Thursday, June 19, 2008

Ada yang kehilangan skru driver?

Cikliah berceloteh lagi....

Pengumuman.

Kepada sesiapa yang kehilangan skru driver sila datang menuntutnya kepada saya.
Lokasi disyaki keciciran:- perkarangan SKSU.

Inilah rupa skru driver tersebut. Maaf telah patah pemegangnya.



Skru driver ini didapati tertanam dalam tayar myvi saya






Dan menyebabkan tayar yang baru saja diganti awal tahun ini, terpaksa mengundurkan diri dari berkhidmat.



Dan diganti dengan spare tyre yang sungguh menggelikan hatiku akan size dan rupa parasnyanya. Katanya Temporary Used Only !




Sungguh obvious sekali perbezaan antara tayar depan dan belakang .

"Nak bawak sampai ke KL boleh tapi laju sekitar 60km/j saja", begitu pesan En Muthalib Auto.

Owhhhh... no way ! Sekadar sampai ke kedai tayar jek la nampak gayanya. Terpaksalah tunggu kedai tayar memulakan operasi pukul 9.


Skru driver dicabut, terus zassss bunyi angin yang keluar


The culprit


Cuba untuk ditampal. Kata En Pakar Tayar kalau ditengah InsyaAllah boleh ditampal. Tepi payah sedikit. Namun ujian dengan buih sabun menunjukkan ianya gagal.





Bukak balik tayar yang kelakar tapi berjasa ini.



Since it is a tubeless tyre, terpaksalah ganti tayar tu terus.

Sadis betul. Tayar lama tapi masih tersangat baru itu masih berduri lagi. Baru saja ditukar hujung Februari lalu setelah hampir 2 tahun digunakan kerana telah hilang bunganya.

Bagi memujuk hati yang lara, tayar itu diambil semula. Untuk coverline kata la nak tanam pokok.... tapi memang pun...



5 comments:

Sue.Aleen said...

ada2 je kan nak buang duit time2 camni...

Jingga Studies said...

tayar temporary tu memang klakar laaaa...

cikliah said...

SueA...

Tulah dianyer...Innalillah..
Musibah betul.
Uhuksss.....


JS,
First time tengok tyre camgitu... hahahaha... katanya Gen2 kaler oren ek ?

Anonymous said...

kak awa, saya pernah g jakel...kat situ ada paerking dbkl ,,masa tu dah malam..pkl 9 takut jakel tutp jadi msaing2 rush ..suami bagi rm1 ja kat ulat2..dalam hatti takpelah ni parking dbkl..malam2 lgpun...masa kami nak balik..dalam 20 minit lepas tu ja pun...keluarja selekoh..tayar takde agin..rupanya2 mamat ulat tadi masukkan skru driver...suami siap nyumpah dia lagi...berenti kat jalan duta tukar tyre..and esoknya melayang duit utuk dua ketul mechelin...huhu

Anonymous said...

Iza...

Pehhh... menganiaya betoi depa tuh. Dah la memandai kutip duit parking dbkl. Nayakan orang lagik.
Melampau betoi !
Sekali sekala ada gak nampak kat PLUS/NKVE motor mengalami pancit beramai2. Adakah itu sejenis angkara manusia durjana juga ????

-kak awa-