Jumpa lagi dalam siri CCM ke Pantai Timur ini.
Next stop after Pulau Duyung, adalah stadium negeri yang baru. Stadium Sultan Mizan sempena SUKMA.
Kami hanya sekadar berhenti mengambil gambar sahaja. Rasanya acara SUKMA berlangsung di sepanjang negeri Terengganu. Bermula dari Paka lagi rasanya, terdapat pandu arah ke tempat acara tertentu berlangsung.
Kami kemudiannya menghala ke Batu Rakit dan berhenti seketika di Mengabang Lekar untuk membeli keropok lekor. Keropok lekor di sini sedikit berbeza dengan di Losong yang sangat sedap rasanya itu. Malang sekali during this trip, tidak sempat pula singgah ke Losong.
Perjalanan yang panjang dan meresahkan bagi C GaLoi yang asyik bertanya bila lagi nak sampai, berakhir bila kami sampai di Pantai Penarik pada pukul 6.20 petang. Dengan wajah yang ceria dan hati berbunga-bunga, adik dan kakak begitu teruja untuk mandi laut. Rupanya that's the only mandi laut occasion for this trip. Lega dapat menunaikan hajat diaorang.



Opah dan both tokwans tak mahu masuk laut. Cuma kami anak beranak jek yang teruja nak mandi laut rupanya. Tokwans berehat dalam van saja. Opah sempat jugak turun ke gigi pantai.

Menurut Mabong, kami patut singgah ke Rhu Sepuluh kalau sudah sampai ke Penarik. Sebab ada ICT (Ikan Celup Tepung) di sana. Aku tak berapa pasti lokasinya. Lagipun hari dah sayup sangat. Tidak memungkinkan kami explore Penarik habis-habisan.
Ketika meneruskan perjalanan hari telah malam. Azan maghrib telah lama berkumandang.
Oleh sebab aku sangat taksub dengan buku petaku, aku menyarankan agar En Berlingo tidak mengikut panduan Cik Nuvi. Aku sangat pasti petaku ini betul dan Cik Nuvi sebenarnya memandu kami hala ke Jerteh rather than terus ke Kuala Besut. Cik Nuvi berkali-kali meminta kami berpatah balik kerana menurutnya kami telah tersesat jalan. Kali ini Cik Nuvi beria-ria tidak mahu 'recalculating'. Biasanya kalau pandu-arah Cik Nuvi dibantah, dia akan mencari kembali any possible route to the destination. But not this time. :P
errr... Rupa-rupanya Cik Nuvi betul. Jalan yang kami ikut itu adalah jalan mati yang mana pengakhirannya menghala ke satu resort atau kediaman seseorang. Cik Nuvi berkali-kali memberitahu "Route Impossible"... mesti Cik Nuvi kerisauan kerana kami sedang menuju ke dalam laut. Di belakang kawasan kediaman itu adalah laut !!!
Hohohoho... kami akhirnya akur... patah balik dan ikut saranan Cik Nuvi. Bila berjumpa roundabout yang simpangnya menghala ke Jerteh/Bandar Permaisuri atau Kuala Besut, Cik Nuvi memandu kami menghala ke Kuala Besut.
Sebenarnya aku yang beria-ia mahu mengikuti route yang melalui Kuala Besut bagi mengimbau kenangan lama sewaktu mengikuti Program Anak Angkat di Kuala Besut dulu. Somehow, bila sampai di sana, hari dah malam sangat dan aku tidak ingat apa-apa pun mengenai Kuala Besut.
Keluarga angkatku menetap di Kampong Tok Saboh. Sesekali masih berhubung melalui telefon dan SMS. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan bawa keluargaku bertemu dengan keluarga angkatku di sana.
Tatkala adik sudahpun terlena dalam pangkuanku, kami akhirnya sampai di Seri Anggerik.
Kerana kepenatan, semua masuk tidur awal kecuali aku kerana aku sempat terlena dalam van tadi.
Pukul 1 pagi, me and En Berlingo keluar mencari 7E. Sempat meninjau Pasar Malam Wakaf Che Yeh dari jauh. Katanya pasar dibuka hampir 24 jam dengan jualan yang mengikut masa.
Maksudnya waktu pagi, jualan sayuran, ikan dan lain-lain barang basah. Tengahari ke malam jualan baju-baju, beg dan sebagainya. Walaubagaimana pun sehingga lawatan ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini berakhir, aku tidak berkesempatan pula meninjau pasar ini dari dekat.
Sampai di sini dulu.... Adios..



2 comments:
tu laaa degil lagi dgn cik nuviiiii!
hehehehehe.... mahapkan saya cik nuvi.....
Post a Comment