Cikliah berceloteh lagi....
Hari ni buat pertama kalinya attend kelas Berzanji dan Marhaban di sebuah bilik gerakan. Saya sering diajak menyertai apa-apa aktivi di sana tapi hati tidak terbuka untuk menyahutnya. Tapi kali ini terasa ingin menyertainya pula. Kelas kedua Marhaban ini tidak ramai yang menghadirinya. Kali ini hanya 6 pelajar. Saya pelajar baru.
Bila turn saya mengalunkan Marhaban, ustazah pantas menegur, "Awal-awal lagi sudah menarik tinggi". Kalau begitu, selepas itu nak goreng apa pula ya? Hahahaha...
Lagu berzanji Al-Jannah itu sering saya ikut memekak bersama-sama suara Mawi seperti dalam lagu Al-Jannah, bukan dalam track Berzanji itu sendiri. Maka saya sangat terikut style Mawi yang menarik tinggi pada bahagian itu.
Mula-mula terasa pelik juga Berzanji tanpa menurut hukum panjang pendek yang betul. Ini sebenarnya tidak mengapa kerana berzanji hanya sekadar nyanyian nasihat. Curi nafas pun tidak mengapa. Tapi kata ustazah kalau dalam pertandingan tak boleh lah mencuri nafas. Kalau tidak markah pun kena curi jugak. ;)
Rasa macam tak dapat nak buat lenggok berzanji pula. Menurut ustazah, bahagian yang istimewa adalah dengung dan hukum mad. Kerana di situlah kita boleh mewarnakan irama berzanji itu.
Bila tengok Akademi Al-Quran(AQ) rasa macam nak belajar Tarannum pula. Best pulak tengok qari/qarian yang bijak mengatur bacaan mengikut nada ayat (hijaz). Jika ayat perintah maka dibaca dengan intonasi memerintah. Kalau ayat-ayat nasihat dibaca dengan penuh kasihsayang. Alangkah indahnya....
5 comments:
i'm back! u know where to find me!
ceh... mat kat ataih ni dok wat comeback pulak.. hahahaha...
kak awa, belajar tarannum kat tv petang2 pun ada. kat tv9. seronok tengok cara ustaz tu ajar budak2..
JS,
huhuhuhuhu... :P
SueA,
Ada ek diajar Tarannum sekali. Tapi sokmonyer tak sempat tengok. Kada sawat.
baguih hasrat hang ni...sket lagi boleh la panggil hang n the group perform kat kidas ke SKSU ke macam majlis makan amal SKSU 2006 dulu tuh...kekekeke
KC
Kak KC,
hahahaha... takut kecundang di tengah jalan jek ni haaa... rasa cam tak seswai dengan jiwa laa...
susah nak 'menyanyi' nie benornyer... seriyes tak pandai... rasa sore katak lagi sedap... huhuhu
Post a Comment