Kemana hilangnya entry yang telah siap ditulis tadi. Aduuhhhhh… hilanglah pulak… Hari ni internet connection intermittent la pulak… tensennyer la hai….
Sian che, jenuh tulih banyak-banyak tetiba gone with the wind…. Uhuksss….
Bibik kata dia nak resign. Reason nak balik Surabaya bagi menguruskan tanah pusaka di kampong. Bila tuh? Kalau boleh awal bulan 7. What ? A very short notice one. Mana sempat saya nak cari ganti. Kalau begitu hujung Julai saja. Ok….
Saya redakan aja kepergiaannya. Saya tak faham bahasa kiasan, if dia sebenarnya hendak saya naikkan gaji whatsoever. Nak ditahan-tahan pun saya rasa tiada gunanya. Susah saya nak percayakan mereka lagi semenjak kena tipu hidup-hidup dengan previous maid.
Tapi bibik ni macam pandai sikitlah bermain diplomasi. Katanya, walaupun mulut dia jahat, tapi dia dah jatuh sayang pada budak-budak nie.
Saya wonder dia ikhlas ke tidak sebab kadang-kadang dia tak jaga pun budak-budak ni waktu bermain basikal di luar. Dia lebih senang duduk menonton tv di dalam dalam rumah atau bersidai di tingkap dapur belakang bersembang dengan maid jiran belakang. Walaupun banyak kali diperingatkan mohon tunggu di luar sebab macam-macam boleh jadi. Tapi nampaknya sampai ke sudah, tak memberi bekas. Hanya doa dan kata-kata nasihat kepada anak-anak supaya menjaga diri mereka sendiri yang mampu saya lakukan.
Cumanya bibik ini tidaklah panjang langkahnya seperti previous one. Mungkin faktor usia. Dari segi tu legalah sedikit. Tapi faktor usia jugak la menyebabkan saya tidak boleh senang-senang menegur kesilapannya. Kalau dia nak ikut, dia ikut. Kalau tidak, silap hari bulan saya pula yang kena sembur.
Ermmmm... kena start shopping bibik lagi lah nie.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~@@@~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Isnin lepas, Hari Terbuka Sekolah. Hari untuk ambil report card dan berbincang dengan guru mengenai prestasi anak-anak. Both KIDAS dan SKSU buat on the same day. So ambik AL untuk mengejar 4 buah kelas. 2 pagi, 2 petang.
Overall, both sisters are doing well. But then C Ganalnyer Maths agak sadis sikitlah. Ingat tak mahu strict sangat dengan dorang, bagi chance main banyak sikit. Tapi nampak gayanya tak boleh dibiarkan begitu. Nyata syllabus dorang makin susah compared to time saya bersekolah dulu.

C Haloi walaupun ada sedikit ‘pergaduhan’ dengan Ustaz M pada awal persekolah dulu, Alhamdulillah dapat juga Mumtaz untuk Al-Quran dan Hafazan. Ingat tak boleh berbaik langsung dengan Ustaz M. Hari-hari balik berladung air mata bercerita pasal Ustaz. Pagi hari yang ada subject Hafazan, mesti lah menangis beria-ia masa mandi tak mahu ke sekolah. Sampai saya terpaksa ke sekolah untuk berbincang dengan Ustazah kelasnya.
Ustaz M sangat baik dengan kakaknya. Jadi ustaz juga mahu ber’kawan’ dengan dia. Tapi C Haloi bukan begitu orangnya. Kalau dia tak suka, janganlah dipujuk-pujuk. Lagi dia melenting.
Rasa tak percaya pula bila bertemu dengan guru kelas SKSUnya, mengatakan C Haloi ‘terlalu baik’ orangnya. Sehinggakan guru kelas yang juga merupakan jiran kami menegur kawan-kawannya yang menjadikan dia tempat untuk meminjam alatulis. Dia tengok sahaja, tak kata apa-apa.
Patut pun sepanjang semester lepas, sudah 3 kotak pensel warna (24 batang) yang dibelikan untuknya. Rupanya jadi supplier di kelas !
Pernah juga dia merungut di rumah tentang kawan-kawan yang asyik pinjam barang-barang dia, tapi dia tak berani nak menghalang. Katanya dia risau, kalau tak beri, nanti tak ada orang nak kawan dengan dia.
Hari pertama di SKSU
Dari pemerhatian saya semasa menunggu giliran di KIDAS, juga menunjukkan dia seperti senang disuruh-suruh/dibentak-bentak/dibuli. Sebelum ini pernah juga dia minta duit lebih sepuluh sen. Katanya nak bayar to somebody supaya the other friend boleh rehat bersama-sama group tertentu. The other friend tu tak ada duit lebih. Saya kata ini tidak betul. Memeras ugut namanya ! Saya kata tak payah rehat dengan group ini. Rehat je sendiri atau rehat dengan sesapa yang tak minta ‘wang perlindungan’.
Bila tanya pada ustazah kelasnya, ustazah mengatakan dia memang jenis diam dan duduk saja di tempatnya. Participate hanya bila dipanggil nama. Dia pernah dilantik sebagai Penolong Ketua Kelas, tapi tidak lama. Mungkin dia tiada daya kepimpinan dan ketrampilan yang sewajarnya.
Nyata sekali contrast benar perangainya di rumah. Kalau di rumah dia selalu berlakon menjadi cikgu garang kepada kawan-kawan jiran yang lain. Mungkin inilah luahan rasa dia kerana selalu jadi mangsa di sekolah.
Rasanya I have to do something utk membantu dia meningkatkan keyakinan dirinya berhadapan dengan pelbagai karenah kawan-kawan. Saya ingat nak hantar both kids attend kem yang Dr Hassan Ali selalu buat tu. Kalau sesiapa ada info tentang next program, mohon dipanjangkan kepada saya takut-takut saya terlepas pandang. Sebagai permulaan saya nak uji mereka menghadiri Kid's Fun Night Camp 2008 sempena KKP 2008 on this coming Friday night. Kalau lepas ujian ini bolehlah hantar ke summer camp AKRAB itu, InsyaAllah.
4 comments:
halamak, cam serupa jer kita ni ngan anak memasing. kerekter kat sekolah lain, kat rumah lain. anak akak yg sulung ni kalo ngan kengkawan kemain baik and caring, reti plak nak share barang tapi dgn adik beradik sendiri kemain kedekut n garang...geram gak tengok perangai dia
maybe betul la apa yr doter cakap. tak bagi nanti takut takde kawan...in a way mcm kena buli mental gak my doter tuh...
KC
saya dulu pun macam tu, kak awa. karakter di rumah dan di sekolah contras sekali.
saya pun kena cari bibik ni. susah betul nak tinggalkan rumah semata-mata nak ke kedai runcit di belakang. tapi kena tunggu kakak tu panggil saya la dulu. biz card saya dia dah buat, cuma belum keje je.
kem hassan ali tu akak bleh tahu direct dengan pergi ke blog dia.
Kak KC,
Sian gak kat depa nie kan... Saya ingat saya dulu pun cam ala-ala diketepikan jugak zaman2 sekolah rendah dulu. Tapi ada gak geng lain yang mau gak kawan dengan saya.. huhuhu.. agaknya dia senasib dgn saya laa... ayah dia masa sekolah dulu pun pernah gak diperas seposen sehari.(Arwah maktua citer). Si kakak tu nampak dah pandai menyesuaikan diri nak deal dengan kengkawan.
SueA,
Kat mana komer shopping bibik tu ek? Ada contact baguih kalu, habaq mai la nooo...
Blog Dr Hassan yang itu tak der pasal summer camp terbuka tu la. Yang ada hanya utk kawasan DUN dia bertugas jek. Anyway, trimas.
kak awa,
hari tu baru je ada.. dah tutup ler kot...
shopping bibik mender... tak pernah shopping pun...
Post a Comment