"Hendak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpah ranting pauh
Hendak tidur tidurlah mata
Jangan dikenang orang yang jauh"
Jam di komputer ini sudah pun menunjukkan pukul 2.06 pagi. Mata masih tak mahu lelap. Dah beberapa kali cuba baring dan cuba melelapkan mata. Tapi masih tak rasa mengantuk. Terkebil-kebil dalam samar-samar cahaya yang melimpah dari bilik air. Risau juga. Jangan aku terlewat bangun atau terlena sewaktu memandu pagi esok sudahlah. Nauzubillah....
[Ika dan Aleeya sebenarnya sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun dari hari Isnin sampai Khamis minggu ini.]
Akhirnya aku turun bawah untuk mengisi tumbler air. sempat kuintai UtihKutih di sangkarnya. Kelihatan dia duduk bulat atas 4 kakinya. Mungkin suasana sedikit sejuk. Kalau panas, dia akan bermalasan sahaja baring memanjang atas 2 kaki. Aku kira ini adalah untuk menjadikan JLP/I dia lebih besar dah membebaskan lebih banyak haba.
Bekas makanannya kosong. Seingat aku baru sahaja aku isi tadi sebelum naik pada pukul 11 malam tadi. Mengenangkan dia mungkin bunting; kuisi kembali bekas makanannya. Pagi tadi aku melihatnya telah memakan kertas lapik sangkarnya dan ketika itu sedang menarik-narik tuala mandinya kerana kehabisan makanan. Mungkin cuba memamah tuala tersebut. Kasihan sekali. Dia lapar sangat agaknya. Selalu dia tidak begini. Sebab itu aku mengandaikannya bunting. Ada peristiwa yang telah terjadi pada UtihKutih pada malam minggu yang lalu. Nantilah ku ceritakan dalam entryku akan datang. :D
Tengahari tadi semasa beratur untuk membayar nasi dan lauk yang dipilih, Ika telah menelefon. Dia memulakan ayatnya dengan bertanya, "Ibu nak terkejut ke tak ?" (Apa punya soalan da anakku ni)
Aku selamba menjawab, "Nak!"
Dia kemudiannya menerangkan, "Ibu nak tau tak... dekat rak kasut tu kan, yang ada aquarium tuh... yang merah tu kan... bibik dengan adik tadi terkejjut dengar dia meletup."
"Hah ! Meletup ? Apa yang meletup? Tiles ke?"
"Ha-ah...bla..bla..." kakak menjawab dan melengkapkan laporannya.
Dalam hati aku berandai-andai, apa yang menyebabkan tiles itu pecah ? Ada pergerakan bawah bumikah? Besarkah impactnya ? Akan tenggelamkah rumahku nanti ? Atau ada tremor bawah tanah macam cerita mat saleh ????
Tatkala sampai ke rumah petang tadi, aku lalu mengamati kerosakan tiles akibat pecah tak semena-mena. Besar juga kawasan yang terjungkit naik.

Kami telah menelefon Tukang Rumah Sabera untuk melakukan CSI terhadap kejadian itu. Menurutnya mungkin kejadian tersebut disebabkan faktor cuaca yang sangat panas memandangkan material tiles tersebut adalah daripada tanah liat yang memerlukan ia sentiasa dalam keadan sejuk. Sepatutnya tiles jenis itu mesti selalu dimop agar lebih lembap. Dia kemudiannya menasihatkan kami membeli tiles yang disebutnya sebagai ____?___ (lupa terminologinya, kena reconfirm masa nak beli nanti).
Banyak juga kerja yang perlu dibuat. Keseluruhan kawasan tersebut perlu ditile semula. Pemecahan simen juga mesti dilakukan. Jika nasib tak menyebelahi, grill sliding itu juga perlu dibuka terlebih dahulu.
4 comments:
let me bet.. homogenous?
kalo jenis tanah liat memang dia serap haba.. gamaknya dah tak tahan cobaan la kot tiles tu...
walaweyyyyy.... sungguh la terroristnyer Puan Arkitek kita nie... betoi la tuh... homogenous !
hahahahahaha....
Jom... tolong pi carik tiles baru... :P
biasanya pemaju memang letak gred yang paling rendah pun. kalo letak mahal rumah akan jadi mahal macam kat bukit jelutong. mahal nak mati!
tiles ni ada jenis2nya.. nak pi beli tiles ka? saya tak berapa syorkan tiles untuk luar rumah. baik letak stone tu...
beli yang murahan jek dulu...
stone metone nie kalau dah buat major renovation baru la ok kot nak pasang... ye dak ?
Post a Comment