Showing posts with label GPS. Show all posts
Showing posts with label GPS. Show all posts

Tuesday, June 17, 2008

CCM Pantai Timur ~Pantai Penarik dan Seri Anggerik

Cikliah berceloteh lagi....

Jumpa lagi dalam siri CCM ke Pantai Timur ini.
Next stop after Pulau Duyung, adalah stadium negeri yang baru. Stadium Sultan Mizan sempena SUKMA.

Stadium Sultan Mizan dari jauh.




Maskot SUKMA 2008, si Diman. Bukankah ini ikan badut Nemo itu ?



Kami hanya sekadar berhenti mengambil gambar sahaja. Rasanya acara SUKMA berlangsung di sepanjang negeri Terengganu. Bermula dari Paka lagi rasanya, terdapat pandu arah ke tempat acara tertentu berlangsung.

Kami kemudiannya menghala ke Batu Rakit dan berhenti seketika di Mengabang Lekar untuk membeli keropok lekor. Keropok lekor di sini sedikit berbeza dengan di Losong yang sangat sedap rasanya itu. Malang sekali during this trip, tidak sempat pula singgah ke Losong.


Mokcik-mokcik tgh wat kepok gete.



Perjalanan yang panjang dan meresahkan bagi C GaLoi yang asyik bertanya bila lagi nak sampai, berakhir bila kami sampai di Pantai Penarik pada pukul 6.20 petang. Dengan wajah yang ceria dan hati berbunga-bunga, adik dan kakak begitu teruja untuk mandi laut. Rupanya that's the only mandi laut occasion for this trip. Lega dapat menunaikan hajat diaorang.








Opah dan both tokwans tak mahu masuk laut. Cuma kami anak beranak jek yang teruja nak mandi laut rupanya. Tokwans berehat dalam van saja. Opah sempat jugak turun ke gigi pantai.


Menurut Mabong, kami patut singgah ke Rhu Sepuluh kalau sudah sampai ke Penarik. Sebab ada ICT (Ikan Celup Tepung) di sana. Aku tak berapa pasti lokasinya. Lagipun hari dah sayup sangat. Tidak memungkinkan kami explore Penarik habis-habisan.

Ketika meneruskan perjalanan hari telah malam. Azan maghrib telah lama berkumandang.
Oleh sebab aku sangat taksub dengan buku petaku, aku menyarankan agar En Berlingo tidak mengikut panduan Cik Nuvi. Aku sangat pasti petaku ini betul dan Cik Nuvi sebenarnya memandu kami hala ke Jerteh rather than terus ke Kuala Besut. Cik Nuvi berkali-kali meminta kami berpatah balik kerana menurutnya kami telah tersesat jalan. Kali ini Cik Nuvi beria-ria tidak mahu 'recalculating'. Biasanya kalau pandu-arah Cik Nuvi dibantah, dia akan mencari kembali any possible route to the destination. But not this time. :P

errr... Rupa-rupanya Cik Nuvi betul. Jalan yang kami ikut itu adalah jalan mati yang mana pengakhirannya menghala ke satu resort atau kediaman seseorang. Cik Nuvi berkali-kali memberitahu "Route Impossible"... mesti Cik Nuvi kerisauan kerana kami sedang menuju ke dalam laut. Di belakang kawasan kediaman itu adalah laut !!!

Hohohoho... kami akhirnya akur... patah balik dan ikut saranan Cik Nuvi. Bila berjumpa roundabout yang simpangnya menghala ke Jerteh/Bandar Permaisuri atau Kuala Besut, Cik Nuvi memandu kami menghala ke Kuala Besut.

Sebenarnya aku yang beria-ia mahu mengikuti route yang melalui Kuala Besut bagi mengimbau kenangan lama sewaktu mengikuti Program Anak Angkat di Kuala Besut dulu. Somehow, bila sampai di sana, hari dah malam sangat dan aku tidak ingat apa-apa pun mengenai Kuala Besut.

Keluarga angkatku menetap di Kampong Tok Saboh. Sesekali masih berhubung melalui telefon dan SMS. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan bawa keluargaku bertemu dengan keluarga angkatku di sana.

Tatkala adik sudahpun terlena dalam pangkuanku, kami akhirnya sampai di Seri Anggerik.
Kerana kepenatan, semua masuk tidur awal kecuali aku kerana aku sempat terlena dalam van tadi.

Pukul 1 pagi, me and En Berlingo keluar mencari 7E. Sempat meninjau Pasar Malam Wakaf Che Yeh dari jauh. Katanya pasar dibuka hampir 24 jam dengan jualan yang mengikut masa.
Maksudnya waktu pagi, jualan sayuran, ikan dan lain-lain barang basah. Tengahari ke malam jualan baju-baju, beg dan sebagainya. Walaubagaimana pun sehingga lawatan ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini berakhir, aku tidak berkesempatan pula meninjau pasar ini dari dekat.

Sampai di sini dulu.... Adios..

Friday, May 30, 2008

Cik Nuvi yang pintar

Cikliah berceloteh lagi....

Lama tak update nie bukan apa... kengkunonnyer sibuk la uruskan accomodation and gather information untuk Cuti-cuti Malaysia sempena cuti sekolah 2 minggu ni. Hari ni tiga entry yang naik. C GaLoi ( ganal & haloi) kat rumah hari-hari ulangtanya "Bila nak pegi Kelantan, bu?"
At first plan nak pegi hari Sabtu 31 Mei, sempatlah tengok Pertandingan Monyet memetik kelapa kat PCB as per advertised dalam kalendar pelancongan Negeri Kelantan on 1 Jun. Teringin juga stay satu malam di KT untuk melihat suasana malam sekitar Masjid Kristal di Pulau Wang Mang. Jangan ada object pelik2 yang muncul dah ler... huhuhu... But then since tak boleh nak dapat van lebih awal dari sabtu malam, maka tertundalah satu hari. Kali ini nak pergi ramai-ramai. InsyaAllah, nak bawak sekali ayah, mak & bapa selain kami anak beranak. Nak ajak MakLongYong juga tapi dia ada bela 2 ekor anak kucing kat rumah. Sapa nak tolong jaga? Lebih mengharukan, kami turut mengirim utihKutih mintak tolong MakLongYong jagakan sekejap. huhuhuhu....

Urusan penginapan dibuat dengan pertolongan pakcik google. Tapi sayangnya banyak website yang outdated. Even peta yang aku print adalah peta lama yang tak berapa complete dan menjadi bahan lawak En Berlingo. Eksen gilerrrr....

Tapi ada jugak yang very updated sampai wikimapia pun ada ditempekkan di situ. Contohnya macam tempat menginap di KB ini, Seri Anggerik. Pelik jugak kenapa masa tanya pakcik google, Seri Anggerik tak muncul dalam listing mereka. Contact no Seri Anggerik hanya diperolehi selepas tak berjaya dapatkan tempat di Villa Sri Purnama. Tuanpunya Villa Sri Purnama memberi contact number Seri Anggerik. Selepas bercakap dengan Tuan punya Seri Anggerik, barulah tau mereka juga ada website sendiri.

Hancur lebur hajat hati nak mencari budget chalet yang terletak di pesisir pantai supaya dapat mandi laut puas-puas. Kebanyakannya telah penuh. Terpaksalah cari alternatif penginapan hala ke darat. Menurut my boss, Thong yang sangat mengkagumi nasi dagang di Kelantan hanya berharga RM2 (dibaca sebagai kerapkali mengunjungi Kelantan), pantai-pantai di Kelantan sudah tidak sebest dulu. Kebanyakannya mengalami hakisan yang teruk sehingga terpaksa diletakkan batu sebagai pemecah ombak. Aduhhh... sama lah dengan Pantai Roboh berkampiran kampung ku. Kali terakhir aku melawat Kelantan adalah pada tahun 1992 ketika masih di Matrikulasi dan ketika itu Pantai Cahaya Bulan masih cantik, putih bersih pasirnya. Thong dengan lawaknya berkata... "Itu zaman S Jibeng punya...." cehhhhh.... mengutuk aku lah tuh....

Pengangkutan dan penginapan dah selesai ditempah. Tunggu hari jadinya sahaja. Semoga menjadilah apa yang dirancangkan ini dan semoga selamatlah semuanya. Doakan ya...

Rupa-rupanya En Berlingo masih tak puas hati dengan map-map yang aku cari dan print ittew. Dia sibuk nak beli GPS pulak. 3 hari cari info dan contact person akhirnya dia berjanji dengan seorang pelajar Indonesia berbangsa Cina yang sedang belajar di Sunway University untuk menguji sejenis GPS receiver ini. Semalam dia mengajak kami bertemu dengan Yu dan selepas menguji dari Sunway ke SJMC dia akhirnya berpuashati dan membeli NuVi GPS Car Navigator itu.

Pagi ini kami uji lagi dari SU menuju ke Daya Bumi. Not bad. Bijak juga Cik Nuvi memberi panduan jalan-jalan menuju ke KL. Kalau tak ikut direction yang dia bagi at first, dia akan cari route yang betul. Cuma kekurangan Cik Nuvi, dia tak dapat mencadangkan the best route, yang tidak jam or the simplest one. Jalan-jalan tikus dia tak tau. Contohnya dari Jalan Duta ke Jalan Parlimen melalui Bukit Ledang. Tapi dia boleh relocate kemana kita pergi sebenarnya.




Cik Nuvi memberi panduan jalan-jalan di SU




Cik Nuvi recalculating bila suggested route tidak dipatuhi.



Okaylah Cik Nuvi.... kami bawak awak ke Terengganu dan Kelantan yea... tapi kalau awak fail di sana.... ermmmm... bungkus lawa-lawa dengan manual semua, kita let go dekat tokmudim... hahahahhaha..... Tak tunggu tahun depan tok mudim, next week jugak wa suruh encik Berlingo let go ini Cik Nuvi.... ;)