Thursday, June 12, 2008

CCM Pantai Timur ~ Pulau Duyung

Cikliah berceloteh lagi....


Kota Lama di Pulau Duyung ini kami temui secara tidak sengaja. Seperti yang diceritakan dalam entry yang lepas, kami pada mulanya ingin mencari the famous Pak Awi's Yellow House for Homestay Programme. Aku sangat berminat untuk melihat Rumah Pak Awi ini dari dekat kerana menurut pakcik google dan feedback dari tetamu Pak Awi ini, chalet atas air Pak Awi ini sangat mengujakan. Daripada gambar-gambar yang dipaparkan memang menarik. Malangnya tidak bertemu pula.

Dalam buku peta yang aku miliki, ada tanda menunjukkan ada tempat menarik sekitar Pulau Duyung itu. Menghampiri kawasan yang berseberangan dengan Bandar KT barulah ternampak satu tanda arah ke tempat sejarah. Inilah dia Kota Duyung lama yang menyimpan nilai-nilai sejarah di dalamnya.

Sebenarnya rumah ini pernah didiami seorang alim ulama dari Pattani yang melarikan diri dari kekejaman Kerajaan Siam pada ketika itu. Seterusnya rumah ini menjadi pusat pengajian agama oleh masyarakat setempat. Rumah ini telah dijadikan muzium bagi mempamerkan barangan lama bagi menggambarkan cara kehidupan di Pulau Duyong pada zaman dahulu. Pelbagai barangan lama yang sangat menarik dipamerkan di sini. Antaranya :-


AlQuran yang ditulis di atas kulit kambing



Dapur dan peralatan lama


Dapur lama. Bukan main cantik lagi dapur ini, hujung kayu dipotong dengan berseni sekali ala-ala pergola. Tentu sayang kalau nak masak di dapur yang cantik sebegini...;)





Batu pengisar, batu giling dan lesung batu. Di rumah opah(my mom) masih ada batu pengisar itu. Opah gunakan untuk mengisar beras pulut yang siap digoreng untuk dibuat putu beras. Putu beras menjadi kegemaran cucu-cucu opah termasuk C GaLoi berdua.




Kukur kelapa. Masih ada yang tahu menggunakan kukur ?




Timba zaman dulu kala diperbuat daripada upih pinang. Seingat aku, aku tak pernah guna timba sebegini. Kalau pakai timba upih ini untuk mengambil air dari kolam bulat tu, sure tak bising klentang klentong macam kita pakai timba zink.




Acuan putu. Besar acuannya... macam mana nak makan kuihnya nanti?




Ukiran dan lorekan yang cantik memenuhi sebahagian besar rumah sebagai hiasan yang sangat menarik.




Bahagian yang berwarna putih itu adalah dinding asal. Kebanyakan yang lain dibina semula setelah mengalami kerosakan akibat banjir yang melanda pada tahun 1984.





Posing ala-ala tuan rumah aka tok penghulu




Perigi lama di belakang rumah




Setelah puas meninjau rumah lama di Kota Lama Duyong ini, kami bergerak ke tepi laut bagi menyaksikan bandar Kuala Terengganu dari seberang.


Pemandangan Kuala Terengganu dari Pulau Duyung





Cik ayah bergaya dengan topi Borobodur



Melawat ke tapak pembuatan kapal layar

Kemudiannya kami menghala ke sebuah kampung untuk melawat tempat pembuatan kapal layar yang telah masyhur seantero dunia.


Kapal layar ini diperbuat daripada kayu cengal. ketika itu, ada 3 buah perahu/bot yang sedang disiapkan.



Ika sedang mengisi buku rekod pengunjung. Dia nampak sangat teruja bila sampai bab-bab merekod nama ini. ;)




Perahu layar ini sudah mengambil masa satu setengah tahun untuk siap setakat ini



Bahagian dalam perahu layar




Bot yang sederhana besar




Bot yang lebih kecil hampir siap




Teruja dengan serpihan/lebihan kayu yang diketam, aku bertanya apa yang mereka akan buat dengan serpihan tersebut. Menurut mereka ianya hanya akan dibakar kemudiannya. Aku dengan selamba badaknya mohon diberi kebenaran untuk mengambil serpihan kayu tersebut sebag plastik bersaiz sederhana. Tak lain tak bukan ianya untuk projek pemuliharaan orkedku yang belum selesai... huhuhuhu... sabor jek la kan... Kata pakcik tu, jangan mati orked aku tu dah ler... almaklumlah... kayu bukan sebarang kayu... kayu cengal ini tahan bertahun-tahun...

Adios... jumpa di next entry.


*** Rasanya gambar worse dalam entry ni, tak ketahuan hala betoi size nyer...

2 comments:

Anonymous said...

ohh ni la hasil N73 ye?

cikliah said...

hahahahaha... sabor jek la...
yang without watermark itu from N73. Others still from Lumix...
hahahahaha... tak per... tak per...
Esok2 wa upgrade wa nyer simcard ! :P