Monday, July 21, 2008

Pandan Indah dan LAMAN2008

Cikliah berceloteh lagi....

Pandan Indah Dalam Kenangan




Ahad lepas, kami sekeluarga menghadiri Majlis Perkahwinan Farah Hannan, anak saudara sepupu kepada sepupu Encik Berlingo. Maka pada majlis tersebut terjadilah small reunion bagi keluarga Encik Berlingo di sebelah Melaka.






Selepas makan dan sesi bersembang, kami bergerak ke Masjid Al-Azim Pandan Indah untuk bersolat zohor dan menyalin pakaian kerana selepas itu hendak meronda sakan di Laman 2008. ;)







Pemandangan dari masjid. Baru sahaja dibina dalam 3 tahun kebelakangan ini.





Pandan Indah memang memberi seribu satu kenangan kepada saya kerana inilah tempat tinggal ke-3 saya sepanjang pemastautinan saya di Kota Lumpur ini selepas Pantai Dalam dan Kampung Berembang, Ampang. Di Pandan Indah yang paling lama sebelum berpindah ke SU.

Pada mulanya, menyewa bersama rakan-rakan bujang di rumah kedai belakang Mid Point. Kemudiah ke Kenari Court kerana lebih dekat dengan stesen STAR Taman Cempaka.

Selepas berkahwin, saya tinggal bersama keluarga mertua sementara suami di Segamat. Selepas suami kembali ke KL, saya kembali ke Pandan Indah dan menyewa di townhouse setentang dengan pintu masuk Granduer Tower.

Saya selalu mengusik C Haloi dengan mengatakan dia orang Pandan Indah kerana alamat dalam surat beranaknya memakai alamat di sana.
Dia membalas, "Habis, adik tak boleh duduk dengan ibu di SU lah.." ;)

Tinggal di sini memang best dan convenience sekali. Segala-galanya dekat. Pergi ke Fajar Supermarket boleh saja berjalan kaki. Tapi saya senang berbasikal ke sana ke mari. Ambil C Ganal dari rumah pengasuh di seberang jalan besar pun menaiki basikal. Pasar ramadhan pula sejalan sahaja dengan rumah.

Sebelum bertolak ke Laman2008, kami menelusuri jalan-jalan kenangan di Pandan Indah dan mengenang kembali peristiwa pahit manis selama berada di sana.

Saya mengungkit kembali betapa C Ganal pada satu ketika seakan menjadi satu kemestian baginya melihat KLCC dari jauh sebelum tidur dan melambai-lambai sambil menyebut "Bye CC ika...bye CC ayah... bye CC opah".

Kalau tak silap saya, dia membuat "perangai" ketika C Haloi baru dilahirkan. Tidurnya lewat sekali. Pukul 3 pagi baru hendak lelap. Sebelum terlelap dibuli ayah untuk membawanya bersiar-siar utk "bye cc". Nasib baiklah kehendak untuk "bye CC" itu tidak dibawanya ke SU. Kalau tidak masakkk...


!~~~~~~~~~~~~~~~~~~~@@@~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~!

Laman 2008

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Taman Tasik Perdana untuk sama-sama memeriahkan acara dwi tahunan Festival Lanskap dan Taman Malaysia atau lebih dikenali dengan Laman 2008.




Malas nak ulas panjang pasal Laman2008. Kita layan gambar ya... :D







Mari... mari... mari....






Buluh yang ditebuk-tebuk menjadi hiasan yang indah








Majlis Daerah Manjung membawa "paya bakau"nya. Agaknya bersesuaian dengan tema Laman2008 ini; Irama Alam.






Buaian idaman







Telaga dan baldi. Cam klasik jek benda nie kan...






Tauk UtihKutih dalam ni kan.. baru dia tau langit tinggi ke rendah... :P






Rumah burung













Pokok payung? Motif?






Akuarium mini ini attached ke wakaf





Laluan pejalan kaki - Keratan batang pokok disusun menegak, menghasilkan corak yang menarik





Kayu bakau disusun selari untuk laluan pejalan kaki









Orang datang ke laman2008 nak tengok pameran. Makcik sorang ni sibuk nakkan belon. Iskkk...






Dah dapat belon sengih sampai ke tinger. Sorang sekor plak tuh... Rabak poket RM16 untuk belon camgitu jek. Tak sampai ke mana udah kempis terkena kayu tajam. Perghhh...






Kreatifkan.. mentol yang didekorasi dengan cawan plastik.





Another one





English Garden





The sketch






Buyung yang dihiasi batu hitam


Water garden. Rumput bendang yang dinaiktarafkan.... ;)








Amboiii... happy ye at last dapat jugak naik buggy




Ada banyak gambar lagi tapi tak larat nak upload. Mungkin anda lebih berpuashati andainya dapat ke sana sendiri memandangkan masih ada waktu sehingga hujung minggu ini.

Meskipun begitu saya rasa Laman2008 kurang menyengat berbanding Laman2006 dan Laman2004. Kawasannya pun kecil sahaja.





Ini antara yang menarik semasa Laman2004.










Masa tu Kedah yang angkut bendangnya ke Laman ;)









Orked.. giler menengoknyer...



Saya try locate gambar Laman2006 but not to avail. Tak ingat la ada ambil gambar ke tidak. Rasa macam masa tu ada problem dengan kamera tapi tak ingat la kenapa dan mengapa.








5 comments:

Jingga Studies said...

farah hannan anak sedara sepupu en berlingo???? mmmmmmmm?

cikliah said...

sorry...
Farah Hannan adalah anak kepada sepupu Kak Nita. (PakNgah adalah bapa saudara kepada tuan rumah, dalam ertikata lain hubungan pengantin dan PakNgah adalah cucu sedara-datuk sedara).

So nak panggil apa ek ? Anak sedara sepupu dua kali Encik Berlingo ek ?
heheheheheh... confuse makcik.... :P

Sue.Aleen said...

rumah yang kak awa kata nak tauk utihkutih tu kan sebijik macam rumah arnab yang ayah saya buat dulu. arnab canggih ooo... tinggal dalam rumah duplex... sonok tengok arnab tinggal dalam tu... kejap naik, kejap turun tangga, kejap korek lubang... kita orang buat siap ada basement.. huhuhu! ayah saya memang berinovasi orangnya...

cikliah said...

boh situ baru padan muka dia... tak yah geget wayar lagik... unggis la kayu cengal tuh... huhuhuhu...

Anonymous said...

alaa.. baru ingat nak ajak dear someone ina pegi pameran landskap ni... ade lagi tak skarang ni, kak? lawa kan tempat tu?