Monday, June 16, 2008

Flora Recycle Day

Cikliah berceloteh lagi....

Hari Sabtu lepas 14 Jun 2008, komuniti Flora telah mengadakan Recycle Day bagi mengumpul dana untuk membolehkan kami mengadakan aktiviti untuk komuniti kami.

Selain dari botol/bekas plastik dan tin-tin yang telah dikumpulkan berbulan-bulan, basikal lama Ika dan Aleeya telah di'let go' sempena Recycle Day ini.




Tak ketinggalan, periuk lamaku ini.

Sekalung tahniah buat semua warga Flora yang diketuai oleh jiran sebelah rumahku merangkap Pengerusi SUTRA, Mr Zack dan kuncu-kuncunya kerana telah mengadakan kempen recycle ini.

Sebelum adanya aktiviti ini secara kolektif ini, aku biasa let go barang-barang recycleable (tin dan plastik) ini dengan harga 80 sen sekilogram. Kalau 'sulat kabar lama' dikira dengan jengkal/siku. Satu jengkal Rm2.50. Tapi kalau dapat ditimbang memang lumayan menjual 'sulat kabar lama' ini.

Teringat pulak dulu-dulu, aku selalu digelar arkib/muzium oleh rakan-rakanku Dak Nis, Kak Datin dan Sam atas sifatku yang suka sangat menyimpan barang-barang terpakai. Sam dalam lawaknya selalu berkata, kalau dia audit kabinetku nescaya selori dapat dilupuskan.... hahahahahah.... Dari dulu, aku kira I can do something about it, so this is it.


Aku kira pembantu rumahku jugak kadang-kadang jelak dengan sikap aku yang mahukan mereka mengasingkan sampah kering vs sampah basah. Even sekecil botol vitagen or botol ubat; aku minta diasingkan. Pamplets, bronchures dan kertas-kertas kecil pulak diselitkan dicelah-celah 'sulat kabar lama'. Cuma, sekarang ni tak tahu botol-botol kaca nak dilupuskan ke mana.

Aku rasa bibik sekarang ini, samaada dia akur atau dia protes, semua plastik pembungkus makanan termasuk plastik roti pun dia simpankan !!! Errr... that one kalau aku trade in kat kilang roti tu dorang nak amik tak agaknya ? Hahahahahaha.... Melampau sangat la tu kan....
Unbiodegradable tuhhhhhh.....

1 comment:

Anonymous said...

baguih cikliah ni....kitar semula barang2 lama. chek pun tak terbuat cam hang buat...tabik!

KC