This yearly event sekali lagi buat di PERMATA, Bangi.
C Haloi dan C Ganal join the Kid's Fun Night Camping since malam sabtu tu. And kitaorang pulak join Treasure Hunt(TH) pagi sabtu.
Tempat camping bebudak
At first place, join the TH just to kill the time sementara menunggu budak berdua tu habis camping. End up dorang yang tunggu kitaorang habis berTH. Yelah... this time pegi sampai ke Nilai, Pajam sana nun. Last year pun kitaorang join gak TH ni, tapi area Bangi jek.
Risau C Haloi menjerit tengah malam, kitaorang ambik keputusan bermalam di kawasan sekitar. In case apa-apa hal tidaklah terpaksa datang dari SU. Alhamdulillah, dapat la menyewa sebuah bilik di ABADI (Agro Bank). Walhal esoknya tu tanya dorang "Teringat kat ibu tak?"
Dorang dengan bangganya berkata "Tak... lagi best ibu tak der, tak kena marah... tak kena cubit...."
Pergghhhhh....Jaga deme !
Yang syahdunya, on the way ke PERMATA petang Jumaat tu, CHaloi melahirkan rasa kasihan dekat ibu dan ayah sebab kena tidur dalam kereta. (Tak bagitau dia kitaorang managed to sewa bilik. Takut-takut dia tanak tidur dalam tent pulak) Hehehehehe...
Malam tu selepas Perasmian Kids Fun Camping Night by Puan Sri Noraini, di Multi Purpose Hall, ada Persembahan dari staff. Kak Sue (ex-staff En Berlingo) yang menang tv plasma 40 inci untuk pemilihan pakaian tercantik masa AF5 hari tu pun ada masuk buat persembahan.
Seronok berbual sambil 'makan kecil' dengan officemate En Berlingo Kak Asmah dan hubbynya , kitaorg masuk dewan agak lewat. Team kak SU dah habis buat persembahan. Sempat la tengok beberapa persembahan dan selepas itu ada penyampaian hadiah untuk kontigen yang bermain bermacam-macam games since hari Khamis lagi.
Persembahan Taridra Rama dan Sita Dewi oleh Kebudayaan Petronas sangat menarik. Emcee malam tu Harith Iskandar.
~~~
Pagi-pagi semua orang kena aerobik. Treasure Hunters wajibul ghunnah. Tidak kalu tolak markah.Bebudak pon kena bangun awal utk aerobik bersama artis nie. Nasib baik tahun nie artisnya Raja Farah dan Fahrin Ahmad datang awal.
Tapi yang sodihnya tu, baru jek berkira-kira nak mengadap nasi lemak udah kena berkumpul untuk aerobik. Selepas aerobik, terus jek buat upacara simbolik flag off. Then briefing, ambik tugasan dan terus bermula. Nasi lemak pun tak sempat makan lagi.
On the way ke parking, jumpa Tan Sri Hassan and Puan Sri Noraini. Bagus dorang nie. Komited ! Awal pagi dah sampai. And tak der sapa pun iring. Memang betul la kot Tan Sri ni jenis humble orangnya. Dorang pun aware yang kitaorg ni peserta Treasure Hunt.
Treasure Hunt kali ni best jugaklah. Second time masuk so macam ada sikit confident dan ada gak la idea camner nak cari jawapan sumer. Baca tulip pun dah pandai sket.
Last year ajak my brother, Islahuddin join sekali. Tapi this year 2 kepala jek nak fikir cari jawapan.
My lucky no 9
First treasure tu En Berlingo dah dapat teka sebelum start lagi. Second treasure memula ingat thumbdrive. Tapi takkan kot. Mahal sangat. So on the way back dari Nilai tu, called DakNis mintak second opinion. Makcik nie memang THnyer terrorist. Setelah few minutes dia called, dia kata bukan thumbdrive, tapi pen. Pen yang brandnya without any T.
The Hunters were busy looking for the answer
Lawak betul masa nak beli treasure ni, (I think kena beli baru sebab normally barangan ini dorang akan donate to rumah kebajikan, but this time dorang pulangkan) terjegil2 bijik mata cari Pen yang brand name tak ada T. Punya la rambang mata dah and nak kejar masa sama, terambik jenama Stabilo. Yang ada kat situ Pilot, Papermate, Stabilo. First treasure (mechanical pencil & lead) dah dapat.
Bila nak bayar baru la perasan yang Stabilo also ada T ! Pehhh... mintak adik 7E tu tolak balik. Pehtu dengan selamba badaknya tanya dia "Adik, pen apa yang tak ada huruf T !" hehehehhe.... dia tanya balik "Explorace yea...." Dengan muka kelat, senyum jek la...
Then ngadap rak stationaries tu sekali lagi. Selak punya selak, the only brand yang tak ada T kat situ, MGM ! Sibbaik ada... Tu pon tersorok sangat ke belakang. Soheh ada treasure hunters yang sorokkan pen tu kat belakang sekali as per suggested by En Tulip the Event Organizer. Err... nama betulnya En Fuad Dahalan. :P
Ini ler harta karunnyer
After that, habiskan the last clue then balik ke PERMATA. En Berlingo pegi stadium to pick up the kids and saya tulis balik jawapan nicely. Penat dah tangan kelam kelibut tulis. Bila hantar ke guard house, stop watch En Tulip dah pun 12.01. Perggghhhh... kena penalised. Tolak 1 markah... pehhhhh....
Entah apa yang dibebelkan dek Makcik Kecik C Ganal ni. Musti tengah tensen sebab ayah lambat jemput. Nak abiskan TH jugak-jugak itu yang tak sempat nak ambik dorang pukul 11 pagi
Sementara tunggu pukul 2 for answer and prize giving, sempat la lawat gerai-gerai di tapak pesta. Tapi since tak ada kupon, takat tengok jek lah.
Macam best gak buat hand wax nie.
Actuallynya memang tak harap menang pun sebab join for fun dan sebab nak tunggu bebudak habis camping. Tapi sangkut gak team "HaruBiru" ditempat ke 12 dengan pungutan markah 84. So dapat la sekuntum hamper. Masa answer presentation tu adik dan kakak dah penat sangat dan both of them baring on my lap. Kaki pun dah semut-semut.
Nasib baik kakak dah bangun, kalau tidak patah la kaki ibu...
Bila diumumkan dapat tempat ke 12 dari 52 team, punya la excited tapi tak dapat bangun nak snap gambar dekat.
Gambar dari jauh saja.
Memang unsangkarable dapat gak tempat. Thanks to DakNis sebab bantu perah otak to identify the correct treasure. Kalau tidak sah-sah angkut thumbdrive. Banyak team gak yang bawak balik thumbdrive. Ada jugak yang rembat mouse, CD. Kira this clue okay la... compared to treasure hunting yang ke Kuala Rompin hari tu.
Ada word "latex", "protection"... agak2 apa yang orang bawak balik ? ;)
Untuk Malam Grand Finale itu, kitaorg berempat automatic dapat tiket. Then beli lagi 5 tiket utk Tokwan, Opah, TokNekSu, Pakcik An dan MakLongYong, untuk acara makan sampai lebam. Ingatkan ada roti boom dan cucur udang sedap macam "Makan kecil" malam sebelumnya tuh. Tapi tak der la pulak. Yang paling dapat sambutan Tempura dan sate. Durian tak sempat ambik dah abis. Last year siap tapau lagi. Huhuhuhuhu....
Overall food tahun nie tak memberangsangkan sangat. Rasanya semua tak memberangsangkan on the Grand Finale ni. Pukul 10 lebih Tan Sri Hassan dan tutup event. Bunga api pun tarak. Yang ada serpihan kertas kilat tu jek. Tak sempat ambik gambar pun. Artis yang datang pun tak best sangat, kecuali Anuar Zain jek la kot. En Berlingo kata kalau ada bunga api, soheh kena katok kow-kow punya. Harga minyak naik, depa dok bakaq dhoit plak.
AC Mizal sebagai EmCee and Acha Septriasa. Irwan shah tak der ganti dengan Reza
Jalan sesak sangat, so kitaorg naik ke ABADI dulu rehat2 dan check out pukul 12.30 pagi. After layan ngantuk dan berhenti sekejap, akhirnya sampai jugak ke SU pukul 2.25 pagi.
No comments:
Post a Comment