Dulu, saya selalu berkecil hati bila cadangan balik kampung yang diusulkan dipandang sepi. Saya tidak tahu kenapa CGaLoi tidak suka pulang ke kampung. Namun begitu, lama kelamaan selepas beberapa kali insiden merajuk dan saya kira kerana kematangan mereka bertambah dari hari ke hari, akhirnya balik kampung menjadi satu program yang dinantikan. Tak tahulah saya kalau ini sekadar dibuat-buat sahaja demi menjaga hati saya. ;)
Kawasan rumah saya di kampung kecil sahaja. Tiada halaman yang besar seperti rumah lain atas faktor tanah pusaka yang dibahagi-bahagikan. Tambahan pula tanah yang bersambung dengan tanah sawah di'belah' dengan pembinaan taliair bagi mengalirkan air ke salah. Dihimpit pula dengan parit untuk membuang air dari sawah di hadapan rumah. Beberapa kali Opah dan Tokwan memujuk untuk membeli tanah arwah sepupu TokWan di sebelah rumah untuk membesarkan kawasan. Namun waris sepupu TokWan tidak membenarkan kerana katanya mereka yang akan mendirikan rumah mereka di situ. Alamakkk.. selepas ni tak boleh lah bersembang gelak kuat-kuat macam selalu. :P
Agaknya kerana keterbatasan dari segi keluasan kawasan itu menyebabkan anak-anak saya tidak betah berada di kampung selain dari faktor kekurangan kawan. Saya sendiri ketika kecil menghabiskan masa di rumah atuk saya yang jauhnya hanya suku km dari rumah sendiri. Rumah AtokNenek (Tokwan saya sebelah bapa) dan sekitar rumah jirannya best. Banyak hutan belukar yang boleh dijelajahi. Ada paya nipah untuk mengintai anak sempilai. Ada pelbagai jenis pokok untuk dipanjat-panjat. Ada rumpun buluh untuk ditebang. Ada banyak kawasan untuk dibuat main pondok-pondok.
Kebelakangan ini, CGaLoi telah menemui keseronokan berada di kampung dengan aktiviti sebegini....

Kunonnyer menolong opah membasuh tikar........

Tapi rupa-rupanya nak mengubang dalam taliair.....
*** Credit kepada En Berlingo sebagai photographer separa profesional kerana merakamkan detik-detik 'pengubangan' ini.

Berkebun la kengkunonnyer
C Haloi yang beria-ia tersenyum riang dok dekat dengan pokok kaduk tu, akhirnya menangis meraung terus nak balik SU kerana ternampak pacat yang kekenyangan tengah sedap melayan darah di celah jari kakinya....

Xtvt menumbuk inai

Sorang main kapak... sorang lagi main parang... nasib baik semua gadjet buruk dan tumpul belaka.....
9 comments:
bestnye activity..esp. mandi sungai tu!
Saya sukalah suasana kpg cam tu. Kpg saya dah dipenuhi dgn hutan batu. Boring gitu....
whaa..bestnya berkubang dlm parit. kat kg akak parit dah cetek, kesian budak2 nih tak merasa nak berkubang dalam "air teh' (air tanah gambut..)
~cik ketumbar~
salam cik awa,
best la baca blog awa, banyak betul citer-citer menarik. Awat dah lama tak masuk portal ?? ada masa ajak la en berlingo masuk sekali.
SHARIZAL NASRI (EX-SAS JUGAK).
satu lagi ...baru tau yang awa ni budak seratas, adik laki saya pun la ni kat seratas form 4.
JS,
Kat sana tu dipanggil taliair. So panggil 'berkubang'(cam kobau) instead of 'mandi sungai'... :P
Teacher Emy,
Kg saya masih kampung sebenar. Jalan pun masih kecil walaupun sudah bertar. Al maklumlah kawasan sawah padi. *grin*
Cik Ketum,
Parit kat sana ada lintah tak ? LOL
Salam JalanRebung aka Abang Bull,
Thanks for visiting my SS(syok sendiri) blog.
Ha-ah ek... saya hampir terlupa the other portal. Kena add ni. Ini gara2 bersalin kulit la abis ilang link sumer. Takkan kulupakan Our Portal Our Port.... LOL
Thanks again !
kalau nak tau ropa parit kg akak, baca la blog jowopinter nih...
kredit to blackpurple. terima kasih ekk..
http://jowopinter.blogspot.com/2007/12/cerita-aku-balik-muor-siri-11-7-1-imej.html
~cik ketumbar~
Kak ketum...
Errr... kalau parit camgitu... che pun tak berani masuk... heheheh.. cetek nau... jadi koghobau kang... huhuhuhu
wah... bestnyer pakai inai!!! :)
Hi Zuhaini,
Welcome !
Anak2 saya ni suka nau pakai inai. Pantang nampak pokok inai, sure nak pakai inai. Tapi kejap jer tahan. Abis tu tak lawalah merahnya...
Post a Comment