Showing posts with label dental. Show all posts
Showing posts with label dental. Show all posts

Saturday, July 26, 2008

Cerita ceriti tembaga tiga kati

Cikliah berceloteh lagi....


Hari ini tercatat satu lagi sejarah dalam hidup Aleeya a.k.a. C Haloi. Pertama kali bertemu dentist untuk dikerjakan giginya. Sebelum ini dia hanya menyibuk akan janjitemu orang lain ie C Ganal atau Bibik Ummi. Kali ini dia pulak yang merasa pengalaman 'dikerjakan' dentist.

Sebenarnya sudah berminggu memujuk dia untuk pergi dentist.Gigi kacip sebelah bawahnya telah longgar. Dia suruh saya cabutkan saya. Saya tidak mahu kerana takut mendatangkan trauma kepada dia kerana ketiadaan alat yang sesuai. Ding dong ding dong.. akhirnya gigi kekal pun memunculkan dirinya di belakang gigi kacip yang telah longgar itu. Pun dia masih refuse untuk dibawa ke dentist.

Saya tanya dia nak gigi cantik atau berlapis-lapis? Still ambil masa yang lama untuk dipertimbangkan. Akhirnya dia bersetuju untuk ke dentist memandangkan gigi baru telah naik dengan galaknya dan dia juga sebenarnya mengalami kesakitan akibat gigi longgar itu. Bila menggigit makanan terasa sakit.

Mereka pulak ada sekolah ganti hari ini. Kalau boleh hendak pergi seawal mungkin kerana sekiranya ada pendarahan yang teruk, sempat kering sebelum ke sekolah sesi petang nanti. Selepas mandi, dia menyuruh saya mendengar denyut jantung dia yang sememangnya laju kerana katanya dia nervous.

Sementara saya bersiap, ayahnya menjalankan sesi motivasi supaya kurang rasa gentarnya itu. Rupanya dia deal dengan ayah supaya belanja sekolahnya pada hari ini dinaikkan RM1. Meski pun begitu ayah is not allowed to go together. Tidak cukup dengan itu, dia menggesa saya menambahkan RM2 kerana kesanggupannya untuk berjumpa dentist. Ewahhhh....

Saya mengajak dia untuk bersarapan terlebih dahulu kerana takut nanti dia tak boleh makan selepas operasi dental. Tapi dia menolak dengan mengatakan masih kenyang kerana malam sebelumnya 'melantak' sakan di Restoran Rumah Thai. Dia nampaknya ingin segera menyelesaikan perkara tersebut.

Apabila sampai di Klinik Linda, rupanya klinik belum dibuka lagi. Setelah 'confirm'kan yang klinik hanya akan dibuka pada pukul 10 nanti dan saya belum membuat temujanji, saya mengajak C Haloi untuk breakfast dahulu. Mula-mula dia tak mahu, tetapi bila saya sebut D' Melody Cafe, terus saja setuju. Saya tak tahu apa yang menarik minat mereka di cafe ini. Setahu saya cafe ini hanya akan dibuka pada pukul 2 petang. Tapi memang rezeki dia kerana rupa-rupanya cafe itu telah mula beroperasi untuk sarapan pagi. Terdapat banner di situ yang mempromosikan hidangan sarapan pagi setiap sabtu dan ahad dari 8 pagi - 11.30 pagi.

Dia yang memang 'hantu' nasi impit dan kuah kacang telah memilih juadah tersebut sementara saya teruja dengan pulut kuning dan rendang daging. Rezeki saya bertemu jodoh dengan pulut. Semalam, di RRT walaupun dalam menunya menyatakan ada pulut mangga tapi rupanya tiada kerana juadah itu hanya dihidangkan di HQ sahaja. Saya dengan pulut memang tak dapat dipisahkan walaupun ada yang mengatakan pesakit asthma tidak boleh terlalu bergembira dengan pulut. Kadang-kadang ada la jugak mendapat kesannya. Tapi biasanya, saya buat-buat alpa... ;)

Setelah siap bersarapan kami kembali ke klinik dan menjadi tetamu pertama. Rasanya tak sampai 10 minit kami di sana, sudahpun selesai segalanya. Kerana gigi itu sudah longgar, doktor tidak menyuntik ubat bius pun. Hanya menyapu sedikit ubat bius dan kraqq.... sudah selesai. C Haloi pun tidak mengaduh kesakitan walaupun wajahnya membayangkan kesakitan. Saya sebenarnya risau kalau-kalau kesakitan itu akan menyebabkan dia terus fobia untuk ke sini lagi.

Cuma dia tidak pandai menelan liur kerana disangka darah dan dia mengajak ke sinki untuk berludah dan berkumur. Rupanya itu tidak digalakkan kerana akan menyebabkan perdarahan berterusan. Dia sepatutnya hanya menggigit kapas itu sehingga darah kering. Nurse juga menasihatkan dia diberi aiskrim yang akan menyejukkan dan seterusnya mengecutkan rongga yang terbuka itu.

Saya sempat bertanya kepada dentist mengenai gigi susunya yang masih kukuh walaupun sudah berusia 7 tahun. Dentist berkata tidak mengapa. Tunggu sahaja sehingga longgar baru dicabut. Kakaknya dulu, sebelum umur 6 tahun sudah mula gugur giginya. Apakah ini kerana C Haloi mendapat bekalan kalsium yang berlebihan? Malah terlampau la pulak kerana dia hanya berhenti breastfeeding semasa berumur 5 tahun! C Ganal pula umur 7 bulan sudahpun berhenti menyusu badan kerana terlalu berminat dengan 'thumb sucking'nya.

Temujanji pertama kakak dan dentist tidak berjaya kerana dia sangat ketakutan melihat miscellaneous dental gadgets. Hanya selepas beberapa hari kemudiannya barulah berjaya misi tersebut dengan bantuan 'gambar Mawi'(menurut cerita ayah). Saya dilarang ikut kerana dikatakan saya tidak pandai bermain diplomasi dan daya memujuk saya 'Z'.

Lega rasanya beban ini telah berakhir dan bila sampai di depan 7E, darah sudahpun berhenti mengalir. Walaubagaimana pun Slurpee tetap kena beli bagi membeli jiwanya.... ;)