[Mohon maaf kerana kualiti gambar tidak memuaskan. Size yang caca marba dan setting yang berterabur. Saya budak baru belajar, masih terkial-kial dengan PS. Sebenarnya banyak gambar lagi, tapi saya dah tak larat nak downgrade dan letak watermark.]
Pagi-pagi lagi Encik Berlingo dan both Tokwans went out to buy some breakfast. They bought nasi dagang for us. C GaLoi masih mendesak untuk 'mandi pantai'. Sesungguhnya susah betul nak mengalah. Sekali berjanji, teruklah aku nak menunaikannya. Bila diberitahu pagi ini kita akan melawat Masjid Kristal dan Islamic Edutainment Park, ada la yang buat aksi tidak memberangsangkan. Ikut plan asal pagi-pagi hari sudah mula bergerak ke KB supaya dapat breakfast di Penarik sekaligus menunaikan hajat anakanda C GaLoi untuk mandi laut.
Untuk menceriakan hati C Haloi, aku minta tolong my father untuk membantu aku membuat baby kain. Aku bagitau pada anak-anakku, inilah mainanku masa kecil dulu. Tatkala melihat rupabentuk 'baby' ini C GaLoi gelak terbahak-bahak. C Haloi diberi peluang menjaga baby ini sementelah diperbuat daripada kain batikku yang dijadikannya 'companion' tersayang semenjak aku 'kena tidur di belukar tempohari' (team building di Ulu Yam sebenarnya). Kengkunonnyer kain ini adalah pengganti ibu yang tidak berada di sisinya pada waktu-waktu tertentu. Pernahkah anda bermain dengan anak patung sedemikian ?
Oleh sebab malam sebelumnya tak dapat masuk melawatMasjid Kristal, jadi pagi hari Isnin tu, kami pergi ke Pulau Wan Man yang telah ditambak supaya bersambung dengan tanah besar.

Dua tarikan di sana iaitu Masjid Kristal dan Taman Tema Tamadun Islam dengan dua puluh dua replika masjid/menara masjid dari pelbagai negara seluruh dunia. Kawasan ini masih dalam proses pembangunan dan beberapa tarikan akan diwujudkan dari masa ke semasa.
Masjid kristal yang pernah menjadi kontroversi sedikit masa dahulu kerana dikatakan salah arah kiblatnya
Pejabat pentadbiran
Pelan taman tamadun IslamAntara lain yang menarik adalah tayangan video mengenai batu tergantung kerana ingin mengikuti Rasulullah semasa Israk ada ditunjukkan di Bilik tayangan Monumen Kubah AsSakhrah atau Dome of the rock.
Opah, tokwan kampung dan tokwan PJPenat mengelilingi Taman, sementara warga emas melepaskan lelah, dua orang budak itu sudah teruja dengan playground yang disediakan. Berbayar atau tidak. Pilih sahaja.
Suka tengok awan putih dan langit yang membiru itu
Sudah mahu pulang, tata TTTI... sampai ketemu lagi
Saya suka pasangan diraja ini. Semoga Tuanku berdua dirahmati Allah sentiasa.
Since dapat voucher discount yang hanya boleh diredeem di Cafe TTTI ini, kami terus makan tengahari di sana dan balik semula ke Taman Seri Intan untuk check out pada pukul 2.30 petang.
Petang itu, kami meneruskan pengembaraan ke Pulau Duyung. Hajat hati hendak mencari Pak Awi's Yellow House, tapi tidak pula berjumpa. Tapi ada satu perkara menarik yang kami temui.
Bersambung di episod akan datang....
Adios.....
Suka tengok awan putih dan langit yang membiru itu
Sudah mahu pulang, tata TTTI... sampai ketemu lagi
Saya suka pasangan diraja ini. Semoga Tuanku berdua dirahmati Allah sentiasa.Petang itu, kami meneruskan pengembaraan ke Pulau Duyung. Hajat hati hendak mencari Pak Awi's Yellow House, tapi tidak pula berjumpa. Tapi ada satu perkara menarik yang kami temui.
Bersambung di episod akan datang....
Adios.....





3 comments:
lawa gambar!!!! especially yg masjid crystal tu!
p/s cik ayah a.k.a nggu pakai kopiah putih macam pegi buat umrah la pulak! replika jeeeeee! hahahaha
p/s saya ade buat announcement di alJaleel...take it easy..jgn la rasa ter pressure nak kena tulis cepat2 ...slow n steadyyy
Post a Comment