeya pun kecik lagi ...haha!
ya Allahhh... saya lupa betol bab tiles tu... tapi kalo nak masih boleh ambil.. nak simpan lelama pun tak berguna...
so akak beli yang macamana ye?
JS, bebila nanti nak pegi Rimbun Dahan lagi, nak check tengok dorang dan betulkan or biar jek camgitu utk meningkatkan nilai2 artistiknya.... ;)
SueA,
Beli yang murahan ajer. Dah siap dibaiki. Alhamdulillah. Anyway, Thanks for the offer.
Post a Comment