Keterujaan untuk memulakan pengembaraan(pinjam vocab Dr PakNgah) ke Pantai Timur pada cuti sekolah yang lepas sangat ketara pada C GaLoi. Errr... sebenornyer kami pun excited juga. Outing kali ini disertai oleh Tokwan PJ, Tokwan Kg dan opah juga. Kalau arwah tok masih ada, sure lebih meriah.
Pengembaraan hanya dapat dimulakan pada pukul 10 pagi. Malam sebelumnya, menziarahi Pak Su di Kuarters Kastam Kelana Jaya yang baru discharge dari PPUM akibat sakit yang belum dapat dipastikan puncanya. Oleh kerana sedikit penat, pengembaraan yang dijadualkan subuh-subuh sepie telah tertunda. Lagipun Pregio yang disewa hanya boleh diambil pukul 8 pagi di Kg Sg Penchala.
Dengan berpandukan Cik Nuvi dan pengesahan dari Cik Ayah, kami akhirnya sampai ke rumah Dr PakNgah tengahari Ahad itu. Kami disambut oleh Dr PakNgah dan Dr MakNgah dengan hidangan tengahari Nasi Lemak, Pulut Panggang dan Rojak Pantai Selamat. Ayahanda dan bonda MakNgah joined us later. Maka terjadilah pertemuan tok-tok besan Tokwan PJ pada hari itu.
Ayah MakNgah kata kami sepatutnya bermalam di Kuantan dulu semalam, barulah adil. Semalam di Kuantan, semalam di KT dan semalam lagi di KB. Tapi what to do, accomodation di KT telah menanti. Next time ek PakNgah... kitaorang nak mandi laut puas-puas kat TC. Tidor kat Telok Sira ek? Boleh ke?
Siap makan, solat dan posing maut barang 2, 3 shoot kami meneruskan pengembaran ke KT. PakNgah telah mengambilalih tugas cik Nuvi yang sedang direserve powernya, menghantar kami sehingga ke Cherating. Thank you Pak Ngah and Mak Ngah for all your kindness and for the lunch too.
Perjalanan seterusnya mengambil masa yang panjang dan menjemput kebosanan kepada C GaLoi yang asyik 'mengahang' nak mandi pantai. Pening kepala dibuatnya. Hantu pulut, C Haloi telah menghabiskan sebahagian besar Pulut Panggang yang MakNgah bekalkan. Pulut panggang yang special ini berintikan isi ikan. Memang tak pernah jumpa sebelum ni.
On the way ke MaranG, berhenti sebentar untuk membeli jagung rebus dan air nira. Punyalah teruja dengan harga setongkol jagung, sampai 10 tongkol aku borong. Setongkol tu pulak punyalah baik isinya. Rapat-rapat, besar lagi. Memang berbaloi betoi. Compared to jagung yang aku beli di Pasar Malam Brinchang RM2.50 setongkol, this one only cost me RM1 per tongkol. But then dari segi spesiesnya tuh, memang la jagung CH menang lagi. Sweet corn kan... boleh makan begitu saja. [Sesambil menaip ni, chat dengan Mabong anak jati Ganu, bleh pulak dia kutuk2 jagung kampung Marang nie... tensinyerrrr...]
Ini bukan jagung Marang, tapi sweet corn CH
Melepasi Marang, Cik Nuvi memulakan tugasnya untuk memandu arah Taman Seri Intan. Oleh sebab KT sibuk dengan SUKMA, jalan pun sedikit sesak. Ditambah pulak dengan peng'upgrade'an jalan yang sedang berlangsung. Apa daaaa??? Lencong sana, lencong sini. Adehhhh...
Since nombor rumah tidak diketahui, cik Nuvi hanya menghantar kami kat tepi jalan sahaja. Seterusnya pengurus rumah rehat di KT yang menjemput kami untuk ke rumah rehat di Taman Seri Intan berdekatan dengan IPD KT. Betul-betul tengah bandar. Memang jauh dari pantai ye anak-anak. Esok-esok jer lah mandi pantai. Memang berat berjanji dengan bebudak nie. Kesusahan kita deme tak tahu, deme pk janji tetap janji.
Rumah teres 2 tingkat dengan 4 bilik tidur, 3 bilik air dilengkapi air cond sangat selesa. Dari segi kebersihan, aku sedikit kecewa. Pagi esoknya bila aku buka tingkap belakang, barulah kutahu rupanya di belakang rumah tersebut adalah jirat Cina !
Patut pun Puan Pengurus tu kata, kalau esok nak extend kami akan dipindahkan ke rumah seberang yang lengkap berdapur dan the one yang advertised on internet.
Rupa-rupanya tokwan PJ dah tau pasal tu daripada jiran sebelah yang datang dari Singapura. Kata one of them, di belakang tu ramai yang single dok kat situ. Nasib baik tokwan tak kasi tau kitaorang lebih awal. Kalau tidak nescaya aku tidor kat ruang tengah. Huhuhuhuhuhu.....
Malam tu selepas rehat, membersihkan diri dan bersolat, kami turun semula ke Pantai Kelulut untuk makan malam. Jauh jugak dah sampai KT nak turun balik ke Pantai Kelulut. Service and food agak mendukacitakan. Agaknya ramai yang sedang bertumpu ke KT sempena SUKMA, itu yang ikan-ikan pun dah habis.
Lepas makan, kami naik semula ke KT untuk melihat suasana Masjid Kristal pada waktu malam as per suggested by Mabong. Samaada aku salah dengar atau silap info, rupa-rupanya masjid dibuka waktu malam sehingga pukul 10 sahaja. Taman Tema Tamadun Islam pulak sehingga pukul 7 malam saja. Ketika kami sampai di sana, waktu sudah pun menganjak ke pukul 12 malam. Masa sampai tu aku dah tidur-tidur ayam. So memang tak interested langsung tambah pulak dengar pak guard kata dah tutup. Singgah 7E untuk beli ubat nyamuk and terus balik ke rumah dan ZZZZzzzzzzzzzzzz.....
Ikuti sambungan rentetan CCM ini nanti....
Adios... Amigos..




1 comment:
dah upload sikit gambar yg kat rumah saya!
Post a Comment