Friday, August 08, 2008

08.08.08

Cikliah berceloteh lagi....

Apa ada pada nombor 8 ? "ONG" sangatkah nombor ini ?
Kalau ikut keturunan Tiong Hua nombor 8 memang bawa ong. No 4 tak bagus...mati.

Tapi kalau plat no 4 single number tak apa. Pernah mencuba nasib, minta tolong Encik Hamas check availability on "AW4". Menurut Encik Hamas, empunya no idaman kalbu ini adalah seorang warga Tiong Hua yang meletakkannya pada sebuah kereta Mercedes E320. Pergghhh.. sampai mati pun tak mampu kumiliki. Kalaupun ada wang berkepuk pun, mau kah ownernyer let go the number? Kerana menurut firasatnya, nombor ini mempunyai sentimental value pada pemiliknya.

Tak per lah.... saya tunggu sampai Perak keluarkan plat AWA. AWA berapa pun tak kisahlah. Sekarang AG*. Tah bila tahun la nak sampai AWA tu ya. Macam tak sempat jer.

Apa ajalah yang kurepekkan ni ye. Nak sembang pasal nombor 8 atau nombor 4 ?

Mungkin sempena 08.08.08 ini saya boleh kembali membuka blog ini utk tatapan umum selepas hajat di hati tertunai. Simple ajer hajat saya ni. Tapi tak tahulah kenapa blogger seolah-olah tidak menyenangi hasrat saya ini. Setiap kali saya cuba menukar template, saya akan mendapat 'error'. Akhirnya a few things gone dan terpaksa buat balik. Setelah mencuba berkali-kali dan akhirnya berjaya upload the right xml file malam semalam. Dan template yang saya mahukan pun muncul.

Nampak macam tak ada beza. Background color still same. Layout looks same. Bezanya; ada 3 columns instead of 2 columns only. Yang gone terpaksa reconstruct. But this one better. I like it. I still can use many facilities provided by blogger. ;)

Welcome back !

3 comments:

Sue.Aleen said...

saya pun suka 3 col. pernah guna sekali tapi pastu rasa boring. saya ni kalo projek tuko template mesti kes saya boring tahap sengal! lepas ni mesti ada projek lagi... hehehehe.

kak awa nak beli plate # tu mesti rebut dengan adik saya punya.. sebab dia pun AWA.. hehehe.. nak tunggu perak keluar plate # tu entah bila agaknya ye. saya kena beli keta kat sabah/singapore baru dapat nama saya... pastu ada ke plate start dengan 'E'? hubby saya mungkin boleh bid for ADH4.. berangan la kita ni ye...

Anonymous said...

amboi kak awa..asyik tukaq baju ja rumah ni...dah lama tak singgah...tgk2 rupa lagu lain plak..

cikliah said...

SueA...

tak per.. berangan jek.. insyaAllah jadi kenyataan... hehehe..

Hi Teacher Iza,
Seronok pulak sekali sekala dok gatai tangan nie haaa.. hahahaha..